Friday, October 31, 2008

SELAMAT PAGI CINTA (2008) Arahan Norliana Samsudin @ Yana PEWARIS FILEM ROMANTIS MALAYSIA



Pada tanggal 25 September 2008 yang lalu, saya telah diberi peluang oleh pengarah termuda Malaysia iaitu Norliana Samsudin atau nama manjanya Yana untuk menonton filem pertama beliau iaitu Selamat Pagi Cinta (SPC) di The Mines. Saya dijemput dan dihantar pulang oleh pengarahnya sendiri, terima kasih Yana. Buat pertama kalinya, beliau telah menampakkan persediaan beliau untuk menjadi pengarah yang berkaliber di masa akan datang. Dalam usia yang masih muda (24 tahun) beliau telah berjaya menempatkan bersama pengarah pengarah lain di Malaysia.

Filem SPC secara tidak langsung telah meletakkan beliau seiring dengan pengarah pengarah yang lain seperti Yusof Haslam, Ahmad Idham, Osman Hafsham, Pierre Andre, Razak Mohaideen dan lain lain lagi yang hebat genrenya berkaitan dengan filem romantis. Sekali lagi Negara Malaysia akan terus menerima budaya atau warisan filem yang masih menyajikan persoalan cinta dan identiti filem yang sama iaitu romantis. Tahniah kepada Yana yang berkelulusan dari salah sebuah pusat pengajian tinggi perfileman meneruskan tradisi yang sama dan tidak menampakkan perbezaan dengan filem filem romantis yang lain. Mungkin ini adalah budaya filem romantis Malaysia, yang beridentiti.

Lakonan mantap yang harus diberi pujian adalah Syarifah Amani yang memegang watak ’Suci’. Lakonan Amani sangat berkesan dan begitu hidup dengan penghayatan watak beliau. Sungguh pun begitu lakonan Pierre Andre kelihatan tidak begitu meyakinkan dari segi penghayatan seorang lelaki yang berada dalam dilema, ditambah pula dengan slur beliau yang tidak pandai berdialog. Saya pun tidak faham kenapa Pierre diambil untuk melakonkan watak tersebut sedangkan kita masih punyai ramai pelakon lelaki yang berkebolehan iaitu Hans Isaac, Jehan Miskin, Ng Choo Seong (Jason/ Sepet), Adiputra, Razif Hashim (Goodbye Boys), yang saya rasakan lebih berbakat. Sebagai seorang yang pernah mendalami bidang lakonan secara asas dan formal, terus terang saya katakan bahawa Pierre Andre tidak mahir berlakon atau tidak layak untuk watak tersebut.

Apa yang dapat saya perhatikan bahawa filem ini adalah baik dari segi plottingnya; dua cerita yang diceritakan menjadi satu filem. Sungguhpun begitu, bila diperhatikan dari segi syot dan teknik pengambaran, saya meletakkan filem SPC setanding dengan drama-drama yang sering disiarkan di stesyen stesyen talivisyen tempatan. Tidak ada bezanya permainan syot/ teknik kamera SPC dengan drama TV. Mungkin pengarah banyak terpengaruh dengan drama TV bersama pengalamannya dahulu.

Selain dari itu, budaya ’enter-frame’ oleh pengarah sendiri (Yana) telah dilakukan dalam filem ini. Tidak ada salahnya, kerana pengarah terkenal Alfred Hitchcock sendiri telah melakukan sedemikian dalam filem filem beliau. Mungkin budaya ’enter-frame’ ini akan meringankan kos pelakon sekiranya difikirkan secara positif. Yana yang melakonkan watak komedi dalam filem ini berjaya menambat hati saya dengan lawak jenaka dan dialect/ slanga kedaerahan yang didialogkan. Tempelan Yana di dalam filem ini juga membuktikan bahawa beliau mampu membawa berbagai watak (walaupun saya tidak meminati lakokan beliau pada filem - filem/ drama yang lain). Watak komedi beliau ’hidup’ dan menghiburkan. Berkemungkinan, selepas ini Yana juga turut dicalonkan sebagai pelakon atau pelawak yang berkebolehan.

Sungguh pun begitu, pada pendapat saya; pengarah sepatutnya berada di belakang tabir untuk memudahkan perjalanan pengambaran. Pengarah adalah seperti seorang pelukis yang mewarnai kanvas dan bukan menjadi ’subject matter’ lukisan tersebut. Adalah lebih arif pengarah berada di belakang kamera, barulah sempurna syot, operasi pengambaran dan staging pelakon-pelakon. Penghayatan seorang pengarah berlaku di sebalik tabir dan bukan di hadapan tabir.

Secara jujur, SPC tidak setanding dengan filem filem Barat terutamanya filem filem Hollywood, Perancis dan British yang saya minati. Jauh panggang dari api SPC dengan filem filem “Nothing Hill”(1999) arahan Roger Michell, “Romance on The Orient Express” (1985) arahan Lawrence Gordon Clark “Before Sunrise” (1995) “Before Sunset“ (2004 ) arahan Richard Linklater, “When a Man Loves a Women” (1994) arahan Luis Mandoki, “You Got Mail” (1998) arahan Nora Ephron dan sebagainya yang saya anggap hebat. Tetapi cukuplah saya katakan bahawa SPC sama tarafnya dengan filem “Ali Setan”, “Azura”, “Tragedi Oktober”, “Hati bukan Kristal”, “Soal Hati” dan lain lagi keluaran filem romantis Malaysia. Harapan saya adalah SPC dapat menyamai “Sepet”, “Cinta” atau “Gubra” setidak tidaknya. Mungkin pengarah masih kurang pendedahan pada filem Barat atau filem filem Asia (+ Indonesia) yang bercorak romantis.

Mungkin, expectation saya terlalu tinggi pada filem SPC ini (dari pengarah yang berlulusan dalam bidang filem), namun Yana telah memilih jalan untuk setanding dengan Yusof Haslam dan pengarah pengarah lain (kecuali Yasmin Ahmad); mungkin pada masa akan datang Yana akan memilih jalan sendiri yang lebih mantap setanding dengan filem filem luar. Atau mungkin, saya lebih terpengaruh meminati corak persembahan filem-filem Barat tadi yang telah dinyatakan. Itu adalah hanya expectation saya, tidak lebih dari itu. Semoga pengarah SPC ini dapat memikirkan hal ini. Persembahan ’cinta’ tersebut haruslah memberi tusukan jiwa yang tidak diransang oleh tuntutan membuat filem sahaja tetapi lebih dari itu; iaitu unsur moraliti, kejujuran, kemanusiaan dan jalinan persahabatan antara manusia dalam penghayatan watak watak yang menjayakannya. Pengarah seharusnya menjiwai filem bukan sekadar membuat filem demi keuntungan penerbit sahaja. Filem adalah seni, dan seni adalah halus. Filem haruslah dihalusi sedalam dalamnya. Secara jujurnya, saya perhatikan penghayatan Yana sebagai pengarah masih lagi kurang, mungkin masih baru.

Walaupun SPC gagal memberi kepuasan pada saya, seharusnya kita menghormati filem filem Malaysia. Bukan mudah untuk membuat filem. Bukan murah untuk membuat filem. Sokonglah filem Malaysia, saksikanlah filem SPC di pawagam yang berdekatan (bahasa retorik). Hormatilah filem Malaysia. Semoga filem ini dapat memberi pulangan balik pada penerbit, insyaAllah. Tahniah Norliana Samsudin, anda berjaya menjadi pengarah dan mencatat sejarah dalam perfileman Malaysia. SPC adalah portfolio Yana.

18 comments:

Anonymous said...

I'm invited to the press preview for SPC(2008) on this 5th Nov 2008, in the Mines Cinema. I'm about to finds out what is SPC all about... we shouldn't expect to much from her 1st film (i'm sure there's a lot to improve: even Hollywood movie have their mistakes here and there, but we Malaysian always thought they are the best, which is not so true at all!!!). As for Norliana Samsudin, she is a youngest director (mainstream film) so far in Malaysia, and she's still learning, no doubt. what we should do? we should proud of her and give her our full support and yet give any critics that will give her strength and knowledges for her next film. how? firstly watch the film in the cinema (the magic of film only can be seen in the cinema), evaluate openly and intelligently, then if u have source, give the best critic without put any personal emotion in it. As a director (new one actually), you are not only responsible to fulfill your own needs but also to the producer ($$$), the spectators (film as art), audiences (entertainment)and etc. If Norliana can fulfill 50% out of all above, rasionally, i will consider that she already successful in her 1st film, and will wait for her next one.

p/s a piece of mind to be shared

Anonymous said...

excuse me, personal emotion?

Anonymous said...

She is good, that is what Aidi meant. Aidi is gave his personal opinion. GOOD SUPPORT AIDI!!!!

Aidi Rahimi Ibrahim said...

Aidi said...
Thanks, guys or gals..anonymouses, i really appreciate what you've said. What i've said doesn't hurt anybody, please understand that. Yana is talented; she's a singer, actor and a good director. From my, i repeat MY perspective that film (SPC) fail to deliver what i expected. That's all anonymouses. I support her, i want her to be THE BEST or perhaps BETTER.
She is good.

Anonymous said...

BETTER GET USE TO CRITICS IN THE FUTURE, YANA !!!

Aidi Rahimi Ibrahim said...

Blogging mostly is about PERSONAL OPINION not Personal EMOTION as mentioned by the first anonymous.

Anonymous said...

Sorry to say, but anonymous one, I think you are YANA. I know your sentences and words so well..

Anonymous said...

to anti spc... dun get me wrong. im not yana. swear to GOD... this is my words. all mine... we all have rights, right? and if you really know her, i know u too... but since you thought im yana (Norliana Samsudin) you are wrong then...totally wrong (you dunno her that well then) i am who i am. if you anti SPC, fine... i hope you open your heart and go to the cinema and watch the film... you will change your mind, i am sure... then you will know Norliana better and change the word "anti" immediately...

Anonymous said...

pro SPC said...
wah... lagi banyak komen lagi banyak yang menonton filem Selamat pagi cinta (2008)... tahniah YANA!!!

Anonymous said...

JOM pegi tengok SPC ramai2 di pawagam... jangan tak tengok... rugi tau...

Anonymous said...

Alahai..

Kalau tengok film2 yang diarahkan oleh director2 yg ada pengalaman pun bukannya best pun. esp cite2 prof sah2 ni directorial debut for yana, and im sure dia banyak flaws masa buat cite ni & shes learning from her first attempt of directing. I hope yana amik segala kritikan & tukarkan kepada sesuatu positive utk project2 yang akan datang.

As for Pierre, dah namanya pun MIG yang produced, sudah tentu dia org gunakan talent sendiri apatah lagi yg menulis skrip ini adalah pierre. give him time, kalau selama ni pierre asyik bawak watak remaja/romantic. This is his first attempt untuk bawa watak dewasa (suami) dalam cite ni.

So just give everyone a break,pasal enter frame tu well, dah yana pun namanya pelakon, if she can do the character, why not, right? :)

Peace!

kaffeestube : wenig zucker said...

tak sabar nak tengok!!!
tahniah yana!

Anonymous said...

wah, banyak komen daripada filem wayang, "wayang" vs "SPC",macam mengampu filem wayang jer.. air-con kuasa kuda. hahaha,jom pegi tengok dua2, sokong la filem tanahair kita, walaupun banyak komen sebelum tengok wayang.

CikAjune said...

encik aidi, nice entry!
komen pon banyak.hehe.
yep2.
i agreed!

Blogging mostly is about PERSONAL OPINION not Personal EMOTION . =)

tulis saja apa yang kamu rasa.

ڤنا مينڠ / PENA MINANG said...

tak kesah lah best ke tak ke yang penting sokong filem MALAYSIA....

Anonymous said...

wow... less than a week, SPC (2008) got more than RM500,000.00......... Tahniah!!!

Aidi Rahimi Ibrahim said...

Wang or money is not the measurement tool for any film, no matter how STUPID any particular film that being mentioned. Sorry, money is not the right answer. Hollywood still made a lot of money but their films contained some information to human being. Wang bukanlah alat pengukur kejayaan sesuatu filem, mungkin ada yang orang yang keluar panggung selepas menyaksikan filem tertentu.

Aidi Rahimi Ibrahim said...

i will always hope.