Showing posts with label Shah Alam ku. Show all posts
Showing posts with label Shah Alam ku. Show all posts

Monday, January 2, 2012

SALAM 2012

Salam Semua Malaysia,


Watercolour on Paper (Saiz A4) Title: "Sabak Bernam"




Semoga pada tahun ini, kita akan lebih menitik beratkan soal alam sekitar/ alam semulajadi, tidak kira samada di Negeri Selangor yang kita cintai ini atau di semua Malaysia. Dalam pemerintahan siapa atau mana-mana parti pun sesebuah negeri atau negara itu ditadbir, semoga kita turut meletakkan kepentingan memelihara alam sekitar itu adalah KEUTAMAAN. Itu adalah harapan saya pada tahun ini (malah semenjak dahulu lagi). Barangkali, "atas nama pembangunan" itu juga adalah statement escapist/ opportunist tahap gaban cipan maha-bengong yang rakus mahu meragut untung semata-mata. Barangkali masalah banjir, global warming, tanah runtuh dsb tidak dipersalahkan atau menuding jari pada Tuhan (dengan 'statement klasik basi/ bengap': "itu semua kuasa Tuhan"), disebaliknya yang buruk itu datang dari manusia sendiri.

Wassalam.



p/s: Oleh itu, mulai tahun ini saya mungkin akan memperbanyakkan fotograf (bukan lukisan) dalam blog ini yang mempamirkan tahap kerakusan pihak-pihak tertentu yang memperdajalkan atau mempercelakakan alam sekitar tidak kira sama ada di Selangor atau mana-mana negeri di Malaysia ini.




Saturday, September 4, 2010

SURAU oh SURAU

Salam untuk semua,





Sepanjang bulan puasa ini, ada masanya saya suka berbuka puasa di luar. Biasanya tempat yang saya pergi untuk berbuka termasuklah beberapa restoran Melayu dan kedai-kedai makan Mamak. Selalunya saya akan pergi bersama keluarga tersayang iaitu dengan isteri dan anak-anak. Makanan ringan seperti kuih muih dibeli lebih awal di pasar-pasar ramadhan lalu dibawa ke kedai makan tersebut. Saya akan order minuman sebelum masuk waktu, selepas menjamah kuih muih itu, saya akan order makanan berat pula seperti nasik dan sebagainya, kadang-kadang.


Tapi, apa yang hendak saya luahkan (bukan kutuk, ya..) di sini adalah, boleh dikatakan KEBANYAKKAN restoran-restoran atau kedai-kedai makan TIDAK menyediakan SURAU atau bilik sembahyang yang baik, malah ada yang TIDAK ADA LANSUNG. Selalunya (sememangnya) selepas pekena makanan ringan itu selepas berbuka, saya akan menunaikan fardu MAGHRIB, lainlah kalau ada yang lepas bukak posa hangpa tak pi sembahyang...;-) Tambah cipan tahap banggang (maaf, saya faham ini bulan puasa, tak baik mengutuk) adalah kedai atau restoran ‘Islam’ tersebut siap tertera dengan kalimah Bismillah, ayat dan doa dan sebagainya digantung dari segenap sudut dan ada setengahnya para pekerja siap bersongkok dan berserban (terutamanya restoran Mamak). Bukan saya nak hina Mamak atau Melayu, tapi sedarlah sikit, macha.. kiri kanan hangpa lekatkan ayat-ayat Allah.. Surau mana? Bilik sembahyang mana?.. Jangan jadi pretentious tahap cipan gaban, sampai tempat nak buat ibadah pun hangpa tak provide.. ciss, deiii!!.. Paling mudah, saya segerakan makan dan minum dan terus cari Masjid, itu pun kalau ada yang diketahui masjid terdekat. Lagi satu, adalah SHOPPING COMPLEX, ada yang provide surau, tapi nun tingkat 3 la, tingkat 4 la.. tu dia, aih!!!. Ada shopping complex yang suraunya dekat dengan parking lot.. sikit punya, ka. Bagi saya, apa salahnya kalau SETIAP tingkat itu diadakan surau, mungkin ada yang kata maintenance payah.. ceh, kalau pikiaq pasai nak masuk duit boleh, ini soal ibadah, apa payah nak maintain..;-)


Pada saya, sepatutnya ‘pihak-pihak berwajib’ semestinya memantau situasi ini. Compulsory-kan setiap restoran atau kedai makan Muslim mesti sediakan tempat ibadah (surau) yang sempurna. Kalau tak sedia, kasi saman atau tutup selama 25 tahun..;-) Lagi mau cakap pasal negara Islam dan berkebajikan ka?.. Semua (kebanyakkan) orang sudah terima perkataan Allah (makna-nya depa percaya Islam-lah). Islam semakin kuat setiap hari.. so, perkara basic ini iaitu kemudahan surau amatlah penting.


p/s: macam rasa nak simbah kuah dalca kat tuan punya restoran yg banggang..:-(

p/s: saya bukan alim sangat, kadang2 ada terrrrrr-miss solat jugak..;-)

p/s: kadang2 lebih selesa solat di stesyen minyak..;-)




Wednesday, August 4, 2010

Film 120 : Yashica Twin Lens Reflex Camera (TLR)

Salam untuk semua,


f/250 1/ 11 (pro 160 Kodak 120 format) "Kerusi di Puncak" (2010)
Yashica Mat TLR (photo = unedited/ un-retouch)

Sebagai seorang yang tidak pernah “racist” pada sebarang bentuk pengambaran foto, saya tidak pernah meletakkan diri saya sebagai penganut Nikon, Canon atau apa jenis kamera sekalipun. Amat kelakar bila ada yang taksub menyebut “Nikonian”, “Canonist”, “Elite Leica” atau apa saja yang boleh saya ketawa terbahak-bahak, bagi saya itu adalah iklan-iklan yang tidak disengajakan sebagai joke cipan harian/ santai...;-) Saya suka mencuba berbagai jenis kamera, baik digital atau filem, baik kamera pegun atau kamera bergerak. Sekarang saya sedang 'berkarya' bersama Yashica Mat Twin Lens 120. Kamera ini telah saya perolehi dari Pak Lang saya yang tidak digunakan hampir lebih kurang 40 tahun lebih (agaknya). Setelah “rayuan” dibuat kepadanya, akhirnya saya berjaya memiliki kamera klasik ini. Kamera ini berusia lebih dari umur saya. Menurut Pak Lang, kamera ini dibeli semasa mudanya (1960an) dalam harga 35 ringgit (pada masa itu). Jadi, setelah kehadiran kamera kompak(compact), SLR dan sebagainya, kamera ini hanya terbiar di dalam almari. Sekarang, nilai untuk secondhand kamera TLR 120 ini bernilai dalam Empat ke Lima Ratus Ringgit ada juga yang mencapai seribu lebih. Namun, pada minggu lepas saya telah menggunakan kamera ini semula setelah sekian lama. Saya hanya menggunakan blower sahaja untuk mencuci lens kamera TLR ini bersama kain cuci cermin mata, itu sahaja. Ini adalah bukti bahawa kamera yang baik ini masih mampu menghasilkan gambar filem yang berkualiti walaupun hampir 40 tahun 'tidur' dalam almari.


f/250 1/ 16 (pro 160 Kodak 120 format) "Kerusi di Puncak with Background" (2010)
Yashica Mat TLR (photo = unedited/ un-retouch)

Depth yang tertera jelas menunjukkan bahawa focusing-nya tidak terganggu dan TLR ini mempunyai focus puller (seolah macam kamera filem bergerak) yang masih berfungsi baik berbeza dengan SLR (Single Lens Reflex) yang menggunakan focusing ring untuk mendapatkan depth dan menghasilkan circle of conclusion. Ada kawan-kawan yang menyatakan bahawa langit yang tertera seolah hidup dan seperti dilukis. Biru langit itu seolah-olah dibuat-buat seperti sebuah backdrop teater dan subject matter kerusi begitu jelas contrast-nya. Hmm, itulah 'kuasa' filem dan keunikkan TLR. Seperti yang saya maklumkan, imej/ photo ini tidak ada sebarang campur tangan dari photoshop dan sebagainya, ianya adalah film 120 dari TLR ini. Mungkin, lens filem ini menghasilkan contrast dan tone yang sharp. Saya masih percaya bahawa coating dan tahap ketebalan filem jauh lebih baik (+ tebal) dari lens digital atau mana-mana lens yang dibuat selepas tahun 1990an. Ini adalah berdasarkan observasi (+ testing) saya sendiri termasuk beberapa testing tidak kiralah Leica Dicomar, Vivitar, Sigma, Nikkor, Tamron dan sebagainya. Coating dan built pada lensa TLR ini (Yashikor f=80mm) adalah mampat dan baik, lihat hasilnya tanpa sebarang editing.


Semasa proses 'pengambaran' filem 120 TLR "Kerusi di Puncak" ini, saya telah membuat tiga bracketing tetapi masih mengekalkan 1/ 250 untuk shutter-nya, tapi pada aperture-nya saya menukar pada bracketing f/11, f/16 dan f/8 (dua kali) menjadikan beberapa frame seperti di atas. Seorang sahabat saya bertanya, adakah saya menggunakan 'light meter reading'?.. tidak, saya tidak guna sebarang reading, cuma saya 'agak-agak' berdasarkan pengalaman saya dengan kamera SLR analog filem dahulu. Logiknya bukaan (iris opening) pada pukul 4.30 - 5.00 petang atau semasa rembang adalah sedemikian. Pada permulaan, saya skeptikal sedikit sebab ini adalah TLR dan bukan digital atau analog SLR, tetapi logiknya aperture leaf tetap sama walau apa kamera sekalipun, mungkin bezanya adalah coating dan ketebalan lensa sahaja antara digital dan filem. Kamera filem perlukan cahaya yang lebih memandangkan medium yang berbeza dengan penggunaan negatif filem (yang juga coating/ layer filem yang tebal). Pada mulanya saya mahu membawa digital SLR saya sebagai 'alat bantuan' dalam perkiraan iris dan shutter, tetapi demi thrill dan challenge tahap cipan dan ego saya, saya tidak membenarkan DSLR saya menyertai saya..;-) Ini adalah ekplorasi pertama (pengalaman pertama) saya dengan TLR, saya masih baru dengan medium yang lebih tua dari saya,..TLR. Kadang-kadang, proses dan effort itu membuahkan pengalaman yang dapat mengajar kita selok belok dan susah payah dalam menghasilkan sesebuah karya, kita belajar dari pengalaman dan effort tersebut. Effort itu penting. Hasil dari usaha tersebut adalah kepuasan (dan kadang-kadang syok sendiri)...;-) Gagal atau tidak, terpulang, cuba tetap cuba.. dalam kes ini, saya sedang mencuba TLR pertama saya.


Bercakap soal gagal, hasil di atas terhasil kerana pada peringkat permulaan saya tidak tahu cara hendak crank atau wind filem tersebut. Saya gagal memahami bahawa film winding crank itu mesti diputar sebanyak dua kali 180 darjah untuk frame seterusnya, ini bukan semacam manual wind untuk analog SLR biasa. Gambar di atas adalah hasil 'kegagalan' saya tersebut. Hasilnya adalah triple exposure semasa percubaan pada first frame saya. Awalnya, saya main agak-agak sahaja, hasilnya tertindan kerana putaran hanya 90 darjah. Sungguhpun begitu, jika dilihat dari perspektif yang 'tidak mahu kalah', mungkin saya menyamakan hasil saya di atas seperti percubaan Joseph Niepce (1826) semasa menghasilkan imej photografi pertama di dunia dari luar tingkap makmalnya dengan menggunakan kamera wooden box-nya. Saya menghasilkannya dari luar tingkap ofis saya buat kali pertama dengan TLR ini..;-)


Di atas adalah gambar ringkasan cara memasukkan filem 120 ke dalam TLR. Saiz 120 lebih besar dari 35mm. Kedai gambar jarang jual format ini, saya memperolehinya di Central Market (Pasar Seni), K.L. Harus diingatkan, kos proses filem ini juga mungkin agak tinggi dengan hanya 12 exposure (frame) sahaja iaitu RM 20.00 (Kodak), RM 10.00 untuk negatif, RM 7.00 untuk index (contact) print.. itu belum masuk kos printing sebanyak RM 2.50 saiz 4R ... so, paling tidak dalam RM 60 ke 80 ringgit hanya untuk 12 shot.. sebab dengan kos itu, kita mungkin dah boleh beli satu CF atau SD card 4 gig..;-).. filem, kan?..;-) Oleh itu juga, saya mengingatkan diri saya, hanya "artwork"/ masterpiece (karya) sahaja akan saya guna TLR ini. Dalam percubaan ini, setengah daripada frame filem tersebut telah 'rosak' (double/ triple exposure).. hanya enam yang ok..;-) Kos.. Kos.. filem..kan.

Content & Subject Matter "Kerusi di Puncak" (2010)


Semasa melegari Puncak Perdana saya cuba mencari tempat-tempat yang terpinggir dari suasana ramai, termasuklah puncak bukit yang ada di sekitar Puncak Perdana, Shah Alam. Tetapi apabila hendak menuju ke puncak bukit itu, saya terjumpa secara tidak dirancang (ini proses pencarian idea/ ilham apapun..) , dengan kerusi sofa usang yang hampir reput ini. Bila dilihat lokasi dan kedudukannya, saya terus mencari angle yang sesuai untuk sebuah shot dengan kamera TLR filem ini. Terhasillah karya di atas. Saya tidak terus shot, maaf ini bukan Digital SLR yang macam 'mesin-gun' ya..;-) Komposisi adalah penting. Dalam pada masa yang sama saya masih teringat karya Josef Sudek, "Walk in the Magic Garden" (1954) yang juga bermain dengan kerusi usang di taman. Terpulanglah kepada anda semua yang lebih mahir memberikan terjemahan (+ konotasi) imej saya ini, tetapi suasana di sekeliling seolah bergerak begitu asing tanpa memperdulikan kerusi ini. Sedangkan dahulu mungkin kerusi ini berada di sebuah rumah banglo yang mewah (memandangkan kerusi sofa ini mungkin jenis mahal), tetapi sekarang terbiar sepi reput di pinggir jalan. Sama lah seperti seorang yang sudah tidak diingini kerana sudah berumur, tetapi kalu di'selamat'kan mungkin kerusi ini berada di rumah orang lain. Sama seperti kamera TLR ini, kalau tidak digunakan pasti tidak saya fahami sifat TLR tersebut. Gambaran kedua bersama background mills tersebut adalah tempat buat batu-bata untuk buat perumahan di sekeliling, namun kerusi 'tua' itu masih di situ, menanti reput hingga pupus, dan alam hampir memamah kerusi itu. Mills itu juga adalah alat untuk buat pembangunan. Buat masa sekarang kerusi itu masih di situ. Tujuan saya adalah untuk ke pinggir puncak bukit, tetapi terjumpa kerusi buruk ini (subject matter), itu pun bermakna untuk saya, saya tidak perlu tenguk terlalu jauh, yang dekat (kerusi itu) masih boleh dihargai. Tak perlu, cari lokasi jauh, dekat Puncak Alam ini pun berbagai elemen dapat bagi ilham. Mungkin ada sedikit depth dan imej mills tersebut nampak agar sureal bersama kerusi usang itu yang hampir dibaham alam. Ciptaan manusia tidak akan kekal. Terpulanglah kepada anda untuk menterjemahkan lagi tentang imej ini. Saya sekadar menguji TLR ini sebagai pengalaman pertama. Terima kasih Pak Lang.

p/s: tak begitu minat dengan Lomo Camera & Polaroid.. kecuali kalau bawak pergi berkelah..;-)
p/s: "It's not the camera, it's the man behind the camera",.. shoot-lah dengan apa pun..;-)


Sunday, August 1, 2010

ARTIFICIAL CITY



Sering aku diajak berkunjung ke sini, menikmati indahnya malam bermandikan cahaya. Kilauan lampu-lampu, mewarnai suasana. Segalanya palsu, segalanya kaku. Hidup dalam nafas mentol-mentol. Ditanam dalam tubuh-tubuh konkrit yang bukannya dari sungai-sungai jernih. Selirat litar-litar letrik voltan tinggi bersetubuh dengan plastik-plastik. Flora palsu, fauna palsu, unggas kaku, salju kaku, tiada yang asli. Istana dawai berkilauan dalam khayal kunjung. Selamat datang ke sini, mari kita meraikan pepohon palsu yang memanaskan lagi bahang suasana. Bayarannya sepuluh ringgit sekali masuk, sebelum ini hanya dua ringgit… maklumlah kos eletrik..;-)








all shots are unedited. Canon 350D. manual setting.
50mm f 1.8 lens.



p/s: lebih suka lepak kat Tasik Shah Alam & Bukit Cahaya..;-)

Wednesday, June 23, 2010

SHAH ALAM ku


Salam Shah Alam untuk semua,


("Shah Alam 2040?" 91cm x 91cm)

Lukisan di atas adalah lukisan yang paling jijik pernah saya hasilkan, tapi entah macamana banyak orang/ kawan-kawan yang ‘berkenan’ tengok termasuk isteri saya sendiri hingga minta gantung di rumah. Tidak saya rancang dalam melakar atau plan dalam kepala saya, terus jadi tanpa haram sedikit perancangan pun. Saya tinggal sebentar, buat kerja-kerja lain, kadang-kadang tambah sikit, tenyeh sikit.. baru semalam saya last touch-up, dan nekad tak akan saya sentuh lagi berus saya pada kanvas itu.. cukup. Tidak ada perancangan, memang jelas tidak ada perancangan (literally) baik dari segi kedudukan bangunan-bangunan dalam ruang kanvas itu, sama macam tempat saya duduki sekarang. Seolah-olah tidak ada perancangan hingga habis bukit bukau, hijau digondol dan itulah hakikatnya walau pentadbiran baru mengambil alih pun, haram macam tak berfungsi langsung, hutan hijau masih dinoda. Kemajuan diukur dari kepesatan dan tumbuh mekar bangunan-bangunan baru. Roboh yang lama, buat yang baru, bagus… tasik dikambus, hutan ditebas, unggas dihalau,.. ular masuk rumah, monyet….;-) Maaf, saya tak pandai berbahasa puitis.. visual ini saya gambarkan dengan penuh rasa jijik, sesak. Saya membayangkan dalam 30 atau 40 tahun lagi, sekiranya Shah Alam (pentadbiran) masih lagi angkuh bina lagi bangunan-bangunan, menceroboh hutan-hutan hijau di Shah Alam atau Selangor terutamanya… mungkin lukisan saya ini agak bombastic, exaggerate, over sangat... langit merah, bangunan-bangunan berterabur, serabut.. yg tinggal di celah-celah kota Shah Alam adalah masjid negeri.. bulan retak (pengaruh dari Filem ”Time Machine”).. sesak nafas bila mengadap lukisan ini. Hanya dengan visual kaku ini dapat saya luahkan.


("pre- Shah Alam" 46cm x 31cm)

Lukisan kecil di atas pula dihasilkan lebih awal dari itu. Saya membayangkan Shah Alam pada zaman-zaman selepas Paleolitik setelah manusia hidup dan mungkin Sungai Renggam atau sebelum negara ini dicatukan jajahan takluk masing-masing. Manusia bebas menikmati hijau, kabus di pagi hari dan bertemankan unggas-unggas rimba. Pohon yang mati akan terganti dengan pohon-pohon yang baru. Tumbuhan menjalar akan hidup di atas pepohon lama, seolah seperti bangunan/ runtuhan lama yang ditumbuhi lumut dan daun-daun renek. Masih hijau, masih subur dan air masih jernih di tasik dan sungai-sungai. Lukisan ini bersaiz kecil, jauh lebih kecil dari karya 'zaman masa hadapan’ di atas. Lukisan ini walaupun bersaiz 'mini’ adalah antara yang paling saya sayang.


Mungkin pada hujung tahun ini, akan diadakan pameran lukisan-lukisan saya; saya akan menjual lukisan pertama tadi dengan harga yang amat murah, lebih murah dari nilai kamera saya dan harap orang dapat bargain dengan lebih rendah..;-).. untuk yang berminat nak beli lukisan pertama di atas, sila beritahu saya.. harga amat murah,.. sakit mata jika masih ada dalam bilik saya, jgn lupa bawak lori..;-)... lukisan kedua not for sale ..;-)


p/s: Baca ini kalau nak faham lebih tentang 'kesakitan' Cameron Highland.

p/s: mungkin ada yang akan kata; "Wei, balik kampung-la, orang seni!!"... saya akan jawap "kampung??.. kampung saya bandar"..;-)

p/s: cantik sungguh Bandar-bandar ini… ;-)


Friday, January 8, 2010

Tasik Damai

watercolour on paper

- double click to for bigger resolution-

Salam untuk semua,

Ada masanya duduk2, lepak2,.... subject matter yang dekat pun tak nampak... saya selalu lintas jalan itu, terus singgah........ tatap, renung, angin sepoi2... klassik... Tasik Puncak Perdana...

Tapi ntah lama mana pun tak tau lah, keindahan belantara tasik ini akan terus wujud di puncak ni.. tak pun tunggu hari "kontraktor2 gila tahap cipan tua nak mampus haram jadah" (KGCTNMHJ) akan merogol tasik2 dan belantara kat persekitaran ni...iskkk... Silap2 tasik ni pun depa kambus... lagi mau cakap pasal global warming kat seminar/ simposium luar negara ka?

Semoga lakaran kecil watercolour serba ringkas saya ini, turut "menyimpan" khazanah itu sebelum...whatever...:-(

Wassalam..peace..;-)