Friday, August 27, 2010

Pulau ke Pulau (tahun 1992)

Salam untuk semua,





Saya masih teringat pada tahun 1992 dahulu, di mana saya pernah menjadi apprentice videographer pada sebuah syarikat penggambaran yang dikomisen oleh sebuah agensi pengiklanan di Petaling Jaya sebelum saya bekerja di Brunei. Kami (berempat) iaitu saya (balaci pemikul tripod & beg sun gun merangkap still photographer (imej pegun)), seorang Jurugambar video berpengalaman, seorang krew teknikal dan seorang director; ketiga-tiga itu Cina dan saya saja Melayu. Lokasi pengambaran adalah pulau-pulau yang terdapat di sekitar Pulau Pinang dan Pulau Langkawi. Tahun 1990 - 1992 merupakan tahun “Visit Malaysia Year”, dan mungkin ada yang masih ingat dengan Logo Penyu PATA 1986. Tahun itu juga merupakan tahun penggalakan pelancungan tanahair. Kami ditugaskan untuk merakam mengenai perjalanan persidangan pelancungan itu sekaligus merakam promotion documentary untuk Visit Malaysia Year.


Perit jerih dilalui mengharungi pulau-pulau kecil yang ada di kawasan itu. Saya masih ingat betapa sakit bahu memikul Tripod pada masa itu yang dibuat dengan kayu dan besi dan bukan macam sekarang, tripod banyak yang ringan belaka (saya bercakap tentang tripod video/ kamera filem bergerak). Format video yang digunakan pada masa itu adalah Video Camera Hi-8 yang pernah digunakan dalam sukan Olympic Los Angeles dahulu dan pada masa itu Hi-8 masih besar bukan compact beberapa tahun selepas itu. Kadang-kadang Jurugambar tua itu akan bagi saya shoot Video cam Hi-8 dengan handheld (pikul atas bahu).. waduh, besar dan berat nak mampus. Jadi, pengalaman menyusuri semak samun, hutan belukar di pulau-pulau itu membuatkan saya makin cekal, tabah dan terus meredah keadaan dalam jangka masa yang lama. Bertolak dari jeti, menaiki bot ke bot yang lain bukanlah tujuan bersantai tetapi itu adalah sebahagian dari tanggungjawap. Bau badan (+ kaki melecet) dan stoking busuk memang perkara biasa…;-)


Pernah suatu ketika, semasa hendak turun dari bot, saya telah tergelincir lalu habis basah semasa di pesisir pantai, tetapi yang selamat dan tidak basah adalah beg & sun gun.. saya masih ingat bila bos saya berkata biar kita basah, jangan equipment yang basah nanti kena buang kerja.. mahu atau tidak alat (termasuk kamera) lebih penting dari diri sendiri. Apa yang penting adalah imej dan kecekalan diri (bukan kecelakaan diri) semasa menjalani pengambaran. Pada masa yang sama juga, keadaan cuaca juga amat penting; kami terpaksa menutup peralatan dengan kemas supaya tidak terkena hujan atau air dan kelembapan, maklumlah keadaan di pulau, kan.. kelembapan (humidity) memang ada tambah bila tiba musim hujan. Ini juga mengingatkan saya tentang betapa beralun dan berombak bila menaiki kapal kecil (boat), memang hampir nak pening bila melegari dari satu pulau ke satu pulau, ini mengajar saya supaya berhati-hati dengan peralatan supaya tidak terpercik dek air laut atau jangan terhumban segala gadget-gadget yang dibawa. Teamwork juga memainkan peranan penting, tidak kira di atas bot, semasa bermalam di pulau terpencil dan sebagainya. Secara ringkas (the moral of the story!..heh..), bagi saya, yang turut penting bukan sahaja imej yang dizahirkan tetapi juga ilmu kecekalan hidup untuk bekerja dalam bidang mencabar ini yang tidak menentu tempat, masa dan situasi. Itu ilmu juga, bukan?..;-) Sekadar mencerita pengalaman silam….. dulu… dulu..;-) Sekarang zaman mudah (atau memudahkan)..;-)


p/s: Masih teringat kata2 seorang ahli akademik terkenal: “Pengalaman pelajar dahulu lebih susah dari pengalaman pelajar sekarang..”


p/s: Where were you in 1992, my friend(s), sitting on your easy chair?



2 comments:

luahfikiran said...

Salam,
Bagus jugak kalau dapat lihat foto2 berkaitan

Aidi Rahimi Ibrahim said...

foto2 berkaitan adalah hak milik syarikat tersebut dan TDC, tiada dlm simpanan... :-(