Friday, March 7, 2014
Salam 2013 dan Salam 2014
Salam 2013 dan Salam 2014.
Soon, saya akan menulis semua, I promise myself that. Same old topic, human, films, life and perhaps some bullshit about politics. Apa pun, just wait.
Wassalam.
Thanks. Love you all.
Thursday, March 15, 2012
BUNOHAN (2012)
Salam untuk semua,
Agak lama saya tak menulis pasal filem. Berikut adalah pandangan peribadi saya. Dicatat semasa masih ‘fresh’ selesai menonton pada 12hb Mac 2012.
Tanggapan saya pada peringkat permulaan agak meleset mengenai filem ini. Sangka saya bahawa filem ini adalah ‘ahhh, just another kickboxing, kickass film!!’. Tetapi setelah melihat beberapa visual, tekstura, shot, subject matter, dan framing pada trailer filem ini, saya memujuk diri untuk hadir ke panggung. Dain Said (Pengarah) bukan menjual ‘goreng pisang’ atau ‘kari kepala ikan’ tetapi beliau menjamu pucuk rebung, pegaga dan ulam yang tinggi khasiatnya. Jujurnya, bukan kerana gimik dari kawan-kawan, bukannya dari promosi atau sebagainya yang saya rasakan turut membantu ’melonjakkan’ filem ini. Semenjak tahun 2003 juga saya jarang ke panggung wayang, hanya tengok melalui VCD/ DVD atau astro (dan ini amat memalukan diri saya sebagai seorang graduan/ bekas pelajar perfileman, sebab itu juga saya kurang menulis tentang filem lately). Melihat trailer filem ini secara tidak langsung ’mengajak’ saya untuk menonton. Tepat jam 8.15 malam setelah selesai menunaikan fardu Mahgrib saya terus ke panggung terdekat... seorang diri.
Maskuliniti itu sahih, mungkin berjuta orang tahu. It’s a man’s film!!. Filem ini megah gagah sasa dengan kejantanan lelaki sawo matang, dan amat sesuai untuk libido para wanita (atau ‘gurlz’ atau g..) yang sudah muak dengan filem sweet jiwang karat. Dalam celoteh saya ini, saya tidak akan meletakkan mana2 genre, kerana saya sendiri kurang jelas akan ‘kategori’-nya. (Panggung meletakkan rating PG-13 pada filem ini, so, janganlah membawa anak2 kecil anda, kan). Banyak yang saya nampak; ada surrealism, ada action, swash-buckling, ada unsur-unsur restoration budaya kesenian tradisi, ada family drama (& value), unsur2 brotherhood, ada spiritual values, malah ada experimental. Mungkin perlukan satu blog khas untuk dihuraikan satu persatu atau dengan lebih tepat satu thesis (dengan lebih ilmiah/ akademik/ philosophical) khas boleh dicadangkan. Saya juga tidak memperdulikan loghat Kelantan yang digunakan, as long as we understand. Boleh dikatakan 99 peratus dari para pelakon adalah lelaki (bukan filem gay kot..;-).) Sungguhpun begitu, hanya ada seorang wanita di dalam filem ini. Memang filem selalunya perlu ada ‘bunga’, tetapi bunga ini bukan sengaja diada-adakan untuk melariskan filem. ’Captian Obvious’ akan berkata secara retorik tentang wanita iaitu, ‘a hand that rock the cradle can also rock the world’.. seorang perempuan juga dapat mengubah beribu lelaki.. ‘mother nature’/ ibu pertiwi dsb. malahan kebanyakan benda di atas mukabumi masih dikaitkan dengan ‘she’ atau female. Bagi saya, dalam filem ini, representasi watak Mek Yah (Tengku Azura) adalah ‘bumi’/(mother nature) dan segala element yang berkait/ terkandung dengan ibu pertiwi itu sendiri. Yang mempertahankan adalah ‘anak-anak’nya, dan ada antara anak2 tersebut seperti ‘black sheep’ yang sanggup mengadaikan ibu pertiwi sendiri untuk kepentingan peribadi/ tamak, merosakan alam. Jika difikirkan kembali, kesemua ‘anak-anak’ ini ‘black sheep’ belaka. Saya mengkagumi malahan menghormati para pelakon yang sanggup memainkan watak di paya lumpur belukar & lalang yang dalam pemikiran saya paya tersebut dipenuhi binatang bisa, ular, pacat, lintah dan sebagainya, tidak kurang juga ranting-ranting kayu licin dsb. High angle shot di paya lalang yang diberikan secara tidak langsung memberikan impak menarik perhatian saya. Ini jelas, long shot tersebut dan tidak dinafikan juga ‘keberanian’ pelakon2 filem ini. Dalam pemikiran cetek saya ini, saya berfikir sejauh manakah atau sanggupkah pelakon2 glamour ‘mainstream’ yang lain berlumpur sedemikian..;-) Salute pada para pelakon filem ini yang sanggup berlari, berbaring dan meredah permukaan alam sedemikian. Di sinilah saya mula melihat (dan menghormati) sekumpulan manusia (para pelakon) itu ‘bersatu’ dengan alam dalam disamping membentuk karekter/ watak masing2. Tidak kurang juga krew yang sanggup menjalani pengambaran ‘ala National Geographic’ ini. Tahniah. Retorik-nya lagi, tak salah kalau saya katakan, masyarakat Melayu itu tidak akan habis membincangkan, bergaduh, bertelagah pasal tanah. Saya akui dan pengalaman peribadi juga mempengaruhi pendapat ini. (terpulanglah filem ini anti establishment atau tidak, itu persoalan lain). Melayu dan tanah memang sinonim tidak kiralah tanah kampong, tanah belukar atau tanah pantai, yang penting itu semua adalah ‘tanah-air’ (filem ini penuh dengan 'air/ water'). Filem ini tidak lari dari persoalan (kesahihan) ini. Perebutan tanah antara adik beradik, saudara mara juga sampai ketahap yang agak menakutkan lebih dari bermasam muka., bertengkar atau sebagainya. Apa yang menarik, Ilham (lakonan Faizal Hussein) pada saya tidak sanggup membunuh adiknya (Adil/ lakonan Zahiril Adzim) sendiri.. ini adalah pertalian darah daging yang masih kental dirasakan dalam kebanyakan keluarga Melayu. Bakar (lakonan Pekin Ibrahim), walau bagaimanapun sanggup membunuh ayahnya sendiri demi wang. Apapun, gaduh adik beradik ini telah menjadi satu yang amat sinonim semenjak dahulu lagi, termasuklah Tuah dan Jebat. Dengan berani saya katakan, ini adalah FILEM MELAYU alaf baru, tetapi masih membawa persoalan klasik. Sekiranya dilihat atau difahami kembali, pada pandangan saya terdapat 3 nama yang berbeza dari adik beradik itu, iaitu “Ilham”, “Adil” dan “Bakar” dan mereka bukan Three Stooges..;-) Ketiga2 watak “Ilham”, “Adil” dan “Bakar” adalah watak serious. Ilham tercetus dari minda, watak Faizal (Ilham) ada ‘style’ semasa melakukan setiap pembunuhan dan pembunuhan2 itu dilakukan dalam keadaan sistematik seolah seperti ‘art of killing’ itu amat unik dan ada seni-nya, tidak kiralah semasa menyusun strategi, selesai membunuh (masih terbayang scene semasa selesai membunuh Cina Burung) atau seni mempertahan dirinya sendiri. Ilham mempunyai ‘Ilham’ seorang pembunuh (assassin). Terus terang saya katakan Faizal is always a ‘best’ bad boy on screen, dan filem ini adalah kemuncak watak yang terbaik beliau berbanding dari filem2 beliau sebelum ini. Adil pula ambil saja perkataan ‘adil’ itu, menentukan apa yang perlu diperjelaskan dan adil semasa mencari ‘keadilan’ akan siapa beliau. Beliau menuntut keadilan itu. Sesuai juga dengan jolokan nama stage beliau “Bunga Lalang”, kehidupan beliau juga seperti lalang, tidak jelas anak siapa dan arah hidupnya. Bakar (Pekin Ibrahim) pada nama ‘Bakar’ itu sudah memperjelaskan perkataan dan perbuatan itu sendiri… period!..;-) Di akhir cerita, kita sudah dapat mengira berapa orang pembunuh dalam satu keluarga. Mainan shot, susun atur subject matter, composition, mise en scene etc. dalam filem ini memang banyak yang boleh diperkatakan, boleh diperbahaskan. Malahan semasa scene mimpi Ilham yang menampakkan Mek Yah di piramid dan sebagainya mengingatkan saya pada beberapa karya Kurt Kren (1929 -1998). Telah saya katakan pada rakan saya ”A good film have so much to talk about”. Sebagai seorang ‘manusia visual’, ada beberapa contoh yang boleh saya nyatakan sahaja mengikut pandangan dangkal saya. Sebagai contohnya, fizikal kurus dan keras Faizal (Ilham) itu sendiri semasa berdiri pada papan tanda Bunohan menampakan seolah seperti rangka manusia atau skeleton sesuai dengan watak yang dimainkan (angel of death). Bagi saya, ini adalah iconic image yang menjadi trademark filem ini. Antara scene yang saya boleh perjelaskan secara intrepretasi saya dan struktur visual dan pengisian subject matter. Semasa set/ lokasi di pantai iaitu tangga, kerangka rumah yang sudah roboh, laut dan kubur. Bumi (pantai), kubur, tangga, laut, dan Langit. (Rumah di akhirat/ barzarh tidak kelihatan tapi menuju ke atas iaitu langit). Visual itu paling mudah difahami (pedulikan tentang metafora dan Surealism) figure & ground. Ramai artist (pelukis) yang telah melukis konsep ‘stairway to heaven’ ini, dan ini sangat common. Langit, tangga, pantai, figura sering mengingatkan saya pada Rene Magritte (1898 – 1967). Joan Miro (1893 – 1983) juga sering memaparkan imejan langit dan figura… agak obvious dan membosankan tahap gaban jika sering dikaitkan dengan Salvador Dali. Jika dilihat pada lokasi2 yang dipilih, boleh dikatakan 80 peratus adalah air dan ini mengingatkan saya pada Thales (624 – 546) yang memperjuangkan falsafah bahawa segalanya bermula dengan air. Malah masyarakat Melayu dengan air juga amat sinonim dan air itu amat penting.. terlalu panjang untuk dihuraikan. Visual rumah Long Shot/ Est. rumah Wanafisu (Pok Eng) bermain wayang kulit (kelihatan di tingkap) dan Pekin pula berada tingkap bersebelahan. Ini menampakkan Bakar bermain wayang seolah seperti Dalang yang sebenarnya. Wanafisu bermain wayang juga tetapi hanya watak ciptaan. Dua orang Kickboxer di Paya, belukar paya dibelakang menampakkan segala selirat dan rintangan hidup mereka dan tidak salah sekiranya saya menyatakan bahawa tekstura itu memperjelaskan muscular texture kejantanan yang turut mengingatkan saya pada lukisan Amron Omar yang memperlihatkan susuk tubuh, urat, tulang, anatomy pesilat. Ilham (Faizal) mati di atas air walaupun beliau seorang pembunuh tetapi perjuangan tanah pusaka itu amat penting, ‘pusaranya’ terapung seolah old soldier never dies, they fade away dan mati beliau seolah seperti ‘kubur tak bertanda’, mungkin ‘criminal soul’ yang pernah commit crime akan sentiasa lost/ hilang terapung antara langit dan bumi dan ditambah lagi ia berlaku ketika ‘senja’ iaitu perantaraan antara siang dan malam, ini adalah in between time. Jujurnya, saya menonton filem ini dengan tidak memperdulikan sebarang ism, saya adalah penonton biasa yang mempunyai sedikit pengalaman seni visual, tidak lebih dari itu.
Filem ini memang banyak yang boleh dihuraikan; ada yang menyentuh soal falsafah, politik, perjuangan bangsa, representasi industri filem tempatan, budaya & tradisi, metafora kehidupan, spiritual, keagamaan etc., terpulanglah pada pendapat masing2. Filem ’terbaik’ bagi saya adalah yang amat sukar digariskan. Bila ditanya saya, ”Amacam Bunohan?”, jawapan sebenar saya adalah ”saya puas hati”. Sebelum ini di Malaysia, filem THIRD GENERATION (arahan Hor Chee Leong/ 2006) saya meletakkan stunning photographic visual. Dalam filem BUNOHAN ini, saya menikmati visual, design, lokasi dan watak dan sebuah lagi filem pendek bertajuk LALANG oleh Mat Luthfi kerana dialognya. Ini hanya pandangan rendah saya yang amat ringkas dan santai.
” Tak tumbuh, tak melata, ...”
Monday, January 2, 2012
SALAM 2012
Wassalam.
p/s: Oleh itu, mulai tahun ini saya mungkin akan memperbanyakkan fotograf (bukan lukisan) dalam blog ini yang mempamirkan tahap kerakusan pihak-pihak tertentu yang memperdajalkan atau mempercelakakan alam sekitar tidak kira sama ada di Selangor atau mana-mana negeri di Malaysia ini.
Friday, November 11, 2011
Salam
Monday, July 11, 2011
Aidi Rahimi Ibrahim
Friday, April 1, 2011
PERUBAHAN DESTINI ANAK2 FILEM
Pada ‘firasat’ saya dalam masa beberapa tahun lagi, para filem-maker
Adapun, para filem-maker ini berasal dari berbagai background samada dari sekolah filem, sekolah lakon, sekolah teater atau sekolah tadika sekalipun. Ini akan bercambahkan lagi berbagai cara visual dan penyampaian sesebuah cerita/ filem itu. Satu golongan akan mati-matian mahu memperjuangkan yang cinematic value, semiotic, aesthetics, falsafah dsb.. satu lagi akan habis-habisan memaparkan lakonan yang amat natural, pengaruh teater dsb dan tidak dinafikan satu lagi golongan akan memaparkan teknik-teknik pembuatan filem yang tercanggih (state of the art) dsb. Tidak kurang juga yang akan sampai ke tahap pretentious gaban yang kononnya menampakkan experimental (kononnya mendakwa pengaruh Kenneth Anger plus Kurt Kren plus Majid Majidee plus Yasmin plus dan plus etc) tetapi langsung tidak faham makna avant-garde. Walaubagaima pun, bagus sebab masih berusaha menimba ilmu dan pengalaman disamping melihat dari dalam diri. Adapun para mereka (filem-maker) ini semua berakar umbi dari suku sakat Indie-Indie. Justeru itu, dengan nikmatnya akan berlaku lagi perdebatan-perdebatan mengenai filem. Kita akan melihat filem ‘hiburan ala-murahan’ ini semakin terhakis,.. mungkin 10 tahun lagi (atau kurang 5 tahun lagi). Pengarah-pengarah ini yang dahulunya, para pelajar filem tempatan akan mewarnai revolusi perfileman tempatan dan kebanyakkannya berasal dari sebuah pusat pengajian filem Bumiputera yang terkenal. Apa yang lebih menarik adalah ‘perbalahan’ pendapat, idea dan sebagainya juga akan berlegar dari para bekas penuntut dari sekolah filem Bumiputera yang sama. Ini bagus, maka berkembanglah lagi roh-roh baru dalam melahirkan idea yang turut dijadikan contoh kepada ‘adik-adik’ filem-maker yang masih menuntut ilmu filem. Dahulu sebuah sekolah Senilukis/ Senireka dari pusat pengajian ini sering disebut, sekarang sebuah Sekolah Filem yang baru ditubuhkan sebelas tahun yang lalu pula menampakkan kehebatannya dan karya mereka sering diperkatakan dari berbagai sudut pandang. Tahniah. Justeru itu USC tidak perlu berlagak dengan Zemeckis dan Lucas dsb. Sampai sekarang pun, proses menghasilkan filem-maker2 baru ini masih diteruskan dan bukan sahaja di pusat pengajian Bumiputera itu tetapi juga lain-lain pusat pengajian swasta dan kerajaan. Saya rasa usaha ini bagus, negara kita makin menampakkan kematangan kerana memberi ruang para pengiat filem ini (yang asalnya dari Indie) menerobos dunia perfileman Mainstream yang semakin hari semakin berubah. Sedar atau tidak, mahu atau tidak, setuju atau tidak; destini anak bangsa sudah pun berubah.
Saya masih teringat kata-kata Puan Lecturer (subjek Falsafah) saya semasa mendalami bidang filem dahulu, katanya “Ahli filusuf Barat meninggalkan persoalan, ahli filusuf Islam meninggalkan jawapan”. Dan saya juga tidak pernah melupakan kata-kata dari saduran collective (primary) data dari responden thesis saya dahulu seorang ahli akademik iaitu Dr. Murad Merican bahawa:-
“We consume the West, we consume Modernity and we consume Western or occidental worldview through films. We have popular knowledge of the West; most of us have popular knowledge of the West through images transmitted through Hollywood for example, so that is one level of knowledge. From the Islamic point of view; although theoretically we exist within Islamic Cosmos but that has been dominated by that particular hegemonic perspective. Therefore, we have to struggle to challenge or to counter hegemonic dominating worldview in realizing and articulating our identity and our personality and our experience, so what we see now is a tension between modernity and our value system.” (Murad Merican PhD./ page 77: M.A. thesis Aidi Rahimi Ibrahim 2006)
Sekian, wasalam.
p/s: Saya suka melihat perubahan ini. Mungkin perkataan “Mainstream” tidak relevan lagi digunakan di masa hadapan.. Bye, bye ‘panggung’, hello Astro & Art House..;-) Perkataan "Indie" ni pun samar juga, sebab kadang2 kita masih bergantung harap pada sponsor dan duit gomen.. ;-)
Saya masih juga mengambil contoh filem Barbara Hammer dan Stan Brakhage sebagai contoh… iskk…%-)
Buruk atau baik, saya bersyukur kerana filem-filem hasil dari mereka akan terus diperkatakan/ diperdebatkan, perhatian tetap ada dari filem-maker dari sekolah filem yang hanya berusia sebelas tahun ini...Ayuh, bikin filem lagi dan jangan berhenti menulis tentangnya... yeah..;-)