Monday, November 22, 2010

TERINAI (1996) Oil on Canvas

Salam untuk semua,



"Terinai Perlis"
(Oil on Canvas)
3' x 2' (approx 91.4 cm X 61cm)
1996

Semasa saya melukis painting di atas, saya baru mencecah 26 tahun (zaman pencarian); berdasarkan sebuah foto oleh Ismail Hamdan (penari adalah Saiful Andre Jan) dan setelah melalui beberapa sketsa awal. Sebagai anak Negeri Perlis, saya begitu terdedah dengan kebudayaan/ seni tradisi setempat termasuk Awang Batil, Tarian Canggung, Wayang Kulit, Hadrah, Bangsawan dan beberapa bentuk tarian negeri. Tarian yang dilukis ini adalah tarian Terinai atau Tari Inai yang juga merupakan tarian tradisi masyarakat Negeri Perlis. Pada suatu masa dahulu, tarian ini dinarikan oleh kaum lelaki sahaja, tetapi setelah beberapa evolusi berlaku, maka pada masa sekarang tarian ini turut dinarikan oleh golongan wanita. Lukisan saya adalah tarian Terinai yang asal yang dinarikan oleh lelaki. Jika ditelek balik, long stroke (+ pergerakan) sebagai background masih menjadi trademak saya hingga kini. Kadang-kadang kita perlu toleh ke belakang sejenak untuk melihat tahap proses kita semasa berkarya. Melihat karya lama kita juga adalah penting untuk memahami sejauh manakah proses perkembangan idea & teknik itu berlaku. Tetapi pada hakikatnya, saya harus akur bahawa subject matter utama yang paling saya minati hingga sekarang adalah Figura dan Potret. Ianya adalah 'perbicaraan' tentang manusia dan watak.


Detail: teknik 'gouache/ opaque' yang amat tebal hingga menampakkan seolah lilin itu timbul (emboss).


Detail: akur pada perubahan usia, lukisan ini mengalami cracking process.

Detail: dahulu, saya gemar menulis nama pada setaip lukisan.



Lukisan ini sekarang berada di rumah kampung saya di Kangar, Perlis. Bersebelahan lukisan ini adalah sebuah Foto (medium Filem 35mm/ Kamera Yashica FX 2000) yang pernah saya rakam dahulu.


Lukisan ini telah dipamerkan pada beberapa pameran di utara tanahair (bersama Persatuan Pelukis Negeri Perlis) dan pernah dipinjamkan oleh Pejabat Kebudayaan Negeri Perlis, tetapi saya tidak menjualnya, walaupun ada beberapa individu yang bertanya untuk membeli. Label NFS (not for sale) sudah sinonim dengan lukisan ini. Lukisan inilah yang satu-satunya lukisan cat minyak figuratif lama saya yang menjadi koleksi peribadi.


p/s: rindukan sebuah lukisan landscape saya yang pernah dibeli oleh Pejabat Kebudayaan Perlis.
p/s: sekarang sedang sibuk melukis semula sepanjang cuti semester ini...;-)
p/s: sekarang lebih banyak figuratif wanita/ perempuan..;-)
p/s: teringin belajar 'painting restoration', seriously.

No comments: