Sunday, December 5, 2010

“2012” (Abstract): Acrylic on Canvas


Salam pagi Ahad untuk semua,




"2012"
(Acrylic on Canvas)
3' x 2' (approx 91.4 cm X 61cm)
2010

Mungkin ‘niche’ saya bukanlah Abstract Painting malahan seperti yang telah saya katakan, saya tidak pernah meletakkan sebarang ‘genre’ pada hasil-hasil saya, tidak kiralah apa bentuk seni pun. Tetapi lukisan yang saya hasilkan ini adalah lebih bertolak dari pemikiran separa sedar saya (subconscious) sebagai pemerhati/ pendengar justeru memahami insiden-insiden yang boleh berlaku di masa hadapan. Pemikiran ini ditafsirkan dalam bentuk abstrak. Pada saya (juga saduran dari pemikiran Sharif Shaary), tidak wujudnya ‘abstrak’ atau ‘absurd’, segalanya mesti ada yang boleh menyebabkan perkara-perkara terjadi secara lahiriah (wujud). Lantas apa yang absurd atau abstrak?, semuanya bersebab. Lukisan yang bertajuk “2012” ini dihasilkan pada awal tahun ini (kalau tak silap dalam bulan April atau May). Lukisan ini adalah apa yang ‘terkumpul’ dalam kepala hotak saya..;-). Saya masih bersetuju ‘abstrak’ tidak pernah wujud selagi ada ‘representasi’ subject matter terhadap pernyataan. Secara tidak langsung hasil ini adalah ‘abstrak’ saya tentang masa hadapan tentang 2012 nanti.

Inspirasi

Painting ini dihasilkan kerana saya banyak menonton filem-filem ‘documentary’ dan berbagai program terutama sekali dalam History Channel, Discovery Channel dan lain-lain. Program- program itu termasuklah seperti “Nostradamus Effects”, “Seven Signs of the Apocalypse”, "CNN" dan sebagainya yang berkait dengan prediction di masa hadapan termasuklah dari bahan bahan internet. Media memainkan peranan penting termasuk 'penyatuan satu dunia'. Akhirnya segalanya menjadi konfius. Ringkasnya, lukisan ini terhasil kerana pengaruh media..;-). Pada pandangan saya (yang telah saya tumpahkan dalam kanvas ini) bahawa, 2012 berlaku adalah berdasarkan pertembungan budaya (culture clash) dari segi dunia internet sekarang pada masa akan datang. Ledakan informasi akan lebih berleluasa, tidak terkawal hingga menyebabkan haywire dalam kehidupan manusia. Semuanya cuba untuk menyesuaikan dengan satu sama lain dari segi sistem data dan pemerosesan maklumat/ informasi. Ini berkait dengan 'dunia tanpa sempadan', penyatuan budaya dan akhirnya manusia akan menuju 'virtual' yang sesat. Masalah kewangan akan melanda para pengguna internet. Terlalu banyak untuk saya terangkan, secara mudah dependensi terhadap internet akan menjadi seperti menghidu oksigen dan sekiranya oksigen itu terpaksa dibayar secara rakus, impaknya terlalu besar untuk kita. Segalanya akan hancur atas dasar 'penyatuan' ini. Sekarang ini, segalanya memerlukan internet (termasuklah blog ini). Sekiranya kapitalis (atau yang sewaktunya) memeras kita untuk membayar, sukar bagi kita untuk berkomunikasi. Tidak mustahil juga ada yang cuba 'menghancur'-kan dunia tanpa sempadan ini. Berbalik pada lukisan saya, 'awan-gemawan' adalah representasi 'nafas' virtual tersebut. Kawasan hitam itu adalah permukaan bumi (realiti) yang menuju kegelapan. Segalanya nanti akan menjadi seperti puting beliung atas dasar ledakan yang menuju haywire ini. Warna-warni itu juga adalah pernyataan 'keliru' yang wujud yang konon-kononnya cuba menyatupadukan umat manusia sehingga bertabur berbagai identiti yang caca marba.. kelam kelibut. Dalam hal ini saya memikir secara negatif (bukan positive thinking) atau risiko-risiko yang bakal berlaku pada 2012 nanti.. mungkin. Komuniti sekarang wujud secara virtual (ex. facebook, etc.).. bayangkan nanti pada 2012 tiba-tiba komuniti (dan komunikasi) itu telah disekat atau musnah secara mendadak termasuk email, online banking, online management, online system, RFID dsb. Semua ini juga adalah satu konspirasi yang amat tersusun atau terancang demi mengaut keuntungan. Jangan hambakan diri kita pada dunia virtual kerana ini akan menuju spiritual. Ini bahaya. Bayangkan spiritual itu tiba-tiba diganggu gugat.. hancur. Ini hanyalah tanggapan 'fantasi' saya. Saya rasa kita telah banyak 'menyerahkan' perasaan kita pada dunia virtual dan dependensi kita pada internet/ online etc. Minda dipasrahkan pada dunia virtual (+matriks), bayangkan semua ini tiba-tiba diganggu gugat.. boom!!.. hancur. Manusia akan berbalah sesama sendiri seperti kembali ke zaman primitif kerana tense yang dihadapi kerana dependesi ini hancur. Sila rujuk 2012 dalam internet... berbagai lagi tanggapan/ prediction yang wujud. 'Kebergantungan' kita akan hancur.. dan kita juga akan.... Wallahualam. Lukisan ini hanyalah apa yang saya rasakan, dan saya tidak melihat dari segi apokalip/ impak petaka alam. Ini hanya 'lukisan' saya. Ini hanya 'alternatif' apa yang saya rasa di atas permukaan kanvas.

Tempat yang paling sesuai untuk saya letakkan lukisan 2012 ini adalah pada dinding di atas peti TV saya yang bersebelahan unit computer dan modem. Sesuai kan?, berkait kan?.. lihat gambar di bawah. Mungkin lukisan ini akan terus berada hingga lewat Disember 2012 ‘kiamat’ nanti.

Maaf, saya berpendapatan rendah, tidak mampu beli plasma TV..;-)


p/s: Banyak yang datang ke rumah saya menyatakan lukisan ini ‘cantik’ (mungkin susunan warna agaknya).. terima kasih, walaupun sebenarnya dalam kepala hotak saya agak berserabut serabai semasa melahirkan lukisan ini memikirkan ” consequences” yang bakal berlaku nanti.

p/s: Tak guna jadi pengkarya (pelukis, pengiat teater, film-maker etc.) jika tidak dapat menerangkan (stated) apa anda lakukan, baik jadi bangkai..;-)


wassalam, dan selamat menunaikan fardu Subuh.