Friday, April 17, 2009

TIGA SEGI: Sial?

Telah aku
katakan mungkin
kalian yang dah lupa,


Rudolf Arnheim pun dah
kata TIGA SEGI
itu apa?

....


fikirkan:

Bermuda Triangle
Segi Tiga Emas
Cinta Tiga Segi
orang ketiga
bila berdua ada "seorang" lagi (2+1 = 3?)
lagi?...
(1.) lelaki (2.) Perempuan (3.) ?
(1.) komersial (2.) seni (3.) ?

TIGA
................................
sial?
p/s: Post ini ada kaitannya dengan post yang di bawah, kot.

12 comments:

Anonymous said...

ada kaitan-nya. Tp ramai msh xnampak. 'buta' barangkali.

Aidi Rahimi Ibrahim said...

Anon, bukan tak nampak tetapi cuma tak perasan yang segi tiga itu ada di mana mana, di lebuh raya, di papan tanda, pada simbol, lambang mungkin di sesetengah matawang etc. Kebetulan saya baru selesai "membaca" tentang....

:-)

todaxx said...

pak hassan pun ada cakap segi tiga tu adalah simbol kekuasaan/negatif..

Aidi Rahimi Ibrahim said...

todaxx, hassan muthalib sering mentelaah dari segi "visual grammar & language", ada kaitan dgn pendapat dia. Segi tiga (& 3) berkait dgn 'implikasi' bahaya.

A.A.H said...

NEGATIF INDEX

Aidi Rahimi Ibrahim said...

A.A.H, seperti lukisan Syed Ahmad Jamal yg kita lihat di National Art Gallery tempohari ttg GAZA. Yes, negative index.

jupazy sagcn said...

bad luck number, 13..
num yang sering menghantui kita, 23..
semua ada 3 dalam num ini..

macam mana pula dengan satu lagi num?
yg dikatakan misteri..
iaitu num 7...
cuba kaji..
7 petala langit, 7 petala bumi, 7 neraka, 7 syurga, 7 hari...apa ada dengan 7 pula??

Aidi Rahimi Ibrahim said...

jupazy, tak ada misterinya jika semua telah diketahui umum. 7 dikaitkan dengan lucky number, great wonders of the earth. Selalunya orang yang ada number 7 adalah orang bertuah, mungkin (atau ingin memiliki number 7 sebab inginkan TUAH/ ada 'ong'.) Pemain bola hebat2 banyak pakai nombor 7. Terlalu banyak nak diperkatakan tentang tujuh (7) a.k.a nombor 'glamour'.

utk sedikit rujukan sila layari:- http://www.sevenmagazine.org/

thanks jupazy, saya akan terus 'mengkaji' tentang nombor 7 ini.

:-)

p/s: komen jupazy pada entri ini adalah listing ketujuh.. kebetulan?..hehe..

p/s: saya pun dilahirkan pada bulan tujuh (Julai) tahun 1970..kebetulan?..hmm..:-)

Coffeeholic said...

"kot?!"


lagu tiga kupang...

Aidi Rahimi Ibrahim said...

Coffeholic; yes, "kot".. only prediction, guessing game etc.
"lagu 3 (TIGA) kupang.. saku penuh"..?!
:-)

Hassan Abd Muthalib said...

NOMBOR 3 & TRIANGLE DALAM ‘3 BUDAK MELAYU’ (3BM)

NO 3 - adalah ikon (tanda) & juga indeks (petanda).
TRIANGLE – adalah simbol (menjadi wakil).

Image di poster 3BM boleh ditafsir maknanya seperti berikut:

1. 3 budak digambarkan dari belakang: Selalunya itu petanda negatif (kerana muka mereka tidak kelihatan). Tetapi dalam konteks cerita 3BM, ini adalah petanda bahawa mereka ini anti-hero (melanggar pelbagai tatasusila Melayu untuk mendapatkan wang). Membawa maksud mereka ini pemberontak (mungkinkah mereka ini Melayu yang menghadapi identity crisis?).

2. Susunan 3 budak dalam bentuk TRIANGLE adalah positif. Jika hanya 2, akan seri (ya & tidak). Jika ada 3, boleh bawa kepada kreativiti (seperti prinsip Marxist-Hegelian yang dibawa oleh Eisenstein dalam teori montaj filem: tesis (satu idea) apabila ditembungkan dengan anti-tesis (idea yang bertentangan) akan melahirkan sintesis (idea baru)). Dalam konteks cerita 3BM, filem berakhir dengan perkahwinan. Tidak ada konflik dengan awek lagi sorang. Apakah agaknya petanda ini? Ini ada kaitan dengan destiny setiap seorang pelajar – fikirkan!

3. Pemilihan 3 budak (& tidak 4 atau 5) mempunyai makna tertentu. 3 di sini adalah petanda. Dalam bidang numerologi, symbol bagi nombor 3 ialah Jupiter, planet yang terbesar dalam sistem solar. Nombor ini bersifat kreatif. Bagi orang China, nombor ini sempurna. Bagi orang Kristian, ia merujukan kepada Tuhan, Anaknya & Ruh Suci. Bagi orang Hindu: Brahma, Vishnu & Shiva, dsbnya.

4. Piramid dibina dengan bentuk TRIANGLE. Piramid adalah satu pembentukkan yang teramat kuat (kerana itu terdapat pelbagai misteri di dalamnya seperti Bermuda Triangle. Amerika kuat kerana terdapat begitu banyak TRIANGLE dalam logo-lognya samada tersurat mahupun tersirat).

Mungkin ada yang tersilap memahami apa yang saya pernah kata tentang TRIANGLE. Sebenarnya is bersifat positif. Tapi boleh disalahguna & orang ini mampu mengelak hukuman (Amerika & Israel adalah contoh terbaik). Wallahu alam.

Aidi Rahimi Ibrahim said...

Hassan Muthalib;- thank you sir.

Tu dia, dah boleh faham?

Ada pun triangle juga adalah lambang "Freemason".

"Mungkin ada yang tersilap memahami apa yang saya pernah kata tentang TRIANGLE. Sebenarnya is bersifat positif." (Hassan Muthalib)

Pyramid, melambangkan kekuatan Firaun. "System Pyramid" dalam ekonomi 'segera'.

Thanks.