Friday, April 1, 2011

PERUBAHAN DESTINI ANAK2 FILEM



Salam Semua Malaysia,

Pada ‘firasat’ saya dalam masa beberapa tahun lagi, para filem-maker Malaysia akan terpecah belah kepada beberapa golongan setelah terkuburnya (atau hampir pupus) pengiat filem-filem ‘ala-murahan’ (faham2lah apa saya maksudkan). Ini akan berlaku antara fahaman (atau pengaruh) Barat (atau Timur) dan ‘pejuang’ filem-maker ‘Islamic’. Adapun kedua-dua golongan ini adalah dari suku sakat/ puak-puak Indie yang menentang filem-filem ala-murahan ini. Golongan penganut fahaman Barat ini begitu kuat jiwanya dengan tahap rebel yang melampau baik dari segi perjuangan golongan Lesbian, Gay, freedom of expression dan sebagainya disamping cuba menerapkan nilai-nilai Melayu atau Islam secara direct atau indirect, sekali-sekala tersasar hingga menampakkan berat sebelah dan lebih kepada fahaman terpesong (mengikut sesetengah pendapat, katanya) kerana cuba mengambil contoh dari filem-filem Barat dsb. Manakala satu lagi golongan adalah yang secara indirect memperjuangkan Islam secara halus melalui paparan visual atau mesej yang disampaikan (filem memang ada mesej/ bererti menyampaikan isyarat/ pesanan dsb.. lemau sangat kalau kata filem tak ada mesej.. kenyit mata pun mesej,.. samada nak tengok dari segi intertextuality, simbol dsb, cara kita denote, interpret sesuatu imej, kata2 dan sebagainya berkaitan dalam filem tersebut (maaf, terlalu panjang lebar dan analitik kalau nak dihuraikan satu persatu). Nabi sampaikan ajaran pun boleh dianggap mesej, filem memang ada mesej, samada yang tersirat atau tersurat).

Adapun, para filem-maker ini berasal dari berbagai background samada dari sekolah filem, sekolah lakon, sekolah teater atau sekolah tadika sekalipun. Ini akan bercambahkan lagi berbagai cara visual dan penyampaian sesebuah cerita/ filem itu. Satu golongan akan mati-matian mahu memperjuangkan yang cinematic value, semiotic, aesthetics, falsafah dsb.. satu lagi akan habis-habisan memaparkan lakonan yang amat natural, pengaruh teater dsb dan tidak dinafikan satu lagi golongan akan memaparkan teknik-teknik pembuatan filem yang tercanggih (state of the art) dsb. Tidak kurang juga yang akan sampai ke tahap pretentious gaban yang kononnya menampakkan experimental (kononnya mendakwa pengaruh Kenneth Anger plus Kurt Kren plus Majid Majidee plus Yasmin plus dan plus etc) tetapi langsung tidak faham makna avant-garde. Walaubagaima pun, bagus sebab masih berusaha menimba ilmu dan pengalaman disamping melihat dari dalam diri. Adapun para mereka (filem-maker) ini semua berakar umbi dari suku sakat Indie-Indie. Justeru itu, dengan nikmatnya akan berlaku lagi perdebatan-perdebatan mengenai filem. Kita akan melihat filem ‘hiburan ala-murahan’ ini semakin terhakis,.. mungkin 10 tahun lagi (atau kurang 5 tahun lagi). Pengarah-pengarah ini yang dahulunya, para pelajar filem tempatan akan mewarnai revolusi perfileman tempatan dan kebanyakkannya berasal dari sebuah pusat pengajian filem Bumiputera yang terkenal. Apa yang lebih menarik adalah ‘perbalahan’ pendapat, idea dan sebagainya juga akan berlegar dari para bekas penuntut dari sekolah filem Bumiputera yang sama. Ini bagus, maka berkembanglah lagi roh-roh baru dalam melahirkan idea yang turut dijadikan contoh kepada ‘adik-adik’ filem-maker yang masih menuntut ilmu filem. Dahulu sebuah sekolah Senilukis/ Senireka dari pusat pengajian ini sering disebut, sekarang sebuah Sekolah Filem yang baru ditubuhkan sebelas tahun yang lalu pula menampakkan kehebatannya dan karya mereka sering diperkatakan dari berbagai sudut pandang. Tahniah. Justeru itu USC tidak perlu berlagak dengan Zemeckis dan Lucas dsb. Sampai sekarang pun, proses menghasilkan filem-maker2 baru ini masih diteruskan dan bukan sahaja di pusat pengajian Bumiputera itu tetapi juga lain-lain pusat pengajian swasta dan kerajaan. Saya rasa usaha ini bagus, negara kita makin menampakkan kematangan kerana memberi ruang para pengiat filem ini (yang asalnya dari Indie) menerobos dunia perfileman Mainstream yang semakin hari semakin berubah. Sedar atau tidak, mahu atau tidak, setuju atau tidak; destini anak bangsa sudah pun berubah.

Saya masih teringat kata-kata Puan Lecturer (subjek Falsafah) saya semasa mendalami bidang filem dahulu, katanya “Ahli filusuf Barat meninggalkan persoalan, ahli filusuf Islam meninggalkan jawapan”. Dan saya juga tidak pernah melupakan kata-kata dari saduran collective (primary) data dari responden thesis saya dahulu seorang ahli akademik iaitu Dr. Murad Merican bahawa:-

We consume the West, we consume Modernity and we consume Western or occidental worldview through films. We have popular knowledge of the West; most of us have popular knowledge of the West through images transmitted through Hollywood for example, so that is one level of knowledge. From the Islamic point of view; although theoretically we exist within Islamic Cosmos but that has been dominated by that particular hegemonic perspective. Therefore, we have to struggle to challenge or to counter hegemonic dominating worldview in realizing and articulating our identity and our personality and our experience, so what we see now is a tension between modernity and our value system.” (Murad Merican PhD./ page 77: M.A. thesis Aidi Rahimi Ibrahim 2006)

Sekian, wasalam.

p/s: Saya suka melihat perubahan ini. Mungkin perkataan “Mainstream” tidak relevan lagi digunakan di masa hadapan.. Bye, bye ‘panggung’, hello Astro & Art House..;-) Perkataan "Indie" ni pun samar juga, sebab kadang2 kita masih bergantung harap pada sponsor dan duit gomen.. ;-)

Saya masih juga mengambil contoh filem Barbara Hammer dan Stan Brakhage sebagai contoh… iskk…%-)

Buruk atau baik, saya bersyukur kerana filem-filem hasil dari mereka akan terus diperkatakan/ diperdebatkan, perhatian tetap ada dari filem-maker dari sekolah filem yang hanya berusia sebelas tahun ini...Ayuh, bikin filem lagi dan jangan berhenti menulis tentangnya... yeah..;-)


1 comment:

SarjaN yO said...

ape-ape pun, jika saya mendapat pluang la en aidi kan, saya tetap akan berkarya dengan hati..bak kata Johan Raja Lawak masa shoot hari tu, buat kerja seni ni biarlah "by heart"...