Tuesday, April 28, 2009

DEMI MASA

Masa begitu cepat berlalu. Tanpa sedar aku akan mencecah usia 40 nanti. Pepatah pepatah yang sering aku dengari; Masa itu Emas, masa dapat merubah segalanya, masa yang berlalu tidak akan berulang, masa yang menentukan, masa.....

Bapa mengajarku banyak tentang masa, banyak juga masa yang diberikan kepadaku sewaktu waktu dahulu. Aku menyimpan masa itu, aku menyimpan detik waktu itu. Ada juga masa yang ku berikan pada bapa. Tuhan telah menentukan masa untuk bapa pergi, dan aku terpaksa akur akan kehendak itu. Masa yang diberikan terlalu singkat, Tuhan memberikan hanya 38 tahun untuk aku bersama Bapa. Dalam masa 38 tahun itulah masa yang teramat berharga bagi aku, walau ada masanya kami bersuka, walau ada masanya kami berduka. Masa masa itu tidak akan berulang, masa itu tinggal kenangan. Aku menghargai masa itu.

Pemberian masanya padaku akan ku simpan selamanya untuk generasiku seterusnya:-


Enicar Swiss Made (Switzerland) Men's Automatic 25jewels (Day Date)

& Westair Japan Movt. (Rep. of China Made) Men's Quartz

Thursday, April 23, 2009

GENAP



Catatan Peribadi:
Hari ini genap setahun, bapa meninggalkan aku (21st April 2008).
Al-fatihah.




1937 - 2008

Friday, April 17, 2009

TIGA SEGI: Sial?

Telah aku
katakan mungkin
kalian yang dah lupa,


Rudolf Arnheim pun dah
kata TIGA SEGI
itu apa?

....


fikirkan:

Bermuda Triangle
Segi Tiga Emas
Cinta Tiga Segi
orang ketiga
bila berdua ada "seorang" lagi (2+1 = 3?)
lagi?...
(1.) lelaki (2.) Perempuan (3.) ?
(1.) komersial (2.) seni (3.) ?

TIGA
................................
sial?
p/s: Post ini ada kaitannya dengan post yang di bawah, kot.

Wednesday, April 15, 2009

TIGA

TIGA BUDAK MELAYU



Pada 10hb April lalu, saya dah tengok filem ini. Mamu pengarah filem ini tanya saya macam mana pendapat saya pasal filem ni kat warung Pak Halim. Saya kata secara jujur; ok!, saya suka warna filem ini; shot, visual etc. lebih kurang macam "Dunia Baru", "Anita", "Puteri" dll yang ala-urban drama remaja kat TV. En Hassan pun tanya soalan yang sama lepas tayangan; saya kata ok, I like the shot, the colour etc. dan mungkin saya rasa filem ini boleh ditayangkan kat TAR Kolej, Limkokwing atau mana mana institusi lain yang terdiri dari berbagai bangsa...;-) Kita mesti sokong product kita, ok.


TIGA PANEL DISKUSI PUNCAK




Di atas adalah gambar "Diskusi Puncak Perdana" yang diadakan disertai oleh Norliana Samsudin, Prof Madya Razak Mohaideen dan Farid Kamil pada 8hb April 2008. Alhamdullillah segalanya berjalan lancar.

-----


TIGA KATEGORI FILM-MAKER

1. Pembuat filem Komersial.... money, money,... boleh jual
2. Pembuat filem Seni.... think, think, Avant Garde
3. Pembuat filem Komersial tapi Seni....;-)..:-0..:-)

* (peng-kategori-an saya yang kurang ilmu filem ini)

------

Sekianlah TIGA perkara dalam catatan Web-Log saya pada minggu lepas.

Wassalam.

p/s: saya teringin sangat nak tengok filem "Jangan Tegur". Ada tayangan pukul 3.00 petang tak? Pagi sibuk sikit. Tiga orang tu bolehlah saya belanja tiket, kot.

Monday, April 13, 2009

MILK



Sukar sekiranya kita nak memahami impikasi counter-culture tersebut yang tercetus sekitar tahun 1960 – 1970an (merebak ke 80an). Apa yang termaktub dalam perlembagaan (Amerika) termasuk ‘proposition 6’ yang diperjuangkan oleh John Briggs dan Anita Bryant pada tahun 1978, atau mana mana negara pun ada pro dan kontranya. Dan White misalnya memegang teguh pada pegangan agama berdasarkan ‘up-bringing’nya. Harvey disebaliknya ‘mempergunakan’ Declarations Of Independence semasa ceramahnya untuk menuntut hak Gay…”all men are created equal”.. Adakah ini perlu?. Sedangkan yang kita tahu, tidak wujudnya percetusan gay semasa Abraham Lincoln menerajui Amerika (United States). Filem ini lebih dari sebuah perjuangan Gay (atau Lesbian), lebih dari hak bersetubuh samada di luar atau dalam tabii. Filem ini mempersoalkan hak manusia. Ini juga menyentuh soal sosialisasi dan sedikit sebanyak mengenai ‘nature’ sesetengah manusia. ’Nature’ ini mungkin dikategorikan sebagai ’misfits beings’. Secara tidak langsung filem ini juga mencabar Tuhan, pada pendapat saya dan menentang hukum alam. Menyentuh soal kewujudan manusia ’unik’ yang wujud dalam komuniti. Saya pula melihat filem ini hanyalah perjuangan Harvey atau golongan ’unik’ tersebut agar boleh terus survive di atas muka bumi ini. Tetapi haruslah kita ingat, sekiranya kita ’melawan hukum alam’ (atau derhaka) terhadap alam, padah akan menimpa... selalunya. Perlu melihat fitrah alam. Apa yang diciptakan itu ada sebab musababnya. Berkemungkinan juga Mayor Moscone ’meng-iya-kan’ sahaja perjuangan Harvey atas dasar menjaga kedudukan, tidak dapat kita buktikan secara jelas dalam filem ini. Memang betul filem ini adalah dari sudut pandangan Harvey Milk, tetapi juga kita harus melihat dari perspektif Dan White yang mungkin dianggap ’villian’ dalam filem ini termasuk juga dari sudut pandang Briggs yang turut menyatakan bahawa manusia perlu ada keluarga (beranak pinak) untuk terus ’evolve’ (berkembang biak). Ini juga merujuk kepada fahaman keagamaan yang dipegang teguh oleh Anita Bryant yang menentang homosexuality. Filem ini tidak mengajak kita berpihak pada mana pihak, filem ini menceritakan kembali apa yang telah terjadi (dan kita tidak tahu sejauh manakah kebenarannya). Filem yang bersandarkan sejarah memang boleh dipersoalkan kerana ianya adalah fakta.

Secara tidak langsung, politik sememangnya dapat dimanipulasikan untuk kepentingan sesetengah pihak. Bayangkan jika ’gay right movement’ berlaku di negara kita? How? Sekarang pun kita gah menuntut hak yang entah apa apa.. mungkin lebih padah sekiranya golongan ’pemuja syaitan’ juga menuntut hak yang sama. Ini hanya pandangan, tidak perlu ada yang dipolitikkan. Saya tak suka cakap pasal politik. Filem ini bercakap soal manusia dan politik, itu saja. Yang jelasnya, penyelesaian di U.S. berakhir dengan muncung pistol semenjak Lincoln, Kennedy, Kennedy... ada lagi? Reagan pun hampir ditembak. Dan White men-’debik’ Mayor Moscone dan Harvey White.

Sungguhpun begitu filem gay zaman moden yang pernah saya tonton biasanya berakhir dengan tragedi seperti ”Philidelphia”, ”Early Frost” dan "Brokeback Mountain". Biasalah jika ’against the rule’, ada impak tragiknya. Ini adalah pendapat saya mengenai filem ”Milk” (2008) arahan Gus Van Sant. Saya ulang tengok selama 3 hari berturut turut. Bravo. Apa yang jelas sekarang Anne Kronenberg sekarang adalah heterosexual.. kembali pada fitrah alam. Kronenberg (yang sebenar) muncul sebagai stenographer dalam filem ini (cameo). Manusia Gay juga adalah manusia.

Thanks.


p/s: thanks to Ikha for lending me the DVD copy of "Milk".

Tuesday, April 7, 2009

SITI ZAINON ISMAIL : PAGI

Salam dan selamat pagi semua, semalam saya telah terjumpa semula sebuah sajak dan lagu puisi karya Siti Zainon Ismail yang ditulis pada tahun 1983 bertajuk ‘Pagi’. Harus di sini saya kongsikan bersama semua. Sajak ini telah dilagukan oleh kumpulan Suarasa, Unit Kebudayaan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, pada tahun 1997.


PAGI

Ingin sekali
Aku bangun waktu pagi
mendengar suara nyanyi burung
mendengar pesah siulan angin
merenung desah

Ingin sekali
ku bangun waktu pagi
mendengar detik embun gugur
menghayun kabus dalam samarnya
megah tanpa cahaya

C/O-
dan betapakah indah hidup ini
kiranya waktu hanya pagi
kan segar tiadakan luntur
tanpa iri hati
dan dendam manusia

Ingin sekali
ku bangun waktu pagi
duduk bersila di tengah kota
tanpa manusia
bergegas pantas memburu waktu

C/O-
dan betapakah indah hidup ini
Kiranya waktu pagi
kan segar tiadakan luntur
tanpa iri hati
dan dendam manusia.


Siti Zainon Ismail/ Aziz Bakar
1983 Tasik Ampang




----------------------------



bersama Prof Dr Siti Zainon Ismail
(4th March 2009/ Majlis "Sepetang bersama Sasterawan")

Monday, April 6, 2009

PANGGUNG PANGGUNG DI PERLIS









Baru baru ini semasa pulang ke kampung
aku telah merakamkan berapa 'bekas'
panggung wayang yang kini dijadikan
pusat pengajian, gedung pakaian dan
toko buku.

Sekurang kurangnya
dimanafaatkan kembali panggung
panggung 'pencen' tersebut.


Inilah nasib wayang
di negara yang kita cintai ini.