Monday, June 7, 2010

Monumen Kesenikawanan Tegar


Salam untuk semua,
Semenjak akhir2 ini saya agak sibuk menguruskan perihal kerja rasmi (kerja2 pejabat, pergi kursus dsb.), melayani/ tanggungjawap keluarga dan juga melakukan beberapa tugas dalam bidang saya (kerja grafik, photografi dsb.), kadang2 tak tahu apa yang nak dicoretkan dalam blog kerdil ini. Sekarang, walaupun terdapat beberapa tugasan rasmi dan sebagainya, saya tidak pernah melupakan dunia 'niche' saya sejak azali iaitu melukis. Salah satu 'tugasan' tersebut adalah men-zahir-kan beberapa illustrasi/ lukisan untuk sajak2 Shukri Abdullah, seorang penyair tanahair yang saya kenali semenjak lewat tahun 1980an lagi. Kami sama2 belajar di sekolah menengah yang sama di Perlis dahulu. Kami sama2 bergiat dalam dunia teater, sama2 rockers, sama2 menyusuri setiap lorong di kota kecil Kangar, sama2 berteater di pentas2 budaya, sama2 berkongsi sekerat rokok dan secangkir kopi di batas bendang dan Benteng, sama2 memasang telinga mendengar syarahan Shariff Shaary hingga lewat malam, sama2 berkarya di rumah usang bujang, sama2 tertidur di kaki2 lima Kuala Lumpur, sama2 memburu mimpi sambil melewati Sungai Kelang ditengah2 kota, sama2 'memprotes' semasa remaja.. dan dia seorang yang menyedarkan saya agar jangan lupa bahawa saya adalah 'tegar'.. ;-) Kadang2 saya terlupa sejenak 'tegar' saya itu bila berada di bawah ruang selesa dan nyamannya dingin Air-Con Top-Aire ini, maafkan gua, brader Shukri, 'tegar' ini masih ada cuma tegar dalam simpulan kesabaran atas faktor usia... peh!.. ;-) Kini, saya dan Shukri akan sama2 melahirkan sebuah buku antologi puisi2 beliau dan illustrasi/lukisan2 saya. Lukisan2 saya adalah berdasarkan puisi2 Cikgu Shukri Abdullah. Di bawah adalah tiga karya kami dari berpuluh yang bakal disiapkan. Semoga 'monumen kesenikawanan' itu terus utuh dan 'tegar'... peace.. ;-)

LELAKI SIFAR

Dia lelaki yang mengisytiharkan
dirinya bersih dari sekian dosa
konon tubuhnya suci bak bayi
baru dilahirkan dari rahim si ibu.

Sebenarnya dia lelaki yang menghitung
sifir kejahilan saat noda
merantai tubuh fikir
sifar wajahnya tanpa jiwa
memaparkan pekung di dada
culas tidurnya ditemani para parasit
mengalir sungai liur di halkum
menjeritkan rapsodi sengsara.

Dia lelaki sifar
memasung diri dengan pidana
sepanjang waktu mengurung hidupnya.

Shukri Abdullah
Dewan Sastera
Jun 1997

DI KERTAS DI PENTAS

di kertas,
sepi halaman pinta diisikan nyawa
kosong baris pinta dibaitkan aksara
di pentas,
kosong ruang perlu dipenuhkan peran
sepi ungkapan perlu dituangkan perasaan
di kertas,
payah nian mengolah kata-kata
di pentas,
lelah nian menterjemah makna

SHUKRI ABDULLAH
KIP Taman Melati

GAGAL MENJADI MANUSIA
(buat penjenayah – pengganas - penghalal peperangan)

Kalian disenyawakan dari benih jahil
dalam rahim kepalsuan
membunting taksub dan berenang-renang
sperma mencari arah untuk dilahirkan
tanpa hitungan bulan
dan malam gerhana dengan pesta pembunuhan
lantas terpancut keluar bersama hanyir
dusta yang memualkan.

Kalian oknum daripada spesis
yang sukar ditafsirkan
satu persatu anggota tumbuh
dengan serba keanehan
lalu membesar dalam zulmat
habitat amat mengerikan.
Kalian penjenayah perang
sekaligus pemusnah zuriat
dari muncung senjata meledak sengketa
dari cabang lidah menjulur nista
dari ubun kepala menyala bara neraka.

Kalian spesis yang gagal menjadi manusia
terawang-awang disumpahi alam semesta
mengarak mahing tubuh
setelah rakus merentap nyawa
untuk nantinya dipasungkan segala dosa.
SHUKRI ABDULLAH
Mingguan Malaysia,
31 Disember 2006

Kesemua lukisan saya untuk tujuan buku ini menggunakan medium Acrylic on Illustration Board, saiz A4.

p/s: terimakasih pada Pak Agi yang memberi galakan kepada saya dan Shukri. Dengan posting pada blog ini juga merupakan perjanjian 'monumental' ini dinyatakan secara mutlak, kerana Shukri sering mempersoalkan pengurusan masa saya.. haha.. peace, brader..;-)
p/s: peranan pelukis/ illustrator yang melakar/ melukis dari kata2 (penulisan) adalah sama seperti pengarah filem yang menghasilkan visual dari sebuah skrip... tp hairan kenapa ada juga yg masih tidak suka lepak di galeri2 senilukis atau gagal berbicara tentang visual..;-)

5 comments:

SarjaN yO said...

kombinasi puisi dah lukisan yg sepadan...tahniah en aidi...

luahfikiran said...

Salam.
Saya meminati dan mengkagumi seni. Tetapi setakat sbg peminat sahaja. Nak melukis gambar-gambar biasa pun saya merasa sukar Kepandaian seni (tak kira apa jenis seni) bukan untuk semua orang. Syabas dan teruskan

edolah said...

bro, maaf..gua bukan persoalkan pengurusan masa lu..gua faham, dewasa ini kita sering diburu kesibukan dlm kerjaya masing-masing.. lagipun seniman bukan boleh dikekang dgn belenggu masa dan desakan..ekspresi perlu dibiarkan bebas bergentayangan...barulah terserlah kehebatan..haha..lu kayuh la perlahan2 bro kerana "keberanian adalah matahari..kesabaran itu cakerawala..dan perjuangan adalah perlaksanaan kata-kata"

Anonymous said...

man paint with his brain, do man paint with his heart n words?

- - cool bros.-

Aidi Rahimi Ibrahim said...

Terima kasih,

SarjaNyO: terima kasih..;-)
luahfikiran: mungkin Dato' boleh menjadi "patron" atas minat..;-)
edolah:..;-)..
anon: thanks..;-)