Friday, February 13, 2009

SEMBANG ZAMAN ROCK, TEATER DAN VOLKSWAGEN MERAH (SECARA RINGKAS, SEBAB HIDUP INI SINGKAT)


Pada episod kali ini, saya ingin membawa kalian jauh lebih dari zaman sekarang. Saya namakan Zaman Rock, Teater & Volkswagen Merah. Sori, saya terpaksa cakap ”aku” untuk melancarkan pembebelan ini. Bersama muzik intro (Loudness), terimalah;-

1987, zaman kegemilangan Rock, zaman Search, Ramli Sarip dan Blues Gang. Aku masih di bangku sekolah menengah. Pada ketika itu kumpulan teater juga tumbuh mekar bagai rerumpun di padang ragut. Kumpulan teater yang pertama aku sertai telah membawa aku mengenali erti pentas dan anak pentas. Tidak ada isu yang lebih penting untuk dibawa selain dari seni, seni dan seni. Seni aku pada masa itu terlalu luas, seperti lautan yang tidak bertepian; aku boleh melukis, berlakon (teater) dan aku mampu berpuisi. Aku nak jadi SENIMAN. Dasyatlah konon! Seniman pada umur 17 tahun. Oh ya, aku juga nak jadi Rockers, lalu segala ilmu chord dan bass didalami sedalam dalamnya hingga tertubuh kumpulan gitar kapok yang sering jamming dekat tembok tepi sekolah rendah. Ada masanya, dikejar oleh orang kampung kerana tak balik rumah pada waktu senja. Jujur aku kutu, aku pernah jadi kutu (bukan katak). Aku bangga pernah jadi kutu. Rokok sebatang boleh share seramai lima orang. Masa tu. Aku peduli apa, aku nak jadi macam Roger Glover (Deep Purple), John Taylor (Duran Duran) atau setidak tidaknya Steve Harris (Iron Maiden). Kebanyakkan konsert Rock & Blues di K.L. aku pergi, balik cerita kat orang kampung yang aku duduk depan stage. Kumpulan BlackFire dari Perlis juga aku minati pada masa itu selain SYJ Ipoh. Terliur tengok Julian (Blues Gang) goreng gitar depan mata aku. Peh! Dashyat! Filem ”ROCK” (Mamat Khalid) tu ada sedikit sebanyak mengembalikan nostalgia. Aku ketawa melihat diri. Thanks Abg. Mat.

Namun cita cita nak jadi Rockers (Bass Guitarist) tidak kesampaian apabila ahli ahli band aku ada yang melanjutkan pelajaran, kerja gomen, buat bisnes dan ada yang masuk geng dakwah. Ditambah memang aku tak terrer jadi musician/ bassist. Aku masih tak insaf. Aku join pula Teater. Apa itu Teater? Berlakon. Aku nak jadi pelakon, pelakon pentas. Tapi glamour bukanlah ukuran. Aku nak berteater. Mendalami pula teater. Dah mula start menulis skrip teater. Di situ aku kenali siapa Dinsman, Hatta Azad Khan, Krishnen Jit, Shakespeare, Nordin Hassan, dan lain lain. Aku nak jadi penulis skrip teater... pulak dah! Aku masih nak jadi SENIMAN, dan harus simpan rambut panjang, misai dan janggut macam A. Samad Said, berjabang macam Dinsman, tapi tak nak handsome macam Hatta Azad Khan (walaupun meminati kesemua karya pentasnya), aku nak jadi Latiff Mohidin (yang lengkap segala seninya bagi aku). Di situ aku mengenali karya karya radikal yang terkandung unsur unsur eksistentialisma, patriotisma dan berbagai lagi. Aku juga nak jadi penulis puisi..pulak dah! Syukur, karya pentas pertama aku dipentaskan pada tahun 1988 di peringkat kampung je yang bertajuk ”Niman”, cerita seorang pelukis.. memang ada kaitan dengan hidup aku sebab aku memang pelukis sampai sekarang. Thanks Cikgu Shariff Shaary kerana bagi galakkan dan membancuh pemikiranku dengan fahaman Jean Paul Sartre dan Soren Keikergard.

Aku juga berpuisi di kampung dan K.L. Pernah menyertai himpunan penyair Malaysia tahun 1988 dan tengok Pyanhabib berpuisi kat Central Market. Aku masuk Institut pada tahun 1989 dan berlakon teater dalam KoKurikulum Kebudayaan. Masa terus berlalu, tanpa aku sedari. Berbagai pameran lukisan aku sertai di Utara Malaysia dan ibukota. Melukis memang ’niche’ aku sehingga kini. Pada masa yang sama lagu kumpulan Kopratasa iaitu ”Pelukis Pinggiran” masih berkumandang. Dengan rambut panjang, hanyir peluh aku melukis di jalanan Pulau Pinang di tepi pantai. Pelukis jalananlah konon, aku suka lifesytle yang begitu. Bebas, freedom and peace, macam hippies tahun 70an.

1992 - 1995, cerita panjang: aku kerja kat K.L & Brunei. Jadi photographer & graphic designer. Panjang sangat cerita tu. Ada yang sedih dan trajis. Terlalu cintan cintun. Tak payahlah, lagipun tak ROCK sangat!

Rock tetap Rock! Rambut panjang (tak lah panjang sangat, sering dimarahi bonda), namun aku masih boleh berlakon teater. Petang pergi lepak kat studio jamming (jadi pengikut/ sessionist je, band dah tak ada), malam pegi praktis teater. Sehinggalah aku dinobatkan sebagai pelakon teater terbaik pada tahun 1995 dan 1997 peringkat kampung. Dialog watak Adam (Bukan Bunuh Diri/ Dinsman) masih aku boleh hafal hingga sekarang. Jeng, jeng, jeng, pada tahun 1998, skrip teater aku dipentaskan di sebuah universiti di ibukota bertajuk ”2994 A.D.” dan mendapat skrip teater terbaik dengan hadiah RM 100.00 (banyaknya!).

Volkswagen merah (model tahun 1966). Oh ya, kereta pertama aku (1995 - 1997) dengan hanya harga RM 1500.00 dibeli untuk menjadi ”cult car” pada masa itu. Join kelab Volkswagen, habis beli buku pasal kereta tu, cat baru warna turbo red. Ke hulu hilir hingga tercabut tayar hadapan kerana tak pandai maintain. Habis berbelanja sampai RM 8000.00 modified kemudian dijual kembali dengan hanya RM 2000.00 pada seorang cikgu sekolah. Kereta itu juga menjadi nostalgia terindah bila berjumpa kekasih hati (sekarang bini aku). Terpaksa dijual kerana nak kahwin. Hehehe.

1999 - sekarang, cerita panjang: aku sambung study, study (belajar filem), sambung kerja, study, kerja, kerja. Terlalu ilmiah. Lain kalilah sembang.

The moral of the story; Hidup ini singkat, nak jadi macam macam, nak buat macam macam, sampai bidang aku pun banyak cabang. Nak cerita pun banyak, sampai tak tersusun. Haram tak glamour pun. Saja berkongsi pengalaman ngan kalian. Tak komen pun tak apa, tak ambik hatilah. Sekian.

13 comments:

amscreamo said...

cik aidi
jom jamming...
main lagu led zepp...
acdc pun ok gak..
hahaha

Pyanhabib said...

tumpang lalu dan tumpang senyum kat sini. tk :)

Anonymous said...

Can I add something..? Balik tengok teater jauh malam, dilanggar kereta melambung jatuh di tepi jalan, tayar basikal bengkok dua. Dijumpai oleh Pak Mat & Mak Cik Besah jiran belakang rumah, ikut kata Mak Cik Besah `mesti mati dah budak tu...'. Hidup dan ajal di tangan Allah. You even can write a book about yourself..not only on this blog.

Aidi Rahimi Ibrahim said...

Pyanhabib, Best tak terkata, zahir tak terucap; terima kasih Brader Pyan kerana sudi menjengah Blog gua yang tak seberapa ini. Alhamdullilah. Terima kasih brader Pyan. Inspirasi gua semenjak 1986. Salam Pyanhabib. Salam Puisi.

Aidi Rahimi Ibrahim said...

amscreamo; saya dah tua, nak angkat gitar bass tu pun dah berat. Tapi lagu "Sepultura" ngan "Montley Crue" tu boleh lah.

Sister; masa tu bukan balik tengok teater tapi tengok filem "Firefox" kat Kapitol. Masa tu ROCK tak main lagi. Konon bawak beskal tu macam bawak Kapal terbang Firefoxlah konon, ambik.

Anonymous said...

sy juga pernah ada kisah macam tuan, tetapi lebih kepada kumpulan band main kenduri kampung. Lagu Funk dan Joget.

Aidi Rahimi Ibrahim said...

ok. Saya suka Funk, joget tu pun ok.

HajarAznam said...

en.aidi urlife agak serabut same like me. Always wannabe a rock star endup jadi designer,study..study..now lecturer but hope after master jadi lain lagi hahahahaha..anyway apa En.Zainol from AD pernah cakap..Orang creative ni ble jadi apa sahaja mereka nak jadi dan apa dia cakap tu betul. Apa2pun i was happy dilahirkan dalam zaman early 80s dan layan rock sampai late 90s. Abang Pyanhabib memang best terngiang-ngiang sewaktu kecil melihat Abg pyan pertama kali di dalam filem kembara seniman jalanan mati diakhir cerita punyalah sedih ingat sampai sekarang :)really the good old days.

Aidi Rahimi Ibrahim said...

Hajar, one day perhaps u will tell yr story to others like what I am doing now. Like they said; when your getting old, you will start mumbling/ telling about the good old days/ hey days. I know that I m gettin' older. Fuhhh, time sure travel fast and not much left. Maybe at the age of 60 I will buy myself an acoustic guitar and rokok daun, duduk depan rumah sambil minum kopi and pergi surau, watching time passes by. Tq Hajar for sharing this with me.

HajarAznam said...

Then u'll be the coolest grandpa..hahahahahahha

Aidi Rahimi Ibrahim said...

hehe....betul tu cu.

mapieceofart said...

en.aidi...
mane ade en.aidi makin tua..?? makin muda ada la sy tengok... betul..!

sy skrg ni pun di ambang kecelaruan nak wat apa dgn idup sy, en. aidi... sume sy nak... but at d end, i know i've to come out with one decision gak kan... haihhh...

+ thanx for the treat at kopitiam aritu... sogan lak sy... hehe... mkasih²... =D +

Aidi Rahimi Ibrahim said...

maPieCeoFarT, tq. Maaf kadang kadang sy tak sedar diri yg sy dah tua. Kubur kata pergi, banyak rumah kata datang...hehe, gurau.
Sy bukan contoh yg baik, kerana banyak bidang sangat sampai bercelaru hingga ke saat ini. Tak famous famous pun.