Tuesday, May 26, 2009

FILEM "AMAN" Hatta Azad Khan: Script Reading dekat Tasik & Lawatan Lokasi Pengambaran

Petang tadi, telah berlansungnya sesi pembacaan skrip (script reading) dan lawatan lokasi untuk filem "Aman" di Ijok, Negeri Selangor.

Klik gambar untuk blow up besar & lebih jelas



Hatta membuat beberapa penerangan mengenai watak, dan pengambaran sebelum pembacaan skrip. Sebelahnya adalah Syahrul Fitri (Casting/ Acting Director)



Tekun. Watak "dua beranak", Erman Manan & Shafimie.


Tempat berlansung Script Reading.



Azlee Senario sedang mendalami skrip.



Rozita Che Wan.



Rozita Che Wan in different angle.



Lan PetPet yang sentiasa meng-kelakar-kan suasana.



Pantang nampak kamera (tak kira kamera still pun), sentiasa in character.



Mas Muharni



Mas Muharni dan Rafizah Hussin (Fifi)



Fifi... pendatang baru dalam skrin Malaysia?



Take a break



Lan PetPet diam seketika semasa makan. Kelihatan Hamzah Tahir (Baju Hitam) di sebelah.



Nurhafifi (Costume Designer/ Wardrobe) bersama pembantu-pembantu setianya.



Mastura berbaju hijau (P.M.) bersama tenaga produksi yang lain.



Krew sedang berbincang untuk memantapkan lagi produksi "Aman" ini.



Nur Azrahany @ Hani. Pembantu Prof Dr Hatta.
She should be on screen.. just a thought.



Tasik berlangsung Script Reading


selesai script reading, krew & para pelakon tiba di lokasi pengambaran untuk lawatan.



Rumah "Aman"


Pengarah membincangkan mengenai perihal pengambaran.



Pengarah berdiskusi dengan dua watak utama.



Hani bercakap dengan Roziiiitaaa....



"Gadget Boy" Aman mencuba props yang akan digunakan nanti.



Krew yang bersiap sedia untuk pengambaran bermula 28hb nanti... jeng!jeng!




The Cast & The Crew (Aman).... moga aman-lah segalanya nanti

_________________

"Peace"

AMAN

Saturday, May 23, 2009

FILEM "AMAN" Hatta Azad Khan : PELANCARAN 22hb Mei di Saloma Bistro

Hatta Azad Khan bakal mengarahkan sebuah filem bertajuk "Aman"
Berikut adalah serba sedikit foto-foto sekitar majlis pelancaran tersebut.

KLIK GAMBAR UNTUK BLOW UP BESAR & LEBIH JELAS


Erman Manan, Shafimie Saedon & Rozita Che Wan


Antara yg turut membantu; Azlee Senario, Lan PetPet, Harun Salim Bachik & Adibah Noor


Keluarga "Gadget" Malaysia.


Fimie sebagai Aman (watak utama) "gadget boy".



Dib akan membawa watak Cikgu (mmg dia cikgu tul dulu) .


Lan PetPet menunjukkan kesungguhan setelah diberi wataknya.. posing kat kamera jer tu.


Pak Karam Singh turut terlibat sebagai watak reporter (watak dia).


Mas Muharni (baju merah) (Melor -"Wayang"-) turut terlibat bersama sahabat bakat baru


Prof Dr Hatta & Dr Azni (RMU)


Tuan Pengarah & Produser En Ramli... kombinasi hensem


Rozita Che Wan.. Roziiiiiitaaaa!!!! "Bunga" dlm Aman


Press Con Pelancaran di Saloma Bistro berjalan dgn aman.


_____________

"PEACE"

AMAN


Friday, May 22, 2009

PEACE




"Do you know what is better than charity and fasting and prayer? It is keeping peace and good relations between people, as quarrels and bad feelings destroy mankind."

(Muslim & Bukhari)


“If you want to make peace with your enemy, you have to work with your enemy. Then he becomes your partner.”

(Nelson Mandela)


“If we wish to create a lasting peace we must begin with the children.”

(Mahatma Gandhi)


“Imagine all the people living life in peace. You may say I'm a dreamer, but I'm not the only one. I hope someday you'll join us, and the world will be as one…Give peace a chance.”

(John Lennon)


_____________________________________

Selamat Malam
- Peace -




Friday, May 15, 2009

GURU & BUKAN GURU

----------------

2 + 1 = 3

"Pandai anak murid. tepuk tangan..yeeee!!!
"

----------------

2 + 1 = 3

"Sapa kata tiga?"

------------------

Orang jahat, dibalas jahat.

"Betul anak murid. Pandai!"

------------------

Orang jahat, dibalas jahat.

"Biarlah dia nak jahat, tahap bangang berlainan jenis, teruslah mengkaji. Kenapa dia jahat?"

------------------

Bezakan GURU & BUKAN GURU.


SELAMAT HARI GURU pada cikgu-cikgu dan guru guru,
yang tak dapat SAMBUTAN HARI GURU, jangan sibuk sibuk mengaku cikgu atau guru.

____________


p/s: seorang professor pernah berkata pada saya; "seorang yang mengajar di universiti sama macam tahap Mahaguru Silat",.. saya tahan sebak saya, lalu pergi mencari tempat untuk ketawa berdekah dekah. :-)

p/s: Don't be a teacher, instead be a friend to your students.

MANUSIA TAHAP IBLIS?

Manusia tahap paling rendah martabat pada aku adalah yang suka melaga lagakan orang, suka cari pasal dengan orang, dengki khianat, takbur dan riak seolah dia seorang yang betul, tidak sedar diri, tidak kenang budi, samseng dan tidak faham perasaan orang lain. Secara jujur aku tak kisah sangat sekiranya orang itu tak sihat mental/ fizikalnya, introvert, pendiam, dsb. walaupun dia seorang yang genius, pandai berkata kata, golongan ini aku masih boleh terima, sekurang kurangnya golongan ini ada sumbangannya juga. Aku selalu ‘share’ ilmu, filem, buku dsb dgn member member.


Masalahnya sekarang, dia adalah seorang yang memang waras, berpengaruh, dikenali ramai dan paling sedih pernah mahu aku jadikan idol sepanjang hayat. Aku hampir bercadang nak belajar dengan dia. Percaya atau tidak, aku hampir membuat skrip teater tentang dia. Aku juga pernah berbual dengan dia. Semenjak akhir akhir ini, kata-katanya semakin melampau lampau. Mungkin Lucifer telah menaikkan pangkatnya menjadi Major agaknya,...wallahuallam...


Dahulu aku amat menghormati seorang insan ini. Bagi aku bila sebut saja nama dia, aku menjadi amat taksub. Jangan sesiapa cuba kutuk dia, aku akan melenting mempertahankan dia. Sekarang aku nampak dari cara dia menulis, berkata-kata seolah macam nak menghuru-harakan sebuah Negara yang amat dicintai ini..seolah-olah. Apabila aku membaca tulisan dia (sebelum dia ada Blog), aku dapat melihat perjuangannya semenjak dari zaman ‘bohemian’nya hingga sebelum dia pulang dari luar Negara, aku kagum. Sekarang aku kata; dia mengambil kesempatan ke atas golongan minoriti yang masih mentah atau masih baru nak kenal keseronokkan. Sepatutnya dia duduk dalam bidang dia, berjuang dalam bidang dia. Tapi nak kata apa, mungkin dah memang “nature” dia macam tu.. sampai bila? Tak percaya Tuhan agaknya. Tapi seperti macam aku kata dahululah; “ada sebab kenapa Tuhan jadikan beruk, babi, lintah, kuda dsb.”… Wassalam… BTW, blog dia memang aku tak link di sebelah… Astagfirullah.


-----------


Iblis menjawab: “ Aku lebih baik daripadanya; Engkau (wahai Tuhanku) ciptakan daku dari api, sedang dia Engkau ciptakan dari tanah “.(Saad: 76)


- petikan yang aku tafsirkan sebagai EGO dan Riak/ takbur. -



-------------

p/s: - student2 & member2 kat blog link disebelah lagi genius menulis drp ko.

- siapa ada masa cuba lakonkan dialog Iblis di atas..hehehe


Tuesday, May 12, 2009

TERKINI, TERAKHIR DAN SELAMANYA, MUNGKIN.




Memahami Kata Kata Itu

Sebuah Sajak untuk sesetengah Bloggers


Kehancuran ini

Semakin aku rasa;

Pada bahasa mereka

Pada tuturkata mereka.

Pada cara ber-blogging mereka.

Masyarakatku, ada yang akan tersesat

Astagfirullah….


Yang kononnya

berjuang untuk Negara

Rupanya masih Bertopengkan

Benci dan dendam, Tidak tahu nak

berkompromi, tidak tahu meleraikan kekusutan ini

Lalu menjadi para pem-blogger politik terbahalol atas muka bumi.

Kasihan, malang dan bodoh… aku ingat nak menang.


Yang kononnya

Para manusia intelektual wanna-be

Rupanya masih lagi dari jenis bangang

Menghina orang lain yang cuba melihat dunia

Lalu menjadikan dirinya makin disumpah serakah.

Kasihan dan bodoh… aku ingat pintar.


Yang kononnya

Dahulu lantang berbicara

Kini sepi tanpa suara, sunyi

Entah kemana, blognya bersarang atau hilang?

Dirinya lesap entah ke mana

sedih dan rindu…aku ingat berani.


Mungkin benar kata kawanku:

“kadang kadang menulis bukan menunjukkan kepandaian tetapi mempamirkan kebodohan”

dan aku cuba untuk memahami kata kata itu

dan aku hampir faham kata kata itu…;-) Syukur..:-)



Wasalam

Subuh menyinsing… Bismillah