Wednesday, December 31, 2008

JURUFOTO-JURUFOTO YANG KURANG AJAR & BIADAP: Satu Teguran Di Majlis Majlis.

Maafkan sekiranya tulisan saya kali ini agak kasar tajuknya. Tetapi itulah realitinya sesekali berkunjung ke majlis majlis perkahwinan, pertunangan dan sebarang acara yang diadakan samada oleh sahabat handai, saudara mara atau mana mana pihak.

Apa yang dapat dapat saya saksikan adalah ada sebilangan photographer yang tidak menghormati majlis. Pada majlis perkahwinan misalnya; ada photographer yang suka block pemandangan persandingan seolah seperti ”melangau” di hadapan pasangan pengantin yang bersanding dalam jangkamasa yang lama (hai maklumlah, Kamera Digital yang mampu isi beratus gambar). Terus terang saya katakan bahawa jenis photographer ini adalah dari golongan photographer MENTAH atau NAK TUNJUK TERRER. Secara jujurnya saya katakan bahawa jenis photographer ini juga adalah dari golongan yang tidak professional walaupun mempunyai LENS yang sebesar gajah sekali pun. Sekiranya kita tahu bahawa fungsi Lens (+ Zoom) adalah untuk mendapatkan imej yang lebih dekat dan bukan mendekatkan diri dengan pengantin hingga kita block pemandangan pelamin dan pasangan pengantin untuk para hadirin lihat. Semasa majlis majlis tersebut, saya hanya mengucap dan mengangguk anggukkan kepala. Kawan saya ada yang bertanya kenapa; saya menjawap ”hmm, nak menunjuk dia photographer la tu atau nak menghina majlis”, kemudian saya tambah ”kalau macam ni, aku sanggup ambik gambar free of charge dari sakit hati tengok depa MELANGAU LAMA depan pelamin tu.”

Saya pernah menghadiri majlis perkahwinan saudara saya; ada seorang jurufoto wanita yang memang BIADAP dan tak menghormati majlis kerana berpakaian ketat/ singkat dan menampakkan apa yang tak perlu saya sebut. Setiap kali dia bertinggung/ mencangkung memang terdedah sudut tubuh tersebut. Ini memang kurang ajar. Saya tanya saudara saya kenapa dia berpakaian begitu; saudara saya jawap bahawa photographer itu nak cepat dan ringkas kot. Itu bukan alasan, majlis tetap majlis, ditambah pulak ini adalah majlis suci, majlis Melayu, perlu bertata tertiblah bila berpakaian walaupun kita hanya sebagai jurufoto. Saudara saya kata lagi, semasa majlis akad nikah pun di masjid pun dia pakai macam tu. Saya hanya mengucap. Dalam hal ini, adakah photographer itu ingin dirinya dilihat atau memang dia biadap, kurang ajar atau maaf.. celaka betul. Memang saya marah, photographer tak tahu adat.

Seperkara lagi, dunia sekarang memang DIGITAL photography itu baik dan bagus, dan kerana inilah photographer yang kononnya professional ini asyik SNAP tak henti henti, flash mencurah curah.. sehingga mengganggu pengantin nak makan, ganggu orang nak berinteraksi, ganggu orang nak lihat. Memang memori kad yang lebih 8 gig itu mampu memuatkan beratus imej dan kerana ini juga membuatkan seseorang jurufoto itu tidak professional. Snap macam mesingan (M16 pun kalah!).. clik!clik!clik! sehingga tidak sedar bahawa tabiat tersebut mengganggu hadirin dan pengantin. Dalam hal ini saya tidak marah, tetapi ketawa dalam hati, alangkah tidak professionalnya photographer itu.

Kadang kadang, saya sudah muak dengan sikap golongan jurugambar yang sebegini, dah naik jemu, ”cemiuh” dan lali dengan sikap yang tak professional ini. Ingatlah kepada photographer-photographer yang dihormati, hormatilah majlis; pakailah pakaian yang sesuai (jangan pakai pakaian yang mengalahkan pengantin/ VIP pulak!), janganlah suka melangau, jangan tunjukkan diri yang kita ni photographer tetapi dungu, tolonglah faham kedudukan VIP pada majlis tersebut kerana ada yang dari golongan PERLU kita hormati dan yang paling penting hormatilah pengunjung atau hadirin. Jadilah seorang yang professional, jadilah jurufoto yang sentiasa alert dengan suasana. Sekian Wasalam. SELAMAT TAHUN BARU.

12 comments:

bigbirdhouse said...

entah dr mana saya terjumpa penulisan ni n rasa terdetik hati nak baca sampai habis. ok, sy juga seorg photographer..walaupun hnya amatur dan sambilan kerana sbnrnya kerja saya sbg editor membataskan kerja2 photography saya..

saya juga ada lebih dari 10 kali pengalaman mengambil foto kawin. orang kata mmg dah pengalaman walhal takda apa sangat. tapi setiap kali terima job, saya tetap rasa takut. takut kerana setiap majlis ada kelainan, pantang, adat dan cara tersendiri.

benar sebenarnya benarnya ada phographer 'kurang ajar' yg saudara maksudkan tu. tapi bukan hnya kat majlis kawin saja. majlis lain pun ada. kadang kala acara di pentas lansung x nampak apa dek kerana penuh dengan photographer. menghalang tetamu dan vip. walhal pada akhirnya gambar yang di ambil entah di publish ke mana?

saya sendiri akan guna lensa yang panjang kalau untuk majlis. bukan kata saya ni baik sangat, kadang2 ada juga yg saya langgar, tapi penulisan saudara buat saya sedar mmg ramai sangat photographer kat luar sana yang menjadiakn 'senjata' mereka tu sbg lesen untuk mereka buat apa yg mereka suka..

terima kasih atas penulisan saudara

omgpetch said...

saya sgt setuju dgn penulisan saudara!

Mohammad Hariry said...

ya, betul, setuju.

fariziskan said...

betul....betul...betul..


perlu ada kelas pentauliahan utk photographer kot....

Aidi said...

terima kasih kepada bigbirdhouse, omgpetch, Mohammad Hariry & fariziskan. bigbirdhouse you are right and brilliant especially pasal gunakan lensa tu. mudahkan?

Aidi said...

oh, and thank you for all yang respond dlm my facebook too regarding this topic under my NOTES.

ijat said...

digital and new media theory! TIP-TOP!

Shahkasahias said...

totally agree..sangat bersetuju..heheh..

Aidi Rahimi Ibrahim said...

Shahkasahias; saya dah masuk Blog u, Menarik. Klu ada apa apa job, cakap le. Saya pun klu ada job lebih, saya cakap kat u. Thanks, bro. Artikel tu pandangan saya je, sama samalah kita pikir.

Aidi Rahimi Ibrahim said...

Ijat, thanks.

todaxx said...

harap2 saya di jauhkan daripada melakukan perkara sebegitu sepanjang menceburkan diri dalam arena fotografi perkahwinan ini..

amin..

todaxx said...

semoga saya di jauhkan dari perilaku sebegini..