Tuesday, August 18, 2009

FAKULTI-FAKULTI PERUBATAN MALAYSIA…… BANGKITLAH!!!!!



Kehadapan para Doktor, Bakal Doktor penyelamat nyawa….Aku cakap cara serious, walaupun aku tulis cara tak serious…. Tapi aku serious… dan aku tak happy masa tulis ni....

Salam,

Agaknya sudah berhari-hari aku meng-google mencari usaha-usaha universiti tempatan terutama sekali fakulti-fakulti perubatan mengenai kes H1N1. Berbagai keyword dan kata kata berkaitan penyelidikan dimasukan namun tiada bertemu… iskk….

Di Malaysia, telah banyak fakulti-fakulti perubatan ditubuhkan yang telah dan bakal menyumbang pada kesihatan manusia sejagat. Pada permulaan WebPage fakulti fakulti perubatan berkenaan telah memberikan berbagai mukadimah ‘harapan’ untuk menghasilkan para doktor yang berkaliber, mampu menyumbang pada kesejahteraan umat dsb.

Baru-baru ini, salah sebuah universiti tempatan telah menubuhkan sebuah fakulti perubatan dengan gahnya terbina beberapa bangunan yang cukup indah tersergam… namun apabila aku google/ menu pada penyelidikan, tiada usaha mengenai program mencari/ mengusahakan vaksin untuk H1N1 dilakukan. Tapi apa yang ada adalah “turut membantu” Kementerian Kesihatan untuk MENCEGAH penyakit berjangkit ini… mencegah. Hahaha… kalau nak mencegah, berlambak fakulti lain yang turut boleh membantu dan bukan fakulti perubatan sahaja.

Aku terus bersoal dari dalam diri; mengapa berbillion ringgit dihabiskan untuk peralatan perubatan pada fakulti-fakulti perubatan ini, namun tiada dana yang dapat aku google untuk melihat akan usaha KECEMASAN yang disalurkan pada fakulti-fakulti perubatan ini untuk membina VAKSIN H1N1 ini. Adakah kita hanya megah dengan bangunan yang cantik, peralatan yang canggih manggih lalu “meng-anak emas-kan” fakulti “penyelamat manusia” ini, sedangkan haram satu pun aku tak nampak usaha-usaha depa ke arah mencari ubat penawar penyakit ini.

Salah satu yang aku dapat dari peng-google-lan ini adalah “cakap pandai” dari "Guru Doktor" yang mungkin mahu menenangkan manusia Malaysia bahawa H1N1 adalah seperti flu biasa yang meragut nyawa dan tidak perlu dirisaukan, kematian akibat flu adalah normal… hahaha.. ini adalah cakap seorang Doktor yang menjadi guru kepada doktor-doktor baru… hahaha.. mungkin Doktor ini lebih sesuai menjadi pakar psikologi.. atau guru tadika yang kemas... huhu.. Doc, action speaks louder than words, bro!!!.

Tapi setelah aku meng-google universiti luar (Oversea), berlambak-lambak kajian dan usaha-usaha yang sedang dijalankan dan mendapat dana dari kerajaan mereka. Ada setengahnya universiti yang haram aku tak pernah dengar pun, bangunan fakulti tak besaq pun. Bagaimana dengan fakulti-fakulti perubatan kita?... Gah dengan mukadimah “Kami akan mengeluarkan Doktor2 yang akan menyelamatkan nyawa bukan sahaja di peringkat tempatan tetapi juga di peringkat dunia”…….. hahaha… aku rasa macam nak tumbuk skrin computer ni…

Inilah masanya, penularan wabak yang telah meragut nyawa 60 orang lebih bangsa Malaysia (pada masa aku tulis ini)…. Inilah masanya untuk membuktikan bahawa di bangunan yang tersergam indah itu bersama peralatan perubatan yang berjuta juta juta ringgit itu dapat berfungsi untuk menyelamatkan nyawa bangsa Malaysia…. Lepas tu baru fikir nak selamatkan dunia….

p/s: aku menulis ini setelah penat meng-google setelah beberapa hari. Lepas ni aku nak pi interview depa pulak (Dekan-dekan perubatan & bakal bakal doktor penyelamat dunia) mengenai H1N1 …. Ada usaha ka, Doc??? atau nak buat bengkel/ seminar saja??? Bla bla bla bla...

p/s: takkan nak suruh orang grafik buat vaksin kot??…. ambik epal hijau buat jus boleh lah!!

p/s: Doc, kita nak tunggu vaksin dari U.S. tu ka? Awat, budak2 kita tak bleh buat???


p/s: eh, Doc, negara kita adalah Top Ten (ranking ke sembilan) wabak H1N1.... tau kan, Doc??



FAKULTI-FAKULTI PERUBATAN MALAYSIA…… BANGKITLAH!!!!!...WORLD!!!!... oppss... Malaysia dulu lah kot...

14 comments:

k4rna said...

Masalah diorang satu jer, Bos. Memanglah diorang belajar 'sains' @ 'scientific science' tepatnyer, tapi cubalah tanyer berapa banyak daripada pelajar-pelajar sains ni yg betul-betul paham akan azas falsafah sains?
mcm2 experiment dah dibuat oleh mcm2 fakulti sains dan teknologi, suma buat inovasi, invention, but we forgot to learn how to 'anticipate' the un-expectable.
All the way to study science & technology is to show off, yet not to become wiser. Virus flu ni adalah diantara mahkluk Allah yg paling 'ancient', lasak, dan susah nak dimatikan (almost impossible).
Vaksin tu tak membunuh, tapi setakat menjinakkan virus tu jer. just my 2 cents.

Anonymous said...

ke diaorang ni tak belajar matematik dan sains menggunakan Bahasa Inggeris (PPSMI)??? hahaha...

amer zaman said...

meh buat doku jom..
ala-ala farenheit 9/11

SipuTSeduT87 said...

kalu setakat mencegah, xpayah masuk uni pun xpe...
tu haa yg kat kampung.. yang bodoh n xbijak pandai tu pun reti pakai "topeng" n pegi jumpe doktor kalu demam.

Aidi Rahimi Ibrahim said...

k4rna: yes, falsafah is one thing. tp etika patut difahami lebih. paling mudah, tujuan doktor (perubatan) adalah "menyelamatkan nyawa" dan bukan melangsingkan tubuh semata-mata.. virus takpa klu jinak, sekurang2nya tak 'baham' manusia..;-)

Anon: org dulu2 buat herba pun tak blajar tinggi, tapi boleh.. semoga Doktor2 ni humble sikit menggodam ilmu demi nyawa manusia2.

Amer: abg memang cadang nak buat Doku....huhu.. Terjah!!.. sebab marah..(Angry)..

Siput: betoi.. budak tadika pun tau pakai topeng muka..;-)

SarjaN yO said...

medic student,klau tahu diri tu rendah gak,jgn asyik kutuk art student...

Aidi Rahimi Ibrahim said...

SarjaN yO; medic student amat penting bila kita dah tua atu sakit.. sapa lagi, depa yg akan jadi Doktor nanti. Cuma sy pertikaikan PRAKTIKALITI dan fungsi fakulti2 medic, semoga depa bingkas BANGKIT berdasarkan wabak ini,TOLONGlah bangsa Malaysia yg terdiri dari anak2 kecil, wanita2 ngandung, org tua2 & org2 berisiko tinggi... Buat VAKSIN... jangan dok tunggu nganga nak BELI vaksin dari luar saja... ikhtiar & buat VAKSIN....

eh, bila pulak depa kutuk art student, bro?

maPieCeoFarT said...

setuju dgn k4rna...mmg ada segelintir (nota: bkn semua) plajar jurusan kritikal ni scr umumnya tp t'masuklah di bidang perubatan, diorg mmg x 'master' dgn bidang diorg sendiri, mcm mana nak beri sumbangan kpd negara... ini b'dasarkan pengalaman sy sendiri... masa nak ambil MUET dulu, sy b'kenalan dgn segolongan diorg ni...mmg diorg mengaku susah nak faham benda yg diorg belajar...puncanya, medium komunikasi bahasa Inggeris buat diorg susah nak faham apa yg diorg belajar...even untuk MUET pun diorg risau x dapat excel... so, x payah tanya la mcm mana diorg nak contribute kalau dah benda belajar pun diorg xdpt nak faham... hurm...

Aidi Rahimi Ibrahim said...

maPieCeoFart; maksud k4rna sebenarnya adalah penghayatan falsafah sains; secara asasnya untuk manusia (kemanusiaan) tidak ada kaitan dgn "master" sesuatu bidang.. "mastering" adalah pengtauliahan untuk bleh buat kerja. Betoi, kita hanya pentingkan inovasi, invention, "but we forgot to learn how to 'anticipate' the un-expectable.".. that's is so/ very true.. sekarang "the un-expectable" telah berlaku...bersama2lah berbalik pada kemanusiaan tersebut.. must "anticipate"-kan diri kita dalam perkara ini..SERIOUSLY..jgn kata kita 'x-master' bidang tu.. anda dah ada "access" utk guna tools yg berjuta tu.., buat..

Soal bahasa tak timbul; apa yang kita perlukan adalah VAKSIN.. traditional or not a medicine is to cure, to prevent etc..apa bukan nak buat itu juga perlu dari sumber alam?.. abis tu, beli perlatan berjuta tu nak buat apa?..buat pameran??..iskk..

Once, u r a student (BIDANG APA PUN), tools/ alat telah disediakan.. buatlah, apa tunggu lagi?.. nak atu tak nak je..otak ada, guna.. kerjasama.. selidik.. selamatkan!!..;-)

Si Pekik A.K.A Si Pekak said...

C'mon..ni semua taktik nak jual vaksin. Vaksin da ade, cuma diorang (read:big kapitalis) simpan..Tunggu ledakan kedua, akan lepaskan virus lagi after raya!

Aidi Rahimi Ibrahim said...

Si Pekik; pasal tak nak harapkan Big Kapitalis Tamak Gila tu yg kita perlu come up dengan kite punye Vaksin.. so, lepas ni ledakan berapa kalipun kita dah ada Vaksin kita sendiri..;-)

pstt.. 'Dettol' tu produk sapa?.. isskk, aku pun terpaksa guna jugak..hmmm..

Anonymous said...

faculty perubatan manakah yg cik maksudkan ni?

Aidi Rahimi Ibrahim said...

Anon, seperti yg tertera pada tajuk posting ini..;-)

Anonymous said...

doktor hanya kerja di hospital, dan yang kena buat research segala bagai yang anda semua mahukan itu wajar dilakukan oleh saintis atau graduan yang mengambil pengkhususan dalam bidang virologi.. ataupun medical saintis, tapi di malaysia belum ada term medical scientist itu. tak bolehlah nak salahkan doktor untuk semua. doktor kerja dah banyak di hospital, ni nak suruh buat kajian semua lagi? habis bila doktor nak tidur? bila kami nak tengok astro sambil tergelak2 dengan anak2 tercinta yang hanya dapat dilakukan dengan jarang sekali oleh para doktor.. tolonglah faham.. jangan membabi buta menghukum tanpa mengetahui task doktor yang sebenarnya... terima kasih