Wednesday, December 2, 2009

LATEST “ART-TICKLE” KHABAR DARI SAYA YANG SEKARANG KURANG RASA NAK MENULIS BLOG

Salam untuk semua,

Agaknya hampir satu bulan saya tidak berbicara dalam blog. Selain dari urusan keluarga dan kerja harian, saya kini sedang kembali aktif melukis. Mungkin kerana faktor umur yang kian meningkat ini (bakal mencapai 40 pada tahun 2010), berbagai perkara saya perlu saya fikirkan. Antara perkara yang amat penting adalah lumrah diri seorang saya… melukis. Dan, teringin sangat nak buat pameran SOLO...

Jujurnya saya tetap akur bahawa minat dan bakat yang tak mungkin terhakis hingga ke hujung nyawa saya adalah melukis. Memang saya akui, sejak akhir2 ini makin menjadi2 saya kembali melukis, melakar.. mewarna. Mungkin betul kata orang tua2; bila kita dah dekat nak mampus, kita akan jadi “budak2” balik. Saya jadi budak2 balik.. hahaha.. lukis jangan tak lukis, dik. Saya sedar saya bukanlah seorang yang boleh menulis dengan baik, malah nak menulis dalam blog ni pun dah tertangguh beberapa kali, walaupun ada saja topik yang nak dibualkan termasuklah pasal kereta, pasal alam sekitar, pasal filem, pasal jati diri..huahuahua... malah banyak lagi.. tapi terhenti setiap kali saya terfikir akan masa yang bakal berlalu.. dan ada “substance” yang menongkah/ menahan saya untuk melakukan yang lain, tidak lain tidak bukan adalah dengan melukis… painting… Ada ketikanya, KAMERA sudah tidak dapat memberi kepuasan kepada saya; baik kamera filem ataupun digital.. saya dah jadi rasa tak puas. Tapi tidak dinafikan bahawa kamera adalah alat yang membantu saya dalam melukis, terutama sekali semasa “berkelana” mencari inspirasi (atau subject matter). Ayat retorik yang boleh saya katakan adalah; ada masanya kamera tidak boleh menandingi kebolehan bakat atau keupayaan seseorang pelukis …;-)… bagi saya, kamera hanya mampu “mengambil gambar” dan bukan “imitate” kehidupan… lukisan dan lakonan imitate kehidupan.. (please, jangan terpengaruh dengan pemikiran tahap cipan saya ini)..peace..;-)

Dahulu biasanya semasa penjadi pelajar seni di sekolah senireka/ senihalus; saya sering terpengaruh dengan Surealism, Abstract Expressionism, Cubism dan sebagainya.. tapi sekarang pada saya, saya merasakan bahawa sekiranya saya terikat dengan mana2 fahaman atau aliran, pengaruh dsb maknanya saya meng-acuan-kan saya dari pemikiran lain, dan bukan kejujuran diri sendiri… ada masanya saya perlu berlaku adil dan jujur pada diri sendiri dan bukan berbangga tahap cipan bahawa saya dari aliran mana2, termasuklah saya katakan bahawa saya bukan dari REALISM….. I just paint…(tolong jangan terpengaruh dengan kata2 saya, anda berhak memegang mana2 aliran/ mazhab.. dan jangan bengang dengan kata2 kawan saya dahulu menyatakan pelukis abstract expressionist itu adalah golongan cincai/ penyegan.. bagi saya, semua pelukis abstrak adalah manusia mulia yang meluahkan perasaan pada “form”, tekstur dsb mengikut naluri/ rasa.) Kadang2 bila mendalami teknik, saya banyak belajar di jalanan terutama sekali dari abang2 di Central Market, saya menghormati golongan ini lebih dari Vermeer.. haha… dan saya masih belajar teknik… teknikal… praktis..



Sementara saya menulis ini; saya juga ingin meluahkan rasa kecewa (itulah, kadang2 benci nak menulis blog ni, pasal ada juga nak mengata/ menyindir orang…iskkk!!).. Ok, ada seorang Professor (tak kisahlah Prof Madya pun), menyatakan bahawa FOTOGRAFI dalam bidang filem tidak sama dengan bidang2 lain, tak sama macam LUKISAN… aku…oopss, saya tak setuju. Come on, Prof; takkan dalam fotografi tidak ada element of design/ art… perspectives, form, texture, warna, skala, space dan sebagainya… basic sangatlah, Prof. Tapi setiap kali aku.. oppss saya cakap pasal ni, dia hanya mengangguk,.. ulang next semester dia cakap kat student2 baru; “Fotografi kita tak sama macam Art & Design!!”.. iskk..,.. saya naik hairan, tapi saya terpaksa akur mungkin mazhab yang dibina atau dipegangnya itu utuh kukuh.. saya hormat dia, itu saja…. penat… ikut suka Prof lah.. Sebenarnya (sebetulnya); sebelum wujudnya KAMERA (dan camera obscura)… LUKISAN muncul dahulu, betul tak?.. so, ada perspektif, ada bentuk, warna, ruang dan sebagainya; pelukislah yang memulakan VISUAL tersebut.. basic bukan.. tak payah mintak tolong Dr Google pun, pikir pakai otak saja.. Kadang2 bila kita nak sampaikan apa yang basic, kata2 yang paling saya benci dengar adalah “Oh, ini bukan Art & Design!”… hahahaha… Apa kena mengena ngan kata2 tu??… inikan sekolah “seni” juga… ART… Artistic… Basic Element itu ada pada visual… painting (lukisan) is the basic!!!.. (ini yang aku benci “menulis” nih.. asyik tension ngan golongan yang macam nih).. Ada lagi yang dikatakan oleh Prof ini; “Kalu Art, gambar mesti cantik2.. kita tidak semestinya ambik yang cantik2, kita ada falsafah ..”…… iskkk…. Prof, lukisan abstrak macam mana nak define “cantik” prof, tak de falsafah kah??... takkan aku nak tanya kat dia “Art” tu apa, Prof?.. iskk.. tak nak derhaka… Prof biasa dengar kata2: A PICTURE PAINTS A THOUSAND WORDS… kenapa “PAINTS”…. painting?... hmmm…;-)… basic jer… hmm, saya bukan Professor, tak mampu buka buku tebal2 nak pikir pasal makna kata2 basic dari nyanyian lagu tu... (lebih suka dengar lagu “If” nyanyian Dato’ Shake dahulu dari David Gates & Westlife)… “If a picture paints a thousand words.. then why can i…”.. ;-) best lagu tu… cari dalam you tube, tapi tak jumpa Dato’ Shake nyanyi lagu tu…:-(

Visual ada storytelling, foto ada storytelling, lukisan pun ada storytelling… Artwork, masterpiece ada storytelling, ada maklumat… dah itu, sama macam MASS COMMUNICATION kah, Prof?… Sebenarnya, semua ada inter-related, ada hubung kait dan akhirnya VISUAL itu adalah untuk penonton.. sama ada pemerhati lukisan, foto atau audien filem.. tapi satu yang perlu saya luahkan di sini; LUKISAN lah yang memulakannya VISUAL, tak kiralah dari Lascaux atau Montmarte…jika perlu jumpa Encik Google.. hahaha..peace..;-)…Fuhh, penat.. ada sorang lagi Dr (kira golongan Prof la juga), menyatakan pada saya jangan “ajar tinggi2” sangat.. segalanya bermula bila saya menyatakan bahawa pelajar filem kena faham lighting.. Rembrant Lighting.. CHIAROSCURO.. ;-) .. Sebenarnya itu bukan “tinggi” pun nak paham, Cuma perlu faham TEKNIK sahaja, bukan teori ka, falsafah ke jadah ker.. iskk… Tengok lukisan2 Rembrant, tengok GAMBAR jer, cuba faham pengcahayaan… saya pun hairan, kita cuba sedaya upaya nak ajar (guide) pelajar untuk menjalankan produksi (filem dsb) dengan mudah dan berkesan terutama sekali dalam membuat sinematografi.. tak tinggi pun.. itu belum masuk Goya atau Vermeer punya lighting teknik lagi.. asasnya adalah LUKISAN.. pada hal, Cecil DeMille dah awal2 lagi faham Chiaroscuro lebih kurang 90 tahun dahulu... lama dah benda2 yang berkait dgn lukisan nih… Cuma kita saja cari susah bagi arahan kat DOP; “Eh, cuba cerahkan side sebelah, gelapkan sedikit sebelah kiri..”…. tapi kalu kita kata “Cuba buat Rembrant..”… mudah bukan?..;-).. dan DOP pun kenalah faham “Rembrant Van Rijn”/ Rembrant Lighting , cuba call Dr Google…. peace…


So, itulah serba sedikit dari saya yang masih menimba ilmu nih. Bukan apa, saya menulis kali ini hanya… menulis… sebab takut bersarang pulak blog nih dengan spam.. Jujurnya, saya banyak “berkelana” (cari inspirasi dan bukan cari ilham, "ilham" untuk golongan Nabi jer).. melukis (menghabiskan masa di bilik/ studio).. membaca buku2 (dari beberapa orang yang menghadiahkan pada saya, termasuk dari Bung Karna Mustaqin dan Pak Hassan Muthalib, terima kasih)… memperbaharui silibus (yang memperkasakan ART!!)…huahuahua…. dan menjalankan tanggungjawap sebagai ketua keluarga..;-)

Selamat tahun 2010 untuk semua, maaf sekiranya terkasar bahasa (memang ada pun)… peace..;-)

Wassalam.


p/s: bezanya dahulu saya melukis kat teratak angin sepoi2, sekarang kat bilik air-con.. haha..;-)
.. dahulu easel kayu, sekarang sudah besi... dahulu kanvas stretch sendiri, sekarang dah ada ready made...haha.. peace..;-)


Wednesday, October 28, 2009

PICASSO PAINTING




..................>>>.
.
.
.>>Cubist........

>
>

Tuesday, October 27, 2009

MAKLUMAN: PENAYANGAN


Tayangan Perdana Filem 'Kalut' dan 'Along & Kak Long'

30 Oktober 2009, Jam 7.45 ptg hingga 11.00 malam

Dewan ILQAM, Fakulti Pengajian Perniagaan, UiTM


......................................

p/s: jangan datang sebab saya berlakon tambahan jer....

Wednesday, October 21, 2009

FILMING: BUKIT TINGGI (2009)

Posting ini sekadar melepas dendam kesumat seorang manusia melalui medium....
Salam,

17hb Oktober yang lalu, saya telah bertekad untuk membawa Nikon f55 saya ke Bukit Tinggi. Perkara pertama yang perlu saya cari adalah bateri CR2, nasib baik salah sebuah pasaraya masih ada menjualnya. Sebijik CR2 adalah RM 11.00 (jadi RM 22.00 lah). Setelah beberapa tahun F55 saya berehat, tibalah masanya. Saya dan berapa orang kawan bertolak ke Bukit Tinggi pada jam 9.30 pagi, kesemua sahabat saya membawa Kamera Digital SLR masing2, kecuali saya… peh..EGO tahap cipan lah saya nih.. Setiba di sana, memang senario biasa yang saya nampak, kesemua..kesemua pengunjung bersama digital, Sekumpulan student & professional siap dengan tipikal black body, sama ada Canon atau Nikon digital… ok la tu.. Kaedah “mesin-gun” masih sinonim masih diguna pakai dengan digital.. tapi saya sebagai seorang yang kolot, terpaksa ’berjimat’ menembak, hai maklumlah filem kan, kan, nanti ’produser’ marah pulaks pasal membazir filem, mahal tu.. ”point of no return”, mana boleh delete...iskkk..

’Insiden’ (bukan accident) yang berikutnya adalah bila nak ’cuci’ gambar. Puas tanya kedai gambar; ada yang berkata ”Maaf bang, filem kami tak proses dah sekarang, mesin pun dah rosak. Tak berbaloi kalau nak repair, rugi nanti, bang”... saya tanya depa ”Abis, dalam sebulan tak ada ka sapa2 mai cuci gambaq, dik?”.. jawap depa; ”Tak ramai, sorang dua ada la..”.. saya tersenyum, at least ada orang2 yang masih outdated macam saya nih..ok.. Dulu, dulu.. hanya 45 minit sahaja filem boleh di-develop, sekarang mau kena tunggu 3 atau 4 hari dan paling lewat dalam masa seminggu baru siap. Bila ditanya kenapa lambat; ”Kami kena hantar Gombak, Cheras...”..huh.. Katakan kalau saya nak buat darkroom lagi, memang banyak lagi belanja perlu dikeluarkan nak beli barang, chemical ngan alat2nya (enlarger dsb).. Mungkin makan masa nak order lagi.. iskk.. filem oh filem.. Ada soalan pada saya; ”Bang tukar pakai digital lah..” saya jawap ”Abang dah jemu digital ni, dik”... EGO tahap cipan aku lah tu..ha ha ha.... Saya selagi orang cabar, lagi menjadi nak pakai filem…hmmm… sebab saya tak mahir pakai “mesin-gun”…. ehem… ada sorang brader kata kat saya “Bro, nobody cares ‘bout that, they just want the result, that’s it!!”….. betul lah tu, aku ketinggalan, tapi at least saya masih ada masa nak enjoy ‘live view’ yang nyata dari dok ‘preview screen’ setiap kali selesai shot.. Cuma saya cakap ringkas jer kat kawan tu “Bro, sometimes limitation is the freedom that I look forward..”..peace.. klu anda tak faham tu, buat2lah faham tahap cipan, enjoy your digital…;-)… enjoy your ‘menu’..

Sepekara yang yang agak BARU bagi saya adalah bila saya minta kawan2 yang pergi trip ni dengan saya untuk ambil gambar saya, depa jawap ”Isk, takutlah, nanti silap macam mana?” (walau pun saya dah set kat Auto bila nak ambil gambar saya posing)... huhu...

Next time, saya cadang nak keluarkan semula Yashica Mat Medium Format (120mm/ Twin Lens) dan Praktika LTL (Fully Manual/ 35mm/ German Made) saya dulu yang hampir 19 tahun tak guna, hadiah ayah pada saya semasa belajar grafik dulu... tunggu lah..

Well, enjoy the shots (Tak semua di upload, nanti saya upload lagi, tapi filem(medium) perlu tengok secara nyata, bukan dalam resolusi komputer...dah jadi digitalized pulok nih... iskk...) DOUBLE CLICK PHOTOS to enlarge.....


Bangunan "Mat Salleh" di tengah hutan Malaysia kita... bagus...
1/350 f/22 (Manual) 400 ASA Kodak Max


Waterfall di Japanese Garden.... "Tanah" Jepun dalam hutan Malaya... ha ha..
1/90 f/6.7 (Manual) 400 ASA Kodak Max


Japanese Garden.... ikang...
1/125 f/4.2 (Manual) 400 ASA Kodak Max


Pertunjukan tarian....
1/90 f/4.5 (Manual) 400 ASA Kodak Max



by the edge
1/350 f/6.7 (Manual) 400 ASA Kodak Max



Horologie on Horologie...
1/125 f/5.6 (Manual) 400 ASA Kodak Max


Kamera2 digital yang bersedia untuk di-'filemkan'....
Program AE (Auto Setting) 400 ASA Kodak Max



gambar saya minum nih dirakam dengan digital..;-)


Sekurang2nya, terubat rindu saya pada medium ini.... lega...

p/s: medium filem, tolak pun tak jatuh, memang dah 'kerja' tetap, filem tetap filem,.. lu sapa... why bother, aku balas balik...;-).. mampuih pi la sapa nak pakai apa pun, nak buat apa pun... freedom... terlaksana... peace...... lagipun; filem..medium...medium filem... so?..




Monday, October 19, 2009

Mr Pixel & Mrs Grain (2008) by John Lee





Wednesday, October 14, 2009

MELAKA 2009: PHOTO LOG

Kadang2 bila ke Melaka, saya sudah jemu mengambil gambar AFamosa (terlalu sinonim). Melaka harus dilihat dari berbagai sudut... sekurang kurangnya berikut adalah luahan diri dari sudut pandangan seorang saya yang masih gampang meneropong...



Pantai Puteri 7.00 p.m.: sekadar nak tahu "puteri" yang dimaksudkan... f/7.1 1/ 5 (Manual) - edited



Pantai Klebang ...: saya BENCI bila pantai "dipantai-kan" lagi atas nama pembangunan, bisa mampos hidupan laut, apa tak cukup tanah yg Tuhan bagi.... (photo combination)




Melaka street (dekat tempat saya menginap):.. sebuah akademi dan tempat "pembikinan" rambut.. agak eksklusif.. bukan tempat kerat kepala..huh.;-).. f/20 1/320 - manual - edited/ crop


Rumah Hasyati 3.00 p.m. .. cicah garam belacan ngan buah mangga.. hmmm, nyumm... f/ 5.6 1/ 13 (Manual - edited colour grading)

Museum UMNO Melaka.. malam yang malap... notis melihat pelita, "merah"-nya bangunan usang itu.... (f/4 - 1/6) Manual - unedited

Jonker's Walk.. malam.. di B/W-mode .. i need the texture.. f/ 7.1 1/15 Manual - edited


Well, that's it, until next time... see ya.. peace..;-)



Saturday, September 26, 2009

CORETAN TANPA TAJUK DARI KAMPUNG


Salam untuk semua,


Coretan kali ini tidaklah bertujuan untuk memprovok mana pihak. Kadang2 agar sukar untuk aku menulis kerana secara formalnya, aku bukanlah penulis yang pandai menyusun ayat, tetapi sekadar ingin bercerita, tidak lebih dari itu. Tulisan ini terhasil semasa aku merenung diri dan alam dan atas desakan rakan sekerja yang ingin aku menulis tentang beberapa hal berikut…isskk. Tidak ada kaitan dengan kita, mungkin.


Baiklah, aku mulakan….


Sampai masa, kita pulang ke kampung. Berbagai kisah dan pengalaman kawan2 yang kita dengar. Ada yang hebat bunyinya dan ada yang agak menyedihkan. Salah satu cerita yang aku dengar adalah mengenai kisah kawan aku yang berada dalam keadaan kritikal dari segi kewangan. Bisnes beliau agak merudum. Terpaksa mengadaikan beberapa “harta” beliau. Sebenarnya semasa perniagaan beliau sedang memuncak, aku dapat melihat kemewahan yang dipamerkan. Alhamdullillah, aku turut berbangga dengan ‘kejayaan’ beliau. Bermotorsikal kuasa besar, ber-MPV besar dan berumah besar.. indahnya hidup beliau. Tetapi setelah keadaan ekonomi yang agar turun-naik ini, di saat ini, beliau telah semakin kehilangan semua aset itu. Kenderaan2 terpaksa dijual/ ditarik, dan berbagai lagi tanggungan hutang yang perlu dilangsaikan. Semoga beliau akan kembali naik selepas ini, InsyaAllah.


Sebenarnya, seringkali aku mendengar bila kawan-kawan bertanyakan pada aku soalan yang memang aku anggap kurang wajar (bukan kurang ajar) adalah; “bila nak tukar kereta?”…. aku tersenyum (dan tersengeh/ terhegeh2) sambil berkata “ hanya itulah yang aku mampu, gaji aku biasa2 jer, biarlah sampai jadi besi buruk nanti pun, asal boleh jalan dah ler…” Agaknya memang budaya kita melihat kelebihan material atau up-to-date/ latest itu adalah satu yang hebat, mungkin. Semasa kecil aku sudah dihidangkan dengan kereta (kerana Bapa aku juga seorang Mekanik Part-Time). Bapa aku memiliki garaj dan beberapa kereta termasuk sports-car (Triumph Spitfire). Apalah sangat nak dibangga dengan kereta. Dan aku masih mengingati semasa menduduki kelas Design Issue (Product Design) dahulu; professor aku pada akhir semester sebelum mengakhiri kelas berkata “A car is just a Box that’s carry us around..” aku tersenyum.


Malahan budaya “cucuk mencucuk” dalam masyarakat kita masih kental hingga kini. Ada yang sanggup memintas jalan orang lain dalam perniagaan dan sebagainya. Dan mungkin ini “karma” yang sedang dilalui oleh sesetengah orang bisnes. Akibat tamak-haloba ini, akhirnya “balasan” nya adalah berkali ganda di atas muka bumi ini. Karma orang yang suka “cucuk mencucuk” ini mungkin lebih hebat, walau dalam bidang apa sekalipun, percayalah. Golongan “pencucuk” ini aku banyak bersabar (sambil tersenyum), semoga Tuhan yang lebih arif mengadili mereka.


Aku bersyukur kerana membesar (semasa kanak2 hingga remaja) di sebuah negeri yang masih terpelihara kehijauannya, dan mungkin akan lebih “hijau” dalam beberapa tahun lagi, InsyaAllah. Sekarang aku berkerja di tempat yang “Alam” sebagai nama utamanya telah terhakis gara2 pembangunan. Ini juga secara tidak langsung meletakkan bahawa haloba itu masih bermaharaja-lela. Biarlah berapa kali ditukar pucuk pimpinannya, masih tidak mampu untuk ‘menghijau’-kan “Alam” ini. Kalau benar kita ingin mengembalikan “kehijauan” ini, kita sangup berbuat apa saja, termasuk membatalkan projek2 yang terdahulu oleh orang lain. Ya, aku cakap memang mudah, tapi bumi ini satu, dan satu inilah yang kita ada. Fikirkan-lah, apa (dan siapa) yang lebih penting.


Seperti yang dipersoalkan dalam coretan (yang tak tersusun ini/ pemikiran yang berbicara kosong); agaknya, kita bangga yang “besar” itu lebih hebat. Praktikaliti memiliki MPV misalnya, apa kegunaan kita kalau sekadar bekerja sebagai designer yang duduk mengadap drawing-table dan komputer sahaja. Bermotorsikal besar, kepuasan berderum dengan bunyi throttle yang berdentum mungkin. Berlagak macho.. aku pun mula berfikir, apa motif. Samalah seperti membina bangunan tertinggi atau besar. Bangunan tinggi mencakar langit.. bangunan tertinggi di Asia, atau world mungkin… apa motifnya? Perancis hanya mempunyai Effiel Tower, kotanya masih lebih rendah dari itu, tetap maju. Merenung pada hakikat diri, adakah memiliki yang LAJU & BESAR membuktikan manusia berjaya menguasai mesin atau alam, “mencakar langit”… perlukah langit dicakar. Langit sepatutnya dihargai, dikagumi dan bukan untuk dicakar. Mengapa nak cakar langit ciptaan Tuhan, untuk mencabar Tuhan...begitu?


Aku masih teringat semasa pihak bank memberikan pinjaman kepada para peniaga2 . Salah satu yang amat melucukan adalah, hasil pinjaman itu, ada peniaga yang membeli kereta… alasannya adalah untuk “menampakkan” caliber seorang bisnes-man. BMW, Mercedes pulak tu… pehh.. betul la tu, kot.. nanti orang tak percaya pulaks.. Tapi kalu difikirkan kembali, adakah masyarakat kita masih melihat “mampu milik” itu satu budaya yang sinonim dengan kejayaan… hmm.. bukti bahawa pemikiran kita masih dikuasai oleh material… betul lah tu..hehe..


Beberapa semester yang lepas, aku pernah didatangi oleh seorang manusia yang mengajak aku masuk “skim cepat kaya”. Aku perlu invest dalam beberapa ribu untuk tujuan ini, dengan mudah aku berkata; “aku nak beli susu anak, bayar sewa rumah, kau on-lah duit kau dahulu”.. dia pun berlalu.. hmmm.. Sebenarnya, aku jelas bersyukur atas apa yang aku dapat, sama ada kecil atau besar sesebuah projek atau pekerjaan itu. Sekiranya haloba itu bersarang, mungkin secara drastiknya aku akan memberikan sejumlah wang tersebut. Aku bersyukur kerana, rezeki dari Tuhan ini, membuatkan aku tidak mempunyai “mimpi” untuk kaya. Malahan aku sudah mula tidak “bermimpi” semenjak beberapa tahun yang lalu, alhamdullillah. Sekiranya direnungkan kembali system “skim cepat kaya” ini membentuk seperti PIRAMID… jelas pyramid itu adalah dari kepala hotak Fir-Aun… mudah bukan, untuk kita menjema menjadi Fir-Aun Junior.


Berbalik soal tadi juga, kadang2 kita sanggup (tergamak) menipu masyarakat dengan hasil2 kita dengan tujuan haloba ini. Akhirnya, “karma” (pembalasan) akan muncul, kita akan kehilangan sokongan, atau industri menjadi lembab atas haloba ini. Kita tidak jujur, kita menipu, dan Tuhan lebih arif tentang apa yang kita telah lakukan. Tanah runtuh adalah sebagai contoh yang paling mudah.. maaf, contoh sahaja...


Kadang2 aku sudah muak untuk bercakap soal ini. Biarlah ada orang yang menyatakan bahawa aku tidak ada “dreams” untuk sesuatu, tapi aku bersoal balik; adakah dreams itu akan kekal, kerana dreams juga mempunyai waktu kita terjaga dari mimpi tersebut.. kenyataan. Kenyataannya; kita hidup sementara, segalanya tidak akan kekal.. yang kekal adalah amalan kita (bahasa retorik yang aku tak ambil mudah). Kita hidup bermasyarakat, pembangunan rohani lebih penting untuk mengelak dari haloba, dengki, "cucuk mencucuk", khianat, tamak, ego dan tinggi diri.


Ini hanyalah coretan aku yang tanpa tajuk (tanpa dreams)… anda berhak jadi kaya raya (jangan lupa bersedekah), ber-kereta besar, berbini banyak, buat flem banyak2, bernama besar, ber-ego cipan dan ber-kuasa besar, itu hak anda…;-)


Okeylah, speaker masjid kedengaran, ayam dah mula berkokok, aku pasti merindui kampung nanti, seperti selalunya.. as a man who doesn’t have dreams I just want to say, peace to all.. .and Green-Peace to Earth… Salam subuh..;-) I love you all..