
Wednesday, September 29, 2010
NOTHING IS FREE

Wednesday, September 22, 2010
TERPENGARUH

Ini adalah kisah pendek mengenai 3 Pemuda Melayu.
Tajuk Drama: "TERPENGARUH"
Jeng! Jeng! Jeng! (retorik muzik thriller konvensional filem Melayu)… Tersebut al-kisah, ada seorang anak muda yang berkelana jauh mencari seorang guru lukisan yang amat hebat seantaro dunia. Tibanya anak muda di tempat pengajian itu, diberikan guru itu berus dan warna, lalu bermulalah ilmu per-seni-an yang amat panjang. Dicampurnya warna mengikut tunjuk ajar sang guru.. kuning campur biru jadinya hijau lalu dilukis tumbuh-tumbuhan. Pada anak muda warna gembira itu warna merah kerana mengikut konvensional gurunya, warna suci itu warna putih kerana mengikut konvensional gurunya.. semuanya tersusun dengan amat perfect di atas permukaan kanvas. Setelah bertahun menuntut ilmu, anak muda pun mula untuk mengorak langkah menjadi seorang pelukis. Padanya langit mesti berwarna biru, pokok mesti berwarna hijau dan…. tiba-tiba, Jeng! Jeng! Jeng!, muncul seorang pelukis muda yang duduk di sebelahnya memasang easel dan meletakkan kanvas.. pelukis muda itu mula melukis pokok berwarna pink, langit pula berwarna silver.. Anak muda mula tercengang. Tiba-tiba muncul pula seorang lagi pelukis muda yang lain menghampiri lalu duduk di pinggir sudut kedua-dua mereka tadi, Jeng! Jeng! Jeng!. Kali ini pelukis muda yang baru datang itu melukis di atas sebuah kepingan filem dengan berus dan warna. Anak muda yang mula-mula tadi bertanya kepada pelukis muda itu “Siapa ajar kamu lukis atas filem dan bukan atas kanvas?”, pelukis muda itu menjawap “Saya belajar dengan guru anda, guru kita sama tetapi saya terpengaruh dengan Stan Brakhage.”
Kisah ini berakhir dengan tanpa retorik muzik thriller konvensional filem Melayu…;-)
p/s: biar boring… takpe..
Sunday, September 12, 2010
Hari Raya Pertama
Tempat yang sering saya kunjungi, pada pagi hari raya
semenjak dua tahun yang lalu. Di bawah pepohon rendang
bersama ahli-ahli yang lain, Bapa bersemadi bersama.
Mengingatkan bahawa tiada yang kekal,
Mengingatkan tiada yang mutlak,
Mengingatkan kita hanya kerdil,
Mengingatkan akhiran
anda dan saya..
al-fatihah untuk semua.
Tuesday, September 7, 2010
Sebagai seorang Melayu (2010)

Sebagai seorang Melayu, saya mengucapkan Kalimah dan SELAMAT HARI RAYA untuk semua. Sebagai seorang Melayu, seperti biasa; saya mohon maaf sekiranya ada salah dan silap baik dari segi tutur kata, cara saya menulis dan meluahkan pendapat di dalam blog ini. Sebagai seorang Melayu, saya mengucapkan Kalimah dan selamat bercuti sempena lebaran 2010. Sebagai seorang Melayu, marilah kita bersalam-salaman di hari yang mulia ini dan hari hari yang lain. Sebagai seorang Melayu saya sering mengucap.
Saturday, September 4, 2010
SURAU oh SURAU
Sepanjang bulan puasa ini, ada masanya saya suka berbuka puasa di luar. Biasanya tempat yang saya pergi untuk berbuka termasuklah beberapa restoran Melayu dan kedai-kedai makan Mamak. Selalunya saya akan pergi bersama keluarga tersayang iaitu dengan isteri dan anak-anak. Makanan ringan seperti kuih muih dibeli lebih awal di pasar-pasar ramadhan lalu dibawa ke kedai makan tersebut. Saya akan order minuman sebelum masuk waktu, selepas menjamah kuih muih itu, saya akan order makanan berat pula seperti
Tapi, apa yang hendak saya luahkan (bukan kutuk, ya..) di sini adalah, boleh dikatakan KEBANYAKKAN restoran-restoran atau kedai-kedai makan TIDAK menyediakan SURAU atau bilik sembahyang yang baik, malah ada yang TIDAK ADA LANSUNG. Selalunya (sememangnya) selepas pekena makanan ringan itu selepas berbuka, saya akan menunaikan fardu MAGHRIB, lainlah kalau ada yang lepas bukak posa hangpa tak pi sembahyang...;-) Tambah cipan tahap banggang (maaf, saya faham ini bulan puasa, tak baik mengutuk) adalah kedai atau restoran ‘Islam’ tersebut siap tertera dengan kalimah Bismillah, ayat dan doa dan sebagainya digantung dari segenap sudut dan ada setengahnya para pekerja siap bersongkok dan berserban (terutamanya restoran Mamak). Bukan saya nak hina Mamak atau Melayu, tapi sedarlah sikit, macha.. kiri kanan hangpa lekatkan ayat-ayat Allah.. Surau mana? Bilik sembahyang mana?.. Jangan jadi pretentious tahap cipan gaban, sampai tempat nak buat ibadah pun hangpa tak provide.. ciss, deiii!!.. Paling mudah, saya segerakan makan dan minum dan terus cari Masjid, itu pun kalau ada yang diketahui masjid terdekat. Lagi satu, adalah SHOPPING COMPLEX, ada yang provide surau, tapi nun tingkat 3 la, tingkat 4 la.. tu dia, aih!!!.
Pada saya, sepatutnya ‘pihak-pihak berwajib’ semestinya memantau situasi ini. Compulsory-kan setiap restoran atau kedai makan Muslim mesti sediakan tempat ibadah (surau) yang sempurna. Kalau tak sedia, kasi saman atau tutup selama 25 tahun..;-) Lagi mau cakap pasal negara Islam dan berkebajikan ka?.. Semua (kebanyakkan) orang sudah terima perkataan Allah (makna-nya depa percaya Islam-lah). Islam semakin kuat setiap hari.. so, perkara basic ini iaitu kemudahan surau amatlah penting.
p/s: macam rasa nak simbah kuah dalca kat tuan punya restoran yg banggang..:-(
p/s: saya bukan alim sangat, kadang2 ada terrrrrr-miss solat jugak..;-)
p/s: kadang2 lebih selesa solat di stesyen minyak..;-)
Friday, August 27, 2010
Pulau ke Pulau (tahun 1992)
Saya masih teringat pada tahun 1992 dahulu, di mana saya pernah menjadi apprentice videographer pada sebuah syarikat penggambaran yang dikomisen oleh sebuah agensi pengiklanan di Petaling Jaya sebelum saya bekerja di Brunei. Kami (berempat) iaitu saya (balaci pemikul tripod & beg sun gun merangkap still photographer (imej pegun)), seorang Jurugambar video berpengalaman, seorang krew teknikal dan seorang director; ketiga-tiga itu Cina dan saya saja Melayu. Lokasi pengambaran adalah pulau-pulau yang terdapat di sekitar Pulau Pinang dan Pulau Langkawi. Tahun 1990 - 1992 merupakan tahun “Visit Malaysia Year”, dan mungkin ada yang masih ingat dengan Logo Penyu PATA 1986. Tahun itu juga merupakan tahun penggalakan pelancungan tanahair. Kami ditugaskan untuk merakam mengenai perjalanan persidangan pelancungan itu sekaligus merakam promotion documentary untuk Visit Malaysia Year.
Perit jerih dilalui mengharungi pulau-pulau kecil yang ada di kawasan itu. Saya masih ingat betapa sakit bahu memikul Tripod pada masa itu yang dibuat dengan kayu dan besi dan bukan macam sekarang, tripod banyak yang ringan belaka (saya bercakap tentang tripod video/ kamera filem bergerak). Format video yang digunakan pada masa itu adalah Video Camera Hi-8 yang pernah digunakan dalam sukan Olympic Los Angeles dahulu dan pada masa itu Hi-8 masih besar bukan compact beberapa tahun selepas itu. Kadang-kadang Jurugambar tua itu akan bagi saya shoot Video cam Hi-8 dengan handheld (pikul atas bahu).. waduh, besar dan berat nak mampus. Jadi, pengalaman menyusuri semak samun, hutan belukar di pulau-pulau itu membuatkan saya makin cekal, tabah dan terus meredah keadaan dalam jangka masa yang lama. Bertolak dari jeti, menaiki bot ke bot yang lain bukanlah tujuan bersantai tetapi itu adalah sebahagian dari tanggungjawap. Bau badan (+ kaki melecet) dan stoking busuk memang perkara biasa…;-)
Pernah suatu ketika, semasa hendak turun dari bot, saya telah tergelincir lalu habis basah semasa di pesisir pantai, tetapi yang selamat dan tidak basah adalah beg & sun gun.. saya masih ingat bila bos saya berkata biar kita basah, jangan equipment yang basah nanti kena buang kerja.. mahu atau tidak alat (termasuk kamera) lebih penting dari diri sendiri. Apa yang penting adalah imej dan kecekalan diri (bukan kecelakaan diri) semasa menjalani pengambaran. Pada masa yang sama juga, keadaan cuaca juga amat penting; kami terpaksa menutup peralatan dengan kemas supaya tidak terkena hujan atau air dan kelembapan, maklumlah keadaan di pulau,
p/s: Where were you in 1992, my friend(s), sitting on your easy chair?
Sunday, August 22, 2010
Sahabat saya dan Supervisor-nya

Baru-baru ini saya sempat berbual panjang dengan salah seorang sahabat saya dari salah sebuah agensi kreatif swasta. Beliau mengeluh dengan sikap supervisor-nya yang dianggap seorang yang hard-headed (a.k.a. Keras Kepala). Dakwaan beliau lagi bahawa si-mamat ni (supervisor-nya) tidak suka mengambil sebarang pendapat mengenai projek yang hendak dijalankan, tidak open minded, tidak suka bertolak ansur terutamanya yang melibatkan soal kewangan. Bagi saya ini perkara biasa (terutama sekali bila berada dalam agensi kreatif swasta). Ditambahnya, supervisor ini menghambat nilai komersial lebih dari kepentingan masyarakat. Wah, ini sudah masuk perkara yang bermirip kemanusiaan. Celoteh kawan saya ini saya dengar dan terus dengar hampir dua jam.
Bagi saya, manusia diciptakan dari berbagai sifat, sikap, perwatakan dan cara berfikir. Kita semua memang tidak sempurna. Bagi saya zaman manusia sempurna (+ sufi) telah berakhir selepas wafatnya Rasullullah dan para sahabat, selepas itu tidak ada lagi perfect beings. Manusia sekarang banyak bergantung pada teknologi dan sebagainya (bermacam jenis dosa/ ada sembahyang pun tak cukup), termasuklah anda dan saya. Berbalik kepada sikap supervisor sahabat saya tadi, beliau mungkin bersikap tegas, dan saya secara peribadi dan dekat tidak mengenali beliau dengan mendalam, tetapi saya kenal kawan saya ini. Beliau memang seorang yang rajin, tekun dan bersungguh dalam membuat kerja. Tetapi haruslah kita ingat, ada masanya seorang itu juga akur pada kehendak komersial (seperti yang beliau telah dinyatakan) memandangkan kebanyakkan manusia masih ingin mementingkan keuntungan (terutama sekali agensi swasta), ini adalah untuk survival syarikat. Pada saya kerja kemanusiaan sepatutnya seratus peratus tanggungjawap kerajaan juga, kan. Saya menambah, apa gunanya supervisor kalau tidak berperanan, tetapi sejauh mana tahap keras kepala itu saya tidak tahu kerana saya tidak mengenali beliau secara mendalam. Peranan supervisor amat penting, kalau tidak jangan diwujudkan jawatan itu, kan. Supervisor yang baik adalah seorang yang boleh bertolak ansur dan memberikan sebab musabab sekiranya sesuatu perkara itu ditolak atau diterima. Saya menasihatkan kawan saya supaya menerima hakikat diri supervisor itu seadanya, kerana manusia ini dijadikan dari berbagai sifat dan sikap. Ada manusia yang terlalu rigid sehingga tidak mahu menerima sebarang pendapat, ada yang tidak mahu mengaku silap walaupun ada kesilapan yang telah dilakukan, ada yang cuba bersikap sombong lalu mengaku diri lebih cerdik. Sejarah peradaban dan tamadun manusia telah membuktikan kesemua itu, termasuklah dari zaman Adam & Hawa hingga Alexander hingga ke zaman Hitler, Clinton dan sebagainya termasuklah di zaman Darurat dan seterusnya.. tontonlah juga History Channel, ya…;-) Sekiranya seorang pengarah filem itu pada asalnya adalah seorang pengarah filem “seni” misalnya, kemudian terpaksa akur kepada kehendak komer-sial, itu mungkin adalah adanya “supervisor” yang lebih atas yang mementingkan nilai-nilai komersial. Ini tidak salah, mungkin kerana 'kuasa' tersebut adalah untuk mengimbangi kewangan syarikat dan ini memang kerja cari untung terutama sekali dalam sektor swasta, kan. Peduli apa orang kata, filem kita wajah kita, kan..;-) Dalam hal ini, kita sama saja macam yang ‘lain’, kan,…;-)
Akhirnya, nasihat saya pada sahabat saya itu adalah, bersabar terutama sekali di dalam bulan yang mulia ini, kalau tak puas hati lagi, berhenti kerja hang tu, cari kerja tempat lain. Manusia tidak ada yang sempurna, tidak wujud manusia yang perfect sekarang ini, tidak ada manusia yang bersih sepenuhnya, tidak ada manusia yang cerdik secara total (rujuk sejarah perang/ sebab yang cerdik pun ada masanya ‘bodoh piang’: termasuk Che Guevara yang mampus gara-gara silap mata CIA). Ada sebab manusia dijadikan berbagai karekter, kalau tidak mungkin boring dunia ni, bak kata Sharrif Shaary (1999)..;-)
Selamat Berpuasa, jangan lupa bersahur… sabar..
p/s: lebih suka filem “independent” jadi independent dan bukan dependent..;-)