Friday, May 15, 2009

MANUSIA TAHAP IBLIS?

Manusia tahap paling rendah martabat pada aku adalah yang suka melaga lagakan orang, suka cari pasal dengan orang, dengki khianat, takbur dan riak seolah dia seorang yang betul, tidak sedar diri, tidak kenang budi, samseng dan tidak faham perasaan orang lain. Secara jujur aku tak kisah sangat sekiranya orang itu tak sihat mental/ fizikalnya, introvert, pendiam, dsb. walaupun dia seorang yang genius, pandai berkata kata, golongan ini aku masih boleh terima, sekurang kurangnya golongan ini ada sumbangannya juga. Aku selalu ‘share’ ilmu, filem, buku dsb dgn member member.


Masalahnya sekarang, dia adalah seorang yang memang waras, berpengaruh, dikenali ramai dan paling sedih pernah mahu aku jadikan idol sepanjang hayat. Aku hampir bercadang nak belajar dengan dia. Percaya atau tidak, aku hampir membuat skrip teater tentang dia. Aku juga pernah berbual dengan dia. Semenjak akhir akhir ini, kata-katanya semakin melampau lampau. Mungkin Lucifer telah menaikkan pangkatnya menjadi Major agaknya,...wallahuallam...


Dahulu aku amat menghormati seorang insan ini. Bagi aku bila sebut saja nama dia, aku menjadi amat taksub. Jangan sesiapa cuba kutuk dia, aku akan melenting mempertahankan dia. Sekarang aku nampak dari cara dia menulis, berkata-kata seolah macam nak menghuru-harakan sebuah Negara yang amat dicintai ini..seolah-olah. Apabila aku membaca tulisan dia (sebelum dia ada Blog), aku dapat melihat perjuangannya semenjak dari zaman ‘bohemian’nya hingga sebelum dia pulang dari luar Negara, aku kagum. Sekarang aku kata; dia mengambil kesempatan ke atas golongan minoriti yang masih mentah atau masih baru nak kenal keseronokkan. Sepatutnya dia duduk dalam bidang dia, berjuang dalam bidang dia. Tapi nak kata apa, mungkin dah memang “nature” dia macam tu.. sampai bila? Tak percaya Tuhan agaknya. Tapi seperti macam aku kata dahululah; “ada sebab kenapa Tuhan jadikan beruk, babi, lintah, kuda dsb.”… Wassalam… BTW, blog dia memang aku tak link di sebelah… Astagfirullah.


-----------


Iblis menjawab: “ Aku lebih baik daripadanya; Engkau (wahai Tuhanku) ciptakan daku dari api, sedang dia Engkau ciptakan dari tanah “.(Saad: 76)


- petikan yang aku tafsirkan sebagai EGO dan Riak/ takbur. -



-------------

p/s: - student2 & member2 kat blog link disebelah lagi genius menulis drp ko.

- siapa ada masa cuba lakonkan dialog Iblis di atas..hehehe


5 comments:

D'Rimba said...

Alhamdulillah jika sedikit ketenangan sahabat dapat bila berkunjung ke blog saya. Ilham Allah kurniakan itu semua datang dariNya yang Maha Esa.

Anonymous said...

betul ke en aidi?
atau tulisan itu disalahertikan?


*takut benor bilo dengar bab2 ni,haish!

WNRD said...

Selamat Hari Guru. :)

Aidi Rahimi Ibrahim said...

D'Rimba; terima kasih kerana masih sudi bertandang ke ruangan saya juga ini yang saya rasakan semakin hari ada masanya saya agak gundah membaca pd sesetengah 'fikiran' manusia. :-)

Aidi Rahimi Ibrahim said...

Coffeeholic; mungkin sy yg tersalah tafsir, mungkin. Mungkin perjuangan sesetengah insan telah terkeluar dari landasan keharmornian..mungkin.

WRD; :-). Saya bukan guru atau cikgu. Sy tak pernah 'mengajar' sekolah. Share is the right word. ;-)