Monday, February 8, 2010

Potret Melayu


Acrylic on Canvas

Salam untuk semua,

Ini hasil yang terbaru, “Desire on Fire” (mungkin belum siap)… eksplorasi kanvas Potret Perempuan Melayu (hahaha, tajuk lukisan ongputih).. anyway, beberapa orang sahabat menyatakan bahawa “niche” saya adalah Potret.. hmmm, betul la tu. Sebenarnya, saya memang meminati Old Potrait Masters; bukan sekadar Old Masters dari Barat (Western) semata2, di Negara ini misalnya; nama seperti Hossein Enas, Hamidah Shuhaimi, Samjis Mat Jan, Mazli Mat Som, Amron Omar memang saya kagumi. Saya cuba sedaya upaya untuk menjurus ke dalam bidang Lukisan Abstrak, tetapi gagal.. bukan give-up tetapi saya tidak mampu untuk menipu diri saya sendiri, saya tetap “jatuh cinta” pada Potret, rasa tidak puas hati kalau tak dapat lukis Figura orang/ manusia (tak kisahlah ada yang kata ‘haram’ lukih orang, aku bukan buat berhala). Saya suka orang, saya suka pompuan, depa unik.. ada lentok, liuk, sensualiti, seksualiti (jangan salah anggap). Perempuan Melayu memang menjadi sumber inspirasi yang jujur pada saya. Malahan bila saya kenang kembali lukisan2 potret Hossein Enas (lihat karya beliau), jelas memperlihatkan secara fizikal akan hidung ‘kembang dan bulat’ perempuan Melayu, matanya yang ‘ala-kucing’, bibir 'delima-merekah', tubuhnya yang mungil sihat (tetapi tidak seperti tubuh tembam Renaissance - lihat ini) kulit mulus ‘hitam manis-kuning langsat’ yang lazat saya mahu warnakan pada sapuan berus saya. Jujur, saya memang ‘old fashion’, kuno.. tidak ‘rebelious’ tahap cipan.. huhu. Sebenarnya, semasa era Hossein Enas, kita mungkin sudah mencapai tahap ‘identiti’ lukisan Potret Gadis Melayu tersebut.. tetapi gelodak gelombang Barat dengan berbagai ism-nya telah sedikit sebanyak ‘memaju’-kan senilukis tempatan, kita harus akur pada perubahan ini. Dan saya faham; different people paint different style, different ways & different school of thought.... peh….;-) Segelintir yang telah berguru dengan Hossein Enas terus mewarnai permukaan kanvas dengan ciri-ciri ‘Enas’ ini. Hamidah Shuhaimi misalnya, pernah menceritakan pada saya bagaimana dia berguru dengan Hossein Enas. Rasanya ingin pula saya nak berguru dengan Puan Hamidah, mungkin tak kesampaian memandangkan faktor masa saya dan mungkin faktor umur Puan Hamidah sendiri. Mungkin banyak lagi yang boleh saya perkatakan tentang “Lukisan Potret Ala-Enas” ini jika dibandingkan dengan Western Old Masters, lain kali mungkin saya tulis mengenai ini. Tujuan posting ini adalah untuk memberi up-date tentang hasil terbaru saya; “Desire on Fire”.. kerana sekarang saya cuba mengadunkan Potret Gadis Melayu yang mengandungi unsur2 Wind, Fire, Earth, Water, Space… nature.. semua itu ada pada unsur2 manusia, kewujudan dan.. perempuan..;-)







Ini Gadis Melayu yang posing untuk hasil Lukisan saya ini, memang 'sukar' untuk saya dapatkan "Melayu" begini.




p/s: memang sukar cari wajah "Melayu"...hmmm...dan jangan Melayu berrrrr-lagak jadi ongputih pulaks, whatever-lah.....peace...;-)