Tuesday, April 28, 2009

DEMI MASA

Masa begitu cepat berlalu. Tanpa sedar aku akan mencecah usia 40 nanti. Pepatah pepatah yang sering aku dengari; Masa itu Emas, masa dapat merubah segalanya, masa yang berlalu tidak akan berulang, masa yang menentukan, masa.....

Bapa mengajarku banyak tentang masa, banyak juga masa yang diberikan kepadaku sewaktu waktu dahulu. Aku menyimpan masa itu, aku menyimpan detik waktu itu. Ada juga masa yang ku berikan pada bapa. Tuhan telah menentukan masa untuk bapa pergi, dan aku terpaksa akur akan kehendak itu. Masa yang diberikan terlalu singkat, Tuhan memberikan hanya 38 tahun untuk aku bersama Bapa. Dalam masa 38 tahun itulah masa yang teramat berharga bagi aku, walau ada masanya kami bersuka, walau ada masanya kami berduka. Masa masa itu tidak akan berulang, masa itu tinggal kenangan. Aku menghargai masa itu.

Pemberian masanya padaku akan ku simpan selamanya untuk generasiku seterusnya:-


Enicar Swiss Made (Switzerland) Men's Automatic 25jewels (Day Date)

& Westair Japan Movt. (Rep. of China Made) Men's Quartz

8 comments:

Junaidi Asmara said...

time after time..

todaxx said...

kerana 'masa' itulah, Aidi Rahimi wujud di FACT..hehe... =)

hanilopiplopz said...

life begin at 40! enjoy yeah!remember.. you say that en aidi.. it is just a number.. so what..

Jeff Syiru said...

kalau ada masa singgah d shah alam nanti bleh roger2 kita habiskan skit masa melepak. insya'allah

fariziskan said...

yeah.
demi masa yang memaksa.
demi masa yang terpaksa.
demi masa yang terseksa.
demi masa yang. . . . . . . . .

bukan masa yang tentukan kita.
tapi kita boleh tentukan masa.

Aidi Rahimi Ibrahim said...

Junaidi; Lagu Cindy Lauper (1984),

"If you're lost you can look and you will find me
Time after time...
If you fall I will catch you, I will be waiting
Time after time....."

Aidi Rahimi Ibrahim said...

todaxx; time & space is a mystery.

hanilopiplopz;

"life begin at 40" bukan sy cakap, tp ada kata W.B. Pitkin (1932) yang cakap. Nanti cite lain. "it is just a number" bukan sy cakap, tp mentor sy Shaarif Shaary (1999) cakap... so, oklah. Number is digit/ binari/ figure/ configuration etc..everywhere. Human ada proses biologi. Pemergian bapa saya mengingatkan sy bahawa sy juga semakin hampir..biologically.. tick! tock! tick! tock!..:-)

Aidi Rahimi Ibrahim said...

Jeff; mai la, first time jumpa, Asyik dlm bogesrea..apa..bloggerspera..isk payah eja. Mai, aku tunggu; teh tarik ke.. cappuccino ker,. kopi jantan ker.. masa lepaks.. bukan blogging sambil lepak… real time, happy hour.

fariziskan; awat pulak dah, semenjak dua menjak ni nampak mcm sedey jer.. luangkan masa untuk relax juga..ada masa kita kena terima hakikat apa pun.

:-)