Friday, November 11, 2011

Salam

Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk semua,


Walaupun belum ada apa yang boleh saya coretkan, namun blog ini masih saya kunjungi.

buat masa sekarang, saya banyak menghabiskan masa dengan kuliah, projek luar dalam, melukis, tanggungjawap keluarga dan sebagainya. Semoga kita semua terus menulis, membaca, mereka cipta, berkarya dan sebagainya untuk manafaat kita semua.


Wassalamualaikum.


p/s: tarikh pada hari ini adalah 11/ 11/ 11...:-)

Monday, July 11, 2011

Aidi Rahimi Ibrahim

Salam untuk semua, Greetings to all

followers, friends & foe

Buat masa sekarang saya belum terfikir topik2 yang boleh saya coretkan, anyway, I am on facebook (since 2008, actually). Tidak semestinya anda perlu add sebagai friend. Sebarang pengucapan pada wall, coretan, status, ilmu, etc. yang tertentu saya kongsikan bersama.

Click here:


with love,

Aidi Rahimi Ibrahim

11th July 2011

Wassalam




Friday, April 1, 2011

PERUBAHAN DESTINI ANAK2 FILEM



Salam Semua Malaysia,

Pada ‘firasat’ saya dalam masa beberapa tahun lagi, para filem-maker Malaysia akan terpecah belah kepada beberapa golongan setelah terkuburnya (atau hampir pupus) pengiat filem-filem ‘ala-murahan’ (faham2lah apa saya maksudkan). Ini akan berlaku antara fahaman (atau pengaruh) Barat (atau Timur) dan ‘pejuang’ filem-maker ‘Islamic’. Adapun kedua-dua golongan ini adalah dari suku sakat/ puak-puak Indie yang menentang filem-filem ala-murahan ini. Golongan penganut fahaman Barat ini begitu kuat jiwanya dengan tahap rebel yang melampau baik dari segi perjuangan golongan Lesbian, Gay, freedom of expression dan sebagainya disamping cuba menerapkan nilai-nilai Melayu atau Islam secara direct atau indirect, sekali-sekala tersasar hingga menampakkan berat sebelah dan lebih kepada fahaman terpesong (mengikut sesetengah pendapat, katanya) kerana cuba mengambil contoh dari filem-filem Barat dsb. Manakala satu lagi golongan adalah yang secara indirect memperjuangkan Islam secara halus melalui paparan visual atau mesej yang disampaikan (filem memang ada mesej/ bererti menyampaikan isyarat/ pesanan dsb.. lemau sangat kalau kata filem tak ada mesej.. kenyit mata pun mesej,.. samada nak tengok dari segi intertextuality, simbol dsb, cara kita denote, interpret sesuatu imej, kata2 dan sebagainya berkaitan dalam filem tersebut (maaf, terlalu panjang lebar dan analitik kalau nak dihuraikan satu persatu). Nabi sampaikan ajaran pun boleh dianggap mesej, filem memang ada mesej, samada yang tersirat atau tersurat).

Adapun, para filem-maker ini berasal dari berbagai background samada dari sekolah filem, sekolah lakon, sekolah teater atau sekolah tadika sekalipun. Ini akan bercambahkan lagi berbagai cara visual dan penyampaian sesebuah cerita/ filem itu. Satu golongan akan mati-matian mahu memperjuangkan yang cinematic value, semiotic, aesthetics, falsafah dsb.. satu lagi akan habis-habisan memaparkan lakonan yang amat natural, pengaruh teater dsb dan tidak dinafikan satu lagi golongan akan memaparkan teknik-teknik pembuatan filem yang tercanggih (state of the art) dsb. Tidak kurang juga yang akan sampai ke tahap pretentious gaban yang kononnya menampakkan experimental (kononnya mendakwa pengaruh Kenneth Anger plus Kurt Kren plus Majid Majidee plus Yasmin plus dan plus etc) tetapi langsung tidak faham makna avant-garde. Walaubagaima pun, bagus sebab masih berusaha menimba ilmu dan pengalaman disamping melihat dari dalam diri. Adapun para mereka (filem-maker) ini semua berakar umbi dari suku sakat Indie-Indie. Justeru itu, dengan nikmatnya akan berlaku lagi perdebatan-perdebatan mengenai filem. Kita akan melihat filem ‘hiburan ala-murahan’ ini semakin terhakis,.. mungkin 10 tahun lagi (atau kurang 5 tahun lagi). Pengarah-pengarah ini yang dahulunya, para pelajar filem tempatan akan mewarnai revolusi perfileman tempatan dan kebanyakkannya berasal dari sebuah pusat pengajian filem Bumiputera yang terkenal. Apa yang lebih menarik adalah ‘perbalahan’ pendapat, idea dan sebagainya juga akan berlegar dari para bekas penuntut dari sekolah filem Bumiputera yang sama. Ini bagus, maka berkembanglah lagi roh-roh baru dalam melahirkan idea yang turut dijadikan contoh kepada ‘adik-adik’ filem-maker yang masih menuntut ilmu filem. Dahulu sebuah sekolah Senilukis/ Senireka dari pusat pengajian ini sering disebut, sekarang sebuah Sekolah Filem yang baru ditubuhkan sebelas tahun yang lalu pula menampakkan kehebatannya dan karya mereka sering diperkatakan dari berbagai sudut pandang. Tahniah. Justeru itu USC tidak perlu berlagak dengan Zemeckis dan Lucas dsb. Sampai sekarang pun, proses menghasilkan filem-maker2 baru ini masih diteruskan dan bukan sahaja di pusat pengajian Bumiputera itu tetapi juga lain-lain pusat pengajian swasta dan kerajaan. Saya rasa usaha ini bagus, negara kita makin menampakkan kematangan kerana memberi ruang para pengiat filem ini (yang asalnya dari Indie) menerobos dunia perfileman Mainstream yang semakin hari semakin berubah. Sedar atau tidak, mahu atau tidak, setuju atau tidak; destini anak bangsa sudah pun berubah.

Saya masih teringat kata-kata Puan Lecturer (subjek Falsafah) saya semasa mendalami bidang filem dahulu, katanya “Ahli filusuf Barat meninggalkan persoalan, ahli filusuf Islam meninggalkan jawapan”. Dan saya juga tidak pernah melupakan kata-kata dari saduran collective (primary) data dari responden thesis saya dahulu seorang ahli akademik iaitu Dr. Murad Merican bahawa:-

We consume the West, we consume Modernity and we consume Western or occidental worldview through films. We have popular knowledge of the West; most of us have popular knowledge of the West through images transmitted through Hollywood for example, so that is one level of knowledge. From the Islamic point of view; although theoretically we exist within Islamic Cosmos but that has been dominated by that particular hegemonic perspective. Therefore, we have to struggle to challenge or to counter hegemonic dominating worldview in realizing and articulating our identity and our personality and our experience, so what we see now is a tension between modernity and our value system.” (Murad Merican PhD./ page 77: M.A. thesis Aidi Rahimi Ibrahim 2006)

Sekian, wasalam.

p/s: Saya suka melihat perubahan ini. Mungkin perkataan “Mainstream” tidak relevan lagi digunakan di masa hadapan.. Bye, bye ‘panggung’, hello Astro & Art House..;-) Perkataan "Indie" ni pun samar juga, sebab kadang2 kita masih bergantung harap pada sponsor dan duit gomen.. ;-)

Saya masih juga mengambil contoh filem Barbara Hammer dan Stan Brakhage sebagai contoh… iskk…%-)

Buruk atau baik, saya bersyukur kerana filem-filem hasil dari mereka akan terus diperkatakan/ diperdebatkan, perhatian tetap ada dari filem-maker dari sekolah filem yang hanya berusia sebelas tahun ini...Ayuh, bikin filem lagi dan jangan berhenti menulis tentangnya... yeah..;-)


Monday, February 21, 2011

Di Pinggir

f/6.3 1/160 (ISO 200) Manual Mode (B.W. parameters) – Canon 350D

Location: Melaka. Time: 11.37 a.m. 20th Feb. 2011

unedited/ original

* (please click photo to enlarge)



Wednesday, February 16, 2011

Undang-undang dan Fotografi (+ MODEL RELEASE FORM)

Salam untuk semua,


Saya sudah lama (hampir dua tahun) bercadang untuk menulis artikel ringkas ini tetapi terlupa seketika dalam arus kesibukan tugas saya, sehinggalah ada perbualan dengan beberapa orang sahabat yang mengingatkan kembali tentang legal/ law hakcipta/ privacy ini. Terus terang, saya katakan saya tidak begitu mahir atau mempunyai zero knowledge tentang perundangan (law/ legal) berkaitan fotografi. Selalunya, tugas seorang artist (+ photographer) adalah meluahkan/ melahirkan atas karya yang dilahirkan, itu sahaja tanpa memikirkan risiko atau consequences seterusnya.

Ok, berbalik tentang tajuk posting ini, kita sering membawa kamera kita ke mana saja kita pergi, terutamanya Social Realist Photographer dan pelancung. Mengambil gambar setiap ruang, lorong dan sudut mengambil gambar bangunan dan sebagainya. Tidak kurang juga mengambil gambar para pejalan kaki, orang-orang tua, peminta sedekah, penjaja, peniaga, kanak-kanak dan gadis-gadis/ jejaka-jejaka cantik yang lalu lalang. Kita pulang lalu memuat turunkan imej-imej yang kita shot ke dalam komputer seterusnya memasukkan ke dalam Blog, Facebook, Pocodot etc. Tanpa kita sedar, terdapat beberapa keping gambar terkandung imej-imej orang-orang yang ‘tidak kita ketahui’. Tidak mustahil gambar-gambar yang mempunyai imej orang-orang yang tidak kita ketahui itu di-“ambil” oleh orang lain pula. Sekiranya imej tersebut tersiar pula di laman Web atau media cetak yang lain, mungkin disedari oleh orang yang tidak kita kenali (di dalam gambar) itu pula (setelah di-publish). Sekiranya hal ini berlaku ada beberapa kemungkinan termasuklah apa yang disebut sebagai invasion of privacy dan sekiranya orang yang tidak kita kenali (di dalam gambar) tidak mengizinkan, kita mungkin disaman malu. Ada individu (orang di dalam gambar) tidak mahu dirinya didedahkan dalam laman web sosial, web page atau blog. Ini kemungkinan pertama. Kemungkinan kedua adalah; apabila ‘karya’ foto kita itu menjadi artwork lalu dibeli oleh pihak lain yang mengandungi imej orang yang tidak kita kenali (di dalam gambar), sekiranya pada suatu ketika diketahui oleh orang yang tidak kita kenali (di dalam gambar), besar kemungkinan kita akan dipersoalkan dari segi royalty (atau imbuhan) kepadanya. Bayangkan kita telah Berjaya menjual imej tersebut (contohnya: makcik penjual buah) dengan harga lumayan, tetapi haram satu sen pun tidak kita berikan padanya. Sekiranya, anaknya ternampak imej ibunya itu (makcik penjual buah) bernilai tinggi, pasti anaknya itu akan mempersoalkan tentang hal ini. Atau pun mungkin anaknya itu melayari laman web (facebook, blog etc.) lalu mengetahui imej ibunya ada dalam laman web sosial tanpa pengetahuan ibunya, besar kemungkinan ini akan jadi satu kes. Pernah jadi satu kes yang saya baca dua tahun lepas adalah mengenai satu imej keluarga yang dipaparkan dalam sebuah blog tetapi diambil oleh sebuah agensi iklan tanpa pengetahuan keluarga tersebut, akhirnya syarikat iklan (+ pereka grafik) itu telah disaman berjuta ringgit untuk saman malu. Berhati-hatilah.

Dalam ber-PAMERAN (atau online publication, social web etc.) selalunya, saya akan menanyakan kawan-kawan saya mengenai imej-imej manusia (penjual kain, penjaja, kanak-kanak dan sebagainya) yang tidak diketahui itu, samada ada permission untuk dipamerkan wajah-wajah yang ‘tidak dikenali’ itu. Adalah amat penting bagi saya sekiranya kita mempunyai MODEL RELEASE FORM atau MINOR PHOTO RELEASE FORM (untuk kanak-kanak) demi menjaga kepentingan hakcipta, privacy dan hal-hal yang berkaitan. Harus kita ingat, ini semua melibatkan situs web public domain. Seperkara lagi adalah melibatkan tempat atau lokasi. Ada masanya kita akan mengambil gambar tempat-tempat private atau lokasi yang bukan public, seperti kelab, bangunan khas dan sebagainya. Dalam hal ini, kita memerlukan PROPERTY RELEASE FORM. Tapi saya rasa, ini agak keterlaluan, silap-silap kita langsung tidak dapat mengambil gambar apa-apa pun. Sunguhpun begitu, perkara-perkara ini harus diberikan perhatian. Bak kata pepatah Melayu “Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada guna”. Sebaiknya, buatlah simple agreement MODEL RELEASE FORM atau MINOR PHOTO RELEASE FORM yang bersaiz kecil sudah memadai untuk mudah anda bergerak semasa mengambil gambar. Hanya cadangan saya, risiko adalah hak anda jika ‘mampu’.

p/s: sebab itu saya elakkan dari dari meletakkan imej ‘orang yang tidak diketahui’ dalam blog, Facebook, Pameran etc.

p/s: lukisan tidak ada masalah, sebab ‘keaslian’-nya tidak boleh dipertikaikan dari segi outlook dan material. lukisan berdasarkan foto tidak mempunyai masalah kerana pengubahsuaian-nya adalah ke atas kanvas dan palitan warna.

p/s: sesiapa yang ada info lebih, sila kongsikan dengan saya.. saya amat berharap untuk mendalami ‘ilmu’ perundangan foto ini.


Sunday, February 6, 2011

LARI TOPIK dan FILEM


Sebenarnya saya tidak suka menulis tentang topik ini, tetapi memandangkan social obligation sebagai manusia kerdil (yang tak famous pun) dan sebagai peminat filem (bukan pembikin/ tukang buat filem), saya rasa adalah perlu untuk saya coretkan beberapa pandangan peribadi saya.

Sebagai seorang yang masih ‘belajar’ tentang filem atau apa-apa topik sekalipun, saya sering menghadiri sesi soal jawap, forum atau seminar. Tetapi berbalik kepada topik (tajuk posting) di atas, setiap sesi soal jawap, forum atau seminar telah disediakan tajuk yang khusus misalnya “African-Asian Cinema” contohnya, tapi pada pertengahan sesi soal jawap berlaku sesi ‘hentam-menghentam’ filem-filem tempatan…. lari topik… bak kata pengarah muda wanita yang saya hormati “po diaa???” ........ Bagi saya jika ini berlaku, tahap mentaliti penceramah adalah lebih rendah dari mangkuk jamban rumah saya tidak kiralah dia kawan saya atau sebagainya, tidak kiralah dia bapak kepada professor dunia sekali pun. Saya tidak marah, cuma fed up kerana saya mahu dengar pasal pengalaman penontonan, apresiasi, content dan sebagainya berkait dengan tajuk sesi soal jawap, forum atau seminar tersebut. Bukan penghentaman terhadap individu, pengarah atau filem-filem tempatan dan sebagainya. Contohnya; saya bercakap tentang watak Travis Bickle dalam filem Hollywood “Taxi-Driver” (1976) misalnya (atau siri TV Barat/ U.S), tetapi ada yang berkata (seolah genius filem-lah, konon) bahawa Bollywood jauh lebih baik dari Hollywood. Itu saya rasa, pemikiran tahap gaban paling pretentious kudis habis. Justeru itu, itu lari terus dari topik kerana saya tidak bercakap pasal comparison/ comparative studiesngok. Persoalannya adalah watak Travis dan bukan tentang Bollywood.

Seperkara lagi, tahap pemikiran bebal bagi saya adalah manusia yang tidak faham perbezaan antara Buruh Kasar dan Arkitek, Pendidik dan Pelajar.. orang panjang akal dan pendek akal.. ada beza antara Doer dan Bukan doer.. mungkin budaya pemikiran akal pendek menganggap pengkritik boleh buat filem, antara Penulis dan Pembikin filem, antara Penyelidik dan pekerja makmal... macam biasalah, pemikiran cipan selalu kata "kalau terer, buat la!.." itu pemikiran kolot dan golongan ini sampai ke tua akan terus berada pada tahap pemikiran retard kekal..;-) Contohnya lagi sekiranya photographer itu tidak memilih untuk menjadi film-maker, maka itu adalah pilihannya. Sekiranya photographer itu memilih untuk menjadi segalanya (walau macam rojak pun), jack of all trade atau "Übermensch".. maka itu juga adalah haknya (harus digalakkan), so, kenapa masih rendah akal berkata "kalau terer, buat la!.."..;-) Maaf saya adalah pelukis, jurufoto amatur, peminat filem dan penonton biasa sahaja.

Agaknya dalam budaya masyarakat kita (tidak kiralah apa bangsa pun), masih ada hasad dengki, cabar mencabar dan sedikit (atau banyak) tompok kehitaman yang masih menjadi tradisi bangsa yang kurang berfikir. Harapan saya adalah kita terus berfikir, mengkaji, berdiskusi tentang filem (atau apa2 bentuk seni pun) kerana dalam filem (atau apa2 bentuk seni pun) ada falsafah, politik, kemanusiaan, semiotik, bahasa visual, persoalan konflik, plot, teknik pengambaran dan persoalan-persoalan yang boleh dihuraikan lagi.. so, sweet, kan…;-) Kalau mahu ‘berjuang’ sekalipun, kita masih perlu ingat bahawa kita masih ada medium kita. Dalam menulis posting ini saya mengingatkan bahawa, saya tak perlu popular, tak perlu timbulkan kontroversi, tidak hingin puji-pujian kerana saya cukup selesa dengan keadaan saya sekarang (alhamdullillah) dan jikalau saya mahu berjuang pun, saya rasa ini adalah tugas hakiki saya sebagai manusia yang ada blog dan medium seni saya. So, jangan lari dari topik masa diskusi atau sebarang perkara tersebut... yeah..;-)

wassalam.

FATHER & SON

Salam 2011 untuk semua,

Maaf, kerana sudah lebih sebulan tidak menulis. Saya sibuk dengan kerja makan gaji saya, kuliah, consultation bidang saya, beberapa urusan peribadi, dan di samping menzahirkan beberapa lukisan. Walau bagaimana pun, saya rasa menulis dalam blog kerdil saya ini juga merupakan hormat dan tanggungjawap saya untuk terus meluah dan mencoretkan pandangan dan pendapat saya untuk para pengunjung, pembaca dan followers saya. Semenjak akhir-akhir ini, saya mendapat kesan terdapat faktor yang mengubah persepsi saya tentang siri-siri drama TV dari Barat terutama sekali dari Hollywood atau U.S. yang melibatkan action, thriller, detective stories dan swashbuckling. Filem-filem/ drama dari Barat semenjak akhir-akhir ini semakin menitik beratkan soal hubungan kekeluargaan, terutama sekali melibatkan hubungan Father & Son. Berikut adalah drama-drama bersiri (terutamanya dari rangkaian AXN) adalah mengenai Father & Son tersebut dan maafkan saya sekiranya masih menjadi pengikut Falzonian yang tegar semenjak dahulu lagi. Berikut adalah ulasan/ catatan ringkas saya:-

NUMB3RS (The Eppes)

Saya puas meng-google mencari makna/ implikasi nombor ‘3’ dalam drama “Numb3rs” lalu saya berfikir mengapa diletakkan nombor ‘3’ itu selain dari berkait dengan matematik. Pada pendapat saya, bahawa 3 beranak ini adalah Don Eppes (lakonan Rob Morrow), Charlie Eppes (David Krumholtz) dan ayahnya Alan Eppes (lakonan Judd Hirsch), 3 orang ahli keluarga ini kesemuanya lelaki, saling memerlukan antara satu sama lain terutamanya melibatkan soal menyelesaikan masalah/ kes. Pada pendapat saya 3 itu adalah dari tiga huruf iaitu S.O.N. (son) atau anak lelaki ataupun D.A.D. (dad) iaitu ayah/ abah. Maaf ini hanya pendapat saya yang setelah tidak berjaya mencari rujukan mengenai ‘3’ dalam Numb3rs tersebut, hanya andaian saya dan bukan teori pun. Antara yang menarik perhatian saya adalah semasa Charlie sibuk menyelesaikan sebuah kes di balai polis, ayahnya masuk membawa biskut dan minuman kepada Charlie seraya berkata “I guess I am still feeding you guys”, comel (sweet) kan?..;-) Mungkin Alan bermaksud feeding depa dengan nilai persaudaraan dalam membentuk ilmu semasa kecil sehingga dewasa..;-) Kalau pepatah menyatakan ‘two heads are better than one’ ini pula ‘three heads are better than two’. Alan Eppes berjaya mendidik anak-anaknya sebagai seorang genius matematik dan seorang lagi pegawai polis/ pembanters jenayah. Alan juga berfungsi sebagai pelerai pertikaian sekiranya dua beradik (Don dan Charlie) bertelagah. Sebagai seorang ayah, Alan adalah seorang pendengar yang baik, mempelajari berbagai ilmu pemikiran jenayah (criminalogy) dari anak-anaknya (juga representasi pemikiran golongan muda) dan sentiasa menumpukan perhatian terhadap kedua-dua anak lelakinya tidak kira di rumah sehinggalah kepada tempat kerja. Teamwork ketiga-tiga mereka begitu akrab. I must study politics and war that my sons may have liberty to study mathematics and philosophy.” (John Adams) … mungkin itu agaknya salah satu inspirasi penulis drama ini.

CHUCK & STEPHEN (Intersect & Orion)

Dalam season 2, Saya amat terkezut besar apabila mengetahui bahawa Orion/ Stephen Bartowski (lakonan Scott Bakula) yang selama ini membantu Chuck dalam menyelesaikan beberapa kesulitan tentang kerja-kerja spy beliau adalah bapanya. Orion sebenarnya membantu Chuck untuk mengeluarkan sistem Intersect dari kepala hotak Chuck semenjak dari mula lagi. Apabila Agent Sarah membawa Chuck ke sebuah tempat yang terpencil saya agak gundah mengetahui siapa Chuck hendak berjumpa. Rupa2nya adalah bapanya adalah (Orion). Hasrat Chuck adalah agar bapanya kembali untuk wedding adiknya Ellie (lakonan Eleanor Woodcomb), itu sahaja. Agent Sarah tidak sepatutnya mendedahkan hal ini, kerana ini adalah merupakan satu rahsia kerajaan yang amat besar, malahan membawa Chuck berjumpa Orion adalah satu risiko. Tetapi mungkin atas dasar kekeluargaan (+ silatulrahim), Sarah sanggup melakukan ini untuk Chuck kembali/ mengetahui siapa bapanya yang 'sebenar'. Akhirnya sistem Intersect telah berjaya dikeluarkan dari Chuck. Orion sanggup bergadai nyawa dengan Fulcrum untuk mencipta Intersect 2.0 yang lebih besar/ luas yang kononnya dapat memberikan full-scale flashes kepada kesemua agen-agen Fulcrum, tetapi sebenarnya adalah flashes khas untuk Chuck kembali normal (mengeluarkan Intersect dari sistem scan Chuck). Itulah pengorbanan seorang ayah hingga sanggup mempertaruhkan nyawa-nya menipu Ted Roark (lakonan Chevy Chase) juga ketua Fulcrum. Sebenarnya, like father like son; kedua-dua beranak ini adalah genius komputer dan filem (drama) ini secara langsung menampakkan team-work antara keluarga (father & son) itu penting dan Orion sebenarnya mempercayai Chuck lebih dari segalanya. Tahap kepercayaan seorang ayah (Orion) juga adalah semata-mata untuk Chuck, justeru itu beliau hanya mempercayai Chuck dan harapan seorang ayah adalah untuk melihat Chuck ‘sembuh’ semula. Begitu besar pengorbanan seorang ayah.

CSI MAIMI (Horatio & Kyle)

Drama CSI Maimi telah menyaksikan struggle seorang ayah yang cuba mengeluarkan Kyle (lakonan Evan Elingson) dari cengkaman Joe LeBrock dan gangster yang lain. Walaupun telah beberapa kali dihadapkan ke mahkamah dan keluar masuk penjara, Haratio masih lagi mempertahankan Kyle dari sebarang tuduhan. Indirectly, pengorbanan seorang ayah memang adalah untuk membebaskan anaknya dari sebarang kegiatan yang salah dari segi undang-undang. Ini yang dikatakan kasih seorang Horatio kepada Kyle, anak tunggalnya. Pemilihan antara mahu berada bersama Julia (ibu Kyle) atau Horatio, pada pendapat saya, Kyle lebih memilih untuk bersama ayahnya ketika Julia masih dalam kebinggungan atas segala petaka yang masih menimpa dirinya. Seorang lelaki sebenarnya lebih memahami lelaki dari seorang perempuan yang memahami lelaki. Nietzsche pernah berkata Fathers and sons are much more considerate of one another than mothers and daughters.” Pada saya, seorang ayah walau macam mana ganas (+ psychopath dan idiosyncratic) sekalipun, ada masanya menjadi seorang yang amat ‘berperikemanusiaan’ bila menjalankan tanggungjawap terhadap seorang anak atau masih ada ‘hati perut’ sebagai seorang bapa. Dan seorang anak walau ‘jahat’ mana sekalipun, anak adalah tetap anak dan ini tiada tolok bandingnya dengan harta dan segalanya, itulah yang disebut sebagai ‘darah-daging’. Menyentuh soal ‘darah-daging’, Kyle memilih untuk menjai seorang soldadu berjuang di bumi Afghanistan, seolah seperti ayahnya dahulu yang pernah menjadi seorang polis dalam bomb-squad. Bagi saya, ini juga adalah propaganda U.S. untuk menggalakkan anak muda mereka menjadi pahlawan dan soal ‘darah-daging’ itu memang sama sinonim dengan Rambo, kan, masing-masing mahu menjadi ‘hero’ dan ini diturunkan dari generasi ke generasi, dari bapa kepada anak lelaki..;-) Like father, like son.

NIP TUCK (Sean & Matt)

Doktor Sean (lakonan Dylan Walsh) memang sentiasa menyayangi anak lelakinya (Matt, lakonan John Hensley) semenjak dari mula hingga ke saat ini. Semua ini terbukti semasa Matt masih lagi dibayangi oleh ‘cinta monyet’ hinggalah setelah mendapat anak bersama Kimber (lakonan Kelly Carlson). Kimber juga merupakan ‘Masterpiece’ Dr Christian Troy semasa di Maimi kerana telah berjaya menjadikan Kimber ‘perfect’ rupa paras dan susuk tubuh setelah beberapa pembedahan plastik. Sean dan Christian memang tidak menyenangi Kimber, ini kerana pernah menjadi pelakon porno dan pernah menjadi kekasih Christian, malah beliau tahu bahawa Kimber hanya mahukan wang/ harta dari Matt (waris pada Sean). Kononnya, atas dasar cinta, Matt mengahwini Kimber (memang Kimber tidak pernah cinta pada Matt) lalu memperolehi seorang anak (bernama Jenna). Pada season 5, Kimber telah mengambil kesemua wang yang diberikan oleh Sean pada Matt untuk tujuan masa depan anaknya itu. Dipendekkan cerita, Kimber telah meninggalkan Matt lalu Kimber kembali menjadi pelakon lucah. Matt kemudian, kembali ke pangkuan ayahnya, Sean bersama baby Jenna. Sean masih menerima Matt dengan hati terbuka, walau telah beberapa kali mengingatkan tentang negativiti Kimber. Berbagai pengalaman pahit telah dilalui oleh Sean, termasuklah ditinggalkan isterinya Julia (lakonan Joely Richardson); namun ‘like father, like son’, kedua-duanya (Matt dan Sean) ditinggalkan isteri masing-masing masih boleh bersama sebumbung. Mungkin ini apa yang dikatakan hanya seorang ayah yang memahami anak lelakinya. Atau hanya lelaki memahami lelaki.. “Only man knows men”..;-)

Saya tidak memahami budaya Barat secara mendalam kerana saya adalah seorang Melayu, tetapi jika dilihat akan filem-filem P. Ramlee sekali pun memang ada penonjolan fathers and sons ini. Contohnya filem Anakku Sazali (1956), Keluarga 69 (1967), Anak Bapak (1968) dan sebuah filem P. Ramlee father and son yang paling saya minati iaitu Putus Sudah Kaseh Sayang (1971) lakonan Bob Mustafa sebagai Rosman (anak lelaki tunggal). Pertikaian antara father and son ini memang mengikut peradaban masyarakat Melayu bila kita berpegang kepada prinsip “Kalau sayang anak tangan-tangan-kan”. Ini terbukti dalam filem P. Ramlee tersebut bila ayah menghentam anaknya hingga tunggang terbalik, gedebuk!. Sungguh pun begitu ‘tangan-tangan-kan’ juga membawa makna berbeza-beza pada saya sekiranya ‘tangan-tangan-kan’ itu merujuk kepada memberi dan membelai, dan bukan menghentam anak bertubi-tubi. Berbalik kepada drama-drama TV orang putih yang saya catatkan di atas, saya mula melihat perubahan ini yang jauh berbeza semasa zaman kecil saya semasa menonton ‘The A Team’, ‘Mc Guyver’, ‘Buck Rogers’, ‘Highway Man’, ‘Hawai 5-0’, dan lain-lain yang swashbuckling-nya tidak langsung menceritakan tentang hubungan keluarga watak-watak tersebut. Drama kekeluargaan memang ada seperti ‘Eight is Enough’, ‘Dallas’, ‘Dynasty’ dan sebagainya yang memang khusus untuk keluarga dan konflik dalam keluarga dan tidak melibatkan swashbuckling dan drama dari genre yang lain. Drama CSI, Numb3rs, Chuck adalah action- drama tetapi meletakkan nilai kekeluargaan itu sebagai pernyataan yang penting dan utama. Bagi saya, mungkin masyarakat Barat mahu menerapkan nilai kekeluargaan (+ father & son) itu adalah penting sewaktu nilai-nilai ini semakin luntur di sana, mungkin. Terlalu banyak yang boleh ditulis, digariskan mengenai father and son ini, dan salah satu yang agak awal dalam filem yang melibatkan action-pack atau science-fiction adalah antara Darth Vader dan Luke Skywalker dalam Star Wars; seorang ayah (father) tidak mungkin membelakangi anaknya (son) walaupun dirinya sebelah dark side manakala anaknya rebel sekalipun. Itulah kasih seorang ayah pada anak lelakinya, melebihi dari boss sendiri (Emperor). Stars Wars bukan sekadar “pop-corn movie” jika anda ada akal yang cukup matang..;-) Dalam sesebuah keluarga pun, anak dan ayah ada masanya berkonflik semasa kecil, remaja malah sampai ke tahap dewasa, tetapi akhirnya masing-masing dapat menyesuaikan antara satu sama lain. Bagi saya re-thinking-lah, ‘biar mati adat, jangan mati anak’, sebab anak itu adalah ciptaan Tuhan dan anak itu adalah nyawa… kan.

Wassalam.

p/s: I love my boy (and my daughters) and I love my late father who gave me my first camera during my youth. (walaupun ada masanya kami berbalah). Al-Fatihah.

p/s: untuk pembaca yang budiman, ciumlah dahi anak-anak kalian setiap kali sebelum masuk tidur, insyaAllah.