Showing posts with label teater. Show all posts
Showing posts with label teater. Show all posts

Tuesday, March 2, 2010

Dependensi Skrin (pada Teater)


Salam untuk semua,
Mana2 sekarang ini, dalam pementasan teater atau seni pentas, semakin berleluasa wujudnya LCD projector yang dipancarkan pada belakang pentas (backdrop). Ini adalah satu ’kemajuan’ dalam bidang teater khasnya. Saya telah beberapa kali menonton persembahan teater semenjak akhir2 ini, boleh dikatakan kesemua persembahan2 itu tidak melupakan kepentingan Seni Skrin/ Screen Technology ini. Syabas.


Sungguh pun begitu, secara peribadi-nya; saya merasakan satu bentuk distraction/ interference/ gangguan bila teknologi ini diguna-pakai dalam pementasan (terutamanya; dari mula hingga akhir). Bukan saya me-label-kan diri saya sebagai seorang yang purist, naturalist, minimalist etc.. bukan begitu, tetapi saya lebih terarah (fokus) untuk melihat karekter/ watak dan penceritaan yang dipentaskan... saya mahu penumpuan saya adalah pada para thespian yang beremosi/ beraksi di hadapan saya.. sekurang2nya, itulah cara saya melihat teater. Memang, memang bidang saya juga adalah New Media dan Skrin dan seharusnya saya meraikan ’kedatangan’ aparatus New Media ini; tetapi atas dasar ”gangguan” yang wujud di belakang (backdrop) itu, membuatkan saya lebih tertumpu untuk melihat 'footage’ yang dipancarkan.. kerana, pancaran imejan tersebut jauh lebih besar dari para thespian yang beraksi.. logiknya skrin itu besar, bukan?..;-) Kadang2 penggunaan footage dari sumber2 lain agak keterlaluan (durasi yang lama/ panjang) lalu secara tidak langsung mengajak audien melihat ’warta berita/ dokumentari’ pada LCD berbanding dengan ’persembahan’ aktor2 atau suasana pentas.. mungkin ini saya mempertikaikan "Dependency” tersebut.. bergantung harap kepada teknologi skrin... adakah kita dependent pada skrin... untuk penceritaan dalam persembahan pentas tersebut?..;-) Usaha koloborasi skrin ke atas pentas setidak2nya menampakkan ”kerjasama” antara yang pemahir bidang video/ skrin dan para bakat pentas.. ini ok bagi saya, good..;-) ... sekurang2nya dengan adanya "alat bantuan" seperti LCD projektor ini akan memberi "mood" pada pementasan, bukan?...;-)... New Media rules!!.. shortcut a.k.a. jalan mudah...;-)

Saya tidak menentang/ menolak penggunaan LCD Projektor yang semakin ’berleluasa’ pada dunia teater ini,.. cuma dependensi ini menggugat kepercayaan saya bahawa penonton menonton pelakon, penonton terarah menonton rakaman pada LCD/ background.. itu saja...;-).. mungkin ada yang berkata pada saya; ”zaman anda ber-teater dulu, LCD projektor tak ade, dunia dah berubah..”, lalu mungkin saya menjawap; ” you are right, saya pelakon kampung yang dah pencen dan tidak terdedah pada teknologi itu lagi, dan kami dilatih untuk mem-"visual-"kan latar tempat, masa dan kejadian.. dalam lakonan..”.... ;-).. kolobrasi antara skrin dan teater haruslah dirayakan.... selalu?...hmmm...;-).. sehingga menjadi kebiasaan..;-) Marilah kita sama2 meraikan 'kedatangan’ "teknologi skrin pentas” ini dengan hati yang terbuka, kerana kita tahu kecanggihan lain2 seni pentas sekarang ini bukan sahaja pelakon yang boleh berlakon tetapi juga kuda dan kereta racing/ drift juga depa bawak naik atas pentas... mungkin lepas ini gedabak keretapi atau jet pejuang juga mampu naik atas pentas.. fuyooooo, canggih!!, silap2 kain tirai pentas juga boleh berlakon.....;-)

p/s: masih berpegang pada "Theater is about Acting, ‘self- expression’”..peh..;-)

p/s: apa yang penting adalah content (isi kandungan), walaupun secanggih mana sekalipun teknologi yang digunakan..;-)... teruskan berkarya dalam cara apa sekali pun, ini hanya pandangan saya... ;-)

Wassalam.

The dividing line between different art forms – painting, sculpture, installation, photography, performance, and so on – is becoming more and more fluid… These structural changes have been accompanied by a redefinition of the very notion of art…
(Florence de Meredieu. - 2005. page 7. “Digital and Video Art” )

Tuesday, May 5, 2009

MENUNGGU KATA DARI DINSMAN


Salam untuk semua. Saya telah ke persembahan teater monodrama ini pada 2hb Mei yang lalu, kerana hasilnya adalah dari Dinsman, tidak kurang dan tidak lebih dari itu. Agaknya sudah lama saya mengidamkan Dinsman kembali berkarya seperti mana yang pernah saya nikmati sewaktu zaman remaja saya dahulu. Dahulu, saya pernah membaca seterusnya mempersembahkan hasil karya beliau iaitu ”Bukan Bunuh Diri”(BBD) 1974 dan ”Protes” 1972 pada tahun 1995 dan 1997; sekarang saya mendekati pemikiran terkini beliau iaitu ”Menunggu Kata Dari Tuhan”(MKDT) 2009. Terima kasih buat Pyanhabib kerana memaklumkan tentang pementasan ini. Saya sempat bersalaman dan berbual dengan Dinsman sebelum pementasan.

Pertama apabila tiba di auditorium, saya terkejut dengan pemaparan poster MKDT ini. Pelakon berjubah sedang bersimpuh sambil mendongak memohon doa. Jauh bersimpang dari firasat saya, yang mungkin sangkaan bahawa seorang lelaki moden berilmu yang memberontak ’mencari Tuhan’. Justeru itu, saya berkata dari dalam diri; Dinsman telah memberi kata kepada saya bahawa; ”kembalilah”. Sesiapa yang pernah faham BBD, pasti dapat mengakui bahawa MKDT adalah ’taubat’ Dinsman yang terakhir, mungkin. Saya bertafakur sebentar. Ditambah apabila statement secara terangan bahawa text ’Teater dari Hadis Nabi’ terpampang di dada poster.. saya bertafakur lagi sekali. Memang saya akui Dinsman yang saya kenali dahulu telah menemukan saya dengan jawapan yang selama ini saya cari yang terkandung dalam MKDT melalui BBD. MKDT dan BBD adalah monodrama Dinsman.

Memang BBD bukan MKDT, tetapi bagi saya secara peribadi; Dinsman bertanggungjawap (secara tidak rasmi) membajai pemikiran saya dengan fahaman wujudiah, eksistensialisma, absurdism semasa saya masih mengorak langkah sewaktu remaja dahulu. Bersama Cikgu Sharrif Shaary dan Cikgu Ahmad Omar dahulu, saya cuba mengupas ’BBD’ dan ’Protes’ siang dan malam, melihat pemikiran seorang antropologist bersoal tentang kewujudan Tuhan. Sehingga saya menolak sebahagian atheist yang cuba menyogok saya dengan pemikiran Soren Keikergard dan Marxist walau saya sesekali terjerumus dengan Jean Paul Sarte yang auranya masih saya rasakan sekarang..ampun. Mungkin semasa itu, saya ulang ’semasa itu’; saya adalah hasil anak pentas yang radikal memprotes formaliti yang digariskan dalam hidup. Sebagai anak pentas, berteater bagi saya bukanlah untuk jadi pelakon dan bukan gila glamour tetapi berteater adalah memahami naskah, melihat pemikiran dan menambahkan ilmu. Teater lebih suci/ luhur rohnya dari filem bergerak yang telah dimanipulasikan (digodam?) oleh kamera dan editing pada pendapat saya dari dahulu sehingga sekarang, pendirian saya tidak akan berganjak. Malahan kalau diberi pilihan, saya mahu kembali kepada teater. Saya harap Dinsman tidak akan ke filem, demi menjaga kesucian teater ini walaupun pada masa diskusi selepas persembahan ini ada penonton yang mencadangkan agar beliau turut ke filem. Kah kah kah. Walau bagaimanapun, filem tetap penting dalam berkongsi ilmu/ pendapat, kerjaya dan 'car-ma' saya. Saya suka filem,..juga. Fotografi adalah skill saya. Teater adalah ....

Berbalik soal MKDT ini, saya masih terbayangkan BBD kerana salah satu sebab ini ianya adalah kategori (atau genre) monodrama dan saya ’wujud’ atas dasar naskah naskah Dinsman. Mungkin dahulu dalam BBD, Dinsman masih lagi di ambang ’zaman pencarian’, masih teraba raba memahami kehidupan dan saya akui atas dasar kerabaan itulah saya juga menjadi teraba raba sebagai seorang remaja yang belum tentu arah kehidupan dan fahaman seni saya. Tetapi sekarang, Dinsman menyajikan saya dengan MKDT yang perlu saya tendang terajang Keikergard, Nietzsche dan Sarte dan lain lain dari Barat ke tepi dan mendekati Ka’ab bin Malik dan hadith Rasullullah,..insyaAllah. Watak Adam yang pernah saya hayati dahulu dalam BBD dan watak Ka’ab dalam MKDT tetap berbicara dari dalam diri. Bezanya Adam berbicara tentang Tuhan; memprovoke kewujudan, Ka’ab pula berbicara tentang dirinya sendiri yang gagal untuk pergi berperang bersama Rasullullah. Ka’ab rasa bersalah tentang dirinya yang beliau rasakan dayus, penakut dsb. Ka’ab lebih akur melihat kelemahan diri sendiri. Semasa itulah saya terus bertafakur, mengeluh, dan hampir menangis kerana Dinsman (bukan kerana Ka’ab). Sebak ini saya tahan semasa malam persembahan tersebut, dan saya rasakan bahawa Dinsman cuba merungkaikan keserabutan ’pencarian diri’ dan budaya ekistensialism yang menjadi mainan pemikiran saya selama ini; ditambah apabila dialog Ka’ab iaitu;”Aku tetap beriman dengan Allah. Aku tetap cinta kepada Allah. Cintaku kepada Rasullah tidak berkurangan walau sedikit pun. Aku tidak menyalahkan sesiapa. Aku tersilap waktu itu. Aku... aku menyesal, dan aku bertaubat. Aku mengharapkan keampunan dari Allah. Allah maha pengampun, maha penyayang.”.... Secara tidak langsung saya hampir menitiskan air mata pada malam itu, Dinsman telah ’mengajak’ saya ’kembali’. Ka’ab bukan Adam. Oleh kerana itu, tajuk penulisan saya ini adalah ”Menunggu Kata Dari Dinsman”. Memang apa yang ditulis itu hasilnya dari pengkarya, wajah dan jiwa pengkarya. Seorang Dinsman. Akhirnya saya ketemui kata kata dari Dinsman sekarang dan bukan Dinsman pada zaman bohemian dahulu.

Akhirkata, sekiranya dahulu saya pernah memegang watak Adam dalam BBD sehingga dinobatkan pelakon teater lelaki terbaik 1997 (semasa berumur 27 tahun).. tidak mustahil saya juga mampu memegang watak Ka’ab nanti insyaAllah walaupun di usia 40 ini dan bukan kerana award atau piala tetapi Ka’ab telah berjaya ’menjubahkan’ Adam yang teraba teraba tanpa arah. Kepada Dinsman, saya ingin memegang watak Ka’ab dan menghayati Islam dengan lebih kerana Adam telah mengajak saya mendekati eksistensialism. Ka’ab memberikan kekuatan, Adam hidup dalam kelemahan. Adam hidup dalam dosa dan ego; Ka’ab hidup dalam siksaan dan faham kelemahan diri. Adam sesat pemikiran tetapi Ka’ab menuju jalan yang diredai. Pada pendapat saya; fahami BBD dan kemudian baca MKDT, insyaAllah anda akan ketemui ’jalan’ itu.
----

Adam (BBD): ”.... sudah bertahun aku menungguMu, tapi kau tidak pernah memperdengarkan suaraMu pada ku... dan aku masih menantiMu..”

Ka’ab (MKDT):” Wahai Rasulullah, sesungguhnya Allah Ta’ala telah menyelamatkan aku disebabkan pengakuanku yang benar..”

----


Saya tahun 1995 ("Protes": karya Dinsman)

Monday, March 30, 2009

Kadang Kadang

Kadang kadang,
Aku ingin melalui mesin masa
Kembali pada zaman Anak Alam
dimana semua anak seninya bersatu...



Kadang kadang
Aku ingin melalui mesin masa
Kembali pada zaman AKSI & Sanggar Pujangga
dimana kami semua bersatu...
Aku, Syukri, Namron, Yusri Edoo, Bidi, Rusaidi, Saiful,
Jef, Zul, Dila, Aliza, Sharin dll.. bersama berteater, berpuisi....
... tanpa persengketaan...