Wednesday, June 23, 2010

SHAH ALAM ku


Salam Shah Alam untuk semua,


("Shah Alam 2040?" 91cm x 91cm)

Lukisan di atas adalah lukisan yang paling jijik pernah saya hasilkan, tapi entah macamana banyak orang/ kawan-kawan yang ‘berkenan’ tengok termasuk isteri saya sendiri hingga minta gantung di rumah. Tidak saya rancang dalam melakar atau plan dalam kepala saya, terus jadi tanpa haram sedikit perancangan pun. Saya tinggal sebentar, buat kerja-kerja lain, kadang-kadang tambah sikit, tenyeh sikit.. baru semalam saya last touch-up, dan nekad tak akan saya sentuh lagi berus saya pada kanvas itu.. cukup. Tidak ada perancangan, memang jelas tidak ada perancangan (literally) baik dari segi kedudukan bangunan-bangunan dalam ruang kanvas itu, sama macam tempat saya duduki sekarang. Seolah-olah tidak ada perancangan hingga habis bukit bukau, hijau digondol dan itulah hakikatnya walau pentadbiran baru mengambil alih pun, haram macam tak berfungsi langsung, hutan hijau masih dinoda. Kemajuan diukur dari kepesatan dan tumbuh mekar bangunan-bangunan baru. Roboh yang lama, buat yang baru, bagus… tasik dikambus, hutan ditebas, unggas dihalau,.. ular masuk rumah, monyet….;-) Maaf, saya tak pandai berbahasa puitis.. visual ini saya gambarkan dengan penuh rasa jijik, sesak. Saya membayangkan dalam 30 atau 40 tahun lagi, sekiranya Shah Alam (pentadbiran) masih lagi angkuh bina lagi bangunan-bangunan, menceroboh hutan-hutan hijau di Shah Alam atau Selangor terutamanya… mungkin lukisan saya ini agak bombastic, exaggerate, over sangat... langit merah, bangunan-bangunan berterabur, serabut.. yg tinggal di celah-celah kota Shah Alam adalah masjid negeri.. bulan retak (pengaruh dari Filem ”Time Machine”).. sesak nafas bila mengadap lukisan ini. Hanya dengan visual kaku ini dapat saya luahkan.


("pre- Shah Alam" 46cm x 31cm)

Lukisan kecil di atas pula dihasilkan lebih awal dari itu. Saya membayangkan Shah Alam pada zaman-zaman selepas Paleolitik setelah manusia hidup dan mungkin Sungai Renggam atau sebelum negara ini dicatukan jajahan takluk masing-masing. Manusia bebas menikmati hijau, kabus di pagi hari dan bertemankan unggas-unggas rimba. Pohon yang mati akan terganti dengan pohon-pohon yang baru. Tumbuhan menjalar akan hidup di atas pepohon lama, seolah seperti bangunan/ runtuhan lama yang ditumbuhi lumut dan daun-daun renek. Masih hijau, masih subur dan air masih jernih di tasik dan sungai-sungai. Lukisan ini bersaiz kecil, jauh lebih kecil dari karya 'zaman masa hadapan’ di atas. Lukisan ini walaupun bersaiz 'mini’ adalah antara yang paling saya sayang.


Mungkin pada hujung tahun ini, akan diadakan pameran lukisan-lukisan saya; saya akan menjual lukisan pertama tadi dengan harga yang amat murah, lebih murah dari nilai kamera saya dan harap orang dapat bargain dengan lebih rendah..;-).. untuk yang berminat nak beli lukisan pertama di atas, sila beritahu saya.. harga amat murah,.. sakit mata jika masih ada dalam bilik saya, jgn lupa bawak lori..;-)... lukisan kedua not for sale ..;-)


p/s: Baca ini kalau nak faham lebih tentang 'kesakitan' Cameron Highland.

p/s: mungkin ada yang akan kata; "Wei, balik kampung-la, orang seni!!"... saya akan jawap "kampung??.. kampung saya bandar"..;-)

p/s: cantik sungguh Bandar-bandar ini… ;-)


Tuesday, June 22, 2010

Illustrasi Lukisan: Jerkah Panggung


(Acrylic on Illustration Board - A4 size-)

JERKAH PANGGUNG

Dalam diam sorot lampu terpadam

menyembunyikan kenyataan

membiar kebenaran dan kepalsuan

saling bergumpal di tengah lapangan

jerkah tingkah meningkah

sarat mengandung dendam;

jerkah satu:

“akulah kebenaran yang disingkirkan

aku dituduh maling –

mencuri kebebasan

di rumahku sendiri, dan sekarang aku berjuang

menentang kezaliman sebelum merebut kembali

maruah peribadi yang hilang.”

jerkah dua:

“akulah kepalsuan atau kebatilan yang dimartabatkan

aku disanjung dipuja – menjadi wira cuma dalam

sekelip mata, dan sekarang siapa menentang

akan segera kuhapuskan demi menagih penghormatan.”

Pertempuran kian seru

kerongkong panggung kian perit ditusuk kegelapan

dan bisu penonton pun meraja segenap ruang.

Dalam kenyataan yang masih diperdebatkan

lampu kembali dinyalakan

sedang peristiwa demi peristiwa

menerawang lalu hinggap di bumbung panggung

sebelum diserap mahing udara yang memualkan.


SHUKRI ABDULLAH

Dewan Sastera, Mac 2003



PUDU dan lain lain



Salam untuk semua,


Barangkali, agak ramai yang terkejut dengan perobohan Penjara Pudu baru2 ini. Bagi saya, saya tidak terperanjat dengan soal2 begini tambahan bila menjadi seorang warganegara yang sentiasa tersenyum dan sudah lali dengan ‘budaya’ meroboh bangunan2 klasik ini. Bercakap soal ‘memperjuangkan bangunan2 lama’ ini, sebenarnya saya telah lama ‘memperjuangkan’-nya…peh!..tegar.... semenjak dari tingkatan lima lagi. Pada waktu itu (kalau tak silap 1986 – 87 gitu), ada sebuah panggung wayang lama di tempat saya mahu dirobohkan, sekarang telah lenyap langsung. Saya masih ingat, saya deraf sebuah surat (menggunakan mesin taip jenis Olympia) untuk dihantar pada pihak 'berkuasa itu'. Selepas itu saya cuba mendapatkan beberapa petisyen untuk menghalang perobohan itu. Dalam proses ‘berjuang’ tersebut, ada pihak yang ‘perli’ saya menyatakan saya memperjuangkan ‘maksiat’ kerana panggung selalunya tempat orang beromen… keh keh..;-) Walau bagaimana pun, surat & petisyen (dari budak sekolah jer) itu ‘mungkin’ sampai (tidak mahu tuduh2-lah).. mungkin sampai, sebab dah diserahkan by hand. Sempat juga alasan yang diberi oleh pihak2 tertentu bahawa struktur bangunan itu sudah tidak kukuh dan banyak mat2 pit (drug addicts) yang masuk menjalankan aktiviti depa. Jadi tidak hairanlah kalau perobohan Penjara Pudu itu berbagai ‘alasan’ yang ‘kukuh’ diberikan oleh pihak2 tertentu. Semasa saya cuba ‘menghentikan’ perobohan panggung wayang lama itu, apa yang terdetik dari dalam saya adalah nilai estetik bangunan itu, design-nya, keunikkan bangunan itu. Pada masa itu saya (hingga sekarang) saya masih terpegun melihat bangunan lama ditambah bila tumbuhnya kulat2 dan daun hijau menjalar pada tembok dindingnya, klassik… indah bukan?..hmmm….;-) Seterusnya pada tahun.. 1990an, sebuah lagi bangunan lama telah dirobohkan, bangunan itu terletak di pinggir Bandar Kuala Lumpur,.. masihkah anda ingat dengan bangunan Rumah Anak Alam bersebelahan dengan KBN (Kompleks Budaya Negara). Saya masih ingat bertandang ke rumah/ banglo usang tersebut bersama sdra. Shukri Abdullah semasa Himpunan Penyair Muda Malaysia 1988, kami bermalam di KBN, dan saya setiap pagi akan berkunjung ke rumah itu untuk melihat karya2 lukisan & arca hasil Anak2 Alam. Kini, rumah itu telah lenyap. Beberapa tahun yang lepas sebuah lagi ‘bangunan’ telah lenyap dari pandangan, tidak lain tidak bukan adalah rumah arwah datuk saya di kampung halaman. Saya masih ingat, semenjak kecil kami sering bertandang ke rumah pusaka itu, bermain masak2, guli, batu tujuh di hadapan beranda… indah bukan memori di ruang/ halaman rumah itu..;-).. akhirnya rumah itu dijual dan akhirnya dirobohkan.


Berbalik pada soal Penjara Pudu, kalau tanya saya secara peribadi.. yes, saya pernah menyusuri jalan Penjara Pudu setiap kali mahu ke tempat kerja (sebagai seorang graphic designer) di Jalan Pudu pada tahun 1991 hingga 1992.. pagi saya melihatnya sekitar pukul 8.30 dan petang semasa nak balik pukul 5.30 petang dari dalam bas mini warna biru hampir satu tahun setiap hari bekerja. Pernah semasa melalui jalan itu dengan motorsikal (Honda-cup pinjam member), suatu ketika telah rosak (terhenti.. pet, pet, pet!!, plug problem.. keh keh..) betul2 tepi tembok Penjara Pudu itu, dan semasa menaiki bas mini juga, saya pernah melihat kejadian eksiden ngeri di tepi jalan berhadapan Penjara Pudu itu di mana seorang lelaki penunggang motorsikal telah berkecai kepala digilis lori besar… hmm..;-) Dahulu (ntah sekarang masih?) ada sebuah pejabat pos yang berdekatan penjara itu, saya pernah pergi beli setem & hantar bungkusan di situ, saya sempat memerhati tembok penjara itu (yg pada masa itu masih lagi beroperasi) dengan lama, sambil memikir nasib2 ‘orang’2 yang berada di dalamnya, sesekali terdengar bunyi raungan 'penghuni'-nya. Bukan masa untuk ber-emo, kalau nak baca sajak emo, masuk ruang PakCik Tua nih, sajak dia best...;-) Setiap satu ruang yang kita duduki, lalui, tatapi akan meninggalkan memori, terkesan dalam mainan minda, jiwa kita tapi siapalah kita, kan… tebang pokok pun kita ‘terasa’, roboh bangunan pun kita ‘terasa’… aku dah lali.. ;-)


selamat bersubuh, wasallam..;-)



p/s: ada pula yg mungkin akan kata: "Wei, hangpa orang seni memang anti-establishment!!"... dan aku akan jawap "Poodahhh!!!".....;-)



Monday, June 14, 2010

Melukis dari Puisi

Salam untuk semua,

Semenjak mendalami kata-kata dari sajak Shukri saya banyak dapat memahami perkataan-perkataan dalam sajak beliau. Inilah satu nikmat yang tiada tolok bandingnya dalam penghayatan demi men-zahir-kan sesebuah ilustrasi/ lukisan untuk tujuan buku puisi antologinya. Perkataan-perkataan seperti "zulmat", "kunarpa", "cipratan", "mesiu", "oknum", "pidana", dan sebagainya adalah satu nikmat untuk saya fahami. Saya mengaku, saya bukan pakar bahasa yang mahir arif tegar seperti sdra. Shukri. Kadang-kadang, berjam-jam saya membaca sajak beliau untuk memperolehi visual di minda saya sebelum dilakar (sketch). Kadang meng-google dan menyelongkar dari kamus-kamus dan buku-buku bahasa untuk mencari makna perkataan itu, tetapi akhirnya terpaksa saya bertanya kembali kepada sipenulis kerana dia lebih memahami/ arif apa yang dituliskan, dan saya akan lebih berhati-hati apabila melukis dari kata-kata beliau. Di bawah adalah lakaran awal (sketch) sebelum dilukis semula pada illustration board dari sajak beliau bertajuk “Cerita Perang Dari Lidah Nasar”.

sketsa dilakar pada 14/6/2010 (Pen on 120 gsm Paper- A4-)

__________________________________________

Up - dated on 17th June 2010:-

Hasil yg telah siap pada 16/6/2010 (Acrylic on Illustration Board -A4-)


Monday, June 7, 2010

Monumen Kesenikawanan Tegar


Salam untuk semua,
Semenjak akhir2 ini saya agak sibuk menguruskan perihal kerja rasmi (kerja2 pejabat, pergi kursus dsb.), melayani/ tanggungjawap keluarga dan juga melakukan beberapa tugas dalam bidang saya (kerja grafik, photografi dsb.), kadang2 tak tahu apa yang nak dicoretkan dalam blog kerdil ini. Sekarang, walaupun terdapat beberapa tugasan rasmi dan sebagainya, saya tidak pernah melupakan dunia 'niche' saya sejak azali iaitu melukis. Salah satu 'tugasan' tersebut adalah men-zahir-kan beberapa illustrasi/ lukisan untuk sajak2 Shukri Abdullah, seorang penyair tanahair yang saya kenali semenjak lewat tahun 1980an lagi. Kami sama2 belajar di sekolah menengah yang sama di Perlis dahulu. Kami sama2 bergiat dalam dunia teater, sama2 rockers, sama2 menyusuri setiap lorong di kota kecil Kangar, sama2 berteater di pentas2 budaya, sama2 berkongsi sekerat rokok dan secangkir kopi di batas bendang dan Benteng, sama2 memasang telinga mendengar syarahan Shariff Shaary hingga lewat malam, sama2 berkarya di rumah usang bujang, sama2 tertidur di kaki2 lima Kuala Lumpur, sama2 memburu mimpi sambil melewati Sungai Kelang ditengah2 kota, sama2 'memprotes' semasa remaja.. dan dia seorang yang menyedarkan saya agar jangan lupa bahawa saya adalah 'tegar'.. ;-) Kadang2 saya terlupa sejenak 'tegar' saya itu bila berada di bawah ruang selesa dan nyamannya dingin Air-Con Top-Aire ini, maafkan gua, brader Shukri, 'tegar' ini masih ada cuma tegar dalam simpulan kesabaran atas faktor usia... peh!.. ;-) Kini, saya dan Shukri akan sama2 melahirkan sebuah buku antologi puisi2 beliau dan illustrasi/lukisan2 saya. Lukisan2 saya adalah berdasarkan puisi2 Cikgu Shukri Abdullah. Di bawah adalah tiga karya kami dari berpuluh yang bakal disiapkan. Semoga 'monumen kesenikawanan' itu terus utuh dan 'tegar'... peace.. ;-)

LELAKI SIFAR

Dia lelaki yang mengisytiharkan
dirinya bersih dari sekian dosa
konon tubuhnya suci bak bayi
baru dilahirkan dari rahim si ibu.

Sebenarnya dia lelaki yang menghitung
sifir kejahilan saat noda
merantai tubuh fikir
sifar wajahnya tanpa jiwa
memaparkan pekung di dada
culas tidurnya ditemani para parasit
mengalir sungai liur di halkum
menjeritkan rapsodi sengsara.

Dia lelaki sifar
memasung diri dengan pidana
sepanjang waktu mengurung hidupnya.

Shukri Abdullah
Dewan Sastera
Jun 1997

DI KERTAS DI PENTAS

di kertas,
sepi halaman pinta diisikan nyawa
kosong baris pinta dibaitkan aksara
di pentas,
kosong ruang perlu dipenuhkan peran
sepi ungkapan perlu dituangkan perasaan
di kertas,
payah nian mengolah kata-kata
di pentas,
lelah nian menterjemah makna

SHUKRI ABDULLAH
KIP Taman Melati

GAGAL MENJADI MANUSIA
(buat penjenayah – pengganas - penghalal peperangan)

Kalian disenyawakan dari benih jahil
dalam rahim kepalsuan
membunting taksub dan berenang-renang
sperma mencari arah untuk dilahirkan
tanpa hitungan bulan
dan malam gerhana dengan pesta pembunuhan
lantas terpancut keluar bersama hanyir
dusta yang memualkan.

Kalian oknum daripada spesis
yang sukar ditafsirkan
satu persatu anggota tumbuh
dengan serba keanehan
lalu membesar dalam zulmat
habitat amat mengerikan.
Kalian penjenayah perang
sekaligus pemusnah zuriat
dari muncung senjata meledak sengketa
dari cabang lidah menjulur nista
dari ubun kepala menyala bara neraka.

Kalian spesis yang gagal menjadi manusia
terawang-awang disumpahi alam semesta
mengarak mahing tubuh
setelah rakus merentap nyawa
untuk nantinya dipasungkan segala dosa.
SHUKRI ABDULLAH
Mingguan Malaysia,
31 Disember 2006

Kesemua lukisan saya untuk tujuan buku ini menggunakan medium Acrylic on Illustration Board, saiz A4.

p/s: terimakasih pada Pak Agi yang memberi galakan kepada saya dan Shukri. Dengan posting pada blog ini juga merupakan perjanjian 'monumental' ini dinyatakan secara mutlak, kerana Shukri sering mempersoalkan pengurusan masa saya.. haha.. peace, brader..;-)
p/s: peranan pelukis/ illustrator yang melakar/ melukis dari kata2 (penulisan) adalah sama seperti pengarah filem yang menghasilkan visual dari sebuah skrip... tp hairan kenapa ada juga yg masih tidak suka lepak di galeri2 senilukis atau gagal berbicara tentang visual..;-)

Wednesday, April 28, 2010

SCRIBBLE MIND-SCAPE (MONOTONOUS)

Ink on Watercolour Paper 300gsm - Size: 229 x 305 mm

Salam untuk semua,

Kadang2 tak perlu perancangan seperti sketsa awal dan sebagainya untuk menghasilkan sebuah lukisan, ambil saja contoh Jackson Pollock.. karya terhasil dengan palitan atau semburan, renjisan atau percikan, titisan warna. Ini juga sama halnya yang berlaku di gua Lascaux dahulu kala (maklumlah, manusia belum tahu nak menulis)., lalu lakaran itulah menjadikan sebuah lukisan/ hasil/ karya. Hasil itulah yang menjadikan bahasa... bahasa visual. Per-makna-an berlaku setelah hasil siap, namakan title yang dirasakan sesuai (atau tidak sesuai) pada karya itu. Persetankan dengan kejujuran (agak subjektif kan, bila mempersoalkan karya yang jujur?! ..), lalu kita biarkan minda yang bergerak atas dasar alunan perbuatan tangan yang menyapu berus tersebut (masih setuju “man paints with his brains not with his hands”- Michealangelo). Tapi bila siap, masalah baru timbul iaitu untuk menamakan karya itu, ini terjadi pada hasil terbaru saya ini. Dah la lukisan kecil (lebih kurang besaq sikit dari A4), bermain dengan monotone, terkapai kapai nak bubuh tajuk;- Monotone Doodle? Monotone Jungle?.... Kawan2 ada yang nampak hasil ini seperti batik hitam putih, semak samun, bushes, banat etc. Tepat sekali visual ini menampakkan form, terhasil tika proses (unconscious) saya berfikir… mungkin terlalu banyak yang bermain dalam fikiran saya tika ini, sehingga hampir sebulan tak melukis dan menulis dalam laman ini. Nak menulis, tapi tulisan (atau penulisan) telah menjadi kasta yang amat rendah tika saya cuba nak luahkan, terpaksa pinggirkan bahasa. Ini permainan minda dan bukan permainan warna. Tok sah tanya-lah apa yang dalam kepala hotak saya, agak serabut….. seperti terhasil dalam hasil ini, banat, semak… berhak-kah ini disebut sebagai karya?, maaf ini bukan kategori ‘karya’, ini adalah mainan minda seorang Aidi Rahimi tika itu. Amat faham benar perasaan Van Gogh dengan strong & long lines dia… emosi..

Semenjak akhir2 ini, karya saya semakin spontaneous iaitu direct dari minda (automatism?)… iskk… jujur?.. minda ke visual.. %-).. malahan ink yang ‘terjumpa’ dalam simpanan saya itu terus saya buat hasil ini.. spontaneous!!…;-)

p/s: lukisan2/ hasil catan saya sedang melalui evolusi?.. tetapi saya taksub pada form (bentuk) realis.. taksub.. dan masih mahu berpijak di bumi nyata,..alam,…. kononnya.. %-)… ;-)

“Why? Why doesn’t he draw himself? I think that at this stage of thinking, his mind was in what he saw, not what he was. He was seeing himself through the things that he admired. It’s the creatures that reveal his mind for us. He didn’t look at himself. He was himself and that was the important thing in his world.”
(Richard M. Restak on Jonathan Kenworthy regarding Lascaux Painting - 'The Mind'. Page 5. 1988)






Thursday, March 25, 2010

TIGA PENGARAH MELAYU

f/4.5 1/20 (ISO 800) – Manual Mode
Location: UiTM, Puncak Perdana, Shah Alam
Time: 5.04 p.m. Date: 24th March 2010
Camera: Canon EOS 350D