Monday, November 29, 2010

MENJAMU SELERA (PENONTON)

Salam untuk semua,

Saya baru saja pulang dari melawat sebuah galeri di pinggir bandar (28hb Nov 2010). Tak jauh jika ikut jalan belakang dari rumah saya ini. Bersama seorang kawan kami berborak seketika (agak panjang borak jugak-lah seperti selalu), selepas beredar dari galeri tersebut. Apa yang menarik perhatian kawan saya adalah kebanyakkan (boleh kata kesemua) lukisan-lukisan dalam galeri itu berbentuk/ bersifat/ style yang ‘dekoratif’. Lukisan-lukisan itu tidak lebih dari penghias dinding rumah sahaja, katanya. Sebenarnya, semasa melangkah masuk ke galeri itu, saya sudah nampak apa yang kawan saya perkatakan itu dari awal lagi, he just took the words out of my mouth...;-) Tapi atas dasar mengekalkan ‘politik’ kawan-kawan, saya mengerut dahi seolah baru nampak apa yang dia nampak..;-) Sungguh pun begitu, ini adalah perkara biasa yang mana sebuah galeri berkedudukan dengan kawasan perumahan ‘orang kaya-kaya’. Malahan semasa memasuki galeri tersebut pun, ada seorang Mak Datin (kot) yang sedang berbincang dengan wakil di situ tentang kedudukan meletak lukisan di dalam rumahnya. Kata Mak Datin (kot), “oh well, all empty wall should be place with paintings, or else it might look dull.”.. saya hanya mendengar sambil melihat salah sebuah lukisan potret yang dekoratif. Tujuan penulisan saya kali ini bukan nak menghentam Mak Datin (kot) tersebut atau mana-mana individu, tetapi sekadar pandangan saya, setiap individu bebas berfikir. Sebenarnya pada pendapat saya (juga saya cakap pada kawan saya itu); bahawa setiap pembeli (buyer/ collector) itu ada taste yang berbeza. Galeri tersebut berada di kawasan perumahan ‘orang kaya-kaya’ dan lukisan-lukisan yang ada dalam galeri tersebut menjangkau Puluhan RIBU (abis murah pun RM 8, 900).. peh!.. ada yang sebesar 7 kaki pun ada yang menjangkau RM 35,000. Kesimpulan awalnya, tujuan galeri itu adalah atas untuk mendapat untuk untung (mesti mau untung, maaa!!) dan kesempatan berkedudukan di kawasan rumah ‘orang kaya’. Kesimpulan kedua, yang dikatakan dekoratif itu bersifat ‘cantik’, ‘berwarna warni’… atau dengan lebih tepat ‘indah mata memandang’. Peduli hapa dengan konsep, surreal, social criticsm, social statement, ekspresionis, atau apa apa pun, yang penting bagi Mak Datin (kot) tersebut adalah dinding rumahnya terisi. Ruang tamu mestilah ada sebuah lukisan yang ‘indah mata memandang’, ruang dapur mesti ada sebuah lukisan yang ‘damai’, bilik mandi mestilah ada lukisan yang ‘berbunga-bunga’ yang boleh ‘mewangikan’ mangkuk tandas, bilik tidur mestilah ada lukisan lanskap yang ‘tenang’… indahkan hidup ini?!..;-). So, it’s all about commercial value, kan?,.. unless dah jadi tahap Latiff Mohidin (pelukis-lah) atau Ibrahim Hussien (itu pun kalau Mak Datin (kot) itu kenal siapa mereka). Jadi, kesimpulan berikutnya, sekiranya Mak Datin (kot) tersebut meletakkan sebuah lukisan surrealist yang agak morbid di ruang tamu, mungkin para tetamu akan melugai (termuntah) masa tengah minum kopi dengan melihat hanyir darah, kepala lembik etc. yang dilukis itu (contoh). Sama juga jika diletakkan visual budak miskin bertelanjang bulat pada tong sampah (realis) di ruang dapur, mungkin ini akan menimbulkan ‘kontroversi’ orang yang bertandang ke dapur tersebut.

Saya sambung lagi perbualan (celoteh) kami ini. Pada pendapat anda (yang membaca posting ini); berapa ramaikah di antara kita yang bertandang ke rumah ‘orang-orang kaya’ ini, bercakap tentang lukisan yang berada di ruang tamu rumah mereka?.. Saya pernah ditanya tentang sebuah lukisan yang dibeli oleh seorang ‘kaya’ yang diletakkan pada ruang tamu. Seperti biasa, saya akan mulakan dengan warna, lighting (sekiranya realism), stroke, stail (+ influence pelukis2 lain) hingga berlarutan pada konsep serta content, subject matter etc..;-). Mungkin cara ini, tuan rumah lebih prepared sekiranya ada tetamu lain yang datang mengajukan soalan itu kepadanya. Tetapi selalunya (memang pun) kedudukan sesebuah lukisan itu mestilah bersesuaian dengan ruang tersebut, ditambah dengan warna interior rumah tersebut, dan ini berbalik pada ‘hiasan dalaman’… dan bukan hasil karya (lukisan) tersebut… penat ya, mengulas tentang hal ini. Berbalik-lah kita pada commercial value tersebut. So, kawan saya tadi mula bertanya pada saya (mungkin provoke) “Jadi depa beli bukan kerana ‘art’ value, content tak penting, janji cantik and sesuai dengan ruang rumah?”… jawapan yang tepat mungkin tidak dapat saya berikan pada kawan saya ini, sebab saya tidak kenal Mak Datin (kot) itu atau ‘depa’ yang dimaksudkan oleh kawan saya itu. Saya tetap menjawap “Depa beli atas dasar visual pandangan depa pada ‘ruang’ nak letak lukisan tu, ngam dengan warna, blend elok, then depa beli.. soal content ka, falsafah ka, berapa kerat yang pikiaq?, tapi itu hak depa. Ada beza collector dengan buyer. Buyer ada yang beli untuk dijual semula atau semasa sahaja, collector pulak long term, ada yang sampai tahap patron, ada yang simpan and sapa2 pun tak leh tengok.” btw, tak salah untuk syok sendiri.

So, berbalik pada kaitan tajuk posting ini, adalah sejauh manakah kita menjamu selera kita (samada ada sebagai penjamu atau yang menjamu): pada yang ada ongkos lebih mungkin Häagen-Dazs atau Délifrance yang menjadi santapan, pada yang low-budget mungkin KFC atau MacD sudah memadai, atau mungkin yang mahu mengekal-kan tradisi mungkin nasi lemak sotong dan nasi kukus panas tetap dibanggakan. Terpulang, masing-masing punya selera..;-) Anda berhak memilih… dan berfikir… dan tidak berfikir.

Pada pendapat saya, pemilik galeri tersebut adalah seperti seorang produser filem yang mahukan keuntungan, lalu dicari-nya pelukis (seolah seperti seorang pengarah filem) yang ada hasil/ karya yang komersial (cepat bikin, visual ‘indah pandangan mata’, boleh bergelak ketawa, etc.) ada pelukis (+ film-maker yg buat filem sebab nak kaya)..dan tak semua PENONTON (lukisan atau filem) itu kenal siapa Stan Brakhage atau Kurt Kren (filem), mungkin kita sudah biasa dengan Yoji Yamada atau Gregory Colbert dan Willem de Kooning atau Wassily Kandinsky (lukisan), mungkin kita sudah biasa dengan Pablo Ruiz Picasso atau Caspar David Friedriech…. ini adalah common dalam persada seni kita, kan… sesekali ‘santap’-lah ‘makanan’ yang lain, baru terisi ‘dinding’ yang kosong itu.

wassalam.

p/s: masih terbayang ada beberapa penonton yang tertidur dalam ‘ruang tamu’ bilik saya semasa menonton “Mothlight” dan “Dog Star Man” tetapi terjaga dengan “Desisfilm”….;-)

p/s: kesemua filem (kita) masih terikat dengan “drama”…kan? plot, pelakon, krew & director..;-)..;-)..;-).. tapi itulah semangat berkawan dan teringin nak buat pembikinan filem dalam masa 24 jam dengan Z. Lokman..;-)