Wednesday, March 18, 2009

TERIMALAH HAKIKAT DIRI

Saya terpanggil untuk menulis pada topik kali ini adalah atas dasar desakan para pelajar, kalangan bloggers dan sahabat sekerja.Ada seorang sahabat (dan beberapa orang pelajar/ bloggers) sering berbicara dengan saya mengenai seorang blogger ”misteri”. Blogger ini dikatakan adalah seorang yang pandai, bijak dan sering menulis tentang sebuah topik. Ini amat menarik perhatian saya. Memang pun terdapat banyak lagi blogger misteri yang saya kenali melalui alam-maya (internet, web etc.) ini tetapi agaknya saya sudah jemu dan muak dengan pertanyaan/ persoalan yang sama; "kenapa dia hanya boleh berbicara melalui blog sahaja, kenapa dia tidak berbicara atau bercakap semasa diskusi selepas tayangan?, kenapa dia diam semasa lepas tayangan tu..dsb.. kenapa dia tak cakap apa apa sedangkan dia ada di situ?"..dan berbagai lagi.Jawapannya mudah, amat mudah; sesetengah orang hanya pandai menulis tetapi tidak pandai bercakap. Ada orang malu bila berhadapan dengan khalayak, ada orang merasakan apa yang disoal itu seolah satu soalan yang remeh dan menampakkan kekurangan ilmu, ada orang yang hanya suka jadi pemerhati kemudian berfikir apa yang sedang dibincangkan. Ada orang hanya datang untuk mendengar dan balik pekena teh tarik dan sembang pasal bola dsb. Ada orang yang merasakan dirinya pandai, lalu berlagak sebagai pendita yang tidak bercakap banyak, konon. Ada orang yang merasakan ilmunya tinggi lalu mengambil keputusan untuk menilai kata kata orang yang sedang berdiskusi. Ada orang yang datang bersoal banyak sebab memang dia tidak tahu, ada orang yang bersoal banyak sebab nak menampakkan dia tahu. Ada orang suka cakap banyak tapi tak tahu apa apa, ada orang suka cakap banyak sebab dia nak berkongsi ilmu. Ada orang suka bersoal banyak sebab nak provoke orang lain, ada orang bersoal jawap untuk menjatuhkan maruah orang lain. Ada orang itu, ada orang begini..dsb.Sungguh pun begitu, ada antara kategori manusia ini yang bergelar; 1. bodoh sombong, 2. pandai tak boleh tumpang, 3. cerdik tapi banggang, 4. bodoh tak boleh diajar, 5. pandai tapi bodoh, 6. dah lah bodoh tak nak dengar cakap pulaks, 7. cerdik tapi poyo. 8. berlagak pandai tapi bodoh, 9. cerdik dan berkongsi ilmu, 10. pandai boleh tumpang, 11. matang dan tenang, 12. malas tapi cerdik, 13. pandai tapi sombong, 14. tak faham dan suka bertanya, 15. diam konon tapi "macam bagus"... etc. etc. etc. etc. etc. etc. etc. etc. etc. etc. etc. etc. etc. Semua sikap dan sifat tersebut tak salah bagi saya, we are just human. Kategori apapun anda berada, anda tetap manusia. Cukup masa anda akan 'kembali' pada yang Esa, dan anda akan menjadi mainan ulat ulat kubur, itu saja. Sepandai mana anda pun, ilmu itu terlalu luas, cukup luas. Banyak mana buku yang anda baca pun, banyak lagi buku buku yang belum anda baca. Banyak mana teori yg anda pakai, ada banyak lagi teori yang anda tak tahu. Setinggi mana golongan ijazah yang anda ada pun, banyak lagi ijazah ijazah yang anda belum ada. Kalau anda kata anda pandai, ada lagi orang yang lebih pandai daripada anda. Ilmu yang setiap individu itu ada hanyalah sedikit sahaja kalau difikirkan terlalu banyak lagi ilmu yang ada di atas muka bumi ini. Professor, Professor Madya, Doktor, Professor DiRaja etc.. mempunyai bidang TERTENTU sahaja, golongan yang specialize..setakat itu sahaja. Dan kita menghormati golongan ini berdasarkan pengkhususan tersebut. Tetapi kita harus ingat, ilmu mereka hanya setakat itu sahaja, sebab ilmu terlalu luas, amat luas. Berbalik soal yang tadi, mungkin blogger 'misteri' ini menggunakan BLOG sebagai alat menggantikan rasa malu (atau mungkin merasakan dirinya terlalu pandai) untuk bercakap dengan awam. Samalah seperti kita memahami bahawa Blog merupakan AID atau alat bantuan beliau berbicara..melalui blog, tidak lebih dari itu. Apa salahnya dia, sekurang kurangnya dia masih boleh berdiskusi melalui blog. Saya amat hairan kenapa ada sesetengah blogger yang 'memaksa' beliau berbicara di pentas terbuka sedangkan itulah 'kelemahan' beliau (tidak mampu bercakap di depan khalayak). Jangan salahkan dia, jangan paksa dia..hormati haknya untuk tidak berbicara, hormati haknya untuk tidak bersoal jawap kerana apabila beliau pulang nanti beliau akan berbicara melalui blog. Keadaan ini harus diambil contoh pada orang orang cacat; orang yang pekak harus ada hearing aid (alat pendengaran), orang yang lumpuh harus ada kerusi roda, orang yang bisu menggunakan bahasa isyarat tangan (sign language), orang yang buta menggunakan tongkat dan berbagai lagi. Samalah seperti blogger 'misteri' itu, dia menggunakan blog untuk bercakap/ berbicara/ berdiskusi. Blog itu adalah tools beliau, kerana 'realiti'nya dia tidak mampu bersuara. Apa salahnya, tak salah, terimalah keadaan beliau yang sebegitu. Kita harus bersyukur beliau adalah seorang yang dikatakan bijak, banyak membaca (lebih banyak membaca dari kalangan kita), pintar dan tahu menulis dengan baik, alhamdullilah. Jangan salah anggap, saya tidak mengkategorikan beliau seorang yang cacat, tetapi mempunyai alasan tertentu untuk menjawap segala pertanyaan dan kemushkilan yang diajukan kepada saya dari anda semua terutama sekali dari sahabat sekerja saya. Salah seorang dari rakan saya berkata penulis misteri ini adalah seorang yang INTROVERT. Saya menjawap "yes, he is..so what?". Bukan saya mencari jalan pintas untuk menamatkan perbualan tetapi jika saya perpanjangkan saya akan menjawap dan bersoal pula;- setiap yang dijadikan Tuhan itu ada sebab musababnya;- kenapa ada babi? Kenapa ada orang jahat? Kenapa ada pencuri? Kenapa ada polis?..mudah saja jawapnya. Kenapa ada orang introvert, sebab ada orang EXTROVERT...hehehe.. Introvert tidak salah dan bukan sesuatu yang negatif, bukan kecacatan; itu adalah sifat? errr... diri seseorang itu..saya bukanlah seorang psikologis (ilmu psikologi saya amat cetek), tanya pada yang pakar. Tidak salah menjadi seorang yg ”shy”, ini adalah satu yg natural bagi sesetengah orang dan ini bukan bermakna dia seorang yang tidak ada ’social skill’ cuma terasa agak kekok berhadapan dengan khalayak. Tetapi introvert adalah diri dia atau diri anda, mungkin (mungkin saya jugak..hehehe). Kemudian saya bertanya balik pada kawan saya, adakah salah menjadi NERD?, dia diam seketika. Bagi saya tak salah jadi nerd, kerana nerd juga adalah diri seseorang individu itu. Bill Gates was consider as a nerd, look at him now.. a successful nerd he is. Lepas tu, salahkah menjadi introvert atau nerd atau whatever..salahkah? Mungkin di dalam blog dia mendapat lebih perhatian bagi golongan Introvert ini?... hmmm…. Terimalah seadanya. Dalam filem "Beautiful Minds" misalnya; watak John Nash dianggap gila, tetapi masih seorang graduate dari Princeton, Amadeus Mozart misalnya juga dianggap gila (tekanan depressi) tetapi dimartabatkan sebagai genius musik, Marquis de Sade juga dianggap gila (lucah dsb.) dikurung di asylum (rumah sakit jiwa) tetapi lihatlah karya dan novelnya selepas itu sehinggakan perkataan ’sadist’ itu hasil dari namanya, siapa lagi…hmmm… Galileo Galilei (lupa ejaan pulaks!) misalnya dianggap mencabar kepercayaan pihak gereja katolik mengenai sistem planetari, tetapi akhirnya dia ampunkan kembali setelah dia mati hampir beberapa ratus tahun.Lagi satu harus saya ingatkan, sebarang respon, komen etc. hanya berlaku di dalam Blog, tidak lebih dari itu. Ini kerana ada di kalangan pelajar/ bloggers yang datang pada saya dan berkata beliau terasa 'tertusuk' atas ulasan/ review di dalam salah sebuah blog yang seolah mempersendakan beliau. Saya hanya ketawa lalu berkata dalam hati; betapa pelajar/ blogger ini terbawa bawa perasaan itu hingga ke sudut 'realiti'/ nyata. Pada saya sebarang komen, ulasan, respon etc di dalam dunia maya (internet/ web etc.) hanya berlaku online sahaja dan tidak harus terbawa bawa keluar dari 'virtual space' tersebut. Sekiranya ini berlaku ianya akan memberi tekanan psikologi pada kita secara 'realiti'. Seharusnya kita 'un-plugged' antara realiti dan dunia cyber/ virtual/ net/ whatever yang berlaku secara online kepada offline. Ambil contoh filem "Matrix" misalnya. Jangan terbawa bawa di-"luar" tersebut. Jangan hilang kawalan. This is the real world, internet is just an artificial world. What is real?... Sekarang saya umpama diri saya macam Morpheus gitu...hehehehe. Semasa saya mengambil jurusan New Media dahulu, saya seringkali diingatkan untuk memahami antara dunia cyber/ new media/ virtual dan realiti dan masih mengingati lecture antara olive tree dan lexus; harus ada keseimbangan antara online dan realiti, antara media baru dan media lama…antara kebenaran dan dunia ciptaan manusia, banding beza apa yang harus ditolak dan diterima sama ada pada mental atau fizikal. Justeru itu, fahamilah bahawa Blog is just a Blog, nothing more or less. Yang penting adalah Blog itu 'sekurang kurangnya' memberikan RUANG untuk manusia (mortal beings) ini untuk berbicara, meluahkan apa yang ingin dikongsikan, menyatakan apa yang diingini… itu sahaja…. We are just human! Internet is just a tool to communicate. Jangan 'terasa' sangat atas komen, ulasan, kritikan, kutukan, sindiran etc. melalui blog. Hormati hak berblogging. "Facebook" lagi hebat, siap boleh bagi bunga, kek ngan hadiah online lagi, siot! Yang penting adalah NAWAITU. Sebab itulah saya tidak suka respon kepada apa yang tidak sepatutnya, tidak layan apa yang rasakan tidak perlu, tidak nak ambil tahu apa yang boleh mempengaruhi realiti dan mental saya. Mudah saja kepada para BLOGGERS yang dihormati semua; ingatlah a Blog is just a Blog, nothing more! A Blog is artificial and this blog too. What is artificial?..hehehe. dah la, why so serious?! Why so 'skema'?...hehehe… bersahabatlah dengan semua orang, terpulang.. Untuk mengakhiri celoteh saya yang hampir 3 mukasurat penuh ini (saiz A4); kepada para pelajar, kalangan bloggers, sahabat sekerja dan mereka mendesak saya berbicara tentang topik ini; akhirkata, janganlah layan pada blog blog tertentu demi kebaikan mental anda. Kalau nak pulaukan blog tertentu, pulaukanlah..itu hak anda, kalau nak layan pun, layanlah, itu hak anda. Kalau anda nak chop orang tertentu sebagai 'pandai tak boleh tumpang', choplah, itu hak anda. Tetapi ingatlah apa yang saya nak kata; TERIMALAH SEADANYA, BERFIKIRANLAH SECARA TERBUKA... insyaAllah anda akan damai, tenang dan dapat membanding bezakan antara realiti dan fantasi (dunia maya, internet..bla..bla.. etc.). Tulislah apa saja di dalam Blog! Anda berhak! Kadang kadang bila ber-blogging, kita bercakap dengan diri kita..tak salah, luahkan lah.. jangan berhenti menulis... Jadilah apa atau siapa saja anda mahu dlm blog...Manusia memang ada EGO. Manusia memang ada DUALITY... (dunia cyber dan realiti?)... Yang penting adalah NAWAITU.
tak payah komen (comment disable).