Thursday, March 5, 2009

SEMAN: diskusi selepas tayangan

Tersebutlah kisah pada
4hb March 2009 di Puncak Perdana tinggi tempatnya,
Filem ”Seman” ditayangkan
Karya Pengkritik filem tersohor iaitu Mansor Puteh namanya, Maka sekian penuntut ilmu filem hadir dengan sekian ramainya memuji filem hebat itu....Filem mendahului zaman, Filem baik
Filem menongkah arus, Filem bagus, Filem Mansor Puteh itu bukan filem hitam.
Hebat sungguh filem itu, Hebat sungguh pengarahnya,
Hebat sungguh pelakon utamanya...Baik baik belaka, tidak ada yang tidak baik.... Sekelian alam menjadi bunga-bunga yang kembang mekar pada malam itu, menyeru manusia berfikir supaya tidak ketinggalan zaman?
Nasir Jani berkata: "We are thinkers" Yang tak faham itu adalah proses berfikir; demikian kurang lebih kata kata Mamat Khalid dan Hassan Muthalib. Tatkala malam menjadi larut, pulanglah semua para penuntut ilmu filem itu sambil mungkin berfikir;..hmmm..”membuat filem untuk penonton berfikir..” kebetulan di sebelahnya pesta pop berkumandang... ..hmmm..”membuat filem untuk penonton berfikir..”


Sekian, terima kasih; segala puji pujian bagi Allah.
Jangan lupa tonton CSI Miami..fikirlah, insyaAllah
Salam. Amin.

14 comments:

Ajami Hashim said...

saya kadang-kadang 'berfikir' masa beratur nak beli tiket jer! best ker tak best filem yang bakal ditonton?

ahahaha..

Aidi Rahimi Ibrahim said...

bro Ajami, apa pong..kita kena kata BEST sb bukan senang nak buat filem oooo!!,.. lepas abis tengok baru kita 'berfikir'; berbaloikah tiket yg dibeli itu, sb ada gak penonton yg pi tengok filem sb tak nak 'berfikir'. CSI Miami: Siapa bunuh Haratio?

Unknown said...

horatio mati?bia btl...

alamak...lame x tgk...adoi....

sape bunuh?????

erm....

honestly sy xpaham sgt tgk seman...serabai la...mcm pengarahnya....hahahaah

Pyanhabib said...

Kembara... Seniman Jalanan akan lepak sekejap kat panggung colesium 28 mac nanti, pukul 12 tengah hari. datanglah.
(apa-apa hal, cari ajami, ha!)

Aidi Rahimi Ibrahim said...

brader Pyan,.. orait 28Mac..Panggung Colesium..best!, dah 18 tahun gua tak lepak kat situ. InsyaAllah.

brader Pyan, terima kasih krn lalu kt blog gua lagi. Pintu blog gua sentiasa terbuka utk lu..:-)

Aidi Rahimi Ibrahim said...

fariziskan,

CSI MAIMI : last season Horatio kena tembak kt airport, masa tu anak dia Kyle masuk jail, abis setakat tu je episod last, then long shot Horatio tertarap berlumuran darah mata terbeliak- then, fade to black. Mati kot! kot!.Mungking geng Brazil tu kot yg debik(kaput!) dia pasai dendam, mungking bini lama dia kot, mungking boyfriend bini lama dia kot...lu 'pikir'lah sendiri!!..hehe.

SEMAN : bro, jgn cakap gitu kecik ati pengarah dia dengar. Seman memang dibuat sebegitu. Teori montaj, justapoksisinya yang berbagai (verite/varity), angle/ cam shot etc. Mansor cuba lari dari konvensional kebanyakkan, hanya org baca filem paham ler, mungkin Yusof Haslam faham kot..hehe.. honesty, bagi sy; SEMAN adalah hasil EKSPERIMENTAL yg boleh di'fikir'kan..cinema verite, avant garde gitu.. pada kita(yg faham filem) dan itu ayat-ayat 'escapism'(sy yg kurang ilmu filem) yg boleh sy katakan..utk keterangan lanjut tanyalah Z. Lokman, insyaAllah...hehe :-)

Aidi Rahimi Ibrahim said...

Alhamdullilah, pada malam tayangan SEMAN itu; banyak antara kita yg bercakap, bersoal dsb.(aku jaga audio visual kat belakang jer/ xboleh bercakap). Ini membuktikan bahawa kita tidak kedekut ilmu, sanggup berkongsi pendapat/ ilmu..hmmm, walau banyak yang memuji muji filem itu, meletup letup mcm bunga api dan air-con kuasa kuda di pancarkan pada filem SEMAN. Alhamdullilah.

Jim. Heris said...

bila nonton 'seman', aku terus teringat nordin kardi yang sekarang jadi kepala UUM, sintok.

alalala

Unknown said...

wah....en aidi...ada copy csi : miami season latest x?kalo ada nak..hehehehehe


saya ni jenis lambat nak paham..sebab tu serabut jer tgk SEMAN...bile ada talks mcm tu br la terbuka skit minda sy...hehehehe

julie said...

-huhu miss utk tengok citer SEMAN tu but dh dpt tau citer tu.....menonton filem untuk berfikir atau menonton filem untuk hiburan ..semua tu terletak pada penonton....xsemestinya filem yg boxoffice itu filem terbaik dan x semestinya filem yg xde penonton tu filem yg buruk....depend on ur own self....
- ayak br tau ke haratio mati...wawaawa my hero......sedey wei...

julie berpesan: en aidi thanks so much bg pinjam studio untuk photoshot ptg td erk.....

Unknown said...

saya dh tgk episod after horatio kene tembak...

dia x mati...just berlakon jer....


haahaha...

konspirasi nak tangkap musuh dia...


heheheeh....horatio caine its alive!

Aidi Rahimi Ibrahim said...

Mohammad Hariry; yup, Dato' Nordin Kardi, masa tu dia muda lagi...encem, hehehe. Suara x berubah macam la. BTN? dulu SMN..
:-)

Aidi Rahimi Ibrahim said...

fariziskhan:---:-0, horatio tak mati?... good...ada "falsafah" tu!
nanti bg pinjam CD tu kat abg, bleh?

Lagi pong, horatio memang geliga.
"HORATIO" nama pong...:-)

Aidi Rahimi Ibrahim said...

julie; i agree wit u "xsemestinya filem yg boxoffice itu filem terbaik dan x semestinya filem yg xde penonton tu filem yg buruk"...

dan..sy tambah; kejayaan sesebuah filem jgn hanya diukur dari segi penjualan tiket jerr..hehe..:-)

SEMAN berjaya membuat saya berfikir, tq Mansor Puteh... tq Hassan Muthalib, Abg Mamat Khalid, Nasir Jani, Norman Yusoff, Ares & everybody...thanks a lot. Malam tu memang berbunga bagi saya...:-)