Saturday, January 30, 2010

kerdil



Canon 350D/ Manual Setting/ 1/500 sec. f/5.6

Dawn.. Port Dickson 22nd January 2010

kita memang kerdil..kerdil..;-)


Wednesday, January 20, 2010

Anuar Nor Arai

"Painted" by using Nikon D200/ Manual Exposure/ Studio Light (Elincrom 250)
Thanks for sharing such wonderful talks & chats, Doc.
Please continue to inspire the young generation of Theater & Film Activist.
Al-Fatehah.
p/s: this image is for sharing, click for bigger resolution

Friday, January 8, 2010

Tasik Damai

watercolour on paper

- double click to for bigger resolution-

Salam untuk semua,

Ada masanya duduk2, lepak2,.... subject matter yang dekat pun tak nampak... saya selalu lintas jalan itu, terus singgah........ tatap, renung, angin sepoi2... klassik... Tasik Puncak Perdana...

Tapi ntah lama mana pun tak tau lah, keindahan belantara tasik ini akan terus wujud di puncak ni.. tak pun tunggu hari "kontraktor2 gila tahap cipan tua nak mampus haram jadah" (KGCTNMHJ) akan merogol tasik2 dan belantara kat persekitaran ni...iskkk... Silap2 tasik ni pun depa kambus... lagi mau cakap pasal global warming kat seminar/ simposium luar negara ka?

Semoga lakaran kecil watercolour serba ringkas saya ini, turut "menyimpan" khazanah itu sebelum...whatever...:-(

Wassalam..peace..;-)

Wednesday, January 6, 2010

Pepohon Damai

(hmm.. tajuk posting ini klasik pulak bunyinya..hahaha..) , anyway....


Salam untuk semua,

Kadang2 saya rasa dgn melukis ketenangan jiwa & hati diperolehi..
bukan apa; semenjak akhir2 ini, berbagai perkara yang buatkan kita berfikir panjang dan ada masanya kita pendekkan pemikiran yang panjang itu dgn melukis-lah.. dan saya masih teringat kata2 kawan saya dahulu "Hangpa (pelukis) kalau tension tu, boleh jugak melukis.."
Betul la tu, escapism..;-)


watercolour on paper


Mana tidaknya, masalah tak akan hilang selagi kita masih hidup,..iskk, klu mati pun masalah jugak kiranya application masuk Syurga tak terima..hmm.. tapi, setiap kali isu, masalah, situasi negatif timbul, setiapkali itulah segala rasa stress itu, saya tumpahkan melahirkan sebuah lukisan termasuklah sketsa-sketsa ringkas ini.. melihat pepohon rendang..damai jiwa.. lakarkan, lukiskan..tenang..:-)


watercolour on paper


Dalam pada masa yang sama, saya lebih suka tersenyum melihat sekali gus membaca pemikiran individu2 (yg tua, berkedudukan, berpendidikan tinggi & berpangkat especially) ada juga yg seolah tidak memahami golongan2 bawahan & golongan2 lain.. biarlah Allah lebih arif menilai dan menghukum. Ada pula sesuatu isu yang kecil (bagi saya yang berfikiran hmm.. takleh cakap nanti org kata ego) sengaja atau memang sensitif ya amat diperbesar-besarkan (sampai ada yg nangis..kasihan).. seolah macam takut tahap cipan..huahua..;-) Apa yang berlaku dalam hidup saya sekarang; saya lebih suka memerhati seterusnya memahami dan melukis 'subjek'2 di hadapan saya.. ada masanya subjek itu cukup sempurna untuk ditatap walau seribu tahun lagi (elele..dah falsafah plak).. Ada masanya subjek subjek tersebut seperti 'tunggul' poyo atau 'langau2' yang berterbangan.. semuanya saya hargai..:-)
Pepohon rendang, damai, tenang.. banyak pemikiran2 (oleh org2 terdahulu/ google-lah sendiri Issac Newton ka.. Buddha ka..) datang semasa berada di bawah pokok/ pohon.. jangan duduk bawah pokok nyoir dah la..haha... hmm.. posting (ingat ya ini posting/ entry adalah comment) ini.. posting ini adalah untuk juga mengucapkan salam damai 2010. :-)


Wassalam WRT.
I luv u all


p/s: lepas ni ada la pulak yang nak pi tebang2 pokok sana sini atas nama pembangunan (bahasa stail lama)..iskk..

p/s: sekarang ni lebih suka tengok sikap/ pemikiran orang dari bercakap banyak.. kelakarlah..;-)

p/s: kawan aku berkata "Aidi, paint.. don't stab them with your pocket knife!"..whooaa.. peace..;-)


Sunday, December 27, 2009

SEBELUM PEGANG MICROPHONE


Salam untuk semua,

(Ini sekadar luahan rasa & tidak menyentuh mana2 individu, kot..)

Seringkali, bila mendengar sebarang pengucapan umum terutama sekali berhadapan dengan khalayak ramai bersama microphone di tangan, saya kadang2 dapat mengagak atau menjangka mungkin seseorang itu belum bersedia atau memang tidak ada rujukan/ substance/ contoh untuk dipertuturkan untuk dipersembahkan pada hadirin yang hadir. Contoh pada majlis yang agak formal…bersama ahli akademik terutamanya.

Misalannya, bila kita hendak memperkatakan tentang sesebuah lukisan (filem pun boleh kira sama-lah); adakah cukup menyatakan bahawa lukisan itu cantik, sedangkan cantik (atau menarik) itu juga amat subjektif dan berbeza pada sesetengah pandangan individu.. aesthetics, patterns, forms, lines, colours etc….. apakah yang kita cuba maksudkan?.. pada hal bila membincangkan “cantik”.. atas dasar apa (“base on what?”.. perkataan trademark saya…Norman & sahabat2 lain faham sangat dengan karenah saya..). Jujur, saya akan kadang2 melenting (depan mereka sahaja) mendengar ceramah yang berkaitan dengan bidang kami… termasuklah pasal karya lukisan… dan setiapkali kalau ada individu kata sesebuah lukisan saya cantik, saya pasti bertanya “cantik tang mana?”…tq..

Dalam satu majlis apresiasi karya seni (lukisan) misalnya; bila seorang itu berkata “Lukisan sipolan ini adalah menarik dari dari segi garisannya, dan penuh dengan nilai kemanusiaan.”… Ayat itu jadi tergantung, macam ayat tak sudah, bunyi hebat tapi nafas sesak. Di sini saya mempertikaikan “menarik” itu berdasarkan apa atau siapa… apa yang “menarik” pada sipengucap/ penceramah untuk meletakkan statement sebegitu rupa. Malahan “lines” atau garis itu adakah kita refer kepada “style” tarikan (teknik sapuan) atau “stroke” sipelukis tersebut hingga terbentuk “form”??..dan adakah kerana perlakuan glazing atau impasto-nya??.. Sampai satu ketika di akhir pengulungan/ kesimpulan, sipelukis pula yang “terpaksa” memperjelaskan “style”, teknik dan termasuk influence-nya dalam karya beliau. Apa sipenceramah tak buat kajian asas pasal pelukis itu kah?.... Malahan perkataan “kemanusiaan” itu jelas terlalu subjektif… Humanity yang dimaksudkan adakah berada dalam content/ kandungan subject matter atau visual yang dipersembahkan. Kemanusiaan adalah lebih kepada persoalan imejan yang disusun atur (dipilih) untuk difahami/ dihayati oleh penonton. Saya menjadi bingung bila diletakkan ayat “garisan yang mempunyai nilai kemanusiaan”… memang tak masuk (tak ngam) pun dengan visual yang dipersembahkan. Garisan adalah teknik, kemanusiaan adalah persoalan. Kalau kita sebut “garisan kemanusiaan”.. itu adalah merujuk kepada metafora.. simbol, perlambangan dsb.... Apa yang kita persoalankan sekarang adalah pengucapan awam tentang karya visual.. Amat bingung bila kita cakap pasal fluxus art atau video art, media installation yang membezakan antara art film, experimental cinema … itu berbeza, ada sesetengah masih tidak dapat beza (atau mungkin nak samakan kategori art??..huh..)…Malahan juga tentu ada beza antara Nam June Paik dan Bill Viola walaupun kedua2 makhluk itu bermain dengan video, skrin TV (benda yang sama)…. Pada situasi lain (yang berkaitan) pula, macam mana kita nak kata lukisan abstrak itu cantik dan menarik… pada saya abstract painting (lukisan) boleh diapresiasi pada teknik pembikinan, tajuk, aksi proses pembikinan, material…… “cantik” berlaku sekiranya VISUAL terbentuk menjadi atas dasar perception kita… contohnya bila kita kata “wow, macam bunga yang sedang berkembang..”.. maka lukisan abstrak itu didasari oleh pandangan kita… “cantik” adakah ianya terbentuk menjadi bunga?.. cantik.. bunga itu cantik..yang membentuk form….;-)

Berbalik kepada pengucapan awam, saya kadang2 keliru bila sesuatu yang mahu diapresiasi itu menjadi “tergantung” ayat yang dipetahkan. Kadang2 saya bersoal dari dalam diri, apalah mamat ni cakap.. dia tak kisah nak baca sikit2 kah pasal pelukis ni, sampai apa yang dipertuturkan pada umum berbunyi TERLALU SUBJEKTIF..too general sedangkan buku atau informasi pelukis itu, berlambak2 kat kedai buku, library atau internet pun.. Tambah cipan apabila majlis apresiasi itu berlangsung bersama para ahli akademik, peminat seni dsb.. bukan suka2 tulis/ cakap dalam blog sajerr…huh… it is formal event… (di sini juga saya mempersoalkan tahap kejujuran sang penceramah…atau sekadar cari publisiti?)..hehe..

Sekiranya, kita refer seseorang pelukis itu dalam pengucapan kita; sudah tentu kita akan membincangkan tentang ARTWORK (tak kiralah masterpiece atau tidak..) dan dalam melihat artwork tersebut sudah tentu ada timeline sewaktu dihasilkan, dan ini juga melibatkan kejadian tempat yang dihasilkan lukisan itu, pengalaman sipelukis, subject matter juga merujuk kepada apa yang ingin dipersembahkan oleh pelukis…. Itu adalah paling asas untuk ambil satu artwork, dan diskusikan, apresiasikan secara serious…. paling mudah, kan?... tapi apa yang buat saya keliru (hairan) adalah bila kita (seorang yang kononnya faham seni) menyatakan bahawa “Saya suka lukisan sipolan sebab garisnya penuh bermakna.”…. iskk.. bermakna apa?… apa makna?...maknanya?.... tergantung ler… atau paling pening sekali bila kita (seorang yang kononnya faham seni) kata; “Lukisan ini mempunyai sesuatu yang boleh difahami oleh sesiapa sahaja yang melihatnya..”… iskkk, tergantung lagi…. “mempunyai sesuatu” apa?... PADA PENDAPAT SAYA; cuba elakkan; perkataan “sesuatu”, “bermakna”, “something”…. Tambah cipan bila siap sipenceramah siap dengan kerut dahi, muka serious konon, tangan macam nak cakar, seraya berkata “I feel that, ada something yang penuh bermakna-lah, ada substance yang cuba disampaikan sehingga kita tertarik melihatnya”… hahaha… macam siii… iskk…bluek…peace…;-)… saya pun kerut dahi juga, bertanya dalam diri; “so?..what?.. substance?, something?”…. mahu saja saya jerit ; “finish your sentence, sir!!”…:-( …. Sekiranya kita mengambil contoh karya pelukis Samjis Mat Jan misalnya; adakah mungkin secara ringkas kita refer pada teknik pengcahayaan Johaness Vermeer misalnya yang ada persamaan dengan karya yang dihasilkan. Atau mungkin sesebuah lukisan abstrak itu berdasarkan puisi yang menjurus kepada 99 nama Tuhan dan sebagainya… boleh juga dirujuk sesebuah karya itu adalah pengaruh teknik dari gurunya yang terdahulu semasa mendalami bidang potret sehingga menjadi sebagai trademark gaya persembahan kepada pelukis2 selepas/ sezaman dengan itu dan beberapa pengaruh dari sekolah2 senilukis Nanyang dsb. Samalah seperti kita memahami Conceptual Art yang menular pada para pelukis zaman 1960an dan beberapa pengaruh Warhol yang menular pada pelukis pop tempatan di Malaysia… atau mungkin ada karya Sureal tempatan yang awal agak pretentious dengan pengaruh Dali…;-)

Itu belum refer falsafah pelukis itu sendiri, misalnya Van Gogh yang “memaknakan”/ memberi erti garisan (yang macam ular-tu) yang terhasil adalah berdasarkan “force” atau kuasa subject matter seperti matahari, bintang, padang, pohon dsb… Bill Viola dengan karyanya siap ngan falsafah Zen Buddism, Sufi, Taoism dsb; malahan karya Heaven & Earth (1992) cukup detail untuk diapresiasikan… mudah bukan?... mengapa dua buah tiub TV diletakkan bertentangan; satu tiub representasi Heaven dan satu lagi Earth, berkajang2 boleh cakap itu saja…. Buatlah research serba sedikit sebelum membuat PENGUCAPAN AWAM,..please…peace…;-) Sama seperti kita menonton filem Third Generation; yang mungkin dipersembahkan dengan gaya persembahan visual still-photography yang mempunyai pengcahayaan yang kontras sehingga menjadikan subject matter itu kelihatan jelas dari segi form dan subject matter disusun dalam frame yang menampakkan pengaruh romantism & zaman baroque termasuklah tekstura dinding2 yang mengingatkan tentang catan minyak oleh pelukis2 zaman Velazquez atau Rembrant…. Bukan sekadar berkata “cantik gambar dalam filem tu, sebab warna dia menarik, terpukau!”…hmmm…. Ingat, sebab yang bercakap itu adalah “celik seni”, yang pegang microphone itu..;-).. saya masih mendalami, masih mentah dan masih nak belajar dari “orang yang pegang microphone” itu..

Tambah cipan bila ada orang kata (tak nak cakap siapa); “Pelukis Abstrak itu berjiwa bebas,. Dia bebas tenyeh warna apa pun!, itu adalah hak pelukis”… bagi saya, ada masanya pelukis abstrak itu sebenarnya ada yang memberontak secara ekpresif (atau impresif), berkarya menyampaikan ketidakpuasan perhubungan sosial (misalnya) yang diterjemahkan menurut warna dalam norm, peradaban bangsa menurut kategori makna warna; seperti merah itu marah atau merah itu prosperity (bangsa cina).. hijau itu adalah warna alam semulajadi (memang tumbuhan hijau kan?).. atau ada pendapat kata hitam itu lambang kematian, tetapi tidak bagi yang mahu memberi kontras pada subject matter. Contoh yang sering saya harapkan adalah contoh2 karya pelukis abstrak tempatan misalnya Syed Ahmad Jamal dan segi tiganya, atau mungkin Siti Zainon yang semenjak 1990an bermain dengan warna putih sebagai penyudah pembentukan imej.. itu mungkin representasi suci (putih) dalam perspektif Islam.. mudah bukan?… kenalah buat research… baru mula berhadapan dengan khalayak sebelum pegang microphone itu…;-)… peace…

Kadang2 saya rindu sangat nak dengar detail yang perlu diperjelaskan oleh sipenceramah dalam karya2 lukisan (dan lain2) dan BUKAN SEKADAR berkata “Karya sipolan menarik sebab ada nilai kemanusiaan dan sesuatu serta garis yang bermakna..”,.%-) ….. makna apa?

Sekian
disudahi dengan Wassalam WRT..



Sunday, December 13, 2009

Halus itu.... kita


"kita" ada halus,
"kita" ada mulus..

"kita" mahu jadi "kita",
tulus...

ikhlas itu; garis kecil
besar erti, makna "kita"..



aidirahimi
puncak perdana, shahalam
13hb Dis. 2009

------

A man paints with his brains and not with his hands.

Michelangelo Buonarroti (1475 - 1564)


Painting is silent poetry, and poetry is painting with the gift of speech.

Simondes (556 BC - 468 BC)


-------



p/s: teringat kata2 salah seorang guru seni saya: "kadang2 kita lupa 'kita' ada kehalusan"...;-)



Monday, December 7, 2009

PAMERAN SYED AHMAD JAMAL


Salam untuk semua,


Saya telah ke pameran Tuan Syed Ahmad Jamal (sekarang Datuk) pada 5hb Disember yang lalu di BALAI SENILUKIS NEGARA. Boleh dikatakan inilah kali pertama saya melihat BEGITU BANYAK karya2 beliau. Beliau juga digelar sebagai Bapa Senilukis Moden Malaysia, kerana beliau adalah di antara pelukis awal di "Malaya" yang keluar dari lukisan atau karya senitampak secara konvensional dan tradisi kepada kontemporari atau moden yang menjurus kepada ABSTRACT EXPRESSIONISM. Saya pertama kali bersua dengan Tuan Syed adalah pada tahun 1991 semasa beliau mundar mandir dekat Jalan Pudu, berhadapan dengan tempat kerja saya (agensi pengiklanan). Saya tegur beliau dan begitu mesra dan tidak sombong orangnya.. very humble...


Tuan Syed berumur 80 tahun, (in conjunction dengan pameran ini). ..hmm.. 40 tahun lebih tua dari saya, dan masih berkarya. Masa yang amat panjang untuk mencapai ke tahap ini. Inspiring, bukan?.. syukur.. Hadir2kan lah diri anda ke pameran itu yang berlangsung 29 September 2009 hingga ke 31 Januari 2010 (10 pagi hingga 6 petang). Apa yang amat menarik perhatian saya adalah, karya beliau semenjak kecil dari tahun 1940an/ 1950an turut dipamerkan termasuk skestsa2 dan lakaran yang telah lusuh semasa beliau menuntut ilmu seni tampak… very rare…original,…





Semasa nak masuk Balai Senilukis pada hari itu sempat bertemu dengan Adiputra, sahabat pelukis yang sudah hampir 7 tahun tak berjumpa, ajak saya lepak kat Jalan Kon Lay (Studio beliau), sambil beliau memperkenalkan beberapa Art Promoter kepada saya, syukur… Semasa nak pulang dari Balai Senilukis pada petang itu, sempat bertemu Prof Siti Zainon Ismail untuk beberapa minit sambil meminta saya hadir ke salah sebuah majlis pembacaan puisi… insyaAllah, Prof.



“Seni tidak terasing daripada cara hidup masyarakat bahkan

ia adalah sebahagian daripada struktur

masyarakat dan lahir sebagai manifestasi bangsa manusia”

(Syed Ahmad Jamal)


Datanglah ke Pameran Syed Ahmad Jamal: PELUKIS, Balai Senilukis Negara.... jangan asyik gi karaoke dan makan papadom jer..peace..;-)..kenali juga seniman senitampak negara...;-) Tidak perlu banyak saya berceloteh dalam entri ini, kerana saya pun sibuk dengan hasil lukisan saya yang perlu/ wajib saya siapkan pada tahun 2010 nanti… semangat...hahaha....;-)


p/s: MASUK ADALAH PERCUMA dan TIDAK kena tiket seperti di Pusat Sains Negara yang berharga RM 25 seorang untuk tengok Leornado….. saya sokong Balai Senilukis Negara atas ‘naugan’ Prof Najib Dawa….;-)


p/s: apa kata perkataan “Balai” ditukar pada Pusat….hmmm