Friday, May 15, 2009

MANUSIA TAHAP IBLIS?

Manusia tahap paling rendah martabat pada aku adalah yang suka melaga lagakan orang, suka cari pasal dengan orang, dengki khianat, takbur dan riak seolah dia seorang yang betul, tidak sedar diri, tidak kenang budi, samseng dan tidak faham perasaan orang lain. Secara jujur aku tak kisah sangat sekiranya orang itu tak sihat mental/ fizikalnya, introvert, pendiam, dsb. walaupun dia seorang yang genius, pandai berkata kata, golongan ini aku masih boleh terima, sekurang kurangnya golongan ini ada sumbangannya juga. Aku selalu ‘share’ ilmu, filem, buku dsb dgn member member.


Masalahnya sekarang, dia adalah seorang yang memang waras, berpengaruh, dikenali ramai dan paling sedih pernah mahu aku jadikan idol sepanjang hayat. Aku hampir bercadang nak belajar dengan dia. Percaya atau tidak, aku hampir membuat skrip teater tentang dia. Aku juga pernah berbual dengan dia. Semenjak akhir akhir ini, kata-katanya semakin melampau lampau. Mungkin Lucifer telah menaikkan pangkatnya menjadi Major agaknya,...wallahuallam...


Dahulu aku amat menghormati seorang insan ini. Bagi aku bila sebut saja nama dia, aku menjadi amat taksub. Jangan sesiapa cuba kutuk dia, aku akan melenting mempertahankan dia. Sekarang aku nampak dari cara dia menulis, berkata-kata seolah macam nak menghuru-harakan sebuah Negara yang amat dicintai ini..seolah-olah. Apabila aku membaca tulisan dia (sebelum dia ada Blog), aku dapat melihat perjuangannya semenjak dari zaman ‘bohemian’nya hingga sebelum dia pulang dari luar Negara, aku kagum. Sekarang aku kata; dia mengambil kesempatan ke atas golongan minoriti yang masih mentah atau masih baru nak kenal keseronokkan. Sepatutnya dia duduk dalam bidang dia, berjuang dalam bidang dia. Tapi nak kata apa, mungkin dah memang “nature” dia macam tu.. sampai bila? Tak percaya Tuhan agaknya. Tapi seperti macam aku kata dahululah; “ada sebab kenapa Tuhan jadikan beruk, babi, lintah, kuda dsb.”… Wassalam… BTW, blog dia memang aku tak link di sebelah… Astagfirullah.


-----------


Iblis menjawab: “ Aku lebih baik daripadanya; Engkau (wahai Tuhanku) ciptakan daku dari api, sedang dia Engkau ciptakan dari tanah “.(Saad: 76)


- petikan yang aku tafsirkan sebagai EGO dan Riak/ takbur. -



-------------

p/s: - student2 & member2 kat blog link disebelah lagi genius menulis drp ko.

- siapa ada masa cuba lakonkan dialog Iblis di atas..hehehe


Tuesday, May 12, 2009

TERKINI, TERAKHIR DAN SELAMANYA, MUNGKIN.




Memahami Kata Kata Itu

Sebuah Sajak untuk sesetengah Bloggers


Kehancuran ini

Semakin aku rasa;

Pada bahasa mereka

Pada tuturkata mereka.

Pada cara ber-blogging mereka.

Masyarakatku, ada yang akan tersesat

Astagfirullah….


Yang kononnya

berjuang untuk Negara

Rupanya masih Bertopengkan

Benci dan dendam, Tidak tahu nak

berkompromi, tidak tahu meleraikan kekusutan ini

Lalu menjadi para pem-blogger politik terbahalol atas muka bumi.

Kasihan, malang dan bodoh… aku ingat nak menang.


Yang kononnya

Para manusia intelektual wanna-be

Rupanya masih lagi dari jenis bangang

Menghina orang lain yang cuba melihat dunia

Lalu menjadikan dirinya makin disumpah serakah.

Kasihan dan bodoh… aku ingat pintar.


Yang kononnya

Dahulu lantang berbicara

Kini sepi tanpa suara, sunyi

Entah kemana, blognya bersarang atau hilang?

Dirinya lesap entah ke mana

sedih dan rindu…aku ingat berani.


Mungkin benar kata kawanku:

“kadang kadang menulis bukan menunjukkan kepandaian tetapi mempamirkan kebodohan”

dan aku cuba untuk memahami kata kata itu

dan aku hampir faham kata kata itu…;-) Syukur..:-)



Wasalam

Subuh menyinsing… Bismillah

Tuesday, May 5, 2009

MENUNGGU KATA DARI DINSMAN


Salam untuk semua. Saya telah ke persembahan teater monodrama ini pada 2hb Mei yang lalu, kerana hasilnya adalah dari Dinsman, tidak kurang dan tidak lebih dari itu. Agaknya sudah lama saya mengidamkan Dinsman kembali berkarya seperti mana yang pernah saya nikmati sewaktu zaman remaja saya dahulu. Dahulu, saya pernah membaca seterusnya mempersembahkan hasil karya beliau iaitu ”Bukan Bunuh Diri”(BBD) 1974 dan ”Protes” 1972 pada tahun 1995 dan 1997; sekarang saya mendekati pemikiran terkini beliau iaitu ”Menunggu Kata Dari Tuhan”(MKDT) 2009. Terima kasih buat Pyanhabib kerana memaklumkan tentang pementasan ini. Saya sempat bersalaman dan berbual dengan Dinsman sebelum pementasan.

Pertama apabila tiba di auditorium, saya terkejut dengan pemaparan poster MKDT ini. Pelakon berjubah sedang bersimpuh sambil mendongak memohon doa. Jauh bersimpang dari firasat saya, yang mungkin sangkaan bahawa seorang lelaki moden berilmu yang memberontak ’mencari Tuhan’. Justeru itu, saya berkata dari dalam diri; Dinsman telah memberi kata kepada saya bahawa; ”kembalilah”. Sesiapa yang pernah faham BBD, pasti dapat mengakui bahawa MKDT adalah ’taubat’ Dinsman yang terakhir, mungkin. Saya bertafakur sebentar. Ditambah apabila statement secara terangan bahawa text ’Teater dari Hadis Nabi’ terpampang di dada poster.. saya bertafakur lagi sekali. Memang saya akui Dinsman yang saya kenali dahulu telah menemukan saya dengan jawapan yang selama ini saya cari yang terkandung dalam MKDT melalui BBD. MKDT dan BBD adalah monodrama Dinsman.

Memang BBD bukan MKDT, tetapi bagi saya secara peribadi; Dinsman bertanggungjawap (secara tidak rasmi) membajai pemikiran saya dengan fahaman wujudiah, eksistensialisma, absurdism semasa saya masih mengorak langkah sewaktu remaja dahulu. Bersama Cikgu Sharrif Shaary dan Cikgu Ahmad Omar dahulu, saya cuba mengupas ’BBD’ dan ’Protes’ siang dan malam, melihat pemikiran seorang antropologist bersoal tentang kewujudan Tuhan. Sehingga saya menolak sebahagian atheist yang cuba menyogok saya dengan pemikiran Soren Keikergard dan Marxist walau saya sesekali terjerumus dengan Jean Paul Sarte yang auranya masih saya rasakan sekarang..ampun. Mungkin semasa itu, saya ulang ’semasa itu’; saya adalah hasil anak pentas yang radikal memprotes formaliti yang digariskan dalam hidup. Sebagai anak pentas, berteater bagi saya bukanlah untuk jadi pelakon dan bukan gila glamour tetapi berteater adalah memahami naskah, melihat pemikiran dan menambahkan ilmu. Teater lebih suci/ luhur rohnya dari filem bergerak yang telah dimanipulasikan (digodam?) oleh kamera dan editing pada pendapat saya dari dahulu sehingga sekarang, pendirian saya tidak akan berganjak. Malahan kalau diberi pilihan, saya mahu kembali kepada teater. Saya harap Dinsman tidak akan ke filem, demi menjaga kesucian teater ini walaupun pada masa diskusi selepas persembahan ini ada penonton yang mencadangkan agar beliau turut ke filem. Kah kah kah. Walau bagaimanapun, filem tetap penting dalam berkongsi ilmu/ pendapat, kerjaya dan 'car-ma' saya. Saya suka filem,..juga. Fotografi adalah skill saya. Teater adalah ....

Berbalik soal MKDT ini, saya masih terbayangkan BBD kerana salah satu sebab ini ianya adalah kategori (atau genre) monodrama dan saya ’wujud’ atas dasar naskah naskah Dinsman. Mungkin dahulu dalam BBD, Dinsman masih lagi di ambang ’zaman pencarian’, masih teraba raba memahami kehidupan dan saya akui atas dasar kerabaan itulah saya juga menjadi teraba raba sebagai seorang remaja yang belum tentu arah kehidupan dan fahaman seni saya. Tetapi sekarang, Dinsman menyajikan saya dengan MKDT yang perlu saya tendang terajang Keikergard, Nietzsche dan Sarte dan lain lain dari Barat ke tepi dan mendekati Ka’ab bin Malik dan hadith Rasullullah,..insyaAllah. Watak Adam yang pernah saya hayati dahulu dalam BBD dan watak Ka’ab dalam MKDT tetap berbicara dari dalam diri. Bezanya Adam berbicara tentang Tuhan; memprovoke kewujudan, Ka’ab pula berbicara tentang dirinya sendiri yang gagal untuk pergi berperang bersama Rasullullah. Ka’ab rasa bersalah tentang dirinya yang beliau rasakan dayus, penakut dsb. Ka’ab lebih akur melihat kelemahan diri sendiri. Semasa itulah saya terus bertafakur, mengeluh, dan hampir menangis kerana Dinsman (bukan kerana Ka’ab). Sebak ini saya tahan semasa malam persembahan tersebut, dan saya rasakan bahawa Dinsman cuba merungkaikan keserabutan ’pencarian diri’ dan budaya ekistensialism yang menjadi mainan pemikiran saya selama ini; ditambah apabila dialog Ka’ab iaitu;”Aku tetap beriman dengan Allah. Aku tetap cinta kepada Allah. Cintaku kepada Rasullah tidak berkurangan walau sedikit pun. Aku tidak menyalahkan sesiapa. Aku tersilap waktu itu. Aku... aku menyesal, dan aku bertaubat. Aku mengharapkan keampunan dari Allah. Allah maha pengampun, maha penyayang.”.... Secara tidak langsung saya hampir menitiskan air mata pada malam itu, Dinsman telah ’mengajak’ saya ’kembali’. Ka’ab bukan Adam. Oleh kerana itu, tajuk penulisan saya ini adalah ”Menunggu Kata Dari Dinsman”. Memang apa yang ditulis itu hasilnya dari pengkarya, wajah dan jiwa pengkarya. Seorang Dinsman. Akhirnya saya ketemui kata kata dari Dinsman sekarang dan bukan Dinsman pada zaman bohemian dahulu.

Akhirkata, sekiranya dahulu saya pernah memegang watak Adam dalam BBD sehingga dinobatkan pelakon teater lelaki terbaik 1997 (semasa berumur 27 tahun).. tidak mustahil saya juga mampu memegang watak Ka’ab nanti insyaAllah walaupun di usia 40 ini dan bukan kerana award atau piala tetapi Ka’ab telah berjaya ’menjubahkan’ Adam yang teraba teraba tanpa arah. Kepada Dinsman, saya ingin memegang watak Ka’ab dan menghayati Islam dengan lebih kerana Adam telah mengajak saya mendekati eksistensialism. Ka’ab memberikan kekuatan, Adam hidup dalam kelemahan. Adam hidup dalam dosa dan ego; Ka’ab hidup dalam siksaan dan faham kelemahan diri. Adam sesat pemikiran tetapi Ka’ab menuju jalan yang diredai. Pada pendapat saya; fahami BBD dan kemudian baca MKDT, insyaAllah anda akan ketemui ’jalan’ itu.
----

Adam (BBD): ”.... sudah bertahun aku menungguMu, tapi kau tidak pernah memperdengarkan suaraMu pada ku... dan aku masih menantiMu..”

Ka’ab (MKDT):” Wahai Rasulullah, sesungguhnya Allah Ta’ala telah menyelamatkan aku disebabkan pengakuanku yang benar..”

----


Saya tahun 1995 ("Protes": karya Dinsman)

Tuesday, April 28, 2009

DEMI MASA

Masa begitu cepat berlalu. Tanpa sedar aku akan mencecah usia 40 nanti. Pepatah pepatah yang sering aku dengari; Masa itu Emas, masa dapat merubah segalanya, masa yang berlalu tidak akan berulang, masa yang menentukan, masa.....

Bapa mengajarku banyak tentang masa, banyak juga masa yang diberikan kepadaku sewaktu waktu dahulu. Aku menyimpan masa itu, aku menyimpan detik waktu itu. Ada juga masa yang ku berikan pada bapa. Tuhan telah menentukan masa untuk bapa pergi, dan aku terpaksa akur akan kehendak itu. Masa yang diberikan terlalu singkat, Tuhan memberikan hanya 38 tahun untuk aku bersama Bapa. Dalam masa 38 tahun itulah masa yang teramat berharga bagi aku, walau ada masanya kami bersuka, walau ada masanya kami berduka. Masa masa itu tidak akan berulang, masa itu tinggal kenangan. Aku menghargai masa itu.

Pemberian masanya padaku akan ku simpan selamanya untuk generasiku seterusnya:-


Enicar Swiss Made (Switzerland) Men's Automatic 25jewels (Day Date)

& Westair Japan Movt. (Rep. of China Made) Men's Quartz

Thursday, April 23, 2009

GENAP



Catatan Peribadi:
Hari ini genap setahun, bapa meninggalkan aku (21st April 2008).
Al-fatihah.




1937 - 2008

Friday, April 17, 2009

TIGA SEGI: Sial?

Telah aku
katakan mungkin
kalian yang dah lupa,


Rudolf Arnheim pun dah
kata TIGA SEGI
itu apa?

....


fikirkan:

Bermuda Triangle
Segi Tiga Emas
Cinta Tiga Segi
orang ketiga
bila berdua ada "seorang" lagi (2+1 = 3?)
lagi?...
(1.) lelaki (2.) Perempuan (3.) ?
(1.) komersial (2.) seni (3.) ?

TIGA
................................
sial?
p/s: Post ini ada kaitannya dengan post yang di bawah, kot.

Wednesday, April 15, 2009

TIGA

TIGA BUDAK MELAYU



Pada 10hb April lalu, saya dah tengok filem ini. Mamu pengarah filem ini tanya saya macam mana pendapat saya pasal filem ni kat warung Pak Halim. Saya kata secara jujur; ok!, saya suka warna filem ini; shot, visual etc. lebih kurang macam "Dunia Baru", "Anita", "Puteri" dll yang ala-urban drama remaja kat TV. En Hassan pun tanya soalan yang sama lepas tayangan; saya kata ok, I like the shot, the colour etc. dan mungkin saya rasa filem ini boleh ditayangkan kat TAR Kolej, Limkokwing atau mana mana institusi lain yang terdiri dari berbagai bangsa...;-) Kita mesti sokong product kita, ok.


TIGA PANEL DISKUSI PUNCAK




Di atas adalah gambar "Diskusi Puncak Perdana" yang diadakan disertai oleh Norliana Samsudin, Prof Madya Razak Mohaideen dan Farid Kamil pada 8hb April 2008. Alhamdullillah segalanya berjalan lancar.

-----


TIGA KATEGORI FILM-MAKER

1. Pembuat filem Komersial.... money, money,... boleh jual
2. Pembuat filem Seni.... think, think, Avant Garde
3. Pembuat filem Komersial tapi Seni....;-)..:-0..:-)

* (peng-kategori-an saya yang kurang ilmu filem ini)

------

Sekianlah TIGA perkara dalam catatan Web-Log saya pada minggu lepas.

Wassalam.

p/s: saya teringin sangat nak tengok filem "Jangan Tegur". Ada tayangan pukul 3.00 petang tak? Pagi sibuk sikit. Tiga orang tu bolehlah saya belanja tiket, kot.