Sunday, August 22, 2010

Sahabat saya dan Supervisor-nya


Salam untuk semua,

Baru-baru ini saya sempat berbual panjang dengan salah seorang sahabat saya dari salah sebuah agensi kreatif swasta. Beliau mengeluh dengan sikap supervisor-nya yang dianggap seorang yang hard-headed (a.k.a. Keras Kepala). Dakwaan beliau lagi bahawa si-mamat ni (supervisor-nya) tidak suka mengambil sebarang pendapat mengenai projek yang hendak dijalankan, tidak open minded, tidak suka bertolak ansur terutamanya yang melibatkan soal kewangan. Bagi saya ini perkara biasa (terutama sekali bila berada dalam agensi kreatif swasta). Ditambahnya, supervisor ini menghambat nilai komersial lebih dari kepentingan masyarakat. Wah, ini sudah masuk perkara yang bermirip kemanusiaan. Celoteh kawan saya ini saya dengar dan terus dengar hampir dua jam.

Bagi saya, manusia diciptakan dari berbagai sifat, sikap, perwatakan dan cara berfikir. Kita semua memang tidak sempurna. Bagi saya zaman manusia sempurna (+ sufi) telah berakhir selepas wafatnya Rasullullah dan para sahabat, selepas itu tidak ada lagi perfect beings. Manusia sekarang banyak bergantung pada teknologi dan sebagainya (bermacam jenis dosa/ ada sembahyang pun tak cukup), termasuklah anda dan saya. Berbalik kepada sikap supervisor sahabat saya tadi, beliau mungkin bersikap tegas, dan saya secara peribadi dan dekat tidak mengenali beliau dengan mendalam, tetapi saya kenal kawan saya ini. Beliau memang seorang yang rajin, tekun dan bersungguh dalam membuat kerja. Tetapi haruslah kita ingat, ada masanya seorang itu juga akur pada kehendak komersial (seperti yang beliau telah dinyatakan) memandangkan kebanyakkan manusia masih ingin mementingkan keuntungan (terutama sekali agensi swasta), ini adalah untuk survival syarikat. Pada saya kerja kemanusiaan sepatutnya seratus peratus tanggungjawap kerajaan juga, kan. Saya menambah, apa gunanya supervisor kalau tidak berperanan, tetapi sejauh mana tahap keras kepala itu saya tidak tahu kerana saya tidak mengenali beliau secara mendalam. Peranan supervisor amat penting, kalau tidak jangan diwujudkan jawatan itu, kan. Supervisor yang baik adalah seorang yang boleh bertolak ansur dan memberikan sebab musabab sekiranya sesuatu perkara itu ditolak atau diterima. Saya menasihatkan kawan saya supaya menerima hakikat diri supervisor itu seadanya, kerana manusia ini dijadikan dari berbagai sifat dan sikap. Ada manusia yang terlalu rigid sehingga tidak mahu menerima sebarang pendapat, ada yang tidak mahu mengaku silap walaupun ada kesilapan yang telah dilakukan, ada yang cuba bersikap sombong lalu mengaku diri lebih cerdik. Sejarah peradaban dan tamadun manusia telah membuktikan kesemua itu, termasuklah dari zaman Adam & Hawa hingga Alexander hingga ke zaman Hitler, Clinton dan sebagainya termasuklah di zaman Darurat dan seterusnya.. tontonlah juga History Channel, ya…;-) Sekiranya seorang pengarah filem itu pada asalnya adalah seorang pengarah filem “seni” misalnya, kemudian terpaksa akur kepada kehendak komer-sial, itu mungkin adalah adanya “supervisor” yang lebih atas yang mementingkan nilai-nilai komersial. Ini tidak salah, mungkin kerana 'kuasa' tersebut adalah untuk mengimbangi kewangan syarikat dan ini memang kerja cari untung terutama sekali dalam sektor swasta, kan. Peduli apa orang kata, filem kita wajah kita, kan..;-) Dalam hal ini, kita sama saja macam yang ‘lain’, kan,…;-)

Akhirnya, nasihat saya pada sahabat saya itu adalah, bersabar terutama sekali di dalam bulan yang mulia ini, kalau tak puas hati lagi, berhenti kerja hang tu, cari kerja tempat lain. Manusia tidak ada yang sempurna, tidak wujud manusia yang perfect sekarang ini, tidak ada manusia yang bersih sepenuhnya, tidak ada manusia yang cerdik secara total (rujuk sejarah perang/ sebab yang cerdik pun ada masanya ‘bodoh piang’: termasuk Che Guevara yang mampus gara-gara silap mata CIA). Ada sebab manusia dijadikan berbagai karekter, kalau tidak mungkin boring dunia ni, bak kata Sharrif Shaary (1999)..;-)

Selamat Berpuasa, jangan lupa bersahur… sabar..


p/s: lebih suka filem “independent” jadi independent dan bukan dependent..;-)