Friday, March 7, 2014
Salam 2013 dan Salam 2014
Salam 2013 dan Salam 2014.
Soon, saya akan menulis semua, I promise myself that. Same old topic, human, films, life and perhaps some bullshit about politics. Apa pun, just wait.
Wassalam.
Thanks. Love you all.
Thursday, March 15, 2012
BUNOHAN (2012)

Salam untuk semua,
Agak lama saya tak menulis pasal filem. Berikut adalah pandangan peribadi saya. Dicatat semasa masih ‘fresh’ selesai menonton pada 12hb Mac 2012.
Tanggapan saya pada peringkat permulaan agak meleset mengenai filem ini. Sangka saya bahawa filem ini adalah ‘ahhh, just another kickboxing, kickass film!!’. Tetapi setelah melihat beberapa visual, tekstura, shot, subject matter, dan framing pada trailer filem ini, saya memujuk diri untuk hadir ke panggung. Dain Said (Pengarah) bukan menjual ‘goreng pisang’ atau ‘kari kepala ikan’ tetapi beliau menjamu pucuk rebung, pegaga dan ulam yang tinggi khasiatnya. Jujurnya, bukan kerana gimik dari kawan-kawan, bukannya dari promosi atau sebagainya yang saya rasakan turut membantu ’melonjakkan’ filem ini. Semenjak tahun 2003 juga saya jarang ke panggung wayang, hanya tengok melalui VCD/ DVD atau astro (dan ini amat memalukan diri saya sebagai seorang graduan/ bekas pelajar perfileman, sebab itu juga saya kurang menulis tentang filem lately). Melihat trailer filem ini secara tidak langsung ’mengajak’ saya untuk menonton. Tepat jam 8.15 malam setelah selesai menunaikan fardu Mahgrib saya terus ke panggung terdekat... seorang diri.
Maskuliniti itu sahih, mungkin berjuta orang tahu. It’s a man’s film!!. Filem ini megah gagah sasa dengan kejantanan lelaki sawo matang, dan amat sesuai untuk libido para wanita (atau ‘gurlz’ atau g..) yang sudah muak dengan filem sweet jiwang karat. Dalam celoteh saya ini, saya tidak akan meletakkan mana2 genre, kerana saya sendiri kurang jelas akan ‘kategori’-nya. (Panggung meletakkan rating PG-13 pada filem ini, so, janganlah membawa anak2 kecil anda, kan). Banyak yang saya nampak; ada surrealism, ada action, swash-buckling, ada unsur-unsur restoration budaya kesenian tradisi, ada family drama (& value), unsur2 brotherhood, ada spiritual values, malah ada experimental. Mungkin perlukan satu blog khas untuk dihuraikan satu persatu atau dengan lebih tepat satu thesis (dengan lebih ilmiah/ akademik/ philosophical) khas boleh dicadangkan. Saya juga tidak memperdulikan loghat Kelantan yang digunakan, as long as we understand. Boleh dikatakan 99 peratus dari para pelakon adalah lelaki (bukan filem gay kot..;-).) Sungguhpun begitu, hanya ada seorang wanita di dalam filem ini. Memang filem selalunya perlu ada ‘bunga’, tetapi bunga ini bukan sengaja diada-adakan untuk melariskan filem. ’Captian Obvious’ akan berkata secara retorik tentang wanita iaitu, ‘a hand that rock the cradle can also rock the world’.. seorang perempuan juga dapat mengubah beribu lelaki.. ‘mother nature’/ ibu pertiwi dsb. malahan kebanyakan benda di atas mukabumi masih dikaitkan dengan ‘she’ atau female. Bagi saya, dalam filem ini, representasi watak Mek Yah (Tengku Azura) adalah ‘bumi’/(mother nature) dan segala element yang berkait/ terkandung dengan ibu pertiwi itu sendiri. Yang mempertahankan adalah ‘anak-anak’nya, dan ada antara anak2 tersebut seperti ‘black sheep’ yang sanggup mengadaikan ibu pertiwi sendiri untuk kepentingan peribadi/ tamak, merosakan alam. Jika difikirkan kembali, kesemua ‘anak-anak’ ini ‘black sheep’ belaka. Saya mengkagumi malahan menghormati para pelakon yang sanggup memainkan watak di paya lumpur belukar & lalang yang dalam pemikiran saya paya tersebut dipenuhi binatang bisa, ular, pacat, lintah dan sebagainya, tidak kurang juga ranting-ranting kayu licin dsb. High angle shot di paya lalang yang diberikan secara tidak langsung memberikan impak menarik perhatian saya. Ini jelas, long shot tersebut dan tidak dinafikan juga ‘keberanian’ pelakon2 filem ini. Dalam pemikiran cetek saya ini, saya berfikir sejauh manakah atau sanggupkah pelakon2 glamour ‘mainstream’ yang lain berlumpur sedemikian..;-) Salute pada para pelakon filem ini yang sanggup berlari, berbaring dan meredah permukaan alam sedemikian. Di sinilah saya mula melihat (dan menghormati) sekumpulan manusia (para pelakon) itu ‘bersatu’ dengan alam dalam disamping membentuk karekter/ watak masing2. Tidak kurang juga krew yang sanggup menjalani pengambaran ‘ala National Geographic’ ini. Tahniah. Retorik-nya lagi, tak salah kalau saya katakan, masyarakat Melayu itu tidak akan habis membincangkan, bergaduh, bertelagah pasal tanah. Saya akui dan pengalaman peribadi juga mempengaruhi pendapat ini. (terpulanglah filem ini anti establishment atau tidak, itu persoalan lain). Melayu dan tanah memang sinonim tidak kiralah tanah kampong, tanah belukar atau tanah pantai, yang penting itu semua adalah ‘tanah-air’ (filem ini penuh dengan 'air/ water'). Filem ini tidak lari dari persoalan (kesahihan) ini. Perebutan tanah antara adik beradik, saudara mara juga sampai ketahap yang agak menakutkan lebih dari bermasam muka., bertengkar atau sebagainya. Apa yang menarik, Ilham (lakonan Faizal Hussein) pada saya tidak sanggup membunuh adiknya (Adil/ lakonan Zahiril Adzim) sendiri.. ini adalah pertalian darah daging yang masih kental dirasakan dalam kebanyakan keluarga Melayu. Bakar (lakonan Pekin Ibrahim), walau bagaimanapun sanggup membunuh ayahnya sendiri demi wang. Apapun, gaduh adik beradik ini telah menjadi satu yang amat sinonim semenjak dahulu lagi, termasuklah Tuah dan Jebat. Dengan berani saya katakan, ini adalah FILEM MELAYU alaf baru, tetapi masih membawa persoalan klasik. Sekiranya dilihat atau difahami kembali, pada pandangan saya terdapat 3 nama yang berbeza dari adik beradik itu, iaitu “Ilham”, “Adil” dan “Bakar” dan mereka bukan Three Stooges..;-) Ketiga2 watak “Ilham”, “Adil” dan “Bakar” adalah watak serious. Ilham tercetus dari minda, watak Faizal (Ilham) ada ‘style’ semasa melakukan setiap pembunuhan dan pembunuhan2 itu dilakukan dalam keadaan sistematik seolah seperti ‘art of killing’ itu amat unik dan ada seni-nya, tidak kiralah semasa menyusun strategi, selesai membunuh (masih terbayang scene semasa selesai membunuh Cina Burung) atau seni mempertahan dirinya sendiri. Ilham mempunyai ‘Ilham’ seorang pembunuh (assassin). Terus terang saya katakan Faizal is always a ‘best’ bad boy on screen, dan filem ini adalah kemuncak watak yang terbaik beliau berbanding dari filem2 beliau sebelum ini. Adil pula ambil saja perkataan ‘adil’ itu, menentukan apa yang perlu diperjelaskan dan adil semasa mencari ‘keadilan’ akan siapa beliau. Beliau menuntut keadilan itu. Sesuai juga dengan jolokan nama stage beliau “Bunga Lalang”, kehidupan beliau juga seperti lalang, tidak jelas anak siapa dan arah hidupnya. Bakar (Pekin Ibrahim) pada nama ‘Bakar’ itu sudah memperjelaskan perkataan dan perbuatan itu sendiri… period!..;-) Di akhir cerita, kita sudah dapat mengira berapa orang pembunuh dalam satu keluarga. Mainan shot, susun atur subject matter, composition, mise en scene etc. dalam filem ini memang banyak yang boleh diperkatakan, boleh diperbahaskan. Malahan semasa scene mimpi Ilham yang menampakkan Mek Yah di piramid dan sebagainya mengingatkan saya pada beberapa karya Kurt Kren (1929 -1998). Telah saya katakan pada rakan saya ”A good film have so much to talk about”. Sebagai seorang ‘manusia visual’, ada beberapa contoh yang boleh saya nyatakan sahaja mengikut pandangan dangkal saya. Sebagai contohnya, fizikal kurus dan keras Faizal (Ilham) itu sendiri semasa berdiri pada papan tanda Bunohan menampakan seolah seperti rangka manusia atau skeleton sesuai dengan watak yang dimainkan (angel of death). Bagi saya, ini adalah iconic image yang menjadi trademark filem ini. Antara scene yang saya boleh perjelaskan secara intrepretasi saya dan struktur visual dan pengisian subject matter. Semasa set/ lokasi di pantai iaitu tangga, kerangka rumah yang sudah roboh, laut dan kubur. Bumi (pantai), kubur, tangga, laut, dan Langit. (Rumah di akhirat/ barzarh tidak kelihatan tapi menuju ke atas iaitu langit). Visual itu paling mudah difahami (pedulikan tentang metafora dan Surealism) figure & ground. Ramai artist (pelukis) yang telah melukis konsep ‘stairway to heaven’ ini, dan ini sangat common. Langit, tangga, pantai, figura sering mengingatkan saya pada Rene Magritte (1898 – 1967). Joan Miro (1893 – 1983) juga sering memaparkan imejan langit dan figura… agak obvious dan membosankan tahap gaban jika sering dikaitkan dengan Salvador Dali. Jika dilihat pada lokasi2 yang dipilih, boleh dikatakan 80 peratus adalah air dan ini mengingatkan saya pada Thales (624 – 546) yang memperjuangkan falsafah bahawa segalanya bermula dengan air. Malah masyarakat Melayu dengan air juga amat sinonim dan air itu amat penting.. terlalu panjang untuk dihuraikan. Visual rumah Long Shot/ Est. rumah Wanafisu (Pok Eng) bermain wayang kulit (kelihatan di tingkap) dan Pekin pula berada tingkap bersebelahan. Ini menampakkan Bakar bermain wayang seolah seperti Dalang yang sebenarnya. Wanafisu bermain wayang juga tetapi hanya watak ciptaan. Dua orang Kickboxer di Paya, belukar paya dibelakang menampakkan segala selirat dan rintangan hidup mereka dan tidak salah sekiranya saya menyatakan bahawa tekstura itu memperjelaskan muscular texture kejantanan yang turut mengingatkan saya pada lukisan Amron Omar yang memperlihatkan susuk tubuh, urat, tulang, anatomy pesilat. Ilham (Faizal) mati di atas air walaupun beliau seorang pembunuh tetapi perjuangan tanah pusaka itu amat penting, ‘pusaranya’ terapung seolah old soldier never dies, they fade away dan mati beliau seolah seperti ‘kubur tak bertanda’, mungkin ‘criminal soul’ yang pernah commit crime akan sentiasa lost/ hilang terapung antara langit dan bumi dan ditambah lagi ia berlaku ketika ‘senja’ iaitu perantaraan antara siang dan malam, ini adalah in between time. Jujurnya, saya menonton filem ini dengan tidak memperdulikan sebarang ism, saya adalah penonton biasa yang mempunyai sedikit pengalaman seni visual, tidak lebih dari itu.
Filem ini memang banyak yang boleh dihuraikan; ada yang menyentuh soal falsafah, politik, perjuangan bangsa, representasi industri filem tempatan, budaya & tradisi, metafora kehidupan, spiritual, keagamaan etc., terpulanglah pada pendapat masing2. Filem ’terbaik’ bagi saya adalah yang amat sukar digariskan. Bila ditanya saya, ”Amacam Bunohan?”, jawapan sebenar saya adalah ”saya puas hati”. Sebelum ini di Malaysia, filem THIRD GENERATION (arahan Hor Chee Leong/ 2006) saya meletakkan stunning photographic visual. Dalam filem BUNOHAN ini, saya menikmati visual, design, lokasi dan watak dan sebuah lagi filem pendek bertajuk LALANG oleh Mat Luthfi kerana dialognya. Ini hanya pandangan rendah saya yang amat ringkas dan santai.
” Tak tumbuh, tak melata, ...”
Monday, January 2, 2012
SALAM 2012

Wassalam.
p/s: Oleh itu, mulai tahun ini saya mungkin akan memperbanyakkan fotograf (bukan lukisan) dalam blog ini yang mempamirkan tahap kerakusan pihak-pihak tertentu yang memperdajalkan atau mempercelakakan alam sekitar tidak kira sama ada di Selangor atau mana-mana negeri di Malaysia ini.
Friday, November 11, 2011
Salam
Monday, July 11, 2011
Aidi Rahimi Ibrahim
Friday, April 1, 2011
PERUBAHAN DESTINI ANAK2 FILEM

Pada ‘firasat’ saya dalam masa beberapa tahun lagi, para filem-maker
Adapun, para filem-maker ini berasal dari berbagai background samada dari sekolah filem, sekolah lakon, sekolah teater atau sekolah tadika sekalipun. Ini akan bercambahkan lagi berbagai cara visual dan penyampaian sesebuah cerita/ filem itu. Satu golongan akan mati-matian mahu memperjuangkan yang cinematic value, semiotic, aesthetics, falsafah dsb.. satu lagi akan habis-habisan memaparkan lakonan yang amat natural, pengaruh teater dsb dan tidak dinafikan satu lagi golongan akan memaparkan teknik-teknik pembuatan filem yang tercanggih (state of the art) dsb. Tidak kurang juga yang akan sampai ke tahap pretentious gaban yang kononnya menampakkan experimental (kononnya mendakwa pengaruh Kenneth Anger plus Kurt Kren plus Majid Majidee plus Yasmin plus dan plus etc) tetapi langsung tidak faham makna avant-garde. Walaubagaima pun, bagus sebab masih berusaha menimba ilmu dan pengalaman disamping melihat dari dalam diri. Adapun para mereka (filem-maker) ini semua berakar umbi dari suku sakat Indie-Indie. Justeru itu, dengan nikmatnya akan berlaku lagi perdebatan-perdebatan mengenai filem. Kita akan melihat filem ‘hiburan ala-murahan’ ini semakin terhakis,.. mungkin 10 tahun lagi (atau kurang 5 tahun lagi). Pengarah-pengarah ini yang dahulunya, para pelajar filem tempatan akan mewarnai revolusi perfileman tempatan dan kebanyakkannya berasal dari sebuah pusat pengajian filem Bumiputera yang terkenal. Apa yang lebih menarik adalah ‘perbalahan’ pendapat, idea dan sebagainya juga akan berlegar dari para bekas penuntut dari sekolah filem Bumiputera yang sama. Ini bagus, maka berkembanglah lagi roh-roh baru dalam melahirkan idea yang turut dijadikan contoh kepada ‘adik-adik’ filem-maker yang masih menuntut ilmu filem. Dahulu sebuah sekolah Senilukis/ Senireka dari pusat pengajian ini sering disebut, sekarang sebuah Sekolah Filem yang baru ditubuhkan sebelas tahun yang lalu pula menampakkan kehebatannya dan karya mereka sering diperkatakan dari berbagai sudut pandang. Tahniah. Justeru itu USC tidak perlu berlagak dengan Zemeckis dan Lucas dsb. Sampai sekarang pun, proses menghasilkan filem-maker2 baru ini masih diteruskan dan bukan sahaja di pusat pengajian Bumiputera itu tetapi juga lain-lain pusat pengajian swasta dan kerajaan. Saya rasa usaha ini bagus, negara kita makin menampakkan kematangan kerana memberi ruang para pengiat filem ini (yang asalnya dari Indie) menerobos dunia perfileman Mainstream yang semakin hari semakin berubah. Sedar atau tidak, mahu atau tidak, setuju atau tidak; destini anak bangsa sudah pun berubah.
Saya masih teringat kata-kata Puan Lecturer (subjek Falsafah) saya semasa mendalami bidang filem dahulu, katanya “Ahli filusuf Barat meninggalkan persoalan, ahli filusuf Islam meninggalkan jawapan”. Dan saya juga tidak pernah melupakan kata-kata dari saduran collective (primary) data dari responden thesis saya dahulu seorang ahli akademik iaitu Dr. Murad Merican bahawa:-
“We consume the West, we consume Modernity and we consume Western or occidental worldview through films. We have popular knowledge of the West; most of us have popular knowledge of the West through images transmitted through Hollywood for example, so that is one level of knowledge. From the Islamic point of view; although theoretically we exist within Islamic Cosmos but that has been dominated by that particular hegemonic perspective. Therefore, we have to struggle to challenge or to counter hegemonic dominating worldview in realizing and articulating our identity and our personality and our experience, so what we see now is a tension between modernity and our value system.” (Murad Merican PhD./ page 77: M.A. thesis Aidi Rahimi Ibrahim 2006)
Sekian, wasalam.
p/s: Saya suka melihat perubahan ini. Mungkin perkataan “Mainstream” tidak relevan lagi digunakan di masa hadapan.. Bye, bye ‘panggung’, hello Astro & Art House..;-) Perkataan "Indie" ni pun samar juga, sebab kadang2 kita masih bergantung harap pada sponsor dan duit gomen.. ;-)
Saya masih juga mengambil contoh filem Barbara Hammer dan Stan Brakhage sebagai contoh… iskk…%-)
Buruk atau baik, saya bersyukur kerana filem-filem hasil dari mereka akan terus diperkatakan/ diperdebatkan, perhatian tetap ada dari filem-maker dari sekolah filem yang hanya berusia sebelas tahun ini...Ayuh, bikin filem lagi dan jangan berhenti menulis tentangnya... yeah..;-)
Monday, February 21, 2011
Di Pinggir
Wednesday, February 16, 2011
Undang-undang dan Fotografi (+ MODEL RELEASE FORM)

Saya sudah lama (hampir dua tahun) bercadang untuk menulis artikel ringkas ini tetapi terlupa seketika dalam arus kesibukan tugas saya, sehinggalah ada perbualan dengan beberapa orang sahabat yang mengingatkan kembali tentang legal/ law hakcipta/ privacy ini. Terus terang, saya katakan saya tidak begitu mahir atau mempunyai zero knowledge tentang perundangan (law/ legal) berkaitan fotografi. Selalunya, tugas seorang artist (+ photographer) adalah meluahkan/ melahirkan atas karya yang dilahirkan, itu sahaja tanpa memikirkan risiko atau consequences seterusnya.
Ok, berbalik tentang tajuk posting ini, kita sering membawa kamera kita ke mana saja kita pergi, terutamanya Social Realist Photographer dan pelancung. Mengambil gambar setiap ruang, lorong dan sudut mengambil gambar bangunan dan sebagainya. Tidak kurang juga mengambil gambar para pejalan kaki, orang-orang tua, peminta sedekah, penjaja, peniaga, kanak-kanak dan gadis-gadis/ jejaka-jejaka cantik yang lalu lalang. Kita pulang lalu memuat turunkan imej-imej yang kita shot ke dalam komputer seterusnya memasukkan ke dalam Blog, Facebook, Pocodot etc. Tanpa kita sedar, terdapat beberapa keping gambar terkandung imej-imej orang-orang yang ‘tidak kita ketahui’. Tidak mustahil gambar-gambar yang mempunyai imej orang-orang yang tidak kita ketahui itu di-“ambil” oleh orang lain pula. Sekiranya imej tersebut tersiar pula di laman Web atau media cetak yang lain, mungkin disedari oleh orang yang tidak kita kenali (di dalam gambar) itu pula (setelah di-publish). Sekiranya hal ini berlaku ada beberapa kemungkinan termasuklah apa yang disebut sebagai invasion of privacy dan sekiranya orang yang tidak kita kenali (di dalam gambar) tidak mengizinkan, kita mungkin disaman malu. Ada individu (orang di dalam gambar) tidak mahu dirinya didedahkan dalam laman web sosial, web page atau blog. Ini kemungkinan pertama. Kemungkinan kedua adalah; apabila ‘karya’ foto kita itu menjadi artwork lalu dibeli oleh pihak lain yang mengandungi imej orang yang tidak kita kenali (di dalam gambar), sekiranya pada suatu ketika diketahui oleh orang yang tidak kita kenali (di dalam gambar), besar kemungkinan kita akan dipersoalkan dari segi royalty (atau imbuhan) kepadanya. Bayangkan kita telah Berjaya menjual imej tersebut (contohnya: makcik penjual buah) dengan harga lumayan, tetapi haram satu sen pun tidak kita berikan padanya. Sekiranya, anaknya ternampak imej ibunya itu (makcik penjual buah) bernilai tinggi, pasti anaknya itu akan mempersoalkan tentang hal ini. Atau pun mungkin anaknya itu melayari laman web (facebook, blog etc.) lalu mengetahui imej ibunya ada dalam laman web sosial tanpa pengetahuan ibunya, besar kemungkinan ini akan jadi satu kes. Pernah jadi satu kes yang saya baca dua tahun lepas adalah mengenai satu imej keluarga yang dipaparkan dalam sebuah blog tetapi diambil oleh sebuah agensi iklan tanpa pengetahuan keluarga tersebut, akhirnya syarikat iklan (+ pereka grafik) itu telah disaman berjuta ringgit untuk saman malu. Berhati-hatilah.
Dalam ber-PAMERAN (atau online publication, social web etc.) selalunya, saya akan menanyakan kawan-kawan saya mengenai imej-imej manusia (penjual kain, penjaja, kanak-kanak dan sebagainya) yang tidak diketahui itu, samada ada permission untuk dipamerkan wajah-wajah yang ‘tidak dikenali’ itu. Adalah amat penting bagi saya sekiranya kita mempunyai MODEL RELEASE FORM atau MINOR PHOTO RELEASE FORM (untuk kanak-kanak) demi menjaga kepentingan hakcipta, privacy dan hal-hal yang berkaitan. Harus kita ingat, ini semua melibatkan situs web public domain. Seperkara lagi adalah melibatkan tempat atau lokasi. Ada masanya kita akan mengambil gambar tempat-tempat private atau lokasi yang bukan public, seperti kelab, bangunan khas dan sebagainya. Dalam hal ini, kita memerlukan PROPERTY RELEASE FORM. Tapi saya rasa, ini agak keterlaluan, silap-silap kita langsung tidak dapat mengambil gambar apa-apa pun. Sunguhpun begitu, perkara-perkara ini harus diberikan perhatian. Bak kata pepatah Melayu “Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada guna”. Sebaiknya, buatlah simple agreement MODEL RELEASE FORM atau MINOR PHOTO RELEASE FORM yang bersaiz kecil sudah memadai untuk mudah anda bergerak semasa mengambil gambar. Hanya cadangan saya, risiko adalah hak anda jika ‘mampu’.
p/s: sebab itu saya elakkan dari dari meletakkan imej ‘orang yang tidak diketahui’ dalam blog, Facebook, Pameran etc.
p/s: lukisan tidak ada masalah, sebab ‘keaslian’-nya tidak boleh dipertikaikan dari segi outlook dan material. lukisan berdasarkan foto tidak mempunyai masalah kerana pengubahsuaian-nya adalah ke atas kanvas dan palitan warna.
p/s: sesiapa yang ada info lebih, sila kongsikan dengan saya.. saya amat berharap untuk mendalami ‘ilmu’ perundangan foto ini.
Sunday, February 6, 2011
LARI TOPIK dan FILEM

Sebenarnya saya tidak suka menulis tentang topik ini, tetapi memandangkan social obligation sebagai manusia kerdil (yang tak famous pun) dan sebagai peminat filem (bukan pembikin/ tukang buat filem), saya rasa adalah perlu untuk saya coretkan beberapa pandangan peribadi saya.
Sebagai seorang yang masih ‘belajar’ tentang filem atau apa-apa topik sekalipun, saya sering menghadiri sesi soal jawap, forum atau seminar. Tetapi berbalik kepada topik (tajuk posting) di atas, setiap sesi soal jawap, forum atau seminar telah disediakan tajuk yang khusus misalnya “African-Asian Cinema” contohnya, tapi pada pertengahan sesi soal jawap berlaku sesi ‘hentam-menghentam’ filem-filem tempatan…. lari topik… bak kata pengarah muda wanita yang saya hormati “po diaa???” ........ Bagi saya jika ini berlaku, tahap mentaliti penceramah adalah lebih rendah dari mangkuk jamban rumah saya tidak kiralah dia kawan saya atau sebagainya, tidak kiralah dia bapak kepada professor dunia sekali pun. Saya tidak marah, cuma fed up kerana saya mahu dengar pasal pengalaman penontonan, apresiasi, content dan sebagainya berkait dengan tajuk sesi soal jawap, forum atau seminar tersebut. Bukan penghentaman terhadap individu, pengarah atau filem-filem tempatan dan sebagainya. Contohnya; saya bercakap tentang watak Travis Bickle dalam filem Hollywood “Taxi-Driver” (1976) misalnya (atau siri TV Barat/ U.S), tetapi ada yang berkata (seolah genius filem-lah, konon) bahawa Bollywood jauh lebih baik dari Hollywood. Itu saya rasa, pemikiran tahap gaban paling pretentious kudis habis. Justeru itu, itu lari terus dari topik kerana saya tidak bercakap pasal comparison/ comparative studies… ngok. Persoalannya adalah watak Travis dan bukan tentang Bollywood.
Seperkara lagi, tahap pemikiran bebal bagi saya adalah manusia yang tidak faham perbezaan antara Buruh Kasar dan Arkitek, Pendidik dan Pelajar.. orang panjang akal dan pendek akal.. ada beza antara Doer dan Bukan doer.. mungkin budaya pemikiran akal pendek menganggap pengkritik boleh buat filem, antara Penulis dan Pembikin filem, antara Penyelidik dan pekerja makmal... macam biasalah, pemikiran cipan selalu kata "kalau terer, buat la!.." itu pemikiran kolot dan golongan ini sampai ke tua akan terus berada pada tahap pemikiran retard kekal..;-) Contohnya lagi sekiranya photographer itu tidak memilih untuk menjadi film-maker, maka itu adalah pilihannya. Sekiranya photographer itu memilih untuk menjadi segalanya (walau macam rojak pun), jack of all trade atau "Übermensch".. maka itu juga adalah haknya (harus digalakkan), so, kenapa masih rendah akal berkata "kalau terer, buat la!.."..;-) Maaf saya adalah pelukis, jurufoto amatur, peminat filem dan penonton biasa sahaja.
FATHER & SON
Maaf, kerana sudah lebih sebulan tidak menulis. Saya sibuk dengan kerja makan gaji saya, kuliah, consultation bidang saya, beberapa urusan peribadi, dan di samping menzahirkan beberapa lukisan. Walau bagaimana pun, saya rasa menulis dalam blog kerdil saya ini juga merupakan hormat dan tanggungjawap saya untuk terus meluah dan mencoretkan pandangan dan pendapat saya untuk para pengunjung, pembaca dan followers saya. Semenjak akhir-akhir ini, saya mendapat kesan terdapat faktor yang mengubah persepsi saya tentang siri-siri drama TV dari Barat terutama sekali dari Hollywood atau U.S. yang melibatkan action, thriller, detective stories dan swashbuckling. Filem-filem/ drama dari Barat semenjak akhir-akhir ini semakin menitik beratkan soal hubungan kekeluargaan, terutama sekali melibatkan hubungan Father & Son. Berikut adalah drama-drama bersiri (terutamanya dari rangkaian AXN) adalah mengenai Father & Son tersebut dan maafkan saya sekiranya masih menjadi pengikut Falzonian yang tegar semenjak dahulu lagi. Berikut adalah ulasan/ catatan ringkas saya:-
NUMB3RS (The Eppes)
Saya puas meng-google mencari makna/ implikasi nombor ‘3’ dalam drama “Numb3rs” lalu saya berfikir mengapa diletakkan nombor ‘3’ itu selain dari berkait dengan matematik. Pada pendapat saya, bahawa 3 beranak ini adalah Don Eppes (lakonan Rob Morrow), Charlie Eppes (David Krumholtz) dan ayahnya Alan Eppes (lakonan Judd Hirsch), 3 orang ahli keluarga ini kesemuanya lelaki, saling memerlukan antara satu sama lain terutamanya melibatkan soal menyelesaikan masalah/ kes. Pada pendapat saya 3 itu adalah dari tiga huruf iaitu S.O.N. (son) atau anak lelaki ataupun D.A.D. (dad) iaitu ayah/ abah. Maaf ini hanya pendapat saya yang setelah tidak berjaya mencari rujukan mengenai ‘3’ dalam Numb3rs tersebut, hanya andaian saya dan bukan teori pun. Antara yang menarik perhatian saya adalah semasa Charlie sibuk menyelesaikan sebuah kes di balai polis, ayahnya masuk membawa biskut dan minuman kepada Charlie seraya berkata “I guess I am still feeding you guys”, comel (sweet) kan?..;-) Mungkin Alan bermaksud feeding depa dengan nilai persaudaraan dalam membentuk ilmu semasa kecil sehingga dewasa..;-) Kalau pepatah menyatakan ‘two heads are better than one’ ini pula ‘three heads are better than two’. Alan Eppes berjaya mendidik anak-anaknya sebagai seorang genius matematik dan seorang lagi pegawai polis/ pembanters jenayah. Alan juga berfungsi sebagai pelerai pertikaian sekiranya dua beradik (Don dan Charlie) bertelagah. Sebagai seorang ayah, Alan adalah seorang pendengar yang baik, mempelajari berbagai ilmu pemikiran jenayah (criminalogy) dari anak-anaknya (juga representasi pemikiran golongan muda) dan sentiasa menumpukan perhatian terhadap kedua-dua anak lelakinya tidak kira di rumah sehinggalah kepada tempat kerja. Teamwork ketiga-tiga mereka begitu akrab. “I must study politics and war that my sons may have liberty to study mathematics and philosophy.” (John Adams) … mungkin itu agaknya salah satu inspirasi penulis drama ini.
CHUCK & STEPHEN (Intersect & Orion)
Dalam season 2, Saya amat terkezut besar apabila mengetahui bahawa Orion/ Stephen Bartowski (lakonan Scott Bakula) yang selama ini membantu Chuck dalam menyelesaikan beberapa kesulitan tentang kerja-kerja spy beliau adalah bapanya. Orion sebenarnya membantu Chuck untuk mengeluarkan sistem Intersect dari kepala hotak Chuck semenjak dari mula lagi. Apabila Agent Sarah membawa Chuck ke sebuah tempat yang terpencil saya agak gundah mengetahui siapa Chuck hendak berjumpa. Rupa2nya adalah bapanya adalah (Orion). Hasrat Chuck adalah agar bapanya kembali untuk wedding adiknya Ellie (lakonan Eleanor Woodcomb), itu sahaja. Agent Sarah tidak sepatutnya mendedahkan hal ini, kerana ini adalah merupakan satu rahsia kerajaan yang amat besar, malahan membawa Chuck berjumpa Orion adalah satu risiko. Tetapi mungkin atas dasar kekeluargaan (+ silatulrahim), Sarah sanggup melakukan ini untuk Chuck kembali/ mengetahui siapa bapanya yang 'sebenar'. Akhirnya sistem Intersect telah berjaya dikeluarkan dari Chuck. Orion sanggup bergadai nyawa dengan Fulcrum untuk mencipta Intersect 2.0 yang lebih besar/ luas yang kononnya dapat memberikan full-scale flashes kepada kesemua agen-agen Fulcrum, tetapi sebenarnya adalah flashes khas untuk Chuck kembali normal (mengeluarkan Intersect dari sistem scan Chuck). Itulah pengorbanan seorang ayah hingga sanggup mempertaruhkan nyawa-nya menipu Ted Roark (lakonan Chevy Chase) juga ketua Fulcrum. Sebenarnya, like father like son; kedua-dua beranak ini adalah genius komputer dan filem (drama) ini secara langsung menampakkan team-work antara keluarga (father & son) itu penting dan Orion sebenarnya mempercayai Chuck lebih dari segalanya. Tahap kepercayaan seorang ayah (Orion) juga adalah semata-mata untuk Chuck, justeru itu beliau hanya mempercayai Chuck dan harapan seorang ayah adalah untuk melihat Chuck ‘sembuh’ semula. Begitu besar pengorbanan seorang ayah.
CSI MAIMI (Horatio & Kyle)
Drama CSI Maimi telah menyaksikan struggle seorang ayah yang cuba mengeluarkan Kyle (lakonan Evan Elingson) dari cengkaman Joe LeBrock dan gangster yang lain. Walaupun telah beberapa kali dihadapkan ke mahkamah dan keluar masuk penjara, Haratio masih lagi mempertahankan Kyle dari sebarang tuduhan. Indirectly, pengorbanan seorang ayah memang adalah untuk membebaskan anaknya dari sebarang kegiatan yang salah dari segi undang-undang. Ini yang dikatakan kasih seorang Horatio kepada Kyle, anak tunggalnya. Pemilihan antara mahu berada bersama Julia (ibu Kyle) atau Horatio, pada pendapat saya, Kyle lebih memilih untuk bersama ayahnya ketika Julia masih dalam kebinggungan atas segala petaka yang masih menimpa dirinya. Seorang lelaki sebenarnya lebih memahami lelaki dari seorang perempuan yang memahami lelaki. Nietzsche pernah berkata “Fathers and sons are much more considerate of one another than mothers and daughters.” Pada saya, seorang ayah walau macam mana ganas (+ psychopath dan idiosyncratic) sekalipun, ada masanya menjadi seorang yang amat ‘berperikemanusiaan’ bila menjalankan tanggungjawap terhadap seorang anak atau masih ada ‘hati perut’ sebagai seorang bapa. Dan seorang anak walau ‘jahat’ mana sekalipun, anak adalah tetap anak dan ini tiada tolok bandingnya dengan harta dan segalanya, itulah yang disebut sebagai ‘darah-daging’. Menyentuh soal ‘darah-daging’, Kyle memilih untuk menjai seorang soldadu berjuang di bumi Afghanistan, seolah seperti ayahnya dahulu yang pernah menjadi seorang polis dalam bomb-squad. Bagi saya, ini juga adalah propaganda U.S. untuk menggalakkan anak muda mereka menjadi pahlawan dan soal ‘darah-daging’ itu memang sama sinonim dengan Rambo, kan, masing-masing mahu menjadi ‘hero’ dan ini diturunkan dari generasi ke generasi, dari bapa kepada anak lelaki..;-) Like father, like son.
NIP TUCK (Sean & Matt)
Doktor Sean (lakonan Dylan Walsh) memang sentiasa menyayangi anak lelakinya (Matt, lakonan John Hensley) semenjak dari mula hingga ke saat ini. Semua ini terbukti semasa Matt masih lagi dibayangi oleh ‘cinta monyet’ hinggalah setelah mendapat anak bersama Kimber (lakonan Kelly Carlson). Kimber juga merupakan ‘Masterpiece’ Dr Christian Troy semasa di Maimi kerana telah berjaya menjadikan Kimber ‘perfect’ rupa paras dan susuk tubuh setelah beberapa pembedahan plastik. Sean dan Christian memang tidak menyenangi Kimber, ini kerana pernah menjadi pelakon porno dan pernah menjadi kekasih Christian, malah beliau tahu bahawa Kimber hanya mahukan wang/ harta dari Matt (waris pada Sean). Kononnya, atas dasar cinta, Matt mengahwini Kimber (memang Kimber tidak pernah cinta pada Matt) lalu memperolehi seorang anak (bernama Jenna). Pada season 5, Kimber telah mengambil kesemua wang yang diberikan oleh Sean pada Matt untuk tujuan masa depan anaknya itu. Dipendekkan cerita, Kimber telah meninggalkan Matt lalu Kimber kembali menjadi pelakon lucah. Matt kemudian, kembali ke pangkuan ayahnya, Sean bersama baby Jenna. Sean masih menerima Matt dengan hati terbuka, walau telah beberapa kali mengingatkan tentang negativiti Kimber. Berbagai pengalaman pahit telah dilalui oleh Sean, termasuklah ditinggalkan isterinya Julia (lakonan Joely Richardson); namun ‘like father, like son’, kedua-duanya (Matt dan Sean) ditinggalkan isteri masing-masing masih boleh bersama sebumbung. Mungkin ini apa yang dikatakan hanya seorang ayah yang memahami anak lelakinya. Atau hanya lelaki memahami lelaki.. “Only man knows men”..;-)
Saya tidak memahami budaya Barat secara mendalam kerana saya adalah seorang Melayu, tetapi jika dilihat akan filem-filem P. Ramlee sekali pun memang ada penonjolan fathers and sons ini. Contohnya filem Anakku Sazali (1956), Keluarga 69 (1967), Anak Bapak (1968) dan sebuah filem P. Ramlee father and son yang paling saya minati iaitu Putus Sudah Kaseh Sayang (1971) lakonan Bob Mustafa sebagai Rosman (anak lelaki tunggal). Pertikaian antara father and son ini memang mengikut peradaban masyarakat Melayu bila kita berpegang kepada prinsip “Kalau sayang anak tangan-tangan-kan”. Ini terbukti dalam filem P. Ramlee tersebut bila ayah menghentam anaknya hingga tunggang terbalik, gedebuk!. Sungguh pun begitu ‘tangan-tangan-kan’ juga membawa makna berbeza-beza pada saya sekiranya ‘tangan-tangan-kan’ itu merujuk kepada memberi dan membelai, dan bukan menghentam anak bertubi-tubi. Berbalik kepada drama-drama TV orang putih yang saya catatkan di atas, saya mula melihat perubahan ini yang jauh berbeza semasa zaman kecil saya semasa menonton ‘The A Team’, ‘Mc Guyver’, ‘Buck Rogers’, ‘Highway Man’, ‘Hawai 5-0’, dan lain-lain yang swashbuckling-nya tidak langsung menceritakan tentang hubungan keluarga watak-watak tersebut. Drama kekeluargaan memang ada seperti ‘Eight is Enough’, ‘Dallas’, ‘Dynasty’ dan sebagainya yang memang khusus untuk keluarga dan konflik dalam keluarga dan tidak melibatkan swashbuckling dan drama dari genre yang lain. Drama CSI, Numb3rs, Chuck adalah action- drama tetapi meletakkan nilai kekeluargaan itu sebagai pernyataan yang penting dan utama. Bagi saya, mungkin masyarakat Barat mahu menerapkan nilai kekeluargaan (+ father & son) itu adalah penting sewaktu nilai-nilai ini semakin luntur di sana, mungkin. Terlalu banyak yang boleh ditulis, digariskan mengenai father and son ini, dan salah satu yang agak awal dalam filem yang melibatkan action-pack atau science-fiction adalah antara Darth Vader dan Luke Skywalker dalam Star Wars; seorang ayah (father) tidak mungkin membelakangi anaknya (son) walaupun dirinya sebelah dark side manakala anaknya rebel sekalipun. Itulah kasih seorang ayah pada anak lelakinya, melebihi dari boss sendiri (Emperor). Stars Wars bukan sekadar “pop-corn movie” jika anda ada akal yang cukup matang..;-) Dalam sesebuah keluarga pun, anak dan ayah ada masanya berkonflik semasa kecil, remaja malah sampai ke tahap dewasa, tetapi akhirnya masing-masing dapat menyesuaikan antara satu sama lain. Bagi saya re-thinking-lah, ‘biar mati adat, jangan mati anak’, sebab anak itu adalah ciptaan Tuhan dan anak itu adalah nyawa… kan.
Wassalam.
p/s: I love my boy (and my daughters) and I love my late father who gave me my first camera during my youth. (walaupun ada masanya kami berbalah). Al-Fatihah.
p/s: untuk pembaca yang budiman, ciumlah dahi anak-anak kalian setiap kali sebelum masuk tidur, insyaAllah.
Monday, December 27, 2010
TOP 5 FILEM/ DRAMA TV TERBAIK (PILIHAN SAYA) 2010
Sebelum menutup tirai 2010 pada kali ini, di bawah adalah filem/ drama TV yang menjadi kesukaan saya pada tahun 2010. Ini adalah pandangan peribadi saya (tanpa rujukan mendalam dari mana-mana bahan). Diulas/ dicatat seringkas dan sejujur yang mungkin. Satu
JUSTIFIED
(1)

Raylan Givens itulah watak/ karekter yang amat menarik perhatian saya sebagai seorang U.S Marshal. Filem/ rancangan ini mengekalkan identiti cowboy/ western dalam bentuk kontemporari atau pada abad ini. Banyak shot-shot dalam filem ini mengingatkan saya tentang filem-filem cowboy yang terdahulu seperti “High Noon”, “High Chaparal”, “The Outlaws”, “Good, Bad & The Ugly” dan sebagainya yang berkaitan (termasuk musik), termasuklah penonjolan ‘Mexican Standoff’ dan ‘Gun Draw’. Berbalik pada watak Raylan Givens (lakonan Timothy Olympant) mengingatkan saya pada karekter-karekter yang sering dilakonkan oleh Clint Eastwood sebagai seorang cowboy contohnya dalam filem “Unforgiven” sebagai Will, Josey Wales dalam “The Outlaws”. Saya amat berpuas hati dengan drama Justified ini, sekurang-kurangnya film-maker Amerika (Western) masih mengekalkan tradisi Western ini dalam situasi dunia moden sekarang. Bagi saya identiti Amerika (U.S.A) adalah Western sesuai dengan cara penaklukan tanah (conquest), ‘way of a gun’ dan penegak keadilan. Berkaitnya watak yang dimainkan oleh Olymphant sebagai Marshal Raylan Givens adalah imejan ‘pretty boy’ yang menyerupai Eastwood, walaupun senyuman manis tapi jauh dalam lubuk hati pembawa karekter mempunyai unsur-unsur dendam yang tak habis (typical untuk drama-dama Western). Pengkritik-pengkritik menyatakan watak ini sebagai ‘complicated’/ ‘complexity’, tetapi sebagai Melayu saya meletakkan Givens sebagai ‘jangan disangka air yang tenang tidak ada buaya’, jelas ‘eye for an eye’ masih menjadi dendam seorang yang tenang dalam men-justify-kan keadilan di hujung pistol, cuma bezanya dahulu mungkin Eastwood akan menggunakan Colt Revolver tetapi Olymphant menggunakan Glock 17. Syabas, yeehaa!!.
CSI MAIMI
(2)

Selama dua tahun saya mengagumi Horatio Cane (lakonan David Caruso) sebelum Raylan Givens lebih mempersonakan saya, maaf Cane anda telah jatuh ke tangga yang kedua. Sungguh pun begitu, saya telah mengikuti perkembangan drama ini semenjak season 2. Antara yang menarik perhatian saya adalah semasa Horatio berjumpa semula dengan anak dan isterinya. Ini adalah siri yang paling menyentuh jiwa saya. Seperti biasa Horatio akan tampak tenang walau jiwanya bergelora semasa anaknya masuk penjara dan
NIP TUCK
(3)
Kalau diberi pilihan sama ada Sean McNamara (lakonan Dylan Walsh) atau Christian Troy (lakonan Julian MacMahon), saya akan memilih Dr Christian Troy. Dua orang plastic surgeon ini memang memburu kejayaan dalam bidang ini. Malahan pada season yang terbaru ini lebih melampau apabila kedua-duanya berpindah dari Maimi ke
MIDSOMER MURDERS
(4)
Melihat filem/ drama yang lebih satu jam setiap episod ini adalah seperti membaca sebuah novel. Anda harus mengikuti dari awal untuk meleraikan sebuah masalah/ kes dalam filem ini. Mungkin bagi sesetengah pihak akan menganggap drama ini boring kerana dipenuhi dengan dialog-dialog yang panjang lebar, tetapi saya suka drama ini kerana dalam pada masa yang sama, saya membuat beberapa penilaian atau ‘inference’ saya sendiri sebelum kes terbongkar. Jika ‘mengena’ pada tanggapan saya, sudah tentu saya akan berpuashati seolah bermain sebuah game detektif. Filem/ drama dari
CHUCK
(5)
Drama bersiri ini adalah pilihan saya yang terakhir dalam Top 5 saya. Saya terhibur dengan watak Chuck Batowski (lakonan Zachary Levi). Sekiranya pada tahun 1980an dahulu kita disajikan dengan “MacGyver”, saya rasa ini adalah alternatif kepada MacGyver dekad ini. Watak Chuck adalah simple seolah seperti guy next door kepada saya yang bekerja di kedai komputer, tetapi telah menjadi seorang perisik. Ini terjadi kerana ability beliau untuk scan apa yang telah berlaku terhadap diri seseorang dari perisian Intersect. Turut menarik perhatian saya adalah “comical”/ comedy character yang dimainkan oleh Levi sebagai Chuck. Seperti yang saya katakan, drama ini saya follow adalah untuk melihat Chuck dan apa yang telah berlaku sepanjang bergelar perisik yang paling nerd pernah saya tonton. Ini berbeza dengan kebanyakan dari siri-siri perisikan yang lain, yang banyak retorik swashbuckler-nya. Chuck adalah opposite kepada watak-watak ‘perisik macho’ yang lain. Chuck terjerumus sebagai spy adalah kerana sistem intersect telah ditanam pada dirinya. Chuck terpaksa bergelut dengan sebuah agensi spy yang lain disebut sebagai Fulcrum. Dua orang spy yang turut membantu Chuck adalah Agent Sarah Walker dan John Casey. Yang amat-amat menarik perhatian saya adalah ‘percintaan’ antara Sarah Walker dan Chuck. Seorang komputer whizard yang ‘nerd abis’ (+ gabra & keloloh) bercinta (sekurang-kurangnya menaruh hati) kepada Sarah (lakonan Yvonne Strahovski.. memang lawa gila bagi saya!) seorang yang swashbuckler di mana mengingatkan saya tentang watak yang pernah dimainkan oleh Rebecca Romjin dan Famke Janssen. Saya meminati Chuck adalah tentang ingin tahu akan kesudahan antara Chuck dan Sarah. Masih teringat semasa season pertama semasa Chuck mengajak Sarah keluar bersamanya: Chuck: “You want to go on a date with me some time? I mean a date without aliases, and spy gear, and no mission.” Sarah: “Like a real date?” Chuck: “Yeah.” Sarah: “Chuck, I'm still a CIA agent. And there are a hundred reasons why I shouldn't do that.”… dalam maknanya kalau kita nak merisik tentang seseorang (ingat, once an agent, always an agent)..;-) Dan drama ini memang sweet dan terhibur.
Saya tidak menafikan drama-drama seperti The Guardian, Desperate Housewife, Lipstick Jungle, Mystery Women dan beberapa lagi ada kehebatannya. Mungkin tahun 2011 nanti jika rancangan-rancangan itu diteruskan, saya akan menilai dan mengulas secara ringkas untuk ‘penjurian’ nanti, ini hanya TOP FIVE. Tetapi filem/ drama-drama di atas adalah pada sepanjang tahun ini, kerana biasanya saya selalu menonton rancangan-rancangan tersebut sama ada di Diva atau AXN. Terima kasih Astro.
“MARIAM ANISSA”
Salah sebuah TELEMOVIE MELAYU/
Wassalam.
p/s: saya juga meminati filem-filem/ drama-drama tempatan tetapi bukan yang mempunyai unsur-unsur ‘saudagar mimpi’ pretentious gaban yang konon-nya bermotivasi..;-)
p/s: saya lebih menilai watak, kerana lakonan itu paling penting samada di pentas atau skrin.






