Wednesday, February 17, 2010

Dinraman



Salam untuk semua,


Namanya Dinraman, memang itu dia hanya mahu namanya dikenali dan tidak ada kena mengena dengan Dinsman.

Sila lawati situs ini:- http://www.dinraman.com


Selalunya setiap kali pulang ke kampung, saya tidak terlepas juga dari agenda menziarahi kawan2, tak kiralah kawan lama ka, kawan sekolah ka, kawan korporat ka, kawan keparat ka, bekas musuh ka,… semua saya kawan.. sudah menjadi rutin kemestian; “ziarah”… budaya ini akan saya teruskan sebagai seorang manusia. Saya sempat berkunjung ke rumah Dinraman, lewat senja, bersolat sekali bersama Cikgu Mat dan Dinraman. Selesai solat Maghrib, kami pekena bihun goreng, kopi kampung dan rokok daun. Melayu, klassikkk…;-)


Melewati karya2 Dinraman, memang apa yang ada di sekeliling pelukis itu adalah inspirasi yang dicernakan di atas permukaan kanvas. Dinraman dan alam semulajadi sudah sinonim dengan beliau. Amat menarik perhatian saya adalah hasil terbaru Dinraman sudah mengarah kepada visual abstrak. Mahu atau tidak “inspirasi alam semulajadi” yang hijau itu masih menjadi subject matter yang diutamakan. Penyatuan unsur2 flora diadunkan kepada ruang kanvas, menjurus kepada ‘semi-abstract’ membentuk ruang visual flora. Eksplorasi Dinraman memakan masa bertahun2 kepada tahap ini. Secara dasarnya, Dinraman adalah seorang pelukis landskap realis secara komersial, tetapi eksplorasi senitampaknya tidak terhenti kepada realism semata2, malahan dalam landskapnya menular pada “Abstract Landscape”. Permainan warna flora masih bertitik tolak dari warna asas alam, bumi, langit, pohon, air… tahniah Dinraman. Ketika dunia sedang bergolak, global warming menjadi2, karya Dinraman ‘bergolak’ dengan ‘sulaman’ alam, damai…;-)








p/s: mula mengenali Dinraman semenjak penubuhan PPNPs (Persatuan Pelukis Negeri Perlis) pada tahun 1995.


p/s: Ini adalah langkah ‘episod’ awal saya dalam label “Santai Seni”. Penulisan juga adalah dalam bentuk ‘santai’ (macam sembang tepi pantai-lah, gitu) di dalam blog ini…;-)


p/s: bila lagi TV stesyen di Malaysia nak buat rancangan "Santai Seni bersama Pelukis", sebab ada beribu2 pelukis atas bumi Malaysia ni?...