Sunday, February 6, 2011

FATHER & SON

Salam 2011 untuk semua,

Maaf, kerana sudah lebih sebulan tidak menulis. Saya sibuk dengan kerja makan gaji saya, kuliah, consultation bidang saya, beberapa urusan peribadi, dan di samping menzahirkan beberapa lukisan. Walau bagaimana pun, saya rasa menulis dalam blog kerdil saya ini juga merupakan hormat dan tanggungjawap saya untuk terus meluah dan mencoretkan pandangan dan pendapat saya untuk para pengunjung, pembaca dan followers saya. Semenjak akhir-akhir ini, saya mendapat kesan terdapat faktor yang mengubah persepsi saya tentang siri-siri drama TV dari Barat terutama sekali dari Hollywood atau U.S. yang melibatkan action, thriller, detective stories dan swashbuckling. Filem-filem/ drama dari Barat semenjak akhir-akhir ini semakin menitik beratkan soal hubungan kekeluargaan, terutama sekali melibatkan hubungan Father & Son. Berikut adalah drama-drama bersiri (terutamanya dari rangkaian AXN) adalah mengenai Father & Son tersebut dan maafkan saya sekiranya masih menjadi pengikut Falzonian yang tegar semenjak dahulu lagi. Berikut adalah ulasan/ catatan ringkas saya:-

NUMB3RS (The Eppes)

Saya puas meng-google mencari makna/ implikasi nombor ‘3’ dalam drama “Numb3rs” lalu saya berfikir mengapa diletakkan nombor ‘3’ itu selain dari berkait dengan matematik. Pada pendapat saya, bahawa 3 beranak ini adalah Don Eppes (lakonan Rob Morrow), Charlie Eppes (David Krumholtz) dan ayahnya Alan Eppes (lakonan Judd Hirsch), 3 orang ahli keluarga ini kesemuanya lelaki, saling memerlukan antara satu sama lain terutamanya melibatkan soal menyelesaikan masalah/ kes. Pada pendapat saya 3 itu adalah dari tiga huruf iaitu S.O.N. (son) atau anak lelaki ataupun D.A.D. (dad) iaitu ayah/ abah. Maaf ini hanya pendapat saya yang setelah tidak berjaya mencari rujukan mengenai ‘3’ dalam Numb3rs tersebut, hanya andaian saya dan bukan teori pun. Antara yang menarik perhatian saya adalah semasa Charlie sibuk menyelesaikan sebuah kes di balai polis, ayahnya masuk membawa biskut dan minuman kepada Charlie seraya berkata “I guess I am still feeding you guys”, comel (sweet) kan?..;-) Mungkin Alan bermaksud feeding depa dengan nilai persaudaraan dalam membentuk ilmu semasa kecil sehingga dewasa..;-) Kalau pepatah menyatakan ‘two heads are better than one’ ini pula ‘three heads are better than two’. Alan Eppes berjaya mendidik anak-anaknya sebagai seorang genius matematik dan seorang lagi pegawai polis/ pembanters jenayah. Alan juga berfungsi sebagai pelerai pertikaian sekiranya dua beradik (Don dan Charlie) bertelagah. Sebagai seorang ayah, Alan adalah seorang pendengar yang baik, mempelajari berbagai ilmu pemikiran jenayah (criminalogy) dari anak-anaknya (juga representasi pemikiran golongan muda) dan sentiasa menumpukan perhatian terhadap kedua-dua anak lelakinya tidak kira di rumah sehinggalah kepada tempat kerja. Teamwork ketiga-tiga mereka begitu akrab. I must study politics and war that my sons may have liberty to study mathematics and philosophy.” (John Adams) … mungkin itu agaknya salah satu inspirasi penulis drama ini.

CHUCK & STEPHEN (Intersect & Orion)

Dalam season 2, Saya amat terkezut besar apabila mengetahui bahawa Orion/ Stephen Bartowski (lakonan Scott Bakula) yang selama ini membantu Chuck dalam menyelesaikan beberapa kesulitan tentang kerja-kerja spy beliau adalah bapanya. Orion sebenarnya membantu Chuck untuk mengeluarkan sistem Intersect dari kepala hotak Chuck semenjak dari mula lagi. Apabila Agent Sarah membawa Chuck ke sebuah tempat yang terpencil saya agak gundah mengetahui siapa Chuck hendak berjumpa. Rupa2nya adalah bapanya adalah (Orion). Hasrat Chuck adalah agar bapanya kembali untuk wedding adiknya Ellie (lakonan Eleanor Woodcomb), itu sahaja. Agent Sarah tidak sepatutnya mendedahkan hal ini, kerana ini adalah merupakan satu rahsia kerajaan yang amat besar, malahan membawa Chuck berjumpa Orion adalah satu risiko. Tetapi mungkin atas dasar kekeluargaan (+ silatulrahim), Sarah sanggup melakukan ini untuk Chuck kembali/ mengetahui siapa bapanya yang 'sebenar'. Akhirnya sistem Intersect telah berjaya dikeluarkan dari Chuck. Orion sanggup bergadai nyawa dengan Fulcrum untuk mencipta Intersect 2.0 yang lebih besar/ luas yang kononnya dapat memberikan full-scale flashes kepada kesemua agen-agen Fulcrum, tetapi sebenarnya adalah flashes khas untuk Chuck kembali normal (mengeluarkan Intersect dari sistem scan Chuck). Itulah pengorbanan seorang ayah hingga sanggup mempertaruhkan nyawa-nya menipu Ted Roark (lakonan Chevy Chase) juga ketua Fulcrum. Sebenarnya, like father like son; kedua-dua beranak ini adalah genius komputer dan filem (drama) ini secara langsung menampakkan team-work antara keluarga (father & son) itu penting dan Orion sebenarnya mempercayai Chuck lebih dari segalanya. Tahap kepercayaan seorang ayah (Orion) juga adalah semata-mata untuk Chuck, justeru itu beliau hanya mempercayai Chuck dan harapan seorang ayah adalah untuk melihat Chuck ‘sembuh’ semula. Begitu besar pengorbanan seorang ayah.

CSI MAIMI (Horatio & Kyle)

Drama CSI Maimi telah menyaksikan struggle seorang ayah yang cuba mengeluarkan Kyle (lakonan Evan Elingson) dari cengkaman Joe LeBrock dan gangster yang lain. Walaupun telah beberapa kali dihadapkan ke mahkamah dan keluar masuk penjara, Haratio masih lagi mempertahankan Kyle dari sebarang tuduhan. Indirectly, pengorbanan seorang ayah memang adalah untuk membebaskan anaknya dari sebarang kegiatan yang salah dari segi undang-undang. Ini yang dikatakan kasih seorang Horatio kepada Kyle, anak tunggalnya. Pemilihan antara mahu berada bersama Julia (ibu Kyle) atau Horatio, pada pendapat saya, Kyle lebih memilih untuk bersama ayahnya ketika Julia masih dalam kebinggungan atas segala petaka yang masih menimpa dirinya. Seorang lelaki sebenarnya lebih memahami lelaki dari seorang perempuan yang memahami lelaki. Nietzsche pernah berkata Fathers and sons are much more considerate of one another than mothers and daughters.” Pada saya, seorang ayah walau macam mana ganas (+ psychopath dan idiosyncratic) sekalipun, ada masanya menjadi seorang yang amat ‘berperikemanusiaan’ bila menjalankan tanggungjawap terhadap seorang anak atau masih ada ‘hati perut’ sebagai seorang bapa. Dan seorang anak walau ‘jahat’ mana sekalipun, anak adalah tetap anak dan ini tiada tolok bandingnya dengan harta dan segalanya, itulah yang disebut sebagai ‘darah-daging’. Menyentuh soal ‘darah-daging’, Kyle memilih untuk menjai seorang soldadu berjuang di bumi Afghanistan, seolah seperti ayahnya dahulu yang pernah menjadi seorang polis dalam bomb-squad. Bagi saya, ini juga adalah propaganda U.S. untuk menggalakkan anak muda mereka menjadi pahlawan dan soal ‘darah-daging’ itu memang sama sinonim dengan Rambo, kan, masing-masing mahu menjadi ‘hero’ dan ini diturunkan dari generasi ke generasi, dari bapa kepada anak lelaki..;-) Like father, like son.

NIP TUCK (Sean & Matt)

Doktor Sean (lakonan Dylan Walsh) memang sentiasa menyayangi anak lelakinya (Matt, lakonan John Hensley) semenjak dari mula hingga ke saat ini. Semua ini terbukti semasa Matt masih lagi dibayangi oleh ‘cinta monyet’ hinggalah setelah mendapat anak bersama Kimber (lakonan Kelly Carlson). Kimber juga merupakan ‘Masterpiece’ Dr Christian Troy semasa di Maimi kerana telah berjaya menjadikan Kimber ‘perfect’ rupa paras dan susuk tubuh setelah beberapa pembedahan plastik. Sean dan Christian memang tidak menyenangi Kimber, ini kerana pernah menjadi pelakon porno dan pernah menjadi kekasih Christian, malah beliau tahu bahawa Kimber hanya mahukan wang/ harta dari Matt (waris pada Sean). Kononnya, atas dasar cinta, Matt mengahwini Kimber (memang Kimber tidak pernah cinta pada Matt) lalu memperolehi seorang anak (bernama Jenna). Pada season 5, Kimber telah mengambil kesemua wang yang diberikan oleh Sean pada Matt untuk tujuan masa depan anaknya itu. Dipendekkan cerita, Kimber telah meninggalkan Matt lalu Kimber kembali menjadi pelakon lucah. Matt kemudian, kembali ke pangkuan ayahnya, Sean bersama baby Jenna. Sean masih menerima Matt dengan hati terbuka, walau telah beberapa kali mengingatkan tentang negativiti Kimber. Berbagai pengalaman pahit telah dilalui oleh Sean, termasuklah ditinggalkan isterinya Julia (lakonan Joely Richardson); namun ‘like father, like son’, kedua-duanya (Matt dan Sean) ditinggalkan isteri masing-masing masih boleh bersama sebumbung. Mungkin ini apa yang dikatakan hanya seorang ayah yang memahami anak lelakinya. Atau hanya lelaki memahami lelaki.. “Only man knows men”..;-)

Saya tidak memahami budaya Barat secara mendalam kerana saya adalah seorang Melayu, tetapi jika dilihat akan filem-filem P. Ramlee sekali pun memang ada penonjolan fathers and sons ini. Contohnya filem Anakku Sazali (1956), Keluarga 69 (1967), Anak Bapak (1968) dan sebuah filem P. Ramlee father and son yang paling saya minati iaitu Putus Sudah Kaseh Sayang (1971) lakonan Bob Mustafa sebagai Rosman (anak lelaki tunggal). Pertikaian antara father and son ini memang mengikut peradaban masyarakat Melayu bila kita berpegang kepada prinsip “Kalau sayang anak tangan-tangan-kan”. Ini terbukti dalam filem P. Ramlee tersebut bila ayah menghentam anaknya hingga tunggang terbalik, gedebuk!. Sungguh pun begitu ‘tangan-tangan-kan’ juga membawa makna berbeza-beza pada saya sekiranya ‘tangan-tangan-kan’ itu merujuk kepada memberi dan membelai, dan bukan menghentam anak bertubi-tubi. Berbalik kepada drama-drama TV orang putih yang saya catatkan di atas, saya mula melihat perubahan ini yang jauh berbeza semasa zaman kecil saya semasa menonton ‘The A Team’, ‘Mc Guyver’, ‘Buck Rogers’, ‘Highway Man’, ‘Hawai 5-0’, dan lain-lain yang swashbuckling-nya tidak langsung menceritakan tentang hubungan keluarga watak-watak tersebut. Drama kekeluargaan memang ada seperti ‘Eight is Enough’, ‘Dallas’, ‘Dynasty’ dan sebagainya yang memang khusus untuk keluarga dan konflik dalam keluarga dan tidak melibatkan swashbuckling dan drama dari genre yang lain. Drama CSI, Numb3rs, Chuck adalah action- drama tetapi meletakkan nilai kekeluargaan itu sebagai pernyataan yang penting dan utama. Bagi saya, mungkin masyarakat Barat mahu menerapkan nilai kekeluargaan (+ father & son) itu adalah penting sewaktu nilai-nilai ini semakin luntur di sana, mungkin. Terlalu banyak yang boleh ditulis, digariskan mengenai father and son ini, dan salah satu yang agak awal dalam filem yang melibatkan action-pack atau science-fiction adalah antara Darth Vader dan Luke Skywalker dalam Star Wars; seorang ayah (father) tidak mungkin membelakangi anaknya (son) walaupun dirinya sebelah dark side manakala anaknya rebel sekalipun. Itulah kasih seorang ayah pada anak lelakinya, melebihi dari boss sendiri (Emperor). Stars Wars bukan sekadar “pop-corn movie” jika anda ada akal yang cukup matang..;-) Dalam sesebuah keluarga pun, anak dan ayah ada masanya berkonflik semasa kecil, remaja malah sampai ke tahap dewasa, tetapi akhirnya masing-masing dapat menyesuaikan antara satu sama lain. Bagi saya re-thinking-lah, ‘biar mati adat, jangan mati anak’, sebab anak itu adalah ciptaan Tuhan dan anak itu adalah nyawa… kan.

Wassalam.

p/s: I love my boy (and my daughters) and I love my late father who gave me my first camera during my youth. (walaupun ada masanya kami berbalah). Al-Fatihah.

p/s: untuk pembaca yang budiman, ciumlah dahi anak-anak kalian setiap kali sebelum masuk tidur, insyaAllah.


8 comments:

walid ali said...

sy mmpunyai hubungan yg sgt rpt dengan ayah dan pabila ini terjadi...kebanyakan keputusan yg sy buat biasany lebih menjadi dan rasa rapat ini jugak yg mengajar sya betapa memegang wtak seorang ayah itu berat...dan secara optomatiknya mendidik supaya anak kepada ayah menjadi anak yg baik..

Aidi Rahimi Ibrahim said...

salam,.. nama saudara pun "Walid".. (ayah).

Unknown said...

the story 'bout Justify Raylan n his dad is good 2

Aidi Rahimi Ibrahim said...

yup. I should look into that also. thanks.

marinamirana said...

entri ini buat saya rindu ayah saya juga en aidi... malangnya dah 16 tahun tak dapat jumpa ayah

Aidi Rahimi Ibrahim said...

mungkin suatu ketika nanti, sdri dapat berjumpa dgn nya.. insyaAllah.

ryann said...

wow, kupasan menarik tentang ayah n anak. saya ikuti drama2 yang disebut. paparan hubungan bapa n anak yang berbeza dan istimewa.

Aidi Rahimi Ibrahim said...

ryann: terimakasih. kita kongsikan pengalaman menonton bersama2.