Showing posts with label filem. Show all posts
Showing posts with label filem. Show all posts

Thursday, March 15, 2012

BUNOHAN (2012)


Salam untuk semua,

Agak lama saya tak menulis pasal filem. Berikut adalah pandangan peribadi saya. Dicatat semasa masih ‘fresh’ selesai menonton pada 12hb Mac 2012.

Tanggapan saya pada peringkat permulaan agak meleset mengenai filem ini. Sangka saya bahawa filem ini adalah ‘ahhh, just another kickboxing, kickass film!!’. Tetapi setelah melihat beberapa visual, tekstura, shot, subject matter, dan framing pada trailer filem ini, saya memujuk diri untuk hadir ke panggung. Dain Said (Pengarah) bukan menjual ‘goreng pisang’ atau ‘kari kepala ikan’ tetapi beliau menjamu pucuk rebung, pegaga dan ulam yang tinggi khasiatnya. Jujurnya, bukan kerana gimik dari kawan-kawan, bukannya dari promosi atau sebagainya yang saya rasakan turut membantu ’melonjakkan’ filem ini. Semenjak tahun 2003 juga saya jarang ke panggung wayang, hanya tengok melalui VCD/ DVD atau astro (dan ini amat memalukan diri saya sebagai seorang graduan/ bekas pelajar perfileman, sebab itu juga saya kurang menulis tentang filem lately). Melihat trailer filem ini secara tidak langsung ’mengajak’ saya untuk menonton. Tepat jam 8.15 malam setelah selesai menunaikan fardu Mahgrib saya terus ke panggung terdekat... seorang diri.

Maskuliniti itu sahih, mungkin berjuta orang tahu. It’s a man’s film!!. Filem ini megah gagah sasa dengan kejantanan lelaki sawo matang, dan amat sesuai untuk libido para wanita (atau ‘gurlz’ atau g..) yang sudah muak dengan filem sweet jiwang karat. Dalam celoteh saya ini, saya tidak akan meletakkan mana2 genre, kerana saya sendiri kurang jelas akan ‘kategori’-nya. (Panggung meletakkan rating PG-13 pada filem ini, so, janganlah membawa anak2 kecil anda, kan). Banyak yang saya nampak; ada surrealism, ada action, swash-buckling, ada unsur-unsur restoration budaya kesenian tradisi, ada family drama (& value), unsur2 brotherhood, ada spiritual values, malah ada experimental. Mungkin perlukan satu blog khas untuk dihuraikan satu persatu atau dengan lebih tepat satu thesis (dengan lebih ilmiah/ akademik/ philosophical) khas boleh dicadangkan. Saya juga tidak memperdulikan loghat Kelantan yang digunakan, as long as we understand. Boleh dikatakan 99 peratus dari para pelakon adalah lelaki (bukan filem gay kot..;-).) Sungguhpun begitu, hanya ada seorang wanita di dalam filem ini. Memang filem selalunya perlu ada ‘bunga’, tetapi bunga ini bukan sengaja diada-adakan untuk melariskan filem. ’Captian Obvious akan berkata secara retorik tentang wanita iaitu, ‘a hand that rock the cradle can also rock the world’.. seorang perempuan juga dapat mengubah beribu lelaki.. ‘mother nature/ ibu pertiwi dsb. malahan kebanyakan benda di atas mukabumi masih dikaitkan dengan ‘she’ atau female. Bagi saya, dalam filem ini, representasi watak Mek Yah (Tengku Azura) adalah ‘bumi’/(mother nature) dan segala element yang berkait/ terkandung dengan ibu pertiwi itu sendiri. Yang mempertahankan adalah ‘anak-anak’nya, dan ada antara anak2 tersebut seperti ‘black sheep’ yang sanggup mengadaikan ibu pertiwi sendiri untuk kepentingan peribadi/ tamak, merosakan alam. Jika difikirkan kembali, kesemua ‘anak-anak’ ini ‘black sheep’ belaka. Saya mengkagumi malahan menghormati para pelakon yang sanggup memainkan watak di paya lumpur belukar & lalang yang dalam pemikiran saya paya tersebut dipenuhi binatang bisa, ular, pacat, lintah dan sebagainya, tidak kurang juga ranting-ranting kayu licin dsb. High angle shot di paya lalang yang diberikan secara tidak langsung memberikan impak menarik perhatian saya. Ini jelas, long shot tersebut dan tidak dinafikan juga ‘keberanian’ pelakon2 filem ini. Dalam pemikiran cetek saya ini, saya berfikir sejauh manakah atau sanggupkah pelakon2 glamour ‘mainstream’ yang lain berlumpur sedemikian..;-) Salute pada para pelakon filem ini yang sanggup berlari, berbaring dan meredah permukaan alam sedemikian. Di sinilah saya mula melihat (dan menghormati) sekumpulan manusia (para pelakon) itu ‘bersatu’ dengan alam dalam disamping membentuk karekter/ watak masing2. Tidak kurang juga krew yang sanggup menjalani pengambaran ‘ala National Geographic’ ini. Tahniah. Retorik-nya lagi, tak salah kalau saya katakan, masyarakat Melayu itu tidak akan habis membincangkan, bergaduh, bertelagah pasal tanah. Saya akui dan pengalaman peribadi juga mempengaruhi pendapat ini. (terpulanglah filem ini anti establishment atau tidak, itu persoalan lain). Melayu dan tanah memang sinonim tidak kiralah tanah kampong, tanah belukar atau tanah pantai, yang penting itu semua adalah ‘tanah-air’ (filem ini penuh dengan 'air/ water'). Filem ini tidak lari dari persoalan (kesahihan) ini. Perebutan tanah antara adik beradik, saudara mara juga sampai ketahap yang agak menakutkan lebih dari bermasam muka., bertengkar atau sebagainya. Apa yang menarik, Ilham (lakonan Faizal Hussein) pada saya tidak sanggup membunuh adiknya (Adil/ lakonan Zahiril Adzim) sendiri.. ini adalah pertalian darah daging yang masih kental dirasakan dalam kebanyakan keluarga Melayu. Bakar (lakonan Pekin Ibrahim), walau bagaimanapun sanggup membunuh ayahnya sendiri demi wang. Apapun, gaduh adik beradik ini telah menjadi satu yang amat sinonim semenjak dahulu lagi, termasuklah Tuah dan Jebat. Dengan berani saya katakan, ini adalah FILEM MELAYU alaf baru, tetapi masih membawa persoalan klasik. Sekiranya dilihat atau difahami kembali, pada pandangan saya terdapat 3 nama yang berbeza dari adik beradik itu, iaitu “Ilham”, “Adil” dan “Bakar” dan mereka bukan Three Stooges..;-) Ketiga2 watak “Ilham”, “Adil” dan “Bakar” adalah watak serious. Ilham tercetus dari minda, watak Faizal (Ilham) ada style semasa melakukan setiap pembunuhan dan pembunuhan2 itu dilakukan dalam keadaan sistematik seolah seperti ‘art of killing’ itu amat unik dan ada seni-nya, tidak kiralah semasa menyusun strategi, selesai membunuh (masih terbayang scene semasa selesai membunuh Cina Burung) atau seni mempertahan dirinya sendiri. Ilham mempunyai ‘Ilham’ seorang pembunuh (assassin). Terus terang saya katakan Faizal is always a ‘best’ bad boy on screen, dan filem ini adalah kemuncak watak yang terbaik beliau berbanding dari filem2 beliau sebelum ini. Adil pula ambil saja perkataan ‘adil’ itu, menentukan apa yang perlu diperjelaskan dan adil semasa mencari ‘keadilan’ akan siapa beliau. Beliau menuntut keadilan itu. Sesuai juga dengan jolokan nama stage beliau “Bunga Lalang”, kehidupan beliau juga seperti lalang, tidak jelas anak siapa dan arah hidupnya. Bakar (Pekin Ibrahim) pada nama ‘Bakar’ itu sudah memperjelaskan perkataan dan perbuatan itu sendiri… period!..;-) Di akhir cerita, kita sudah dapat mengira berapa orang pembunuh dalam satu keluarga. Mainan shot, susun atur subject matter, composition, mise en scene etc. dalam filem ini memang banyak yang boleh diperkatakan, boleh diperbahaskan. Malahan semasa scene mimpi Ilham yang menampakkan Mek Yah di piramid dan sebagainya mengingatkan saya pada beberapa karya Kurt Kren (1929 -1998). Telah saya katakan pada rakan saya A good film have so much to talk about”. Sebagai seorang ‘manusia visual’, ada beberapa contoh yang boleh saya nyatakan sahaja mengikut pandangan dangkal saya. Sebagai contohnya, fizikal kurus dan keras Faizal (Ilham) itu sendiri semasa berdiri pada papan tanda Bunohan menampakan seolah seperti rangka manusia atau skeleton sesuai dengan watak yang dimainkan (angel of death). Bagi saya, ini adalah iconic image yang menjadi trademark filem ini. Antara scene yang saya boleh perjelaskan secara intrepretasi saya dan struktur visual dan pengisian subject matter. Semasa set/ lokasi di pantai iaitu tangga, kerangka rumah yang sudah roboh, laut dan kubur. Bumi (pantai), kubur, tangga, laut, dan Langit. (Rumah di akhirat/ barzarh tidak kelihatan tapi menuju ke atas iaitu langit). Visual itu paling mudah difahami (pedulikan tentang metafora dan Surealism) figure & ground. Ramai artist (pelukis) yang telah melukis konsep ‘stairway to heaven’ ini, dan ini sangat common. Langit, tangga, pantai, figura sering mengingatkan saya pada Rene Magritte (1898 – 1967). Joan Miro (1893 – 1983) juga sering memaparkan imejan langit dan figura… agak obvious dan membosankan tahap gaban jika sering dikaitkan dengan Salvador Dali. Jika dilihat pada lokasi2 yang dipilih, boleh dikatakan 80 peratus adalah air dan ini mengingatkan saya pada Thales (624 – 546) yang memperjuangkan falsafah bahawa segalanya bermula dengan air. Malah masyarakat Melayu dengan air juga amat sinonim dan air itu amat penting.. terlalu panjang untuk dihuraikan. Visual rumah Long Shot/ Est. rumah Wanafisu (Pok Eng) bermain wayang kulit (kelihatan di tingkap) dan Pekin pula berada tingkap bersebelahan. Ini menampakkan Bakar bermain wayang seolah seperti Dalang yang sebenarnya. Wanafisu bermain wayang juga tetapi hanya watak ciptaan. Dua orang Kickboxer di Paya, belukar paya dibelakang menampakkan segala selirat dan rintangan hidup mereka dan tidak salah sekiranya saya menyatakan bahawa tekstura itu memperjelaskan muscular texture kejantanan yang turut mengingatkan saya pada lukisan Amron Omar yang memperlihatkan susuk tubuh, urat, tulang, anatomy pesilat. Ilham (Faizal) mati di atas air walaupun beliau seorang pembunuh tetapi perjuangan tanah pusaka itu amat penting, ‘pusaranya’ terapung seolah old soldier never dies, they fade away dan mati beliau seolah seperti ‘kubur tak bertanda’, mungkin ‘criminal soul’ yang pernah commit crime akan sentiasa lost/ hilang terapung antara langit dan bumi dan ditambah lagi ia berlaku ketika ‘senja’ iaitu perantaraan antara siang dan malam, ini adalah in between time. Jujurnya, saya menonton filem ini dengan tidak memperdulikan sebarang ism, saya adalah penonton biasa yang mempunyai sedikit pengalaman seni visual, tidak lebih dari itu.

Filem ini memang banyak yang boleh dihuraikan; ada yang menyentuh soal falsafah, politik, perjuangan bangsa, representasi industri filem tempatan, budaya & tradisi, metafora kehidupan, spiritual, keagamaan etc., terpulanglah pada pendapat masing2. Filem ’terbaik’ bagi saya adalah yang amat sukar digariskan. Bila ditanya saya, ”Amacam Bunohan?”, jawapan sebenar saya adalah ”saya puas hati”. Sebelum ini di Malaysia, filem THIRD GENERATION (arahan Hor Chee Leong/ 2006) saya meletakkan stunning photographic visual. Dalam filem BUNOHAN ini, saya menikmati visual, design, lokasi dan watak dan sebuah lagi filem pendek bertajuk LALANG oleh Mat Luthfi kerana dialognya. Ini hanya pandangan rendah saya yang amat ringkas dan santai.

” Tak tumbuh, tak melata, ...”


Wassalam.


Friday, April 1, 2011

PERUBAHAN DESTINI ANAK2 FILEM



Salam Semua Malaysia,

Pada ‘firasat’ saya dalam masa beberapa tahun lagi, para filem-maker Malaysia akan terpecah belah kepada beberapa golongan setelah terkuburnya (atau hampir pupus) pengiat filem-filem ‘ala-murahan’ (faham2lah apa saya maksudkan). Ini akan berlaku antara fahaman (atau pengaruh) Barat (atau Timur) dan ‘pejuang’ filem-maker ‘Islamic’. Adapun kedua-dua golongan ini adalah dari suku sakat/ puak-puak Indie yang menentang filem-filem ala-murahan ini. Golongan penganut fahaman Barat ini begitu kuat jiwanya dengan tahap rebel yang melampau baik dari segi perjuangan golongan Lesbian, Gay, freedom of expression dan sebagainya disamping cuba menerapkan nilai-nilai Melayu atau Islam secara direct atau indirect, sekali-sekala tersasar hingga menampakkan berat sebelah dan lebih kepada fahaman terpesong (mengikut sesetengah pendapat, katanya) kerana cuba mengambil contoh dari filem-filem Barat dsb. Manakala satu lagi golongan adalah yang secara indirect memperjuangkan Islam secara halus melalui paparan visual atau mesej yang disampaikan (filem memang ada mesej/ bererti menyampaikan isyarat/ pesanan dsb.. lemau sangat kalau kata filem tak ada mesej.. kenyit mata pun mesej,.. samada nak tengok dari segi intertextuality, simbol dsb, cara kita denote, interpret sesuatu imej, kata2 dan sebagainya berkaitan dalam filem tersebut (maaf, terlalu panjang lebar dan analitik kalau nak dihuraikan satu persatu). Nabi sampaikan ajaran pun boleh dianggap mesej, filem memang ada mesej, samada yang tersirat atau tersurat).

Adapun, para filem-maker ini berasal dari berbagai background samada dari sekolah filem, sekolah lakon, sekolah teater atau sekolah tadika sekalipun. Ini akan bercambahkan lagi berbagai cara visual dan penyampaian sesebuah cerita/ filem itu. Satu golongan akan mati-matian mahu memperjuangkan yang cinematic value, semiotic, aesthetics, falsafah dsb.. satu lagi akan habis-habisan memaparkan lakonan yang amat natural, pengaruh teater dsb dan tidak dinafikan satu lagi golongan akan memaparkan teknik-teknik pembuatan filem yang tercanggih (state of the art) dsb. Tidak kurang juga yang akan sampai ke tahap pretentious gaban yang kononnya menampakkan experimental (kononnya mendakwa pengaruh Kenneth Anger plus Kurt Kren plus Majid Majidee plus Yasmin plus dan plus etc) tetapi langsung tidak faham makna avant-garde. Walaubagaima pun, bagus sebab masih berusaha menimba ilmu dan pengalaman disamping melihat dari dalam diri. Adapun para mereka (filem-maker) ini semua berakar umbi dari suku sakat Indie-Indie. Justeru itu, dengan nikmatnya akan berlaku lagi perdebatan-perdebatan mengenai filem. Kita akan melihat filem ‘hiburan ala-murahan’ ini semakin terhakis,.. mungkin 10 tahun lagi (atau kurang 5 tahun lagi). Pengarah-pengarah ini yang dahulunya, para pelajar filem tempatan akan mewarnai revolusi perfileman tempatan dan kebanyakkannya berasal dari sebuah pusat pengajian filem Bumiputera yang terkenal. Apa yang lebih menarik adalah ‘perbalahan’ pendapat, idea dan sebagainya juga akan berlegar dari para bekas penuntut dari sekolah filem Bumiputera yang sama. Ini bagus, maka berkembanglah lagi roh-roh baru dalam melahirkan idea yang turut dijadikan contoh kepada ‘adik-adik’ filem-maker yang masih menuntut ilmu filem. Dahulu sebuah sekolah Senilukis/ Senireka dari pusat pengajian ini sering disebut, sekarang sebuah Sekolah Filem yang baru ditubuhkan sebelas tahun yang lalu pula menampakkan kehebatannya dan karya mereka sering diperkatakan dari berbagai sudut pandang. Tahniah. Justeru itu USC tidak perlu berlagak dengan Zemeckis dan Lucas dsb. Sampai sekarang pun, proses menghasilkan filem-maker2 baru ini masih diteruskan dan bukan sahaja di pusat pengajian Bumiputera itu tetapi juga lain-lain pusat pengajian swasta dan kerajaan. Saya rasa usaha ini bagus, negara kita makin menampakkan kematangan kerana memberi ruang para pengiat filem ini (yang asalnya dari Indie) menerobos dunia perfileman Mainstream yang semakin hari semakin berubah. Sedar atau tidak, mahu atau tidak, setuju atau tidak; destini anak bangsa sudah pun berubah.

Saya masih teringat kata-kata Puan Lecturer (subjek Falsafah) saya semasa mendalami bidang filem dahulu, katanya “Ahli filusuf Barat meninggalkan persoalan, ahli filusuf Islam meninggalkan jawapan”. Dan saya juga tidak pernah melupakan kata-kata dari saduran collective (primary) data dari responden thesis saya dahulu seorang ahli akademik iaitu Dr. Murad Merican bahawa:-

We consume the West, we consume Modernity and we consume Western or occidental worldview through films. We have popular knowledge of the West; most of us have popular knowledge of the West through images transmitted through Hollywood for example, so that is one level of knowledge. From the Islamic point of view; although theoretically we exist within Islamic Cosmos but that has been dominated by that particular hegemonic perspective. Therefore, we have to struggle to challenge or to counter hegemonic dominating worldview in realizing and articulating our identity and our personality and our experience, so what we see now is a tension between modernity and our value system.” (Murad Merican PhD./ page 77: M.A. thesis Aidi Rahimi Ibrahim 2006)

Sekian, wasalam.

p/s: Saya suka melihat perubahan ini. Mungkin perkataan “Mainstream” tidak relevan lagi digunakan di masa hadapan.. Bye, bye ‘panggung’, hello Astro & Art House..;-) Perkataan "Indie" ni pun samar juga, sebab kadang2 kita masih bergantung harap pada sponsor dan duit gomen.. ;-)

Saya masih juga mengambil contoh filem Barbara Hammer dan Stan Brakhage sebagai contoh… iskk…%-)

Buruk atau baik, saya bersyukur kerana filem-filem hasil dari mereka akan terus diperkatakan/ diperdebatkan, perhatian tetap ada dari filem-maker dari sekolah filem yang hanya berusia sebelas tahun ini...Ayuh, bikin filem lagi dan jangan berhenti menulis tentangnya... yeah..;-)


Sunday, February 6, 2011

LARI TOPIK dan FILEM


Sebenarnya saya tidak suka menulis tentang topik ini, tetapi memandangkan social obligation sebagai manusia kerdil (yang tak famous pun) dan sebagai peminat filem (bukan pembikin/ tukang buat filem), saya rasa adalah perlu untuk saya coretkan beberapa pandangan peribadi saya.

Sebagai seorang yang masih ‘belajar’ tentang filem atau apa-apa topik sekalipun, saya sering menghadiri sesi soal jawap, forum atau seminar. Tetapi berbalik kepada topik (tajuk posting) di atas, setiap sesi soal jawap, forum atau seminar telah disediakan tajuk yang khusus misalnya “African-Asian Cinema” contohnya, tapi pada pertengahan sesi soal jawap berlaku sesi ‘hentam-menghentam’ filem-filem tempatan…. lari topik… bak kata pengarah muda wanita yang saya hormati “po diaa???” ........ Bagi saya jika ini berlaku, tahap mentaliti penceramah adalah lebih rendah dari mangkuk jamban rumah saya tidak kiralah dia kawan saya atau sebagainya, tidak kiralah dia bapak kepada professor dunia sekali pun. Saya tidak marah, cuma fed up kerana saya mahu dengar pasal pengalaman penontonan, apresiasi, content dan sebagainya berkait dengan tajuk sesi soal jawap, forum atau seminar tersebut. Bukan penghentaman terhadap individu, pengarah atau filem-filem tempatan dan sebagainya. Contohnya; saya bercakap tentang watak Travis Bickle dalam filem Hollywood “Taxi-Driver” (1976) misalnya (atau siri TV Barat/ U.S), tetapi ada yang berkata (seolah genius filem-lah, konon) bahawa Bollywood jauh lebih baik dari Hollywood. Itu saya rasa, pemikiran tahap gaban paling pretentious kudis habis. Justeru itu, itu lari terus dari topik kerana saya tidak bercakap pasal comparison/ comparative studiesngok. Persoalannya adalah watak Travis dan bukan tentang Bollywood.

Seperkara lagi, tahap pemikiran bebal bagi saya adalah manusia yang tidak faham perbezaan antara Buruh Kasar dan Arkitek, Pendidik dan Pelajar.. orang panjang akal dan pendek akal.. ada beza antara Doer dan Bukan doer.. mungkin budaya pemikiran akal pendek menganggap pengkritik boleh buat filem, antara Penulis dan Pembikin filem, antara Penyelidik dan pekerja makmal... macam biasalah, pemikiran cipan selalu kata "kalau terer, buat la!.." itu pemikiran kolot dan golongan ini sampai ke tua akan terus berada pada tahap pemikiran retard kekal..;-) Contohnya lagi sekiranya photographer itu tidak memilih untuk menjadi film-maker, maka itu adalah pilihannya. Sekiranya photographer itu memilih untuk menjadi segalanya (walau macam rojak pun), jack of all trade atau "Übermensch".. maka itu juga adalah haknya (harus digalakkan), so, kenapa masih rendah akal berkata "kalau terer, buat la!.."..;-) Maaf saya adalah pelukis, jurufoto amatur, peminat filem dan penonton biasa sahaja.

Agaknya dalam budaya masyarakat kita (tidak kiralah apa bangsa pun), masih ada hasad dengki, cabar mencabar dan sedikit (atau banyak) tompok kehitaman yang masih menjadi tradisi bangsa yang kurang berfikir. Harapan saya adalah kita terus berfikir, mengkaji, berdiskusi tentang filem (atau apa2 bentuk seni pun) kerana dalam filem (atau apa2 bentuk seni pun) ada falsafah, politik, kemanusiaan, semiotik, bahasa visual, persoalan konflik, plot, teknik pengambaran dan persoalan-persoalan yang boleh dihuraikan lagi.. so, sweet, kan…;-) Kalau mahu ‘berjuang’ sekalipun, kita masih perlu ingat bahawa kita masih ada medium kita. Dalam menulis posting ini saya mengingatkan bahawa, saya tak perlu popular, tak perlu timbulkan kontroversi, tidak hingin puji-pujian kerana saya cukup selesa dengan keadaan saya sekarang (alhamdullillah) dan jikalau saya mahu berjuang pun, saya rasa ini adalah tugas hakiki saya sebagai manusia yang ada blog dan medium seni saya. So, jangan lari dari topik masa diskusi atau sebarang perkara tersebut... yeah..;-)

wassalam.

FATHER & SON

Salam 2011 untuk semua,

Maaf, kerana sudah lebih sebulan tidak menulis. Saya sibuk dengan kerja makan gaji saya, kuliah, consultation bidang saya, beberapa urusan peribadi, dan di samping menzahirkan beberapa lukisan. Walau bagaimana pun, saya rasa menulis dalam blog kerdil saya ini juga merupakan hormat dan tanggungjawap saya untuk terus meluah dan mencoretkan pandangan dan pendapat saya untuk para pengunjung, pembaca dan followers saya. Semenjak akhir-akhir ini, saya mendapat kesan terdapat faktor yang mengubah persepsi saya tentang siri-siri drama TV dari Barat terutama sekali dari Hollywood atau U.S. yang melibatkan action, thriller, detective stories dan swashbuckling. Filem-filem/ drama dari Barat semenjak akhir-akhir ini semakin menitik beratkan soal hubungan kekeluargaan, terutama sekali melibatkan hubungan Father & Son. Berikut adalah drama-drama bersiri (terutamanya dari rangkaian AXN) adalah mengenai Father & Son tersebut dan maafkan saya sekiranya masih menjadi pengikut Falzonian yang tegar semenjak dahulu lagi. Berikut adalah ulasan/ catatan ringkas saya:-

NUMB3RS (The Eppes)

Saya puas meng-google mencari makna/ implikasi nombor ‘3’ dalam drama “Numb3rs” lalu saya berfikir mengapa diletakkan nombor ‘3’ itu selain dari berkait dengan matematik. Pada pendapat saya, bahawa 3 beranak ini adalah Don Eppes (lakonan Rob Morrow), Charlie Eppes (David Krumholtz) dan ayahnya Alan Eppes (lakonan Judd Hirsch), 3 orang ahli keluarga ini kesemuanya lelaki, saling memerlukan antara satu sama lain terutamanya melibatkan soal menyelesaikan masalah/ kes. Pada pendapat saya 3 itu adalah dari tiga huruf iaitu S.O.N. (son) atau anak lelaki ataupun D.A.D. (dad) iaitu ayah/ abah. Maaf ini hanya pendapat saya yang setelah tidak berjaya mencari rujukan mengenai ‘3’ dalam Numb3rs tersebut, hanya andaian saya dan bukan teori pun. Antara yang menarik perhatian saya adalah semasa Charlie sibuk menyelesaikan sebuah kes di balai polis, ayahnya masuk membawa biskut dan minuman kepada Charlie seraya berkata “I guess I am still feeding you guys”, comel (sweet) kan?..;-) Mungkin Alan bermaksud feeding depa dengan nilai persaudaraan dalam membentuk ilmu semasa kecil sehingga dewasa..;-) Kalau pepatah menyatakan ‘two heads are better than one’ ini pula ‘three heads are better than two’. Alan Eppes berjaya mendidik anak-anaknya sebagai seorang genius matematik dan seorang lagi pegawai polis/ pembanters jenayah. Alan juga berfungsi sebagai pelerai pertikaian sekiranya dua beradik (Don dan Charlie) bertelagah. Sebagai seorang ayah, Alan adalah seorang pendengar yang baik, mempelajari berbagai ilmu pemikiran jenayah (criminalogy) dari anak-anaknya (juga representasi pemikiran golongan muda) dan sentiasa menumpukan perhatian terhadap kedua-dua anak lelakinya tidak kira di rumah sehinggalah kepada tempat kerja. Teamwork ketiga-tiga mereka begitu akrab. I must study politics and war that my sons may have liberty to study mathematics and philosophy.” (John Adams) … mungkin itu agaknya salah satu inspirasi penulis drama ini.

CHUCK & STEPHEN (Intersect & Orion)

Dalam season 2, Saya amat terkezut besar apabila mengetahui bahawa Orion/ Stephen Bartowski (lakonan Scott Bakula) yang selama ini membantu Chuck dalam menyelesaikan beberapa kesulitan tentang kerja-kerja spy beliau adalah bapanya. Orion sebenarnya membantu Chuck untuk mengeluarkan sistem Intersect dari kepala hotak Chuck semenjak dari mula lagi. Apabila Agent Sarah membawa Chuck ke sebuah tempat yang terpencil saya agak gundah mengetahui siapa Chuck hendak berjumpa. Rupa2nya adalah bapanya adalah (Orion). Hasrat Chuck adalah agar bapanya kembali untuk wedding adiknya Ellie (lakonan Eleanor Woodcomb), itu sahaja. Agent Sarah tidak sepatutnya mendedahkan hal ini, kerana ini adalah merupakan satu rahsia kerajaan yang amat besar, malahan membawa Chuck berjumpa Orion adalah satu risiko. Tetapi mungkin atas dasar kekeluargaan (+ silatulrahim), Sarah sanggup melakukan ini untuk Chuck kembali/ mengetahui siapa bapanya yang 'sebenar'. Akhirnya sistem Intersect telah berjaya dikeluarkan dari Chuck. Orion sanggup bergadai nyawa dengan Fulcrum untuk mencipta Intersect 2.0 yang lebih besar/ luas yang kononnya dapat memberikan full-scale flashes kepada kesemua agen-agen Fulcrum, tetapi sebenarnya adalah flashes khas untuk Chuck kembali normal (mengeluarkan Intersect dari sistem scan Chuck). Itulah pengorbanan seorang ayah hingga sanggup mempertaruhkan nyawa-nya menipu Ted Roark (lakonan Chevy Chase) juga ketua Fulcrum. Sebenarnya, like father like son; kedua-dua beranak ini adalah genius komputer dan filem (drama) ini secara langsung menampakkan team-work antara keluarga (father & son) itu penting dan Orion sebenarnya mempercayai Chuck lebih dari segalanya. Tahap kepercayaan seorang ayah (Orion) juga adalah semata-mata untuk Chuck, justeru itu beliau hanya mempercayai Chuck dan harapan seorang ayah adalah untuk melihat Chuck ‘sembuh’ semula. Begitu besar pengorbanan seorang ayah.

CSI MAIMI (Horatio & Kyle)

Drama CSI Maimi telah menyaksikan struggle seorang ayah yang cuba mengeluarkan Kyle (lakonan Evan Elingson) dari cengkaman Joe LeBrock dan gangster yang lain. Walaupun telah beberapa kali dihadapkan ke mahkamah dan keluar masuk penjara, Haratio masih lagi mempertahankan Kyle dari sebarang tuduhan. Indirectly, pengorbanan seorang ayah memang adalah untuk membebaskan anaknya dari sebarang kegiatan yang salah dari segi undang-undang. Ini yang dikatakan kasih seorang Horatio kepada Kyle, anak tunggalnya. Pemilihan antara mahu berada bersama Julia (ibu Kyle) atau Horatio, pada pendapat saya, Kyle lebih memilih untuk bersama ayahnya ketika Julia masih dalam kebinggungan atas segala petaka yang masih menimpa dirinya. Seorang lelaki sebenarnya lebih memahami lelaki dari seorang perempuan yang memahami lelaki. Nietzsche pernah berkata Fathers and sons are much more considerate of one another than mothers and daughters.” Pada saya, seorang ayah walau macam mana ganas (+ psychopath dan idiosyncratic) sekalipun, ada masanya menjadi seorang yang amat ‘berperikemanusiaan’ bila menjalankan tanggungjawap terhadap seorang anak atau masih ada ‘hati perut’ sebagai seorang bapa. Dan seorang anak walau ‘jahat’ mana sekalipun, anak adalah tetap anak dan ini tiada tolok bandingnya dengan harta dan segalanya, itulah yang disebut sebagai ‘darah-daging’. Menyentuh soal ‘darah-daging’, Kyle memilih untuk menjai seorang soldadu berjuang di bumi Afghanistan, seolah seperti ayahnya dahulu yang pernah menjadi seorang polis dalam bomb-squad. Bagi saya, ini juga adalah propaganda U.S. untuk menggalakkan anak muda mereka menjadi pahlawan dan soal ‘darah-daging’ itu memang sama sinonim dengan Rambo, kan, masing-masing mahu menjadi ‘hero’ dan ini diturunkan dari generasi ke generasi, dari bapa kepada anak lelaki..;-) Like father, like son.

NIP TUCK (Sean & Matt)

Doktor Sean (lakonan Dylan Walsh) memang sentiasa menyayangi anak lelakinya (Matt, lakonan John Hensley) semenjak dari mula hingga ke saat ini. Semua ini terbukti semasa Matt masih lagi dibayangi oleh ‘cinta monyet’ hinggalah setelah mendapat anak bersama Kimber (lakonan Kelly Carlson). Kimber juga merupakan ‘Masterpiece’ Dr Christian Troy semasa di Maimi kerana telah berjaya menjadikan Kimber ‘perfect’ rupa paras dan susuk tubuh setelah beberapa pembedahan plastik. Sean dan Christian memang tidak menyenangi Kimber, ini kerana pernah menjadi pelakon porno dan pernah menjadi kekasih Christian, malah beliau tahu bahawa Kimber hanya mahukan wang/ harta dari Matt (waris pada Sean). Kononnya, atas dasar cinta, Matt mengahwini Kimber (memang Kimber tidak pernah cinta pada Matt) lalu memperolehi seorang anak (bernama Jenna). Pada season 5, Kimber telah mengambil kesemua wang yang diberikan oleh Sean pada Matt untuk tujuan masa depan anaknya itu. Dipendekkan cerita, Kimber telah meninggalkan Matt lalu Kimber kembali menjadi pelakon lucah. Matt kemudian, kembali ke pangkuan ayahnya, Sean bersama baby Jenna. Sean masih menerima Matt dengan hati terbuka, walau telah beberapa kali mengingatkan tentang negativiti Kimber. Berbagai pengalaman pahit telah dilalui oleh Sean, termasuklah ditinggalkan isterinya Julia (lakonan Joely Richardson); namun ‘like father, like son’, kedua-duanya (Matt dan Sean) ditinggalkan isteri masing-masing masih boleh bersama sebumbung. Mungkin ini apa yang dikatakan hanya seorang ayah yang memahami anak lelakinya. Atau hanya lelaki memahami lelaki.. “Only man knows men”..;-)

Saya tidak memahami budaya Barat secara mendalam kerana saya adalah seorang Melayu, tetapi jika dilihat akan filem-filem P. Ramlee sekali pun memang ada penonjolan fathers and sons ini. Contohnya filem Anakku Sazali (1956), Keluarga 69 (1967), Anak Bapak (1968) dan sebuah filem P. Ramlee father and son yang paling saya minati iaitu Putus Sudah Kaseh Sayang (1971) lakonan Bob Mustafa sebagai Rosman (anak lelaki tunggal). Pertikaian antara father and son ini memang mengikut peradaban masyarakat Melayu bila kita berpegang kepada prinsip “Kalau sayang anak tangan-tangan-kan”. Ini terbukti dalam filem P. Ramlee tersebut bila ayah menghentam anaknya hingga tunggang terbalik, gedebuk!. Sungguh pun begitu ‘tangan-tangan-kan’ juga membawa makna berbeza-beza pada saya sekiranya ‘tangan-tangan-kan’ itu merujuk kepada memberi dan membelai, dan bukan menghentam anak bertubi-tubi. Berbalik kepada drama-drama TV orang putih yang saya catatkan di atas, saya mula melihat perubahan ini yang jauh berbeza semasa zaman kecil saya semasa menonton ‘The A Team’, ‘Mc Guyver’, ‘Buck Rogers’, ‘Highway Man’, ‘Hawai 5-0’, dan lain-lain yang swashbuckling-nya tidak langsung menceritakan tentang hubungan keluarga watak-watak tersebut. Drama kekeluargaan memang ada seperti ‘Eight is Enough’, ‘Dallas’, ‘Dynasty’ dan sebagainya yang memang khusus untuk keluarga dan konflik dalam keluarga dan tidak melibatkan swashbuckling dan drama dari genre yang lain. Drama CSI, Numb3rs, Chuck adalah action- drama tetapi meletakkan nilai kekeluargaan itu sebagai pernyataan yang penting dan utama. Bagi saya, mungkin masyarakat Barat mahu menerapkan nilai kekeluargaan (+ father & son) itu adalah penting sewaktu nilai-nilai ini semakin luntur di sana, mungkin. Terlalu banyak yang boleh ditulis, digariskan mengenai father and son ini, dan salah satu yang agak awal dalam filem yang melibatkan action-pack atau science-fiction adalah antara Darth Vader dan Luke Skywalker dalam Star Wars; seorang ayah (father) tidak mungkin membelakangi anaknya (son) walaupun dirinya sebelah dark side manakala anaknya rebel sekalipun. Itulah kasih seorang ayah pada anak lelakinya, melebihi dari boss sendiri (Emperor). Stars Wars bukan sekadar “pop-corn movie” jika anda ada akal yang cukup matang..;-) Dalam sesebuah keluarga pun, anak dan ayah ada masanya berkonflik semasa kecil, remaja malah sampai ke tahap dewasa, tetapi akhirnya masing-masing dapat menyesuaikan antara satu sama lain. Bagi saya re-thinking-lah, ‘biar mati adat, jangan mati anak’, sebab anak itu adalah ciptaan Tuhan dan anak itu adalah nyawa… kan.

Wassalam.

p/s: I love my boy (and my daughters) and I love my late father who gave me my first camera during my youth. (walaupun ada masanya kami berbalah). Al-Fatihah.

p/s: untuk pembaca yang budiman, ciumlah dahi anak-anak kalian setiap kali sebelum masuk tidur, insyaAllah.


Monday, December 27, 2010

TOP 5 FILEM/ DRAMA TV TERBAIK (PILIHAN SAYA) 2010

Salam untuk semua,

Sebelum menutup tirai 2010 pada kali ini, di bawah adalah filem/ drama TV yang menjadi kesukaan saya pada tahun 2010. Ini adalah pandangan peribadi saya (tanpa rujukan mendalam dari mana-mana bahan). Diulas/ dicatat seringkas dan sejujur yang mungkin. Satu Malaysia patut berterima kasih pada Astro, TV3, NTV7 dan RTM, yang terus melambak-lambakkan lagi drama-drama TV dari U.S., U.K. dan Barat hari demi hari..;-) Kronologi adalah mengikut ranking (pilihan saya) dari nombor satu hingga seterusnya. Terimalah:-


JUSTIFIED

(1)

Raylan Givens itulah watak/ karekter yang amat menarik perhatian saya sebagai seorang U.S Marshal. Filem/ rancangan ini mengekalkan identiti cowboy/ western dalam bentuk kontemporari atau pada abad ini. Banyak shot-shot dalam filem ini mengingatkan saya tentang filem-filem cowboy yang terdahulu seperti “High Noon”, “High Chaparal”, “The Outlaws”, “Good, Bad & The Ugly” dan sebagainya yang berkaitan (termasuk musik), termasuklah penonjolan ‘Mexican Standoff’ dan ‘Gun Draw’. Berbalik pada watak Raylan Givens (lakonan Timothy Olympant) mengingatkan saya pada karekter-karekter yang sering dilakonkan oleh Clint Eastwood sebagai seorang cowboy contohnya dalam filem “Unforgiven” sebagai Will, Josey Wales dalam “The Outlaws”. Saya amat berpuas hati dengan drama Justified ini, sekurang-kurangnya film-maker Amerika (Western) masih mengekalkan tradisi Western ini dalam situasi dunia moden sekarang. Bagi saya identiti Amerika (U.S.A) adalah Western sesuai dengan cara penaklukan tanah (conquest), ‘way of a gun’ dan penegak keadilan. Berkaitnya watak yang dimainkan oleh Olymphant sebagai Marshal Raylan Givens adalah imejan ‘pretty boy’ yang menyerupai Eastwood, walaupun senyuman manis tapi jauh dalam lubuk hati pembawa karekter mempunyai unsur-unsur dendam yang tak habis (typical untuk drama-dama Western). Pengkritik-pengkritik menyatakan watak ini sebagai ‘complicated’/ ‘complexity’, tetapi sebagai Melayu saya meletakkan Givens sebagai ‘jangan disangka air yang tenang tidak ada buaya’, jelas ‘eye for an eye’ masih menjadi dendam seorang yang tenang dalam men-justify-kan keadilan di hujung pistol, cuma bezanya dahulu mungkin Eastwood akan menggunakan Colt Revolver tetapi Olymphant menggunakan Glock 17. Syabas, yeehaa!!.

CSI MAIMI

(2)

Selama dua tahun saya mengagumi Horatio Cane (lakonan David Caruso) sebelum Raylan Givens lebih mempersonakan saya, maaf Cane anda telah jatuh ke tangga yang kedua. Sungguh pun begitu, saya telah mengikuti perkembangan drama ini semenjak season 2. Antara yang menarik perhatian saya adalah semasa Horatio berjumpa semula dengan anak dan isterinya. Ini adalah siri yang paling menyentuh jiwa saya. Seperti biasa Horatio akan tampak tenang walau jiwanya bergelora semasa anaknya masuk penjara dan cuba membebaskan isterinya (Julia) dan anaknya (Kyle) dari cengkaman/ ugutan drug cartel. Saya meletakkan watak Horatio sebagai ‘hyper-sentitive’ tetapi menyimpan segala rasa (dendam etc.) dalam hati (jelasnya kita nampak walau tidak di tonjolkan secara berlebihan) dan ‘idiosyncratic’ (mempercayai diri sendiri/ gerak hati dan berdikari). Malahan karekter Horatio lebih baik jika dibandingkan dengan watak Jack Bauer dalam “24”. Penyelesaian masalah dalam setiap kes dalam filem/ drama ini diselesaikan dengan tenang dan genius oleh Horatio. Seperti selalunya, ‘hero-hero’ filem barat ini mahir dengan senjata mereka seolah seperti sebuah perlambangan yang lebih intimate selain dari dikelilingi musuh, masih ramai wanita-wanita cantik ingin mendampingi mereka. They are good with their ‘guns’! selain menjadi seorang marksman yang handal…;-). Saya akan terus mengikuti perkembangan CSI Maimi. Berbeza dengan CSI New York dan CSI (L.A.), outlook pada CSI Maimi lebih menarik dari segi kualiti visual, colour, texture dan termasuklah semasa golden hour-nya dan komposisi yang ‘tidak meraban’ seperti “Life on Mars” (satu filem/ drama yang cukup pretentious gaban)…;-)

NIP TUCK

(3)

Kalau diberi pilihan sama ada Sean McNamara (lakonan Dylan Walsh) atau Christian Troy (lakonan Julian MacMahon), saya akan memilih Dr Christian Troy. Dua orang plastic surgeon ini memang memburu kejayaan dalam bidang ini. Malahan pada season yang terbaru ini lebih melampau apabila kedua-duanya berpindah dari Maimi ke Hollywood untuk terus mengejar cita-cita. Sean bukan sahaja berjaya menjadi seorang doktor yang terkenal, malah menjadi celebrity/ pelakon di Hollywood. Tamak akan fame, Troy menganggap Sean telah double-cross dan berasa sedikit tercabar atas populariti Sean. Walaupun kedua-duanya bersahabat baik (tetapi bukan gay) malah mempunyai syarikat/ klinik pembedahan plastik bersama sebagai rakan kongsi, Christian menyimpan dendam yang amat kuat terhadap Sean. Pada saya, filem/ drama ini sebenarnya bukan sangat berbicara atau mengupas persoalan kecantikan seseorang dari segi rupa paras tetapi lebih kepada unsur-unsur kepercayaan (spiritual) terhadap agama, keyakinan diri, semangat kekeluargaan dan persahabatan. Salah satu dialog trademark dalam filem/ drama ini adalah “What you don’t like about yourself?”. Bagi saya iu adalah persoalan yang melihat dari dalam diri individu, bersyukur atau tidak, atau kita mampu mengubah diri kita (secara fizikal), tidak ubah seperti persoalan hakikat diri sendiri. Berbalik kepada gaya lakonan Julian (Troy), dendam kesumat dan konflik dari dalam jiwa seorang yang tidak mahu terikat dengan ikatan rumah tangga adalah tidak betul kerana sebenarnya dia lebih cemburu melihat Dr Sean mempunyai keluarga. Cuma semenjak season yang terbaru setelah Sean bercerai dengan Julia (bekas isteri Sean), beliau lebih nampak menjadi ‘bebas’ semula, manakala Christian pula makin menampakkan kematangan. Christian sedang melalui proses ‘inferiority complex’ yang semakin menebal (makin celaru dengan hidupnya) dan anda perlu menonton drama ini untuk melihat perubahan yang berlaku terhadap Christian, sedangkan Sean semakin menjadi seperti seorang ‘keanak-anakan’. Well, “What you don’t like about yourself?”..;-)


MIDSOMER MURDERS

(4)

Melihat filem/ drama yang lebih satu jam setiap episod ini adalah seperti membaca sebuah novel. Anda harus mengikuti dari awal untuk meleraikan sebuah masalah/ kes dalam filem ini. Mungkin bagi sesetengah pihak akan menganggap drama ini boring kerana dipenuhi dengan dialog-dialog yang panjang lebar, tetapi saya suka drama ini kerana dalam pada masa yang sama, saya membuat beberapa penilaian atau ‘inference’ saya sendiri sebelum kes terbongkar. Jika ‘mengena’ pada tanggapan saya, sudah tentu saya akan berpuashati seolah bermain sebuah game detektif. Filem/ drama dari U.K. ini tidak ada adegan meletup-letup atau tembak menembak yang extreme dan ledakan peluru pistol tidak pernah langsung dilepaskan oleh kedua-dua orang detektif dalam filem ini. Watak Chief Inspector Tom Barnaby (lakonan John Nettles) dan Sarjan Detektif Ben Jones (lakonan Jason Hughes) ini mengingatkan saya kepada ‘Sherlock Holmes & Watson’ (cipan sangat-lah kalau sesiapa yang tak tahu watak tersebut!!). Bagi saya ini tidak lebih dari meneruskan tradisi siri/ drama/ cerita penyiasatan dari British seperti “Hercule Poirot”, “Return of The Saint (Simon Templar/ lakonan Ian Ogilvy)” dan “The Avengers” (terutama sekali watak John Steed lakonan Patrick McNee) yang pernah saya tonton tanpa miss satu episod pun semasa saya kecil di sekitar tahun 1970an. Saya yakin (dan harap) filem/ drama-drama dari U.K. ini akan terus menerus mengeluarkan filem/ drama detektif yang ‘mind boggling’ kerana ada masanya saya rasa agak jemu dengan ‘swash buckling’ dari Hollywood/ U.S. Sekurang-kurangnya, dengan Midsomer Murders ini telah mengubat kerinduan saya pada ‘ala-Sherlock Holmes’ yang saya rasa amat sesuai dengan typical gentleman style penjajah British ini…;-)


CHUCK

(5)

Drama bersiri ini adalah pilihan saya yang terakhir dalam Top 5 saya. Saya terhibur dengan watak Chuck Batowski (lakonan Zachary Levi). Sekiranya pada tahun 1980an dahulu kita disajikan dengan “MacGyver”, saya rasa ini adalah alternatif kepada MacGyver dekad ini. Watak Chuck adalah simple seolah seperti guy next door kepada saya yang bekerja di kedai komputer, tetapi telah menjadi seorang perisik. Ini terjadi kerana ability beliau untuk scan apa yang telah berlaku terhadap diri seseorang dari perisian Intersect. Turut menarik perhatian saya adalah “comical”/ comedy character yang dimainkan oleh Levi sebagai Chuck. Seperti yang saya katakan, drama ini saya follow adalah untuk melihat Chuck dan apa yang telah berlaku sepanjang bergelar perisik yang paling nerd pernah saya tonton. Ini berbeza dengan kebanyakan dari siri-siri perisikan yang lain, yang banyak retorik swashbuckler-nya. Chuck adalah opposite kepada watak-watak ‘perisik macho’ yang lain. Chuck terjerumus sebagai spy adalah kerana sistem intersect telah ditanam pada dirinya. Chuck terpaksa bergelut dengan sebuah agensi spy yang lain disebut sebagai Fulcrum. Dua orang spy yang turut membantu Chuck adalah Agent Sarah Walker dan John Casey. Yang amat-amat menarik perhatian saya adalah ‘percintaan’ antara Sarah Walker dan Chuck. Seorang komputer whizard yang ‘nerd abis’ (+ gabra & keloloh) bercinta (sekurang-kurangnya menaruh hati) kepada Sarah (lakonan Yvonne Strahovski.. memang lawa gila bagi saya!) seorang yang swashbuckler di mana mengingatkan saya tentang watak yang pernah dimainkan oleh Rebecca Romjin dan Famke Janssen. Saya meminati Chuck adalah tentang ingin tahu akan kesudahan antara Chuck dan Sarah. Masih teringat semasa season pertama semasa Chuck mengajak Sarah keluar bersamanya: Chuck: “You want to go on a date with me some time? I mean a date without aliases, and spy gear, and no mission.” Sarah: “Like a real date?” Chuck: “Yeah.” Sarah: “Chuck, I'm still a CIA agent. And there are a hundred reasons why I shouldn't do that.”… dalam maknanya kalau kita nak merisik tentang seseorang (ingat, once an agent, always an agent)..;-) Dan drama ini memang sweet dan terhibur.


Saya tidak menafikan drama-drama seperti The Guardian, Desperate Housewife, Lipstick Jungle, Mystery Women dan beberapa lagi ada kehebatannya. Mungkin tahun 2011 nanti jika rancangan-rancangan itu diteruskan, saya akan menilai dan mengulas secara ringkas untuk ‘penjurian’ nanti, ini hanya TOP FIVE. Tetapi filem/ drama-drama di atas adalah pada sepanjang tahun ini, kerana biasanya saya selalu menonton rancangan-rancangan tersebut sama ada di Diva atau AXN. Terima kasih Astro.

“MARIAM ANISSA”

Salah sebuah TELEMOVIE MELAYU/ MALAYSIA yang saya minat secara tidak sengaja saya tonton pada beberapa minggu yang lepas adalah “Mariam Anissa” arahan Meor Hashim Manaf. Persoalannya cukup baik, kerana mempersoalkan tentang nasib seorang BEKAS PELACUR yang kembali ke kampung halamannya di usia tua. Walaupun terdapat banyak loop-hole atau lompang-lompang yang boleh diperbaiki, tetapi persoalannya menarik perhatian saya. Watak Mariam Anissa yang dilakonkan oleh Uji Rashid boleh dikatakan mampu membawa watak dengan berkesan dari segi penghayatan watak yang bertegas untuk terus berada di kampung tersebut walau cuba dihalau oleh orang-orang kampung kerana ‘kekotoran’ dirinya. Saya amat tertarik dengan beberapa footage yang flash-back tentang Mariam Anissa semasa kanak-kanak dan semasa muda meninggalkan kampung halaman. Salah satu yang turut menarik perhatian saya adalah, rambut Mariam Anissa mula berguguran atas dasar penyakitnya. Ini adalah representasi ‘mahkota wanita’ dan secara tidak langsung (indirect) turut memberi penekanan kenapa wanita seharusnya bertudung. Kalau tak silap saya, telefilem itu ditayangkan di Astro Prima atau Astro Oasis.

Wassalam.

p/s: saya juga meminati filem-filem/ drama-drama tempatan tetapi bukan yang mempunyai unsur-unsur ‘saudagar mimpi’ pretentious gaban yang konon-nya bermotivasi..;-)

p/s: saya lebih menilai watak, kerana lakonan itu paling penting samada di pentas atau skrin.



Thursday, December 2, 2010

"The Circle" (Taman) 2005




Title: The Circle
Artist: Aidi Rahimi Ibrahim
Year: 2005
Duration: 1.54 min.
Medium: Video

(maaf, gambar kurang memuaskan kerana dikecutkan menjadi format broadband)

Salam untuk semua,

Saya rasa inilah kali pertama saya menayangkan "filem" saya yang pernah saya tayangkan di pameran senilukis dahulu. Mungkin ada antara kita yang masih keliru antara medium seni itu sendiri. Mungkin para aktivis filem akan menganggap hasil saya ini sebagai 'filem' (atau movie, eksperimental etc.), terpulang, itu bukan hak saya untuk meletakkan penjenisan seni ini. Tetapi semasa mendalami ilmu visual communication & new media dahulu, video (video art, video installation, filem, animasi etc.) adalah juga disebut sebagai 'sequential illustration' ini memandangkan saya berada di fakulti senilukis & senireka, 2005. Mungkin pada yang mendalami "filem", ini mungkin disebut sebagai filem-lah, terpulang. Saya enggan mengulas panjang tentang terminologi. Lagi pun saya tidak pernah racist pada sebarang bentuk seni. Saya juga pernah belajar buat 'drama' dahulu, tapi video ini bukan 'drama', ya. Ini adalah.. filem..video art.. hmm..%-)

Inspirasi (kalau di fakulti seni reka & senilukis ianya disebut Artist Statement):-

Segalanya bermula semasa saya dan beberapa orang sahabat (termasuk para professor saya) bertandang ke Taman Negara, Pahang pada tahun 2005. Berdasarkan pemerhatian 'movement in nature', saya mengambil beberapa footage sebagai 'sketsa awal' kemudian dipilih satu atau dua footage untuk final work. 'Circle' pada saya adalah kitaran hidup dan berkait dengan bumi itu sendiri. Dari awal counter sampai habis, saya bermain dengan 'circle'. Segalanya akan berkitar di atas muka bumi ini, bermula dari sel hinggalah pada objek yang lahir dengan cukup sifatnya. Pertama 'mother nature', mudah faham bahawa bumi ini adalah 'she' jadi saya mencipta character perempuan itu pada permulaan dan 'circle' itu adalah 'sun' atau cahaya yang akan menerangi bumi. Mungkin, pengaruh Brakhage agak kuat pada masa itu pada saya, terutamanya "Garden of Earthly Delight" yang terpengaruh dengan Borcsh. Oh ya, character perempuan itu saya menggunakan software poser (version 4 kalau tak silap) dan bola (sun) digerakkan dalam 3D studio max. Bercakap pasal software, ada lebih kurang 5 jenis software kot; Poser, 3D Max, Ulead, Premier dan Pinnacle kalau tak silap.. sebab dah 5 tahun berlalu. Jadi berbalik pada inspirasi, 'circle' adalah satu lambang universal dan bumi (earth) juga circle. Bumi haruslah dipelihara dan dinikmati tetapi saya tidak lupa dengan 'what comes around goes around'.. kitaran. Memang panjang kalau nak dikupas satu persatu tentang subject matter yang wujud dalam video, artwork, filem (whatever) ini.. anda cuba interpret kan lah, anda berhak (nak 'kritik' pun tak pa both kepada pengkritik filem atau seni).

By the way, filem (whatever) saya ini adalah mengenai alam, bukan 2 alam.

p/s: terima kasih Dr Kamaruzaman kerana bersama-sama meredah Taman Negara pada masa itu.

p/s: filem ini tak layak masuk panggung sebab tak akan laku..;-)


Wednesday, December 1, 2010

"CINEMA" Bill Viola







Bill Viola melihat dari perspektif yang lebih dalam tentang kelahiran, postur tangan, agama, ‘perbicaraan dalaman’ di alam dahulu kala (+ spiritual) dan sebagainya (rujuk video). Inspirasi dari lukisan old masters. Tidak ada pemerhatian/ pemahaman yang satu lapis sahaja. Langit terdapat 7 layer. Bumi yang kita duduki ini pun terdapat beberapa layer. Sedangkan, kanvas sebelum dilukis pun terdapat beberapa layer sebelum terhasilnya sebuah imejan. Kulit manusia pun terdapat beberapa layer.‘Cantik’ tidak wujud hanya dengan satu layer. Kehalusan tidak wujud dengan hanya single layer.

Bill Viola mentafsirkan (illustrate) semula kejadian 'stillness' dalam bentuk rakaman. Ini berdasarkan kejadian dan membentuk beberapa layer (per-second) menjadi sebuah lukisan. 'Hidup'-nya lukisan itu adalah berdasarkan berapa second yang telah berlaku. Layer by layer karya ini terbentuk. Dalam kata mudah, mementaskan semula kejadian sebelum lukisan itu terhasil dari tafsiran/ rasa Bill Viola. 24 frame per-second yang sungguh berbaloi, kan Truffaut (sambil tersenyum pada Goddard).

wasalam.


p/s: salah satu yang menarik perhatian saya adalah bila Bill mengulas tentang 'postur tangan'.
p/s: Terima kasih saya pada Mohd Fuad Arif yang 'memperkenalkan' Bill Viola pada saya beberapa tahun yang lalu.


Monday, November 29, 2010

MENJAMU SELERA (PENONTON)

Salam untuk semua,

Saya baru saja pulang dari melawat sebuah galeri di pinggir bandar (28hb Nov 2010). Tak jauh jika ikut jalan belakang dari rumah saya ini. Bersama seorang kawan kami berborak seketika (agak panjang borak jugak-lah seperti selalu), selepas beredar dari galeri tersebut. Apa yang menarik perhatian kawan saya adalah kebanyakkan (boleh kata kesemua) lukisan-lukisan dalam galeri itu berbentuk/ bersifat/ style yang ‘dekoratif’. Lukisan-lukisan itu tidak lebih dari penghias dinding rumah sahaja, katanya. Sebenarnya, semasa melangkah masuk ke galeri itu, saya sudah nampak apa yang kawan saya perkatakan itu dari awal lagi, he just took the words out of my mouth...;-) Tapi atas dasar mengekalkan ‘politik’ kawan-kawan, saya mengerut dahi seolah baru nampak apa yang dia nampak..;-) Sungguh pun begitu, ini adalah perkara biasa yang mana sebuah galeri berkedudukan dengan kawasan perumahan ‘orang kaya-kaya’. Malahan semasa memasuki galeri tersebut pun, ada seorang Mak Datin (kot) yang sedang berbincang dengan wakil di situ tentang kedudukan meletak lukisan di dalam rumahnya. Kata Mak Datin (kot), “oh well, all empty wall should be place with paintings, or else it might look dull.”.. saya hanya mendengar sambil melihat salah sebuah lukisan potret yang dekoratif. Tujuan penulisan saya kali ini bukan nak menghentam Mak Datin (kot) tersebut atau mana-mana individu, tetapi sekadar pandangan saya, setiap individu bebas berfikir. Sebenarnya pada pendapat saya (juga saya cakap pada kawan saya itu); bahawa setiap pembeli (buyer/ collector) itu ada taste yang berbeza. Galeri tersebut berada di kawasan perumahan ‘orang kaya-kaya’ dan lukisan-lukisan yang ada dalam galeri tersebut menjangkau Puluhan RIBU (abis murah pun RM 8, 900).. peh!.. ada yang sebesar 7 kaki pun ada yang menjangkau RM 35,000. Kesimpulan awalnya, tujuan galeri itu adalah atas untuk mendapat untuk untung (mesti mau untung, maaa!!) dan kesempatan berkedudukan di kawasan rumah ‘orang kaya’. Kesimpulan kedua, yang dikatakan dekoratif itu bersifat ‘cantik’, ‘berwarna warni’… atau dengan lebih tepat ‘indah mata memandang’. Peduli hapa dengan konsep, surreal, social criticsm, social statement, ekspresionis, atau apa apa pun, yang penting bagi Mak Datin (kot) tersebut adalah dinding rumahnya terisi. Ruang tamu mestilah ada sebuah lukisan yang ‘indah mata memandang’, ruang dapur mesti ada sebuah lukisan yang ‘damai’, bilik mandi mestilah ada lukisan yang ‘berbunga-bunga’ yang boleh ‘mewangikan’ mangkuk tandas, bilik tidur mestilah ada lukisan lanskap yang ‘tenang’… indahkan hidup ini?!..;-). So, it’s all about commercial value, kan?,.. unless dah jadi tahap Latiff Mohidin (pelukis-lah) atau Ibrahim Hussien (itu pun kalau Mak Datin (kot) itu kenal siapa mereka). Jadi, kesimpulan berikutnya, sekiranya Mak Datin (kot) tersebut meletakkan sebuah lukisan surrealist yang agak morbid di ruang tamu, mungkin para tetamu akan melugai (termuntah) masa tengah minum kopi dengan melihat hanyir darah, kepala lembik etc. yang dilukis itu (contoh). Sama juga jika diletakkan visual budak miskin bertelanjang bulat pada tong sampah (realis) di ruang dapur, mungkin ini akan menimbulkan ‘kontroversi’ orang yang bertandang ke dapur tersebut.

Saya sambung lagi perbualan (celoteh) kami ini. Pada pendapat anda (yang membaca posting ini); berapa ramaikah di antara kita yang bertandang ke rumah ‘orang-orang kaya’ ini, bercakap tentang lukisan yang berada di ruang tamu rumah mereka?.. Saya pernah ditanya tentang sebuah lukisan yang dibeli oleh seorang ‘kaya’ yang diletakkan pada ruang tamu. Seperti biasa, saya akan mulakan dengan warna, lighting (sekiranya realism), stroke, stail (+ influence pelukis2 lain) hingga berlarutan pada konsep serta content, subject matter etc..;-). Mungkin cara ini, tuan rumah lebih prepared sekiranya ada tetamu lain yang datang mengajukan soalan itu kepadanya. Tetapi selalunya (memang pun) kedudukan sesebuah lukisan itu mestilah bersesuaian dengan ruang tersebut, ditambah dengan warna interior rumah tersebut, dan ini berbalik pada ‘hiasan dalaman’… dan bukan hasil karya (lukisan) tersebut… penat ya, mengulas tentang hal ini. Berbalik-lah kita pada commercial value tersebut. So, kawan saya tadi mula bertanya pada saya (mungkin provoke) “Jadi depa beli bukan kerana ‘art’ value, content tak penting, janji cantik and sesuai dengan ruang rumah?”… jawapan yang tepat mungkin tidak dapat saya berikan pada kawan saya ini, sebab saya tidak kenal Mak Datin (kot) itu atau ‘depa’ yang dimaksudkan oleh kawan saya itu. Saya tetap menjawap “Depa beli atas dasar visual pandangan depa pada ‘ruang’ nak letak lukisan tu, ngam dengan warna, blend elok, then depa beli.. soal content ka, falsafah ka, berapa kerat yang pikiaq?, tapi itu hak depa. Ada beza collector dengan buyer. Buyer ada yang beli untuk dijual semula atau semasa sahaja, collector pulak long term, ada yang sampai tahap patron, ada yang simpan and sapa2 pun tak leh tengok.” btw, tak salah untuk syok sendiri.

So, berbalik pada kaitan tajuk posting ini, adalah sejauh manakah kita menjamu selera kita (samada ada sebagai penjamu atau yang menjamu): pada yang ada ongkos lebih mungkin Häagen-Dazs atau Délifrance yang menjadi santapan, pada yang low-budget mungkin KFC atau MacD sudah memadai, atau mungkin yang mahu mengekal-kan tradisi mungkin nasi lemak sotong dan nasi kukus panas tetap dibanggakan. Terpulang, masing-masing punya selera..;-) Anda berhak memilih… dan berfikir… dan tidak berfikir.

Pada pendapat saya, pemilik galeri tersebut adalah seperti seorang produser filem yang mahukan keuntungan, lalu dicari-nya pelukis (seolah seperti seorang pengarah filem) yang ada hasil/ karya yang komersial (cepat bikin, visual ‘indah pandangan mata’, boleh bergelak ketawa, etc.) ada pelukis (+ film-maker yg buat filem sebab nak kaya)..dan tak semua PENONTON (lukisan atau filem) itu kenal siapa Stan Brakhage atau Kurt Kren (filem), mungkin kita sudah biasa dengan Yoji Yamada atau Gregory Colbert dan Willem de Kooning atau Wassily Kandinsky (lukisan), mungkin kita sudah biasa dengan Pablo Ruiz Picasso atau Caspar David Friedriech…. ini adalah common dalam persada seni kita, kan… sesekali ‘santap’-lah ‘makanan’ yang lain, baru terisi ‘dinding’ yang kosong itu.

wassalam.

p/s: masih terbayang ada beberapa penonton yang tertidur dalam ‘ruang tamu’ bilik saya semasa menonton “Mothlight” dan “Dog Star Man” tetapi terjaga dengan “Desisfilm”….;-)

p/s: kesemua filem (kita) masih terikat dengan “drama”…kan? plot, pelakon, krew & director..;-)..;-)..;-).. tapi itulah semangat berkawan dan teringin nak buat pembikinan filem dalam masa 24 jam dengan Z. Lokman..;-)