f/3.2 1/183 (ISO 100) - Pattern Mode
Location: Kota Baharu, Kelantan Darul Naim
Time: 6.03 p.m. Date: 13th March 2010
Camera: Samsung ES60 (Pocket Compact)
- Edited by CS3 (contrast/ tone) -



Salam untuk semua,
Namanya Dinraman, memang itu dia hanya mahu namanya dikenali dan tidak ada kena mengena dengan Dinsman.
Sila lawati situs ini:- http://www.dinraman.com
Selalunya setiap kali pulang ke kampung, saya tidak terlepas juga dari agenda menziarahi kawan2, tak kiralah kawan lama ka, kawan sekolah ka, kawan korporat ka, kawan keparat ka, bekas musuh ka,… semua saya kawan.. sudah menjadi rutin kemestian; “ziarah”… budaya ini akan saya teruskan sebagai seorang manusia. Saya sempat berkunjung ke rumah Dinraman, lewat senja, bersolat sekali bersama Cikgu Mat dan Dinraman. Selesai solat Maghrib, kami pekena bihun goreng, kopi kampung dan rokok daun. Melayu, klassikkk…;-)
Melewati karya2 Dinraman, memang apa yang ada di sekeliling pelukis itu adalah inspirasi yang dicernakan di atas permukaan kanvas. Dinraman dan alam semulajadi sudah sinonim dengan beliau. Amat menarik perhatian saya adalah hasil terbaru Dinraman sudah mengarah kepada visual abstrak. Mahu atau tidak “inspirasi alam semulajadi” yang hijau itu masih menjadi subject matter yang diutamakan. Penyatuan unsur2 flora diadunkan kepada ruang kanvas, menjurus kepada ‘semi-abstract’ membentuk ruang visual flora. Eksplorasi Dinraman memakan masa bertahun2 kepada tahap ini. Secara dasarnya, Dinraman adalah seorang pelukis landskap realis secara komersial, tetapi eksplorasi senitampaknya tidak terhenti kepada realism semata2, malahan dalam landskapnya menular pada “Abstract Landscape”. Permainan warna flora masih bertitik tolak dari warna asas alam, bumi, langit, pohon, air… tahniah Dinraman. Ketika dunia sedang bergolak, global warming menjadi2, karya Dinraman ‘bergolak’ dengan ‘sulaman’ alam, damai…;-)
p/s: mula mengenali Dinraman semenjak penubuhan PPNPs (Persatuan Pelukis Negeri Perlis) pada tahun 1995.
p/s: Ini adalah langkah ‘episod’ awal saya dalam label “Santai Seni”. Penulisan juga adalah dalam bentuk ‘santai’ (macam sembang tepi pantai-lah, gitu) di dalam blog ini…;-)
p/s: bila lagi TV stesyen di Malaysia nak buat rancangan "Santai Seni bersama Pelukis", sebab ada beribu2 pelukis atas bumi Malaysia ni?...
Acrylic on Canvas
Salam untuk semua,
Ini hasil yang terbaru, “Desire on Fire” (mungkin belum siap)… eksplorasi kanvas Potret Perempuan Melayu (hahaha, tajuk lukisan ongputih).. anyway, beberapa orang sahabat menyatakan bahawa “niche” saya adalah Potret.. hmmm, betul la tu. Sebenarnya, saya memang meminati Old Potrait Masters; bukan sekadar Old Masters dari Barat (Western) semata2, di Negara ini misalnya; nama seperti Hossein Enas, Hamidah Shuhaimi, Samjis Mat Jan, Mazli Mat Som, Amron Omar memang saya kagumi. Saya cuba sedaya upaya untuk menjurus ke dalam bidang Lukisan Abstrak, tetapi gagal.. bukan give-up tetapi saya tidak mampu untuk menipu diri saya sendiri, saya tetap “jatuh cinta” pada Potret, rasa tidak puas hati kalau tak dapat lukis Figura orang/ manusia (tak kisahlah ada yang kata ‘haram’ lukih orang, aku bukan buat berhala). Saya suka orang, saya suka pompuan, depa unik.. ada lentok, liuk, sensualiti, seksualiti (jangan salah anggap). Perempuan Melayu memang menjadi sumber inspirasi yang jujur pada saya. Malahan bila saya kenang kembali lukisan2 potret Hossein Enas (lihat karya beliau), jelas memperlihatkan secara fizikal akan hidung ‘kembang dan bulat’ perempuan Melayu, matanya yang ‘ala-kucing’, bibir 'delima-merekah', tubuhnya yang mungil sihat (tetapi tidak seperti tubuh tembam Renaissance
“Seni tidak terasing daripada cara hidup masyarakat bahkan ia adalah sebahagian daripada struktur masyarakat dan lahir sebagai manifestasi bangsa manusia”
(Syed Ahmad Jamal)