Tuesday, April 7, 2009

SITI ZAINON ISMAIL : PAGI

Salam dan selamat pagi semua, semalam saya telah terjumpa semula sebuah sajak dan lagu puisi karya Siti Zainon Ismail yang ditulis pada tahun 1983 bertajuk ‘Pagi’. Harus di sini saya kongsikan bersama semua. Sajak ini telah dilagukan oleh kumpulan Suarasa, Unit Kebudayaan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, pada tahun 1997.


PAGI

Ingin sekali
Aku bangun waktu pagi
mendengar suara nyanyi burung
mendengar pesah siulan angin
merenung desah

Ingin sekali
ku bangun waktu pagi
mendengar detik embun gugur
menghayun kabus dalam samarnya
megah tanpa cahaya

C/O-
dan betapakah indah hidup ini
kiranya waktu hanya pagi
kan segar tiadakan luntur
tanpa iri hati
dan dendam manusia

Ingin sekali
ku bangun waktu pagi
duduk bersila di tengah kota
tanpa manusia
bergegas pantas memburu waktu

C/O-
dan betapakah indah hidup ini
Kiranya waktu pagi
kan segar tiadakan luntur
tanpa iri hati
dan dendam manusia.


Siti Zainon Ismail/ Aziz Bakar
1983 Tasik Ampang




----------------------------



bersama Prof Dr Siti Zainon Ismail
(4th March 2009/ Majlis "Sepetang bersama Sasterawan")

6 comments:

HajarAznam said...

ya saya suka sajak2 siti zainon ismail walaupunn pada awalnya saya hanya mengenali beliau dari lukisan2nya. Saya juga aktif menikuti buku2 yang dijual di galeri melora. En. Aidi sajak di bawah ini adalah karya S.Zainon yang paling menyentuh hati saya...

MAK MENJAHIT

abah tukang besi
dibengkel kereta api
gaji kira hari
mak pun haru cari rezeki sendiri
ambil upah menjahit
baju kurung Mak Alang
kebaya Mak Uda
Siti kecil jua dapat baju baru
sisa kain dan perca

mak reka macam-macam gaya
kalau berjalan ke kota
tidak sangka kami dari lorong kampung
mak berkebaya lekuk dada
berkain batik wiron
siti beraun kembang pita di kepala
selalu siap melenggang
dari lorong kampung
ke ibu kota
lalu depan Coliseum
singgah di kedai Majid beli benan bulu
masuk Robinson mak ari benang sulam
lalu makan dikedai Pak Dolah Minang
nikmati sedapnya daging rendang
kami pulang petang berhati riang!



selepas baca sajak ini berulang kali perasaan masih terasa tenang... :)

SITI ZAINON ISMAIL said...

a aidi, lagu ini juga sudah dirakam oleh kumpulan dari Sarawak
dinyanyikan oleh Junaidah Solehan. Tapi sayang kurang promosi. Kemudian dinyanyikan juga oleh Allayarham Rafeah Buang dan Junainah M Amin selalunya dalam acara santai petang puisi sepanjang tahun 1990an dulu ...tapi hilang begitu saja.

Hajar, saya tengah menyusun puisi kanak-kanak dalam koleksi Katak si Katak Lompat. Tapi penerbitannnya tengah cari penaja. Kalau DBP harus tunggu 4-6 tahun....Siri puisi Wanita Ratu sudah terbit eceran setiap bulan dalam majalah Dewamn Sastera. Selamat membaca puisi-puisi sederhana saya ya.

Aidi Rahimi Ibrahim said...

terima kasih prof kerana sudi menjenguk singgah.

akan saya maklumkan pada Hajar jua.

:-)

HajarAznam said...

Prof sajak sederhana anda itulah yang buat saya setia ingin terus membaca dan menyelaminya kerana bahasa yang sederhana itu penuh keikhlasannya :)

mknizzuan said...

sajak emak menjahit tu terbitan tahun bila dan dari antologi puisi apa? saya tgh buat kajian tentang puisi siti zainon ismail....sajak emak menjahit ni memang best....

Aidi Rahimi Ibrahim said...

NIZZUAN: menurut Prof Siti Zainon, sila rujuk buku 'Kasih Bonda Kampung Paya Kami,DBP,2009. Itulah maklumat yang saya dapat.