Wednesday, September 22, 2010

TERPENGARUH

Salam untuk semua,


Ini adalah kisah pendek mengenai 3 Pemuda Melayu.


Tajuk Drama: "TERPENGARUH"


Jeng! Jeng! Jeng! (retorik muzik thriller konvensional filem Melayu)… Tersebut al-kisah, ada seorang anak muda yang berkelana jauh mencari seorang guru lukisan yang amat hebat seantaro dunia. Tibanya anak muda di tempat pengajian itu, diberikan guru itu berus dan warna, lalu bermulalah ilmu per-seni-an yang amat panjang. Dicampurnya warna mengikut tunjuk ajar sang guru.. kuning campur biru jadinya hijau lalu dilukis tumbuh-tumbuhan. Pada anak muda warna gembira itu warna merah kerana mengikut konvensional gurunya, warna suci itu warna putih kerana mengikut konvensional gurunya.. semuanya tersusun dengan amat perfect di atas permukaan kanvas. Setelah bertahun menuntut ilmu, anak muda pun mula untuk mengorak langkah menjadi seorang pelukis. Padanya langit mesti berwarna biru, pokok mesti berwarna hijau dan…. tiba-tiba, Jeng! Jeng! Jeng!, muncul seorang pelukis muda yang duduk di sebelahnya memasang easel dan meletakkan kanvas.. pelukis muda itu mula melukis pokok berwarna pink, langit pula berwarna silver.. Anak muda mula tercengang. Tiba-tiba muncul pula seorang lagi pelukis muda yang lain menghampiri lalu duduk di pinggir sudut kedua-dua mereka tadi, Jeng! Jeng! Jeng!. Kali ini pelukis muda yang baru datang itu melukis di atas sebuah kepingan filem dengan berus dan warna. Anak muda yang mula-mula tadi bertanya kepada pelukis muda itu “Siapa ajar kamu lukis atas filem dan bukan atas kanvas?”, pelukis muda itu menjawap “Saya belajar dengan guru anda, guru kita sama tetapi saya terpengaruh dengan Stan Brakhage.”


Kisah ini berakhir dengan tanpa retorik muzik thriller konvensional filem Melayu…;-)


p/s: biar boring… takpe..