Monday, November 22, 2010
TERINAI (1996) Oil on Canvas
Tuesday, November 2, 2010
CEMBURU (Medusa) Oil on Canvas

"Cemburu"
Oil on Canvas
Hasil di atas adalah lukisan Cat Minyak saya yang terbaru, mula dilukis pada 26hb Oktober yang lalu dan saya yakin setiap lukisan saya memang tak akan pernah siap sampai bila-bila pun. Sebenarnya, mungkin sudah hampir dua-belas tahun saya tidak menggunakan medium ini, oil paint. Rasa rindu saya pada cat minyak membuak-buak setelah menghadiri beberapa pameran di ibukota ditambah setelah membaca semula buku-buku old masters yang sememangnya menggunakan medium ini. Medium ini memang agak remeh kerana terpaksa menggunakan Linseed dan Turpentine ditambah dengan bau cat-nya yang amat kuat. Sungguhpun begitu, medium ini tahan lama beratus tahun (tetapi tetap akan mengalami “crack” juga pada jangkamasa beberapa tahun). Kebanyakan pelukis-pelukis dahulu semenjak kurun ke-5 lagi telah menggunakan pigment ini sampai ianya di-tiub-kan pada kurun ke18. Medium ini lebih glossy berbanding dengan acrylic, tetapi medium ini lambat kering. Tidak salah jika saya menyamakan cat minyak dengan filem seluliod, keduanya brilliant dari segi outlook.. dan kedua-duanya terhasil dari chemical berminyak;-) Ini tidak bermakna saya mahu meninggalkan acrylic. Yang penting adalah adalah hasil, lukislah dengan apa medium pun.
Inspirasi:
Terhasilnya painting ini, adalah semasa saya cuba memahami Caravaggio dan Goya, baik dari segi teknik atau identiti karya mereka. Saya amat tertarik dengan shadow (mid-tone) Carravagio yang lebih gelap dari kebanyakkan pelukis-pelukis sezamannya, malahan shadow-nya lebih gelap dari Rembrant dan Goya. Chiaroscuro tetap wujud dalam mana-mana lukisan potret realisma pun, tetapi high-light (key) Caravaggio agak lebih ketara contrast-nya dari pelukis-pelukis lain pada masa itu. Saya amat menyenangi filem-filem yang menghasilkan pengcahayaan seperti ini; form kelihatan jelas, highlight amat ketara bercahaya. Pengaruh teknik Caravaggio amat kuat sehingga disebut sebagai ‘Caravaggism’. Kalian perlu lihat karya-karya Caravaggio untuk memahami visualnya dari segi teknik tersebut. Dalam fotografi (atau filem), secara mudah bermakna key-light adalah amat terang (brightest) untuk menjelaskan subject-matter. Caravaggio telah memulakan revolusi ini semenjak kurun ke 16 lagi. Memang jelas bezanya pengcahayaan Vermeer dan Caravaggio. Vermeer lebih soft atau lembut dari segi pengcahayaan. Pada pendapat saya, gaya Vermeer lebih menekankan fill-light berbanding key-light jika kita merujuk dari perspektif senimatografi/ fotografi. Caravaggio menekankan apa yang disebut sebagai 'harsh-light' dalam konteks fotografi.
Caravaggio melukis Medusa pada tahun 1596, berdasarkan mitologi Greek & Rome (Google-lah semahu anda, berlambak dalam internet tu dengan berbagai version..) Kaitkan-lah ceritera Medusa ini dengan hasad dengki, cemburu dan sebagainya. Dalam hal penghasilan lukisan saya ini adalah berkaitan wanita (seperti kebanyakannya). Medusa adalah wanita. Cemburu adalah salah satu ‘perkara’ yang sering berkait dengan beberapa hasil ceritera wanita/ perempuan Melayu. Dalam ceritera Medusa yang asal, Medusa berbalah dengan Athena dan mendakwa Athena cemburu akan kecantikkannya. Athena berang lalu menyumpah Medusa hingga berkepala ular dan sesiapa memandang Medusa akan bertukar menjadi batu. Berlambak-lambak filem tentang Medusa. Bila kita kaitkan dengan ceritera dan dongeng Melayu, wanita memang adalah diantara ‘makhluk bermasalah’ terutama melibatkan soal kecantikkan dan ‘cemburu’ itu berterus-terusan diwartakan dalam ceritera Melayu. Contohnya, Bawah Putih Bawang Merah, Mahsuri, Puteri Santubong, Puteri Gunung Ledang dan sebagainya… wanita dan kecantikkan memang menjadi sasaran sama ada untuk dipersalahkan atas dasar cemburu atau hasad dengki sesama spisies. Sensitiviti wanita Melayu (atau mana-mana bangsa pun) terhadap kecantikan memang serius. Lukisan saya menggambarkan dua orang wanita sebagai subject-matter dan frame pada lukisan itu (yang dilukis) dilegari oleh empat ekor ular yang membentuk sebuah bingkai. Ini juga statement saya sebagai seorang pelukis yang anti-frame bila dilukis di atas kanvas. Bingkai itu juga adalah ‘cermin’ yang memang digunakan wanita untuk bersolek, berdandan dan sebagainya. Medusa juga hancur dengan ‘cermin’. Ini mengingatkan saya bila wanita melihat cermin, bila nampak jerawat sebutir riuh sekampung. Masih ingat dengan ceritera Snow White iaitu ayat Blackheart Queen “Mirror, mirror on the wall, who’s the fairest of them all?”.. itu adalah ayat pada magic mirror. Itu adalah ayat wanita yang paling sinonim. Berbalik pada lukisan saya, ular yang diinspirasi dari Medusa memang wujud bila Medusa sendiri melihat imejnya tersebut, meraung, menangis melihat kengerian dirinya. Cemburu berdasarkan dua wanita yang tidak berpuas hati dengan wanita yang lebih cantik dari dirinya. Selalunya ‘dua’ wanita akan mempunyai ‘cemburu’ tersebut. Dua subject-matter itu wujud dalam lukisan saya. Saya cuba memperjelaskan dari segi wajah/ mimik ekspresi wanita yang di bawah merenung ke atas wanita yang berada di atas tersebut. Dalam memperjelaskan konteks wanita Melayu, rambut wanita Melayu di bawah adalah ‘artificial’ dan berwarna merah berbeza dengan wanita Melayu di atas yang berwarna hitam (ikal & asli).. ini juga protes saya tentang keaslian rupa diri wanita Melayu yang lebih saya kagumi.. fikirlah sendiri. Sepekara lagi adalah wanita yang di bawah rambutnya ‘kembang’ (+ macam Medusa) yang cemburu pada wanita yang di atas yang jauh lebih cantik darinya.. errr.. tiada kaitan pun dengan isu semasa dengan mana-mana perempuan berambut kembang...
Detail (click to enlarge):-
dari segi contrast cahaya antara light dan dark yang ketara. Key-light yang tinggi. Midtone yg kurang.
dengan sapuan berus yang amat nipis di atas layer yang ketiga.
Sekian, terima kasih. Wasalam.
p/s:- memang dari dulu taksub pada 'old masters'..%-)
p/s:- dah lama tak dengar lagu “Puteri Santubong”..;-)
p/s:- untuk wanita Melayu (+ Bumiputera).. jangan 'Medusa'-kan rambut kalian... please-lah..;-)
Thursday, October 21, 2010
Aidi after Vermeer (Lukisan, Fotografi dan Filem)
"Girl with the Pearl Earring" Artist: Johannes, Jan or Johan Vermeer (circa 1665). Oil on Canvas
Pada suatu ketika dahulu, potret ini pernah dianggap sebagai obscene atau mempunyai unsur-unsur ghairah dari segi content-nya. Ini kerana pemaparan gadis yang dilukis oleh Johannes Vermeer ini membuka mulut sedikit sambil menoleh ke arah penonton seolah menggoda. Ini juga disebut sebagai glancing. Lukisan potret ini dianggap mempunyai sensualiti dan telah melalui zaman kontroversinya pada kurun ke 17. Tetapi setelah abad tersebut

"Potret seorang Isteri" Artist: Aidi Rahimi Ibrahim (circa 2010). Acrylic on Canvas
Ini bukanlah kali pertama saya melukis potret insan tersayang, potret pertama saya lukis adalah pada tahun 1998 selepas berumahtangga ketika itu usianya baru mencecah 25 tahun (potret di bawah), potret di atas adalah semasa berumur 37 tahun.
"Potret seorang Isteri" Artist: Aidi Rahimi Ibrahim (circa 1998). Oil on Canvas
Bezanya antara lukisan Vermeer, adalah beliau menggunakan cat minyak dan lighting adalah dari arah kiri, lukisan saya lighting adalah dari arah kanan. Lighting Vermeer agak berbeza dengan Rembrant Van Rijn (juga pada kurun yang sama) yang lebih gah dengan Chirascuro-nya, berbeza juga dengan Goya dan Raphael. Kulit Griet jauh lebih cerah (European/ Caucasian/ Dutch) berbanding dengan potret yang saya hasilkan adalah kulit 'sawo matang' atau 'kuning langsat' seorang Melayu. Dalam menghasilkan potret di atas juga, saya cuba sedaya upaya menggunakan kedua-dua teknik glazing dan impasto seperti kebanyakkan hasil Vermeer. Cuma glazing Vermeer lebih lancar berbanding dengan saya. Well, you can't beat the Masters..;-) Dalam filem arahan Peter Webber itu juga, pengarah sinematografinya cuba sedaya upaya untuk mendapatkan lighting sama pada setiap shot/ frame seperti hasil lukisan-lukisan Vermeer.

Scarlet Johannsen ( 2003) yang memegang watak Griet dalam filem tersebut arahan Peter Webber
Semasa menjalani sesi photoshoot di Terengganu baru-baru ini bersama kawan-kawan photographer saya yang lain, saya sempat mengambil gambar seorang sahabat saya. Kebetulan, berdasarkan depth yang amat hijau di lokasi, saya meminta sahabat saya membuat postur/ gestur seperti Girl With Pearl Earring. Tidak wujud soal kespontanan, kerana dalam kepala otak saya, saya masih terbayang posisi Griet dalam menghasilkan lukisan Vermeer tersebut, tatkala itu terhasillah imej photografi seperti di bawah.

"Wanie & Hijau" ( 2010) Photographer: Aidi Rahimi Ibrahim. Canon 350D. Fully Manual Setting. Parameters setting on contrast value. 50mm fixed lens 1.8. Manual focusing. Manual setting. f/5 1/100. ASA 200.
Berbalik dengan hasil Vermeer tadi, saya masih terbayang lighting dari arah kiri, saya merancang menghasilkan gambar ini. Bezanya kali ini, latarbelakang imej saya hasilkan ini adalah kehijauan dan bukan latar yang gelap/ hitam seperti Vermeer. Saya rasa agak bertuah kerana sahabat saya ini berkulit cerah dan memang contast akan lebih ketara dengan latar hijau tersebut. Mid-tone contrast juga nampak blend bersama subject matter hingga menampakkan form yang jelas. Saya agak berpuas hati dengan imej foto yang saya hasilkan di atas. Gambar yang dihasilkan adalah manual setting, tanpa sebarang editing.
wassalam.
p/s: orang sering bertanya kepada saya "Bila mau bikin filem sendiri, Aidi?",.. saya selalu menjawap "Aku manusia paling cerewet dalam soal cinematography,.. still photo pun goyah, mau bikin pilem, podahhh!!.."...;-)
Tuesday, October 5, 2010
Jejak & Simpang
Apa yang kita tinggalkan itu adalah jejak,
dan bukan dengan siapa kita lalui,
lalu kita biarkan dedaun kering gugur
di kaki tangga dalam lipatan memori…
Pilihan kita, kanan atau kiri
adakalanya destinasi berubah arah
dan
perhentian akhir kita tidak pasti
tetapi kita tetap sendiri pasti.. sepi..
Wednesday, September 29, 2010
NOTHING IS FREE
Wednesday, September 22, 2010
TERPENGARUH

Ini adalah kisah pendek mengenai 3 Pemuda Melayu.
Tajuk Drama: "TERPENGARUH"
Jeng! Jeng! Jeng! (retorik muzik thriller konvensional filem Melayu)… Tersebut al-kisah, ada seorang anak muda yang berkelana jauh mencari seorang guru lukisan yang amat hebat seantaro dunia. Tibanya anak muda di tempat pengajian itu, diberikan guru itu berus dan warna, lalu bermulalah ilmu per-seni-an yang amat panjang. Dicampurnya warna mengikut tunjuk ajar sang guru.. kuning campur biru jadinya hijau lalu dilukis tumbuh-tumbuhan. Pada anak muda warna gembira itu warna merah kerana mengikut konvensional gurunya, warna suci itu warna putih kerana mengikut konvensional gurunya.. semuanya tersusun dengan amat perfect di atas permukaan kanvas. Setelah bertahun menuntut ilmu, anak muda pun mula untuk mengorak langkah menjadi seorang pelukis. Padanya langit mesti berwarna biru, pokok mesti berwarna hijau dan…. tiba-tiba, Jeng! Jeng! Jeng!, muncul seorang pelukis muda yang duduk di sebelahnya memasang easel dan meletakkan kanvas.. pelukis muda itu mula melukis pokok berwarna pink, langit pula berwarna silver.. Anak muda mula tercengang. Tiba-tiba muncul pula seorang lagi pelukis muda yang lain menghampiri lalu duduk di pinggir sudut kedua-dua mereka tadi, Jeng! Jeng! Jeng!. Kali ini pelukis muda yang baru datang itu melukis di atas sebuah kepingan filem dengan berus dan warna. Anak muda yang mula-mula tadi bertanya kepada pelukis muda itu “Siapa ajar kamu lukis atas filem dan bukan atas kanvas?”, pelukis muda itu menjawap “Saya belajar dengan guru anda, guru kita sama tetapi saya terpengaruh dengan Stan Brakhage.”
Kisah ini berakhir dengan tanpa retorik muzik thriller konvensional filem Melayu…;-)
p/s: biar boring… takpe..
Sunday, September 12, 2010
Hari Raya Pertama
Tempat yang sering saya kunjungi, pada pagi hari raya
semenjak dua tahun yang lalu. Di bawah pepohon rendang
bersama ahli-ahli yang lain, Bapa bersemadi bersama.
Mengingatkan bahawa tiada yang kekal,
Mengingatkan tiada yang mutlak,
Mengingatkan kita hanya kerdil,
Mengingatkan akhiran
anda dan saya..
al-fatihah untuk semua.


