Monday, December 7, 2009

PAMERAN SYED AHMAD JAMAL


Salam untuk semua,


Saya telah ke pameran Tuan Syed Ahmad Jamal (sekarang Datuk) pada 5hb Disember yang lalu di BALAI SENILUKIS NEGARA. Boleh dikatakan inilah kali pertama saya melihat BEGITU BANYAK karya2 beliau. Beliau juga digelar sebagai Bapa Senilukis Moden Malaysia, kerana beliau adalah di antara pelukis awal di "Malaya" yang keluar dari lukisan atau karya senitampak secara konvensional dan tradisi kepada kontemporari atau moden yang menjurus kepada ABSTRACT EXPRESSIONISM. Saya pertama kali bersua dengan Tuan Syed adalah pada tahun 1991 semasa beliau mundar mandir dekat Jalan Pudu, berhadapan dengan tempat kerja saya (agensi pengiklanan). Saya tegur beliau dan begitu mesra dan tidak sombong orangnya.. very humble...


Tuan Syed berumur 80 tahun, (in conjunction dengan pameran ini). ..hmm.. 40 tahun lebih tua dari saya, dan masih berkarya. Masa yang amat panjang untuk mencapai ke tahap ini. Inspiring, bukan?.. syukur.. Hadir2kan lah diri anda ke pameran itu yang berlangsung 29 September 2009 hingga ke 31 Januari 2010 (10 pagi hingga 6 petang). Apa yang amat menarik perhatian saya adalah, karya beliau semenjak kecil dari tahun 1940an/ 1950an turut dipamerkan termasuk skestsa2 dan lakaran yang telah lusuh semasa beliau menuntut ilmu seni tampak… very rare…original,…





Semasa nak masuk Balai Senilukis pada hari itu sempat bertemu dengan Adiputra, sahabat pelukis yang sudah hampir 7 tahun tak berjumpa, ajak saya lepak kat Jalan Kon Lay (Studio beliau), sambil beliau memperkenalkan beberapa Art Promoter kepada saya, syukur… Semasa nak pulang dari Balai Senilukis pada petang itu, sempat bertemu Prof Siti Zainon Ismail untuk beberapa minit sambil meminta saya hadir ke salah sebuah majlis pembacaan puisi… insyaAllah, Prof.



“Seni tidak terasing daripada cara hidup masyarakat bahkan

ia adalah sebahagian daripada struktur

masyarakat dan lahir sebagai manifestasi bangsa manusia”

(Syed Ahmad Jamal)


Datanglah ke Pameran Syed Ahmad Jamal: PELUKIS, Balai Senilukis Negara.... jangan asyik gi karaoke dan makan papadom jer..peace..;-)..kenali juga seniman senitampak negara...;-) Tidak perlu banyak saya berceloteh dalam entri ini, kerana saya pun sibuk dengan hasil lukisan saya yang perlu/ wajib saya siapkan pada tahun 2010 nanti… semangat...hahaha....;-)


p/s: MASUK ADALAH PERCUMA dan TIDAK kena tiket seperti di Pusat Sains Negara yang berharga RM 25 seorang untuk tengok Leornado….. saya sokong Balai Senilukis Negara atas ‘naugan’ Prof Najib Dawa….;-)


p/s: apa kata perkataan “Balai” ditukar pada Pusat….hmmm