Monday, February 2, 2009

SINKRONIS (2009): SEBUAH GUMPALAN NOIR SENI SEORANG JAJA KADIR.


Aku menilai sikronis bukan atas dasar ilmiah tetapi lebih kurang lebih dari itu. Dari seorang seni (bukan seniman) yang melihat jauh dari dalam diri kepada tatapan catatan ini. Sikronis tidak bisa aku kritik, tidak bisa aku kutuk, cuma bisa aku lirikkan, kerana aku melihat alunan mainan cahaya dan batin kamera yang jelas menampakkan gumpalan ekspressionis yang separa impressionis seorang pengkarya. Perakam gambar itu (pemain watak: Soffi), aku melihat seorang seniman yang setia kepada duka seorang gadis pada dirinya. Malah, gumpalan gumpalan noir yang terpamir sudah jelas memperjelaskan apa yang tidak jelas kepada penonton.

Aku degil menegur pemikiran ini kepada ilmiah tetapi tidak bertemu kerana karya ini ada seni yang disampaikan walau ceriteranya sedetik, cuma implikasinya ada pada sekelian mata yang melihat dan jiwa yang mencatat. Perakam gambar itu, seolah melarik berus seluliodnya atas dasar kekecewaan yang akhirnya mengheretnya dengan keranda luka. Tatkala perakam gambar itu mencari gadis, dia seolah hilang bersama gemawan silam yang masih menjadi sawang sawang ngeri hidupnya, dia hilang dalam kancah nestapa. Tari hiba berjiwa luka perakam gambar dan gadis menyayatkan jiwa seorang seni yang cuba menyelam ke lubuk visual mencari makna, merenung noir. Noir dalam sinkronis itu adalah jantung dan jiwa. Jantung dan jiwa itu dibelah menjadi pilu yang indah, amat mulus dengan luka yang sinkronis.

Aku tahu seorang Jaja dan seorang Hatta Azam cuba bermain cahaya kepada sekelian alam, aku kagum. Cahaya itu itu tidak sia sia, kerana cahaya itu cahaya bermakna kerana amat susah digambarkan dalam bahasa yang formal begitu juga dengan maknanya yang memaknakan sinkronis itu. Siapa kata ia tidak sinkronis, mungkin mata yang melihat belum berada dalam perahu jiwa yang penumpang penumpangnya adalah roh roh muda yang masih segar. Lantas aku melihat apa yang di-sinkroniskan; luahan firasat, duplikasi cahaya dan metafizika nestapa.

Sinkronis tidak ada referensinya, jauh sekali merenung formaliti. Sinkronis berjiwa bebas, tidak ada akar yang bertaut, sinkronis adalah karya duplikasi batin. Sinkronis tidak boleh disentuh oleh sentuhan formaliti dan teori. Sinkronis adalah aktiviti aktiviti ganas roh muda yang lembut gemalainya bermain cahaya lalu dikamarkan pada ruang sinema. Itulah implikasinya sinkronis, sebuah catatan perjalanan keranda duka seorang perakam gambar. Sesekali sinkronis ini membawa aku pada sketsa sketsa nostalgia yang tidak keterlaluan yang sedikit sebanyak menceriterakan tentang pelukis muda yang pernah berada di alam mimpi, seorang seni. Terimakasih, Jaja, Hatta Azam, Soffi, Norfazlina dan yang terlibat. Tahniah. Sinkronis adalah noir seni dan seni itu adalah bebas dalam sinkronis ini. Tahniah, sinkronis bebas dari ugutan formaliti kerana mempunyai tunjang maya.

33 comments:

Ajami Hashim said...

Salaam.. nice rev but agak puitis & individualistic kdg2 berbelit nak faham.. apa2 pun salaam perkenalan bro ;-)

fariziskan said...

sangat puitis kata2...

sukar tutur tapi senang difahami...


tahniah...karya pelajar2 jabatan penulisan....

Aidi said...

Ajami Hashim, thanxs..seperti yg dinyatakan agak sukar untuk mentelaah filem pendek Sinkronis ini. Harap anda faham maksud saya.

Fariziskhan, mungkin hanya kata kata puitis yang dapat diluahkan.

Jaja Kadir / Coffeeholic said...

terima kasih di atas artikel yang lahir dari hati =)


saya hargainya. promise tak akan berhenti berkarya.

farizizkan- karya budak2 skrinjuga...

mamat khalid said...

jgn ditinggalkan pali. :-)

Jaja Kadir / Coffeeholic said...

betul,abang pali yasir. dia banyak beri kerjasama dan tunjuk ajar juga. thanks pada semua team synergy pictures!

Aidi said...

sori bang mat & jaja; yes pali yasir. abg. pali on cinematography tu. Yes, terimakasih pada abg. pali. Great image.

Namaku Karna said...

kata-kata Aidi berlapis berputar selekoh mencari esensi, padahal apa yang tampak itulah dia, eksistensi.
Menjemput kekata John Cage: "I have nothing to say / and I am saying it / and that is poetry / as I needed it"
Pada asas-nya sebuah film adalah fenomena diakronis kerana ia berlangkah dalam ruang dan waktu. Adakah film Sinkronis ini bersoalkan keterkurungan (captivity) sesuatu jiwa ?
adakah 'sinkronis' ini ahistoric? adakah ia ilusive? atau adakah ia tiada?

Aidi Rahimi Ibrahim said...

Bung Karna, kadang kadang sesuatu yang diperkata mengenai eksistensi tidak dapat dikalimahkan dalam bentuk direct atau konstruktif tetapi ungkapan puisi dapat memaknakannya. Sbg contoh dalam karya "Nausea" oleh Jean Paul Sarte. Kerana semasa penulisan itu, beliau menggarapkan dalam bentuk puisi dan falsafah. Karena, corak penilaian saya mengenai film ini tidak dapat diluahkan dalam konstruksi ilmiah atau teori. Justeru itu bung, ada yang tersalah anggap bahawa saya menjadi seorang "escapist". Biarpun escapist pun, biarlah escapist yang bertutur dalam persembahan yang menarik (puisi), insyaAllah.

Aidi Rahimi Ibrahim said...

"Adakah film Sinkronis ini bersoalkan keterkurungan (captivity) sesuatu jiwa ?
adakah 'sinkronis' ini ahistoric? adakah ia ilusive? atau adakah ia tiada?"

Bung, sebagai menjawap persoalan Bung ini secara dasar saya mengambil kekata Sarte;

" The sea is green; that white speck up there is a seagull', but I didn't feel that it existed, that seagul was an “existing seagull”; usually existence hides itself. It is there, around us, in us, it is us, you can't say a couple words without speaking of it; but finally you can't touch it."
(Jean Paul Sarte: 1938)

“rakam gambar itu, seolah melarik berus seluliodnya atas dasar kekecewaan yang akhirnya mengheretnya dengan keranda luka.……. gemawan silam yang masih menjadi sawang sawang ngeri hidupnya, dia hilang dalam kancah nestapa. ….. lubuk visual mencari makna, merenung noir. Noir dalam sinkronis itu adalah jantung dan jiwa. Jantung dan jiwa itu dibelah menjadi pilu yang indah, amat mulus dengan luka yang sinkronis.”

Maknanya; memang jiwa itu wujud dalam form “kekecewaan”. ”Keranda luka” dimetaforakan kepada sebuah kematian (gadis itu sudah mati), still kematian itu juga adalah reality (exist). Jika diperpanjangkan implikasi yang lain adalah perlambangan kepada “gemawan silam” (memori lama), “noir”, “jantung jiwa” dan lain yang telah dimetaforakan. Kesemua itu wujud; “usually existence hides itself”. Jadi memang wujudnya segala itu tetapi diolah dalam bentuk puisi/ perlambangan. Aku menyatakan dalam bentuk PERLAMBANGAN/ MAKNA. Justeru itu aku memaknakannya, bung. Memaknakan Sinkronis itu dalam bentuk puisi.

Aidi Rahimi Ibrahim said...

Mungkin itu kelemahan saya bung, ngak mampu berbicara secara ilmiah mengenai film ini (Sinkronis). Mungkin film lain saya mampu. Nanti kita saksikan bersama film ini bersama direktornya yang muda belia.

Namaku Karna said...

mungkin bukan pasal ilmiah, but it's about structured thinking. Saya contohkan L'âge de raison atau The Age of Reason (1945) karya Sartre gak. Mungkin dalam situlah kita boleh fahami konsepsi 'freedom' sepenuhnya berikutan jugak keterbatasan (had) limitedness dari kebebasan itu diuntaikan dalam novel yg boleh dipahami awam, especially if we're franco-belgian who live at that time being.

Aidi Rahimi Ibrahim said...

Bung Karna, memang kekadang pemikiran gue ngak structured dan mengakui kelemahan itu. Tapi tidak ada yang tidak ber-substance. Even yang dimaksudkan Absurd atau "Kosong" atau Tiada pengertian itu memang ada sebab musababnya. Bukan gue yang kata tetapi Sarte menggariskan;

"The word Absurdity is born beneath my pen: a little while ago, in the park, I didn't find it...Absurdity: in another word; I am struggling against words; over there, I touched the thing...the absolute character..."
(Jean Paul Sartre: page 185)

Apa yg dapat saya kalimahkan mengenai Sinkronis memang ber-substance walaupun agak sukar ditelaah secara ilmiah atau structured thinking. Itulah yang membezakan kita orang seni daripada pengamal kuantitatif atau mazhab empherical.

Seperti pendapat Shariff Shaary (c. 1999), tidak ada yang Absurd atau kosong "something must comes with something"..

Justeru itu, karya Sinkronis ini memang ada something, kalau tidak saya mungkin ngak mampu untuk berbicara mengenainya, walaupun secara bahasa sastera atau seni.

Yang menyukarkan pembacaan, yang menyebut kosong itu adalah golongan yang kurang memahami atau perlu diperjelaskan oleh saya semula sekarang. Dalam seni kita masih mampu bebas berkarya dan berkata kata. Yang penting adalah menghargai. Saya menghargai Sinkronis dengan bahasa individualistic dan mengakui kata kata Ajami Hashim "nice rev but agak puitis & individualistic kdg2 berbelit nak faham". Tidak pula dinafikan ada individu yg faham iaitu Fariziskhan "sangat puitis kata2...sukar tutur tapi senang difahami...". Pengarahnya; Jaja Kadir melihat ketelusan hati saya "terima kasih di atas artikel yang lahir dari hati =)". Bung, masih masing punya pendapat, saya hormati semuanya.

Secara tak langsung, kita telah memulakan revolusi membincangkan penulisan ini. Tq. Bung Karna, Please feed/ respond to me more, please.

Aidi Rahimi Ibrahim said...

Dalam penilaian saya mengenai Sinkronis ini juga berlegar sekitar pemerhatian “Imaginative Consciousness” (Robert Denoon Cumming) yang menggariskan;

“When I am perceiving, I am observing objects. The object, although it enters entirely into my perception, is only given from one side at a time. Take the example of a cube; I cannot know that it is a cube until I have apprehended its six sides, but of these I can see only three at the time, never more. I must therefore apprehend them successively. And when I make the transition, for example, from sides ABC to sides BCD, there always remains a possibility that side A has disappeared during my change of position. The existence of the cube therefore remains doubtful.”
(Robert Denoon Cumming: page 77: 1965)

Filem Sinkronis ini dipersepsikan oleh saya dalam bentuk puisi, metafora, simbolisma dsb. yang boleh dinilai dalam cara saya. Saya “perceive” Sinkronis dengan begitu rupa. Observasi berlaku semasa proses viewing dan saya melihat Sinkronis lebih dari orang lain melihat (ada juga yang melihat seperti saya), Alhamdullillah. Saya melihat lebih dalam, atau lebih dari satu sudut visual yang dirakam oleh kamera. Mungkin pemikiran “biasa” melihat secara “structured” (saya tidak kata pemikiran biasa itu tidak baik) tetapi terikat kepada forms. Oleh itu, Sinkronis berjiwa bebas. Seni itu bebas bagi saya. Ada yang melihat Sinkronis dalam bentuk ARCHITECTURE, ada yang melihat dalam bentuk sufism, ada yang melihat dalam bentuk formaliti, ada yang melihat dari persepsi Bordwell, ada yang melihat dari sudut teknikal. Saya mengolah Sinkronis dalam bentuk kata-kata puitis @ puisi etc.

Sebagai contohnya dlm penulisan saya; penderitaan jiwa bukan lagi dilihat sebagai emosi kebiasaan tetapi adalah ”keranda luka” kepada perakam gambar itu (jurufoto), dan begitulah dengan perlambangan perlambangan yang lain. Akan diperjelaskan lagi nanti, insyaAllah. Teruslah memberi respon.

maPieCeoFarT said...

whoa... jadi perbahasan pula kerana sinkronis... chill²... =)

bagi sy pula, sinkronis satu percubaan mentah yg tidak kelihatan mentah... cukup masak berisi... pengarah hanya berniat berkongsi jiwa, rasa, isu, minat, cita² dalam membikin filemnya... ini pendapat sy sendiri, bukan merujuk sesiapa... =)

benar kata en.aidi...interpretasi karya boleh jadi pelbagai, apa saja , terpulang kpd latar pelihat itu sendiri... katakan seorg bijak pandai psikologi yg menilai, atau ahli falsafah misalnya, dari segi psikologi dan falsafah pula dia berkata ttg sinkronis... tiada yg betul, tiada yg salah... ~0^_^0~

Anonymous said...

i agree with namaku karna..

"berlapis berputar selekoh mencari esensi, padahal apa yang tampak itulah dia, eksistensi."

Aidi Rahimi Ibrahim said...

Menjawap pernyataan itu;-

Anonymous said...
i agree with namaku karna..
"berlapis berputar selekoh mencari esensi, padahal apa yang tampak itulah dia, eksistensi."

Yes, I agree too pada orang atau individu yang melihat dari sudut itu sahaja atau seseorang yang SIMPLE MINDS. Tak salah.

Tapi ingat kata kata Robert Denoon:-
"..from sides ABC to sides BCD, there always remains a possibility that side A has disappeared during my change of position. The existence of the cube therefore remains doubtful.”

Justifikasinya; DOUBTFUL. It is a possibility that side still exist. My PENILAIAN on Sinkronis is in the categori of looking essence@ esensi tersebut (“berlapis berputar selekoh mencari esensi”) is far beyond simple minds, yang melibatkan “Imaginative Consciousness” atau sampai ke tahap pemikiran SUREALISM.

"berlapis berputar selekoh mencari esensi, padahal apa yang tampak itulah dia, eksistensi." Is ok, tetapi ianya berada dalam ruang likup PARALLEL THINKING atau PEMIKIRAN MENDATAR @ Plain Thinking. Tidak lebih. Saya melihat lebih dari itu. Kerana itu juga Sinkronis dinilaikan dengan lebih bermakna pada yang individu yang tahu memahaminya dan mungkin dari golongan yang pemikirannya LEBIH KRITIKAL.

Good, response more, I am hungry here. Mungkin Surealism pula akan timbul selepas ini.

Aidi Rahimi Ibrahim said...

mudah saja, Anonymous,

Kosong itu bermakna untuk diisi;

example: You need a cup
untuk isi water.
A cup which was
EMPTY(KOSONG)
bermakna untuk water.
Tidak ada cup,
water tak dapat diisi.

oleh itu; KOSONG itu WUJUD (Exist)
:-)

Aidi Rahimi Ibrahim said...

maPieCeoFarT,

"katakan seorg bijak pandai psikologi yg menilai, atau ahli falsafah misalnya, dari segi psikologi dan falsafah pula dia berkata ttg sinkronis... tiada yg betul, tiada yg salah..."

:-) I like that, tq.

kita juga hormati pendapat Bung Karna (rakan debat saya semasa mengambil Sarjana/ saya banyak belajar tentang visual darinya juga dahulu) dan Anonymous tadi. Mungkin mereka melihat dari persepsi yang berbeza.

Coffeeholic said...

Alhamdulillah, Sinkronis tercalon di Astro Kirana Best Short Fil Award. the annual event will be held at the KLCC convention center.=).Pray 4me guys...

Aidi Rahimi Ibrahim said...

Alhamdullilah Jaja Kadir, Tuhan telah merestui InsyaAllah. Pray to God, Ja. Yang penting adalah NAWAITU kita, klu nawaitu kita untuk menaikkan manusia lain supaya berjaya, insyaAllah Tuhan bersama kita. Nawaitu menambahkan ilmu untuk sesama manusia, insyaAllah. Good Luck SINKRONIS.

Anonymous said...

surrealism tu aper? unconscious mind ke? & camne dr eksistensi bleh pi ke surrealism plak?

Namaku Karna said...

Kosong adalah isi, isi adalah kosong. Terdengar merapu, tapi merupakan stanza dari "Bhagavati Prajnaparamita Hrdaya Sutra", dicetuskan oleh seorang biksu Cina di zaman dinasti Tang dalam kisah perjalanan ke barat ato lagenda Sun Go Kong (bukan Songoku dragon ball ye). hehehe...
dhyana di india, cha'an di cina dan zen di jepang, serta sufi dalam tradisi mistik Islam mengenal tradisi kekata ini.

Dalam kisah The Age of Reason, hujung cerita ialah seorang karektor itu menjumpai makan sejati kebebasan ketika ia menjadi bukan sesiapa (nothing). Kita boleh teruskan ini ke dalam bincang2 sartre yg lain 'being & nothingness'.
mungkin kisah Sinkronis ini boleh berlanjut pula dalam Diakronis fotografi. Manakah metafor dan metonimi? Dimanakah syntagmatic dan paradigmatic keduanya? Adakah 'Sinkronis' ini sebuah wujud schizophrenic?

Aidi Rahimi Ibrahim said...

Anonymous said...
surrealism tu aper? unconscious mind ke? & camne dr eksistensi bleh pi ke surrealism plak?


Saya telah lama menanti soalan ini. Soalan ini biasanya/ pernah diajukan oleh pelajar tahun satu Diploma kepada saya. Ini realiti, saya tak salahkan Anonymous. Saya hormat Anonymous itu. Jawapannya; mudah, teramat mudah; ILMU ITU SENTIASA BERKEMBANG. Ini yang dikatakan proses pemahaman dan pembelajaran.

Misalnya pada tahun 1916, Tristan Tzara telah memulakan revolusi Dadasim hingga terwujudnya Surealism oleh André Breton melalui Manifesto Surealism pada tahun 1924 kemudian berkembang kepada Fluxus dan kemudian berkembang kepada Pop Art. Begitu juga wujudnya pemikiran Sigmund Freud yang mempengaruhi karya Surealism terutamanya Salvador Dali pada tahun 1930an. Berkembang dan terus berkembang. Begitu juga dalam bentuk kajian; ada masanya kualitatif itu digabungkan dengan kuantitatif. Ada masanya; Arts & Sciences itu disatukan dalam satu ilmu. Mudah faham?

Saya faham pemikiran Anonymous tersebut, dan beliau hanya bertanya soalan, bagus. Inilah yang dikatakan pemikiran yang mengikut formaliti atau parallel thinking. Klu hitam, hitamlah! Klu putih, putihlah! Tidak lebih dari itu. Mungkin juga Anonymous seorang yang curious (Curiosita; Leornado Da Vinci), dan memerlukan persoalan@ soalan. Good! But sometimes we have to look at BEYOND CONCIOUSNESS.

Apa kaitannya dengan Sinkronis?,

Watak watak yang ada dalam cerita itu wujud (exist), diadaptasikan melalui visual akan perasaannya, suasananya dalam bentuk SUREAL. Seperti alam mimpi (BEYOND CONCIOUSNESS). Divisualkan kesepian itu, dimetaforakan dalam bentuk tarian sebagai keindahan itu, disimbolkan melalui perlambangan fotografi, dsb. Di-NOIR-kan menjadi SUBCONCIOUS pemikiran Jaja Kadir yang menggambarkan suasana jiwa watak. Filem ini indah dan melancholinya dapat dirasakan melalui sentuhan sentuhan Eksistensi (perasaan, watak, latar dsb.) itu. Surealism berlaku pada Visual yang dipaparkan. Impak impak itulah yang membuatkan saya MENGHARGAI Sinkronis melalui bahasa puisi dalam ulasan saya. Eksistensi (perasaan, watak, latar dsb.) melaui (via) pemaparan Suealism (imejan, noir, mimpi etc.). Salahkah saya menghargai Sinkronis dengan sedemikian rupa? Salahkah saya bersikap individualistik menghargai Sinkronis yang melancholi ini lalu menghurainya dalam bentuk Sureal atau puisi? Sememangnya KEWUJUDAN watak watak itu mempunyai perasaan (perasaan itu wujud/ exist), dan Jaja menggambarkan perasaan yang wujud itu melalui kamera, dan saya menghargai Sinkronis melalui kata kata yang individualistik. Salahkah menjadi individualistik untuk MENGHARGAI Sinkronis lalu berkongsi kata kata dengan pembaca. Ajami Hashim memang memahami dengan menyatakan saya individualistik, saya setuju, Fariziskhan mungkin memahami walaupun beliau kata beliau faham, Jaja menghargai penghargaan saya tentang Sinkronis (mungkin dia faham). Dan, saya juga tidak menyalahkan yang tidak memahami, kerana inilah saya menerangkannya semula. Ini juga kerana saya memang bertanggungjawap menjawap balik apa yang telah saya tulis walaupun pada dasarnya saya memang individualistik dalam menterjemah Sinkronis ini. Justeru itu, sekarang saya sudah tidak individualistik kerana berkongsi dengan Anonymous tersebut dgn keterbukaan ini. Alhamdullillah. Keterbukaan inilah yg sering saya kongsi dengan Bung Karna, Norman Yusoff, Dr Kamarudzaman, Hassan Mutalib, Ezwan Mokhtar, Prof Dr Hatta Azad Khan dan rakan rakan yang lain yang kadang kadang BUKAN SEALIRAN supaya ilmu itu dapat dikembangkan, supaya kami dapat berkongsi pendapat. Terima kasih Anonymous, teruslah berilmu. Jadilah seorang yang bersikap terbuka dan memahami kelemahan diri sendiri, insyaAllah.

Aidi Rahimi Ibrahim said...

Bung Karna, mungkin dari pemahaman itu dapat bung jelaskan sekidit untuk yang tidak memahami, terutama saya yang masih kurang ilmu dari bung? atau pada Anonymous yang inginkan penjelasan:-

"Kita boleh teruskan ini ke dalam bincang2 sartre yg lain 'being & nothingness'. mungkin kisah Sinkronis ini boleh berlanjut pula dalam Diakronis fotografi. Manakah metafor dan metonimi? Dimanakah syntagmatic dan paradigmatic keduanya? Adakah 'Sinkronis' ini sebuah wujud schizophrenic?"

.....

mendasari dari ini:-

Watak watak yang ada dalam cerita itu wujud (exist), diadaptasikan melalui visual akan perasaannya, suasananya dalam bentuk SUREAL. Seperti alam mimpi (BEYOND CONCIOUSNESS). Divisualkan kesepian itu, dimetaforakan dalam bentuk tarian sebagai keindahan itu, disimbolkan melalui perlambangan fotografi, dsb. Di-NOIR-kan menjadi SUBCONCIOUS pemikiran Jaja Kadir yang menggambarkan suasana jiwa watak. Filem ini indah dan melancholinya dapat dirasakan melalui sentuhan sentuhan Eksistensi (perasaan, watak, latar dsb.) itu.

....

Bahasa bung lebih Ber-STRUKTUR dan ILMIAH dari saya yg lemah ini. Tolong ye, bung.

Namaku Karna said...

wujud. en.Aidi menyentuh bahagian paling krusial dalam kajian eksistensialis. kelakarnya, pada soalan 'wujud' inilah berjumpa yang ateis dengan yang agamis(spiritualis).
'Being' ialah syarat supaya sesuatu itu ada atau tiada. exist itu ialah beings @ pengada.
Filsafat itu permainan kekata dan bahasa, kita boleh sesat dalam permainan itu.
Mulla Sadra mempunyai kemiripan dan ketidakmiripan dengan Heidegger. Wujud yg dimaknasi Heidegger sebagai 'being' itu ialah 'Tuhan'. Dalam sesebuah kisah film, pengarah film adalah 'Tuhan', kerana dia adalah syarat supaya ada dan tiada-nya film tersebut. Makna Wahdatul Wujud yang boleh dan senang disalah fahami disebabkan salah faham terhadap makna 'wujud' @ 'being'.
Imajan avatar (♥)Jaja Kadir boleh menjadi rujukann kepada I am Allah, bukan kerana dialah Tuhan kepada semesta alam, tetapi dialah Pengarah dalam Sinkronis. Dialah Wujud dari Sinkronis.
Makna rujukan simbolik gambar hati (♥) itu baru dapat dimengerti kalau seseorang itu dah mengetahui logo I♥NY yang direka oleh Milton Glaser di tahun 1977 untuk logo pelancungan bandar New York.

Saya hanya berbagi apa yg saya sukai. Itu jer. Pasal lebih ke kurang itu relatif.

Anonymous said...

aku br tgk cite ni kat bilik member, sikit pun tak mcm mimpi. semua normal je suasana, realis lagi ada... takde bende pelik pun. biar betul surreal?

Aidi Rahimi Ibrahim said...

namaku karna; terimakasih bung Karna, akhirnya inilah pemikiran yang ingin saya terapkan dalam diri saya yang masih kurang ilmunya.

anynomuos; mungkin tahap pemikiran sdra masih lagi tertutup (close minded), mungkin PEMIKIRAN MENDATAR, tak salah. betul cakap sdra, masih tak nampak "semua normal je suasana" (paralel thinking). mungkin di masa hadapan sdra dapat menambahkan lagi ilmu yg sedang saya lakukan skrg. bahasa sdra terlalu subjektif. :-)

Aidi Rahimi Ibrahim said...

Bung Karna telah memperjelaskan Eksistensi dan perlambangan metafora Sureal tersebut. Thanks bung.

Aidi Rahimi Ibrahim said...

Wujud yg dimaknasi Heidegger sebagai 'being' itu ialah 'Tuhan'. Dalam sesebuah kisah film, pengarah film adalah 'Tuhan', kerana dia adalah syarat supaya ada dan tiada-nya film tersebut. Makna Wahdatul Wujud yang boleh dan senang disalah fahami disebabkan salah faham terhadap makna 'wujud' @ 'being'.
Imajan avatar (♥)Jaja Kadir boleh menjadi rujukann kepada I am Allah, bukan kerana dialah Tuhan kepada semesta alam, tetapi dialah Pengarah dalam Sinkronis. Dialah Wujud dari Sinkronis.
Makna rujukan simbolik gambar hati (♥) itu baru dapat dimengerti kalau seseorang itu dah mengetahui logo I♥NY

EXIST + SUREALISM.

Namaku Karna said...

surrealism and existentialism. Eksistensialisme, ia adalah kajian falsafah, konsep berpikir berfalsafah. Surrealisme, ia adalah gerakan budaya yang menolak rasionaliti dan mengedepankan intuisi, baik itu dalam seni visual @ penulisan.
Fantasi dan Sains-fiksyen; Epal dan Oren.
with simple keyterms we can find it through Google search.
Or just watch: Tenshi no Tamago (the Angel's Egg)-(1985)directed by Mamoru Oshii, and visual design by Yoshitaka Amano (Final Fantasy -games). Or 'Waking Life'(2001) by Richard Linklater, a surreal exploration of existential questions, he created the nuances by using rotoscoping techniques. both are animated movies.

Aidi Rahimi Ibrahim said...

Terima kasih Bung Karna, inilah yg dikatakan perkembangan ilmu itu. Bezanya pendapat, tetapi tidak salah, masing masing berhak menghargai dan berhak juga menentang. Untuk mengakhiri perbincangan dan komentar kita tentang topik ini; jelas saya nyatakan bermula dari filem pendek SINKRONIS ini, banyak yang dapat kita luahkan bersandarkan teori atau pendapat individu2 dalam entri2 blog saya ini. Sinkronis terkandung berbagai falsafah, jalan ceritanya mudah, pemikirannya tinggi dan Sinkronis perlu dihargai, malahan filem filem lain juga perlu dihargai. Pendapat Ajami Hashim, fariziskhan, maPieCeoFarT, Anynomous, namaku Karna dll dihargai dan dihormati. Itulah BUDAYA AKADEMIK yang berlanjutan dan proses pembelajaran yang berterusan. saya masih di peringkat belajar sepanjang hayat. "Yang Baik itu dari Allah dan Yang Buruk itu dari saya". Ini juga membuktikan BER-BLOGGING secara berilmiah juga penting disamping ber-blogging secara santai. Salam untuk semua. Jumpa di lain topik... ceewaahhh, macam talk-show la pulaks!! Salam. Kembali ke studio dua untuk berita selanjutnya..hehe.

Aidi Rahimi Ibrahim said...

Makluman semua; Bung Karna akan dijemput untuk berbincang tentang topik New Media di pentas terbuka nanti, insyaAllah. Bung Karna Mustaquin (bakal PhD) sahabat lama saya di kampus dahulu. Sealiran dengan saya tetapi sering saja berkonflik kerana dia tahu pemikiran saya jauh lebih rendah darinya...hehehe..gurau ye bung. Gurau Bangat!!! Bye. Dgn ini, perbincangan ditutup dengan rasminya oleh saya sebagai diktator (bukan direktor) blog ini.