Monday, February 22, 2010

“PA-WA-GAM-ART”




Salam untuk semua,

Dalam memperkatakan tentang sinema (dalam bentuk bahan/ aparatus/ cara ditayangkan), kita selalunya faham bahawa ada ruang yang gelap lalu dipancarkan sebuah/ satu (1) skrin yang berbentuk empat segi terpapar di hadapan kita. (terlalu banyak rujukan yang anda boleh dapat kan?.. plato’s cave etc.).

Apa yang anda perhatikan di sini adalah beberapa buah ”installation art” yang mengguna-pakai skrin sebagai medium tersebut. Ini juga disebut sebagai New Media Art atau Multimedia Art atau Video Art. Karya tersebut adalah dari hasil Doug Aitken. (Lihat senarai Video Artists). Malahan terdapat ramai lagi “artist” (maaf, mereka bukan “pengarah filem”, ye..) seperti Bill Viola, Nam Jun Paik dsb. Tidak perlulah saya berceloteh/ menghuraikan dengan panjang lebar di sini, kalian boleh google untuk cari bahan2 mengenai Installation Art dan New Media Art tersebut. New Media Art juga terlalu luas untuk mentelaah/ dikaji...syok ooo!!... Pada pendapat saya, karya2 sebegini, melepasi dari titik tolak ruang empat segi tersebut. Sinema tidak lagi terikat hanya dalam sebuah kotak empat segi tersebut, malah ada Video Art yang melebihi dari sebuah frame dan pengkarya memberi ”kebebasan” kepada penonton untuk melihat yang mana satu frame yang mereka mahu. Sinema konvensional ”memaksa” penonton untuk melihat hanya pada satu (1) ruang sahaja, mahu atau tidak.. tertumpu..;-) Ada juga Video Art yang hanya satu (1) skrin dan ada Video Art yang multiple screen. Bukan saya mahu banding bezakan antara Sinema Konvensional dan ”Seni Skrin Instalasi” ini, tetapi cukup menyatakan bahawa penonton berhak menonton apa yang mereka mahu dalam sebuah karya. Tolong jangan samakan hasil karya sebegini dengan filem pendek (tidak kiralah ada ”art” atau tidak), sinema arus perdana etc. ”Seni Skrin Instalasi” jauh lebih berbeza dari itu, medium tetap sama iaitu filem, video, AVI, MPEG etc...;-) Seni Skrin Instalasi selalunya ditayangkan di pameran2 senilukis atau art gallery dan perlukan ruang tersendiri. Ruang pameran dan set-up perlu dibuat khas. Menyentuh soal ”eksperimentasi” juga terbahagi kepada eksperimentasi kandungan (content) atau medium (alat/ bahan/ media/ teknik penyuntingan/ efek), dan boleh berada pada single frame (konvensional) atau Seni Skrin Instalasi.




Ada antara ”sahabat2” saya yang berada dalam bidang skrin (konvensional) bertanya; ”Bagaimana kita mahu menyampaikan sesebuah cerita bila kita buat instalasi multiple screen ini?”, saya menjawap; ”Salah satu caranya adalah, setiap frame itu mewakili seorang watak, atau setiap frame itu mewakili sebuah persekitaran dan seorang watak, atau setiap frame itu memperlihatkan kejadian dan emosi/ perlakuan watak.. atau interaksi watak berinteraksi antara satu sama lain dalam satu ruang pameran dan itu berlaku bila dua atau tiga buah frame disusun atur lalu memperlihatkan plot (sekiranya mahu ada plot & naratif linear).. ataupun dalam banyak2 frame, itu kesemuanya mempunyai satu tema”. Bagi saya, paling mudah kita fahami adalah Seni Skrin Instalasi mempunyai banyak frame (selalunya/ sekarang ini semenjak revolusi fluxus Nam Jun Paik) dan terikat dalam sebuah ruang yang khas, manakala Skrin Konvensional (berkotak-kan sebuah frame sahaja) lebih bebas untuk di-”pamer”kan mana2 saja pada aparatus video.


p/s: Budget tinggi untuk Seni Skrin Instalasi untuk multiple screen? Anda perlu ada beberapa buah LCD projector atau skrin monitor/ TV..;-) PAWAGAM= “Panggung” Wayang Gambar.. PAWAGAM= “Pameran” Wayang Gambar.


p/s: Posting ini ditulis oleh saya secara ”tiba-tiba” kerana saya terjumpa rujukan saya dahulu (semasa student) mengenai New Media Art.. kita kongsi bersama..;-) teringin nak jadi student full-time semula... iskkk..

4 comments:

mohamad 'may' yawmon said...

moh ler blaja lagi en aidi"! =)

Aidi Rahimi Ibrahim said...

yawmon: hari2 saya blaja.. dan tak ponteng kelas.. hehe..;-)

rahimie said...

sama la rasa nk blaja je..x tggi pn lagi baru dip from UiTM..haisshh

Aidi Rahimi Ibrahim said...

rahimie: believe me, yr graphic portfolio are among the best, honestly..I know... teruskan..;-)