Thursday, March 12, 2009
NOTE
FILEM TALENTIME: SURAT NOSTALGIA PADA YASMIN AHMAD

- TALENTIME (2009) Arahan Yasmin Ahmad -
Kepada Yasmin Ahmad
Assalamualaikum Kak Min,
Kasih saya pada Kak Min tumbuh semasa ”Rabun” bersama bersahabat dengan kawan kawan ”Sepet” sehingga saya berjumpa ”Mohsin” semasa bermain di tali air tepi sawah dahulu walaupun saya ”Gubra” berhadapan dengan masa depan saya sekarang.
Semalam (10. 03. 2009) saya telah menyaksikan filem Kak Min yang bertajuk ”TALENTIME” di salah sebuah dewan universiti di Selangor. Saya bersyukur kerana dapat menyaksikan filem tersebut. Saya terbayangkan wajah wajah dan memori bersama Chee Kong, Julian, Jevaa, Sri Saravana, Patrick, Jamil, Azny dan rakan rakan lain di sekolah ini. We made a great team in scout, ping pong, tennis, thearter and other activities. Anyway, filem Kak Min itu (Talentime) telah menampakkan lebih dari filem filem Kak Min sebelum ini. Maksud saya dari persoalan cinta itu sendiri; cinta dalam Talentime melepasi dari garis sempadan bangsa iaitu cinta antara insan ”cacat”(cacat pendengaran) dengan gadis inter-racial. Agak gundah saya merasai bagaimanakah cinta itu dapat dilafaskan dalam ”sunyi” tersebut. Ternyata Kak Min berjaya membuatkan saya rasa ”perit” untuk dilafaskan yang cintanya berbunga dari dalam diri kepada gadis yang boleh dianggap perfect tersebut. Bayangkan cinta seorang yang pekak kepada seorang gadis yang sempurna, berbakat dan cantik itu. Terima kasih Kak Min. Ini juga mengingatkan saya pada seorang gadis Inggeris (yang mengikuti ayahnya berkerja di Malaysia) kerana saya sering berbasikal di hadapan rumahnya untuk ”mengorat” gadis tersebut.
Sebelum ini Kak Min menyampaikan implikasi cinta itu berdasarkan ”cinta semasa tua/ plight of the old” dalam filem Rabun, kemudian ”inter-racial love” dalam filem Sepet, kemudian dalam filem Gubra adalah pemaparan ”cinta sesama bangsa dan cinta nostalgia”, dan dalam filem Mohsin Kak Min menyampaikan ”cinta kanak kanak” dan kali ini 2009; ”cinta antara..... deaf? unfourtunate dengan perfect beings” dalam filem Talentime. Kak Min berjaya, alhamdullillah. Selepas ini ”cinta antara apa pulak?....”. Tahniah Kak Min. Gambaran cinta Kak Min amat bermakna dan pelbagai dan saya tidak pernah jemu menonton filem filem Kak Min.
Saya terus terpaku untuk terus melihat filem ini hingga ke akhirnya. Saya pernah ujibakat talentime di sekolah dahulu malangnya telah disingkirkan oleh panel panel cikgu penilai bakat. Mereka kata ’pitching’ saya lari semasa menyanyikan lagu ”Karma-Carmeleon” (Boy George/ Culture Club) dan lagu Wham! ”Careless Whisper”. Gitar tong bersama baju Melayu dan berketayap juga sering saya lakukan selepas solat di hadapan rumah, kadang kadang ibu marah kerana masih melepak dekat tembok semasa senja. Babak itu menyerupai dalam filem Kak Min itu pada situasi ini. Bila saya kesedihan, masjid atau surau menjadi tempat persinggahan. Memang ada dalam ”Talentime”.
Kak Min, ”Talentime” memang rapat dengan saya; rumah murah, goverment quarters, sekolah, hall sekolah, assembly, muzik, baca sajak, pekan, cikgu gemuk, cikgu kelakar dan.... FIAT 600 !!!! iaitu kereta merah kecil dalam filem itu. Ibu saya memiliki kereta ini (warna biru), dan itulah kereta yang saya cuba bawa walaupun masih belum ada lesen lagi pada waktu itu. Tak sangka ya, FIAT 600 masih ada hingga sekarang. Perkara yang ibu saya sering katakan pada saya semasa dia dimasukkan di hospital (semasa kakinya terpijak masuk jarum jahit) adalah;... ”jangan lupa sembahyang”.
Sebelum saya mengakhiri celoteh surat ini; SHOT penghujung tersebut amat bermakna; tentang ruang. Ruang yang perlu diisi, bangku sekolah yang tersusun; semua sama, kita yang perlu mengisinya untuk anak anak kita di masa akan datang tanpa mengira bangsa, agama atau berlainan fahaman, insyaAllah.
Sekian terima kasih,
Wassallam
Aidi Rahimi Hj Ibrahim
12. 03. 2009
--------
p/s:- WHY AM I WRITING LIKE THESE:- That film is so close to me, very very close to my past before the invasion of Rock.
p/s:- Yasmin Ahmad, you bring back my youth during that viewing (Talentime) I m trapped in time… I m in my late 30’s now. Thanks a lot, Yasmin…:-)
Your LOVE is very BIG...Universal. I really need to watch this film again, again, again & again.
-------
Salinan surat ini kepada:-
Semua kawan kawan, bloggers, peminat filem, orang orang dari berbagai bangsa (Bangsa Malaysia). Peace...:-) TONTON TALENTIME, rugi kalau tak tonton.
Masterpiece Yasmin Ahmad.
-----
Wednesday, March 11, 2009
Thursday, March 5, 2009
SEMAN: diskusi selepas tayangan
Tersebutlah kisah pada
4hb March 2009 di Puncak Perdana tinggi tempatnya,
Filem ”Seman” ditayangkan
Karya Pengkritik filem tersohor iaitu Mansor Puteh namanya, Maka sekian penuntut ilmu filem hadir dengan sekian ramainya memuji filem hebat itu....Filem mendahului zaman, Filem baik
Filem menongkah arus, Filem bagus, Filem Mansor Puteh itu bukan filem hitam.
Hebat sungguh filem itu, Hebat sungguh pengarahnya,
Hebat sungguh pelakon utamanya...Baik baik belaka, tidak ada yang tidak baik.... Sekelian alam menjadi bunga-bunga yang kembang mekar pada malam itu, menyeru manusia berfikir supaya tidak ketinggalan zaman?
Nasir Jani berkata: "We are thinkers" Yang tak faham itu adalah proses berfikir; demikian kurang lebih kata kata Mamat Khalid dan Hassan Muthalib. Tatkala malam menjadi larut, pulanglah semua para penuntut ilmu filem itu sambil mungkin berfikir;..hmmm..”membuat filem untuk penonton berfikir..” kebetulan di sebelahnya pesta pop berkumandang... ..hmmm..”membuat filem untuk penonton berfikir..”
Sekian, terima kasih; segala puji pujian bagi Allah.
Jangan lupa tonton CSI Miami..fikirlah, insyaAllah
Salam. Amin.
Thursday, February 26, 2009
SCREEN TALK SRI LANKAN CINEMA
Friday, February 20, 2009
IBRAHIM DALAM KENANGANKU

(IBRAHIM HUSSEIN, painter/ artist)
“Beside the dark cloud, there is always a silver lining”
(IBRAHIM SAAD wrote to Aidi Rahimi in Brunei 1992)
Kebetulan nama IBRAHIM itu adalah nama bapaku, kebetulan warna kulitnya hampir sama dengan ayahku, kebetulan senyumnya hampir sama dengan ayahku, kebetulan umurnya hampir sama dengan ayahku (ayahku = b. 1937, Ibrahim Hussein = b. 1936), kebetulan dia (Ibrahim Hussein @ Ib) pernah menjadi inspirasiku untuk melukis, kebetulan ayahku juga boleh melukis, kebetulan bentuk muka mereka hampir sama, kebetulan ayahku dan dia dilahirkan di Kedah, kebetulan aku dilahirkan di Kedah, kebetulan pulau kegemaranku adalah Langkawi dan Galerinya di Langkawi, kebetulan dia meninggal dunia hampir setahun setelah ayahku meninggal dunia. Kebetulan ayahku pernah sampai ke kota London begitu juga dengan Ibrahim Hussein, kebetulan semalam aku update status aku dlm FaceBook: Aidi bin Ibrahim, Aidi Ibrahim. Kebetulan setelah selesai mandi semalam, BRTV memaklumkan kematiannya, aku tergamam. Kebetulan itu juga aku memandang potret ayahku bersebelahan peti TV. Aku bertafakur. Al-Fatihah, buat Ibrahim dan Ibrahim.
Tahun 1988, aku tidak dapat melupakan pertama kali melihat lukisannya “My Father & The Astronaut”. Secara live, karya agung itu berada di hadapan mataku, di Galeri Balai Senilukis Negara, K.L. Kerana inspirasi inilah aku cuba memahami karya agung tersebut. Kenapa dikonflikkan antara dua subject matter yang terkandung dalam karya itu. Kenapa ada gambar FATHER tersebut? Aku mula berfikir tentang banding beza budaya, peradaban dan Melayu. Pemikiran metafora Melayu. Hanya dengan sekeping lukisan karya Ibrahim Hussein @ Ib. Timbullah di situ aku sudah mula berbicara tentang lukisan, tentang conceptual art, impressionist, surealism dsb. bermula dengan sekeping lukisan Ibrahim Hussein. Terima kasih Ibrahim Hussein.
Tahun 1989, ayahku telah memberikan aku sebuah kamera dari jenama PRAKTIKA LTL buatan German. Ayahku juga seorang jurufoto, selain dari menjadi guru. Aku mula berjinak jinak dengan fotografi. Memahami tentang depth dan sebagainya. Di situ juga aku berfikir tentang visual, mainan cahaya dan implikasi visual fotografi. Memahami peranan foto kepada masyarakat dsb. Hanya dengan sebuah kamera aku mula melangkah memahami visual. Terima kasih ayah.
Bezanya, Ibrahim Hussein terkenal serata dunia dan ayahku dikenali hanya di peringkat negeri. InsyaAllah, selepas ini akan aku ilmiahkan Retrospektif Ibrahim Saad dalam Fotografi. Kedua dua mempunyai pemikiran visual. Namun aku kemurungan, aku sedih kerana belum sempat aku berjumpa Ibrahim Hussein, beliau telah kembali ke Rohmatullah, belum sempat aku membuktikan pameran seni solo-ku, Ibrahim Saad telah kembali ke Rohmatullah. Semoga roh mereka dicucuri rahmat. Sama kita doakan Al-Fatihah kepada mereka. Al-Fatihah.
Ibrahim Hussein (1936 - 2009)
Ibrahim Saad (1937 - 2008)
Friday, February 13, 2009
SEMBANG ZAMAN ROCK, TEATER DAN VOLKSWAGEN MERAH (SECARA RINGKAS, SEBAB HIDUP INI SINGKAT)

1987, zaman kegemilangan Rock, zaman Search, Ramli Sarip dan Blues Gang. Aku masih di bangku sekolah menengah. Pada ketika itu kumpulan teater juga tumbuh mekar bagai rerumpun di padang ragut. Kumpulan teater yang pertama aku sertai telah membawa aku mengenali erti pentas dan anak pentas. Tidak ada isu yang lebih penting untuk dibawa selain dari seni, seni dan seni. Seni aku pada masa itu terlalu luas, seperti lautan yang tidak bertepian; aku boleh melukis, berlakon (teater) dan aku mampu berpuisi. Aku nak jadi SENIMAN. Dasyatlah konon! Seniman pada umur 17 tahun. Oh ya, aku juga nak jadi Rockers, lalu segala ilmu chord dan bass didalami sedalam dalamnya hingga tertubuh kumpulan gitar kapok yang sering jamming dekat tembok tepi sekolah rendah. Ada masanya, dikejar oleh orang kampung kerana tak balik rumah pada waktu senja. Jujur aku kutu, aku pernah jadi kutu (bukan katak). Aku bangga pernah jadi kutu. Rokok sebatang boleh share seramai lima orang. Masa tu. Aku peduli apa, aku nak jadi macam Roger Glover (Deep Purple), John Taylor (Duran Duran) atau setidak tidaknya Steve Harris (Iron Maiden). Kebanyakkan konsert Rock & Blues di K.L. aku pergi, balik cerita kat orang kampung yang aku duduk depan stage. Kumpulan BlackFire dari Perlis juga aku minati pada masa itu selain SYJ Ipoh. Terliur tengok Julian (Blues Gang) goreng gitar depan mata aku. Peh! Dashyat! Filem ”ROCK” (Mamat Khalid) tu ada sedikit sebanyak mengembalikan nostalgia. Aku ketawa melihat diri. Thanks Abg. Mat.
Namun cita cita nak jadi Rockers (Bass Guitarist) tidak kesampaian apabila ahli ahli band aku ada yang melanjutkan pelajaran, kerja gomen, buat bisnes dan ada yang masuk geng dakwah. Ditambah memang aku tak terrer jadi musician/ bassist. Aku masih tak insaf. Aku join pula Teater. Apa itu Teater? Berlakon. Aku nak jadi pelakon, pelakon pentas. Tapi glamour bukanlah ukuran. Aku nak berteater. Mendalami pula teater. Dah mula start menulis skrip teater. Di situ aku kenali siapa Dinsman, Hatta Azad Khan, Krishnen Jit, Shakespeare, Nordin Hassan, dan lain lain. Aku nak jadi penulis skrip teater... pulak dah! Aku masih nak jadi SENIMAN, dan harus simpan rambut panjang, misai dan janggut macam A. Samad Said, berjabang macam Dinsman, tapi tak nak handsome macam Hatta Azad Khan (walaupun meminati kesemua karya pentasnya), aku nak jadi Latiff Mohidin (yang lengkap segala seninya bagi aku). Di situ aku mengenali karya karya radikal yang terkandung unsur unsur eksistentialisma, patriotisma dan berbagai lagi. Aku juga nak jadi penulis puisi..pulak dah! Syukur, karya pentas pertama aku dipentaskan pada tahun 1988 di peringkat kampung je yang bertajuk ”Niman”, cerita seorang pelukis.. memang ada kaitan dengan hidup aku sebab aku memang pelukis sampai sekarang. Thanks Cikgu Shariff Shaary kerana bagi galakkan dan membancuh pemikiranku dengan fahaman Jean Paul Sartre dan Soren Keikergard.
Aku juga berpuisi di kampung dan K.L. Pernah menyertai himpunan penyair Malaysia tahun 1988 dan tengok Pyanhabib berpuisi kat Central Market. Aku masuk Institut pada tahun 1989 dan berlakon teater dalam KoKurikulum Kebudayaan. Masa terus berlalu, tanpa aku sedari. Berbagai pameran lukisan aku sertai di Utara Malaysia dan ibukota. Melukis memang ’niche’ aku sehingga kini. Pada masa yang sama lagu kumpulan Kopratasa iaitu ”Pelukis Pinggiran” masih berkumandang. Dengan rambut panjang, hanyir peluh aku melukis di jalanan Pulau Pinang di tepi pantai. Pelukis jalananlah konon, aku suka lifesytle yang begitu. Bebas, freedom and peace, macam hippies tahun 70an.
1992 - 1995, cerita panjang: aku kerja kat K.L & Brunei. Jadi photographer & graphic designer. Panjang sangat cerita tu. Ada yang sedih dan trajis. Terlalu cintan cintun. Tak payahlah, lagipun tak ROCK sangat!
Rock tetap Rock! Rambut panjang (tak lah panjang sangat, sering dimarahi bonda), namun aku masih boleh berlakon teater. Petang pergi lepak kat studio jamming (jadi pengikut/ sessionist je, band dah tak ada), malam pegi praktis teater. Sehinggalah aku dinobatkan sebagai pelakon teater terbaik pada tahun 1995 dan 1997 peringkat kampung. Dialog watak Adam (Bukan Bunuh Diri/ Dinsman) masih aku boleh hafal hingga sekarang. Jeng, jeng, jeng, pada tahun 1998, skrip teater aku dipentaskan di sebuah universiti di ibukota bertajuk ”2994 A.D.” dan mendapat skrip teater terbaik dengan hadiah RM 100.00 (banyaknya!).
Volkswagen merah (model tahun 1966). Oh ya, kereta pertama aku (1995 - 1997) dengan hanya harga RM 1500.00 dibeli untuk menjadi ”cult car” pada masa itu. Join kelab Volkswagen, habis beli buku pasal kereta tu, cat baru warna turbo red. Ke hulu hilir hingga tercabut tayar hadapan kerana tak pandai maintain. Habis berbelanja sampai RM 8000.00 modified kemudian dijual kembali dengan hanya RM 2000.00 pada seorang cikgu sekolah. Kereta itu juga menjadi nostalgia terindah bila berjumpa kekasih hati (sekarang bini aku). Terpaksa dijual kerana nak kahwin. Hehehe.
1999 - sekarang, cerita panjang: aku sambung study, study (belajar filem), sambung kerja, study, kerja, kerja. Terlalu ilmiah. Lain kalilah sembang.
The moral of the story; Hidup ini singkat, nak jadi macam macam, nak buat macam macam, sampai bidang aku pun banyak cabang. Nak cerita pun banyak, sampai tak tersusun. Haram tak glamour pun. Saja berkongsi pengalaman ngan kalian. Tak komen pun tak apa, tak ambik hatilah. Sekian.