Monday, June 14, 2010

Melukis dari Puisi

Salam untuk semua,

Semenjak mendalami kata-kata dari sajak Shukri saya banyak dapat memahami perkataan-perkataan dalam sajak beliau. Inilah satu nikmat yang tiada tolok bandingnya dalam penghayatan demi men-zahir-kan sesebuah ilustrasi/ lukisan untuk tujuan buku puisi antologinya. Perkataan-perkataan seperti "zulmat", "kunarpa", "cipratan", "mesiu", "oknum", "pidana", dan sebagainya adalah satu nikmat untuk saya fahami. Saya mengaku, saya bukan pakar bahasa yang mahir arif tegar seperti sdra. Shukri. Kadang-kadang, berjam-jam saya membaca sajak beliau untuk memperolehi visual di minda saya sebelum dilakar (sketch). Kadang meng-google dan menyelongkar dari kamus-kamus dan buku-buku bahasa untuk mencari makna perkataan itu, tetapi akhirnya terpaksa saya bertanya kembali kepada sipenulis kerana dia lebih memahami/ arif apa yang dituliskan, dan saya akan lebih berhati-hati apabila melukis dari kata-kata beliau. Di bawah adalah lakaran awal (sketch) sebelum dilukis semula pada illustration board dari sajak beliau bertajuk “Cerita Perang Dari Lidah Nasar”.

sketsa dilakar pada 14/6/2010 (Pen on 120 gsm Paper- A4-)

__________________________________________

Up - dated on 17th June 2010:-

Hasil yg telah siap pada 16/6/2010 (Acrylic on Illustration Board -A4-)


2 comments:

siti zainon ismail said...

Usaha yang baik... pelukis masih terikat dengan bentuk visual luaran >< impresionisme....mungkin selepas ini cuba meresapi getaran jiwa puisi itu sendiri...tentang kemarahan kekalutan....ya ini hanya dengan garis belum figuratif ....cuba bandingkan dengan ekspresi wajah Khairil Anwar karya Latif Mohidin atau Affandi mungkin boleh buat perbandingan.

Unknown said...

anda baca words tersebut dan anda intrepretasikan dalam visual anda. jgn peduli apa org kata tentang intrepretasi anda itu. dan jgn samakan dgn puisi.melihat puisi tidak sama dgn melihat lukisan namun, intrepetasi visual anda yg dicetuskan drpd puisi Shukri mrupakan 2 pernyataan yg berbeza, namun bertemu dalam word & visual minda penyair dan pelukis yg berlainan latarbelakang masing-masing. anda sbg pelukis hidup dalam dunia visual anda, Shukri sbg penyair hidup dalam dunia puisinya, kedua dua dipertemukan dlm warna dan garisan words dan visual yg ada kalanya bersatu dan tidak, namun tidak bererti seni anda tidak setia pada kesenian yang anda berdua ekspresikan.

- AGI - (16/6/2010)- 4.45 ptg.