Friday, February 6, 2009

CERITA KATAK KATAK LOMPAT

Kali ini saya ingin menjadi tukang karut/ tukang cerita:- cerita tentang katak katak. Ada dua kumpulan katak iaitu kumpulan katak A dan kumpulan katak B.

Pada suatu masa dahulu ada dua kumpulan katak. Satu kumpulan katak diketuai oleh katak lebam. Tersebutlah kisah, pada satu ketika, si katak lebam (ketua katak kumpulan A) cuba nak ajak sebahagian kumpulan katak B untuk join kumpulan katak A. Tujuan ini adalah untuk mendapatkan tanah jajahan yang besar supaya boleh jadi ketua katak katak semua kawasan. Berbagai usaha dibuat, ahli ahli kumpulan katak A ini kejar ketua ketua kumpulan katak katak B kemana saja sampai ke luar negara, tujuannya untuk mintak join kumpulan katak A.

Ketua kumpulan katak B tak setuju dengan cara lompat lompat ni, tapi dengan gahnya ketua kumpulan katak A (si katak lebam); dia kata itu adalah hak lompat dan boleh lompat ke kumpulan katak A kalau katak katak kumpulan B mahu. Ketua kumpulan katak B kata; mana boleh sebab rakyat katak katak pilih ketua ketua depa. Dengan confidentnya; katak lebam tak setuju; dia mahu ketua ketua kumpulan katak katak B lompat ke kumpulan katak A.

Harapan katak lebam adalah supaya dia kembali berkuasa untuk kepentingan seluruh masyarakat katak katak yang ada. Tiba satu ketika, jeng, jeng, jeng, empat ekor ketua katak katak dari kumpulan A telah mahu masuk kumpulan katak B. Apa lagi katak lebam pun melompat sampai ke negeri Perak nak protes kat kumpulan katak B dan kali ni dia pulak kata macam ketua kumpulan katak B; mana boleh, rakyat katak yang pilih. Aduh, pening.

So, the moral of the story; 2 x 5 itu 10 dan 5 x 2 itu juga adalah 10. He, he, he. The moral of the story lagi; lain kali jangan cakap dulu, fikir dahulu. Bezanya adalah kita manusia dan bukan katak. Oh ya, katak katak dalam cerita ni asalnya dari Malaysia dan bukan Amerika yang tak ada Raja. Oppsss.. sekian, wasalam. Saya suka jadi Melayu sebab dapat berkias kias.

20 comments:

Anonymous said...

Sdra, adakah ini berkaitan politik semasa? Bunyi semacam jeh.

Aidi Rahimi Ibrahim said...

Tak, sy tak cakap pun pasal politik. Ini pasal cerita katak. Yang penting tak ada katak katak Banggang.

fariziskan said...

lagi satu untungnya jadi melayu ni....

kita x perlu takot kehilangan....

sebab melayu pada namanya sudah gah...

jadi katak2 yang taun maksudkan mcm juga melayu yang lupe pada asal usul dan jatidiri mereka sebagai melayu....

persoalannya...

kenapa perlu bertelagah antara melayu?

kesannya jadila macam cerita katak yang tuan ceritakan...

menarik dan bagus tapi kita perlu melihat dan mencari apa erti melayu kembali...

untuk kebaikan melayu juga...

~mu addict~

Mohammad Hariry said...

alangkah indahnya jika ada seorang puteri raja yang cun melecun mengalahkan bini raja muda perak datang dan cium katak-katak ni dan berakhirlah riwayat katak kena sumpah.

kesian katak-katak yang ikut melulu je tu...

hehehehe

Coffeeholic said...

haha nice visual!
katak oh katak, ape dah kau buat ni sampai en aidi menulis tentang engkau engkau.

haish.....

Jeff Syiru said...

ni pantun dari gua punya post...

lompat sikatak lompat...
lompat lah tinggi-tinggi....
cepat lah Nuar cepat...
takut kena takeover lagi...

jap tadi pun gua baru buat crita bertajuk "Lompat si katak lompat...."

pastu tetiba jumpa plak crita katak berkumpulan ni plak...
tp gua punya penulisan sedikit emosi sebab hati yang panas dibakar si katak yang jatuh masa melompat...
http://bloglepak.blogspot.com/2009/02/lompat-si-katak-lompat.html

Ajami Hashim said...

Salaam bro..

fyi abah saya masih gunakan katak air sebagai umpan memancing ikan haruan!

moral of the story: adakah katak-katak dalam posting saudara sesuai dijadikan umpan memancing ikan jaws? hahaha!

Aidi Rahimi Ibrahim said...

Fariziskhan, betul, Melayu mudah lupa.. bukan orang lain, DNA Melayu gak. DNA mana lagi bahaya; manusia atau Dinasor? DNA katak lainlah pulak.

Hariry, lagu ini best:- "Katak oh katak Kenapa kau panggil hujan?".. "mcm mana aku tak panggil hujan, LEXUS & RUMAH aku kena tarik!" "Katak oh katak Kenapa kau panggil hujan?".. "mcm mana aku tak panggil hujan, member member tak sayang aku lagi, so aku lompat cari member lain!"

Ajami, dlm cerita ini, katak katak itu telah dilepaskan dari umpan Singa, mungkin masuk ke dalam rahang ikan Jaws. Maka meraumlah sekian alam. Siapa Jaws? hehehe

Jeff, mungkin nasib kita serupa. Sabar, tuan. Tak boleh lupa jadi Melayu. Alhamdullilah. Mungkin ada hikmahnya katak katak itu melompat.

Jaja; thanks. Kesian katak katak ye; sama samalah kita memelihara katak katak itu supaya tak bergaduh, tambah katak katak melayu pulak, ok.

Pa Alif Lam Ya said...

http://dragsuperstar.blogspot.com/2009/02/bersalahkah-anwar-bin-ibrahim.html

Di mohon saudara jangan cuma baca dan dgr dari media nasional spt RTM,TV3 dan Utusan.
bacalah media yang lain sama untuk pemahaman saudara.

Aidi Rahimi Ibrahim said...

Pa Alif Lam Ya, saya baca semua media sebab memang bidang saya Media dan New Media. Masalahnya skrg, katak katak banyak sangat, so macamana nak pasang perangkap nih?!

Pa Alif Lam Ya said...
This comment has been removed by the author.
Pa Alif Lam Ya said...

Perkabaran yang bagus dan bijak bagi saudara.
Terima Kasih saudara.
Saudara di syarikat media mana?

Selagi ada prinsip dan lunas asas perjuangan yang kuat InsyaAllah tidak goyah sikit pun.

Tiada perangkap untuk niat hati sendiri,hanya Allah Maha Mengetahuai Kebenarannya.

Aidi Rahimi Ibrahim said...

saya tidak berpihak mana-mana. saya lebih senang membantu dari memimpin. kalau katak katak itu baik, maka tempatkanlah dlm sangkar yg baik dan berilah makan. Kalau kumpulan katak katak A atau B itu curang, maka buangkanlah mereka itu.

Pa Alif Lam Ya said...

saya setuju.

Pa Alif Lam Ya said...

rupanya saudara seorang lec di uitm puncak perdana...

betul?

Aidi Rahimi Ibrahim said...

sdraku Pa Alif, saya hanya orang seni yg suka menceritakan tentang seni, dongeng katak, mitos burung hantu, lagenda bangau dan bukan orang politik. insan biasa yang berasal dari kampung yang pernah makan ulam pegaga, sambal belacan dan gulai tempoyak. Saya bertugas sebagai manusia biasa tiada kaitan dengan politik. Pada sdraku Pa Alif Lam Ya, teruslah menulis dlm blog anda.

Pa Alif Lam Ya said...
This comment has been removed by the author.
Pa Alif Lam Ya said...

saudara aidi rahimi ibrahim.

saya juga begitu,saya meminati seni,politik dan muzik.
Politik itu luas,dalam ekonomi ada politik,dalam agama ada politik,dalam seni pun ada politik.Kehidupan harian kita sentiasa dikelilingi politik.
Politik itu bersih dan baik,tapi orang yang salah guna menjadikan politik itu durjana.

Saya juga meminati soal sejarah dan mitos.
Saya juga berasal dari kg yang masih meminati ulam dan sambal belacan.

Saya juga insan lemah dan bodoh yang masih mahu mencari ilmu,saya yakin dan percaya ilmu saudara lebih luas dan saudara lebih brpengalaman dari saya.Saya tahu saudara seorang lec photographer yang baik dan amt berkebolehan.

Saya mohon apa juga ilmu dari saudara yang masih saya tidak faham,saya mohon tunjuk ajar ,bantuan,nasihat kritikan dari saudara untuk saya teruskan menulis blog.

February 11, 2009 12:04 PM

Ikhares said...

aaahh..tolong...page ini dipenuhi katak...larikkkk...... :)

Aidi Rahimi Ibrahim said...

Ikha & Res : http://popcorndancoke.blogspot.com/
anda telah di-link-kan. Thanks, sis, bro, couple. U guys have a lot of interesting stories. I like.