Monday, March 30, 2009

Kadang Kadang

Kadang kadang,
Aku ingin melalui mesin masa
Kembali pada zaman Anak Alam
dimana semua anak seninya bersatu...



Kadang kadang
Aku ingin melalui mesin masa
Kembali pada zaman AKSI & Sanggar Pujangga
dimana kami semua bersatu...
Aku, Syukri, Namron, Yusri Edoo, Bidi, Rusaidi, Saiful,
Jef, Zul, Dila, Aliza, Sharin dll.. bersama berteater, berpuisi....
... tanpa persengketaan...

TERIMALAH HAKIKAT DIRI (SIRI KEDUA)

TULISAN INI BUKAN UNTUK SESIAPA, TETAPI UNTUK BACAAN BLOG SAHAJA.

Salam untuk semua,
Kadang kadang aku rasa jemu (meluat/ cemiuh) nak tulis topik ini. Sebelum itu diingatkan bahawa tujuan tulisan ini bukan ditujukan pada seseorang individu sahaja tetapi secara umum (general), so, jangan 'terperasan' pulaks. Bagi saya semua manusia sama sahaja, bezanya adalah nawaitu, itu sahaja.

Saya masih ingat dahulu (lewat 1980an – awal 1990an) ketika Anuar Nor Arai berbicara di sesetengah event atau upacara diskusi seni dan sebagainya, suaranya lantang bergema; seolah menghunus baris baris kata yang mungkin menikam sesetengah sukma yang hadir. Tidak kurang juga dengan Mansor Putih, Nasir Jani dan beberapa individu terkenal lain yang terlibat dengan teater/ filem/ senilukis yang tidak perlu saya sebutkan. Tetapi golongan ini ada stand point yang tegas dan berpendirian, saya juga hormat golongan golongan ini. Tapi la ni, depa dah 'tone-down', faktor umur mungkin.

Semasa mendalami bidang filem dahulu juga terdapat beberapa junior dan senior saya yang turut lantang bersuara semasa diskusi filem. Golongan ini ada masanya mengutuk dan menghina sedaif daifnya sesetengah pengarah filem dan filem filem mereka. Saya sudah lali dengan aktiviti mereka, walaupun saya kawan mereka. Ada juga mereka antara senior dan junior mengutuk sesama sendiri kerana join production dengan sesetengah pengarah yang dianggap picisan atau 'komer-sial'. Macam macam teori depa cakap, saya hormati. Ada juga yang berbalah; "wang atau filem tak bagi orang faham?". Saya memang saya, tidak menyebelahi mana-mana kumpulan, kerana saya masih belajar (belum habis belajar) pada masa itu dan tak suka berpuak puak. Ada juga yang menghentam pensyarah sendiri. Ada pula antara kami pada masa itu bersoal, ”eh kalau belajar filem, kena jadi filem-maker ka?”. Sekarang timbul pula apa yang dinamakan BLOG. Sekarang semua orang boleh berbicara melalui blog. Ini merancakkan hentam menghentam, caci mencaci, cerca mencerca antara umat manusia. Tidak dinafikan ada juga yang sering bertukar pendapat secara sihat, alhamdullillah. Sungguhpun begitu ada juga yang terlalu 'rigid' dengan pendapat sendiri sehingga menyatakan semua orang tak betul, dan hanya dia sajalah yang betul. Bagi saya, saya tak kisah, sebab golongan ini memang dari jenis begitu yang harus juga kita hormati. Sebab itulah yang menjadikan dia itu dia. Sama macam kejadian babi, unta, gunung, minyak tanah dan sebagainya, ada alasan tertentu yang dicipta oleh Tuhan.

Berbalik pada awal percakapan saya tadi, terdapat juga seorang pengkritik hasil seni (artwork dan sebagainya) pernah di suatu upacara pameran lukisan (tahun 1980an) telah kencing (piss) pada sebuah karya seni pelukis terkenal lalu beliau menyebutnya sebagai 'lengkungan seni'. Itulah sikap seorang pengkitik seni yang terang terangan melakukan perbuatan 'kurang ajar' ini di depan khalayak ramai. Telah saya katakan setiap manusia diciptakan adalah sama mungkin, tetapi yang membezakan adalah perbuatan, aktiviti dan tutur kata termasuk sikap dan mentaliti sebagainya. Menyentuh soal Blog; saya pernah juga membaca tulisan yang berbentuk maki hamun, perli dan mencarut carut; itu dibuktikan dalam dunia moden sekarang. Kesimpulannya, apa beza dengan insiden insiden pengkritik pengkritik seni tersebut dengan dunia sekarang…. sama saja. Bezanya sekarang ada bergelar Bloggers, film writers online etc.. what ever… sama jer.. Menyentuh pasal pengkritik seni yang kencing pada artwork tadi, beliau memang penulis yang radikal dan suka menulis sesuka hatinya. Tetap keluar buku. Tapi sekarang mungkin dah tak keluar buku pun tak apa sebab dah ada blog, kot. Harus diingatkan bahawa saya tetap berpegang pada pendirian bahawa "blog is just a blog". Kenapa?; Blog boleh diubah ubah, boleh di cut & paste, boleh masuk pakai nama sapa sahaja, malah kadang kadang tu ada yang 'gila' guna nama lain lain untuk hentam orang lain, provoke dsb. Ada juga yang tukar identiti untuk menambahkan polemik. Walaupun apa sekalipun saya tetap kata blog tidak boleh dijadikan rujukan ilmiah, tidak boleh dijadikan sandaran fakta dan sebagainya… blog is just a blog. Hari ini anda baca ada tulisan ini, mungkin esok saya delete..hehehe… esok aku boleh paste pulak, tambah warna, alter ejaan dsb… blog katakan lah. Kalau dah terrer sangat, tulis buku lah, "as you please"…hehe. Tulis blog, apa barang?..kalau setakat nak menghentam sesama kawan sesama tempat. Buatlah teguran secara baik, insyaAllah.

Dahulu, golongan golongan pengkritik, penulis filem dan sebagainya tak ada BLOG. Mereka hidup melukut pada polemik seni, seminar seni dan diskusi seni. Sekarang sudah ada blog, kita menambahkan lagi spesis golongan golongan tersebut… bagus. Fikir punya fikir, dari manakah punca percakapan caci cerca, perli memperli, hina menghina, hentam menghentam dsb kalau tidak ada yang dahulu tidak ada yang sekarang, betul? Sori, itu hanyalah pendapat saya yang hanya menulis dalam blog dan saya tak salahkan sesiapa. Sampai bila seni kita akan berkembang pun saya tak tahu sebab; sesama kita masih mengutuk antara kita, sama tempat masih menghentam antara sendiri.

Untuk mengakhiri siri kedua ini, saya bersyukur kerana berada dalam dua zaman yang berbeza; masa zaman sebelum ada blog dan selepas ada blog… sama saja dari segi kewujudan insan insan 'rigid', 'kaki carut', 'ingat dia saja betul/ orang lain salah', 'angry young man' dan sebagainya. Bagi saya, semua kawan saya dan punyai pandangan berbeza, tetapi hentikan perkara yang hentam menghentam antara satu sama lain, terutama sekali dari satu tempat yang sama. Ingat, orang tahu di mana anda mendalami ilmu, orang tahu sama ada kaki mencarut, salah laku sesuatu perkara, menentang sistem, perli kawan kawan dan sebagainya… sebab orang baca blog blog anda…terpulang. Saya menerima secara terbuka setiap hakikat diri anda semua walau anda seorang yang rigid, pencarut, pemalu, gampang, dsb, anda tetap manusia tetapi bagaimana pula dengan 'orang lain' yang bukan dari tempat yang sama. Jangan berhenti menulis, walau apa pun orang kata tentang anda. Berkaryalah semahu anda, saya menyokong, walau baik atau teruk mana sekalipun karya anda, saya menyokong kerana kita datang dari satu 'fakulti'. Jangan lupa di mana anda berada. Masing masing punya cara-lah. Yang membezakan kita adalah NAWAITU dan niat. Jangan bertelagah sesama kita (walaupun dari fakulti ‘pemikiran’ yang berbeza). Peace. I love u all.


Sekian, wasalam.
(kebetulan aku baru selesai solat Maghrib semasa menulis nukilan ini)


p/s: ada masanya ketika aku melihat mat rempit atau kaki kereta berlumba atas jalan raya, aku kata pada diri:- "biarkanlah, anak anak mahu membesar"… :-)